Salam
Kes buli dah parah di Malaysia.. Dah sampai ke peringkat kematian/kecacatan kekal.. Bila la Malaysia nak laksanakan Qisas?? [2.178] Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan kamu menjalankan hukuman "Qisas" (balasan yang seimbang) dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh iaitu: orang merdeka dengan orang merdeka, dan hamba dengan hamba, dan perempuan dengan perempuan. Maka sesiapa (pembunuh) yang dapat sebahagian keampunan dari saudaranya (pihak yang terbunuh), maka hendaklah orang yang mengampunkan itu) mengikut cara yang baik (dalam menuntut ganti nyawa), dan (si pembunuh pula) hendaklah menunaikan bayaran ganti nyawa itu) dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu serta suatu rahmat kemudahan. Sesudah itu sesiapa yang melampaui batas (untuk membalas dendam pula) maka baginya azab seksa yang tidak terperi sakitnya. [2.179] Dan di dalam hukuman Qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu, wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu bertaqwa. [5.43] Dan (sungguh menghairankan), bagaimana mereka meminta keputusan hukum kepadamu, padahal di sisi mereka ada Kitab Taurat yang mengandungi hukum Allah, kemudian mereka berpaling pula sesudah itu (dari hukumanmu)? Dan (sebenarnya) mereka itu bukanlah orang-orang yang beriman. [5.44] Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat, yang mengandungi petunjuk dan cahaya yang menerangi; dengan Kitab itu nabi-nabi yang menyerah diri (kepada Allah) menetapkan hukum bagi orang-orang Yahudi, dan (dengannya juga) ulama mereka dan pendita-penditanya (menjalankan hukum Allah), sebab mereka diamanahkan memelihara dan menjalankan hukum-hukum dari Kitab Allah (Taurat) itu, dan mereka pula adalah menjadi penjaga dan pengawasnya (dari sebarang perubahan). Oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepadaKu (dengan menjaga diri dari melakukan maksiat dan patuh akan perintahKu); dan janganlah kamu menjual (membelakangkan) ayat-ayatKu dengan harga yang sedikit (kerana mendapat rasuah, pangkat dan lain-lain keuntungan dunia); dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir. [5.45] Dan kami telah tetapkan atas mereka di dalam kitab Taurat itu, bahawa jiwa dibalas dengan jiwa, danmata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan luka-luka hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya, maka menjadilah ia penebus dosa baginya; dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. Daripada Saidina ‘Ubadah Bin as-Somit r.a , Dia pernah berkata : Aku pernah berjanji-setia dengan Baginda Rasulullah s.a.w di dalam satu kumpulan kecil , lalu Baginda Rasulullah s.a.w bersabda : Aku memohon janji-setia kamu agar kamu semua 1 - tidak menyekutui Allah dengan apa sekalipun , 2 - janganlah juga kamu mencuri , 3 - janganlah juga kamu membunuh anak-anak kamu , 4 - jangan membawa sebarang berita palsu ( fitnah ) daripada hadapan tangan-tangan dan kaki-kaki kamu , 5 - janganlah juga kamu semua menentang aku di dalam urusan yang baik , dan sesiapa sahaja yang memenuhi janji-setia ini , maka ganjarannya adalah di sisi Allah , dan sesiapa pula yang melakukan dosa-dosa itu , lalu dia dihukum di dunia ini , maka hukuman itu adalah kaffarah ( penghapus ) baginya dan juga pembersih . Dan sesiapa pula yang dilindungi rahsianya oleh Allah ( tidak dihukum kerana melakukan kesalahan-kesalahan itu ) , maka hukumannya itu nanti diserahkan kepada Allah kelak ( di hari akhirat ) kalau Allah mengkehendaki , Allah boleh sahaja mengazab pesalah itu ataupun mengampunkannya Hadis sahih diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari rh , al-Imam Muslim rh , al-Imam at-Tirmidzie rh , al-Imam Ahmad rh dan al-Imam ad-Darimi rh . https://sites.google.com/site/hukumjenayah/terhapuskah-dosa-dengan-hukuman-hudud WAllahua3lam Wassalam Hizamri ( http://groups.yahoo.com/group/hizamri_list/ ) ----- Forwarded Message ----- From: Garfield jassmine <[email protected]> Subject: [chainz_of_frenz] Awek Kena Buli, Dipukul…Digunting Rambutnya! Apalah agaknya yang awek-awek di atas ni marah sangat sanggup membelasah kawan mereka ‘kow-kow’. Tak cukup penampar dan terajang, diguntingnya pula rambut minah tu. Ni mesti kes cemburu ni. Yang best tu awek yang pakai tudung tu pun bukan main lagi ‘tambah nasi’. Malang le siapa dapat ‘girlfriend’ yang macam ni, depan kita pijak semut pun tak mati, belakang kita singa pun lari! Betullah kata pepatah, tangan yang menghayun buaian bisa menggegarkan dunia. Dalam kes ini, ia bukan lagi menghayun buaian, ini MANGKUK HAYUN namanya! - MyNewsHub http://www.youtube.com/watch?v=lz3b5_g-7l4&feature=player_embedded ... Jasmin ... ========================================================================= Kes buli di sekolah dilaporkan media massa (2004 - 2009) About BHO Blog 2004 – Muhammad Farid Ibrahim meninggal dunia akibat dipukul dan dipijak lapan pelajar senior Sekolah Menengah Agama Dato Klana Petra Maamor (SMADKPM) Ampangan, Seremban, Negeri Sembilan. LUKA…mangsa buli, Muhammad Rizwan Roslan luka di badan selepas dibelasah hampir dua jam. HAMPIR LUMPUH…Muhammad Afiq Qusyairi Baharuddin terlantar di hospital berikutan dibesalah pelajar tingkatan lima dan tingkatan tiga. BELASAH…pelajar junior sering menjadi mangsa buli pelajar senior di asrama. 2006 – Pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Perempuan Sultan Ibrahim (SIGS), Syafiqah Borhan dibunuh dan dirogol sebelum mayatnya dicampak ke sebuah longkang di Jalan Padi Huma 1, Bandar Baru Uda (BBU), Johor Bahru. 2007 – Pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Asrama Penuh Persint 1, Putrajaya, Muhammad Ritzwan Roslan dibelasah dua jam dengan kemaluannya ditendang 20 pelajar senior termasuk anak seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di Selangor, berusia 16 tahun kerana salah faham dan membalas dendam. 008 – Sekumpulan pelajar tingkatan dua dan tiga sebuah sekolah menengah di Johor membelasah beramai-ramai seorang pelajar baru dikenali Muhamad di luar pintu sekolah hanya kerana mangsa menjeling mereka. 2009 (Februari) – Pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Oya, Dalat disepak dan dipukul termasuk menggunakan cerek air oleh sekumpulan pelajar di bilik asrama dan aksinya dirakam dan disiarkan selama 3.05 minit menerusi laman Youtube Mac – Mohd Azwan Md Ribi, pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lepar, Pekan, Kuantan melecur teruk lengan kanan akibat diseterika senior di asrama kerana enggan membelikannya rokok. Ogos – Disebabkan tidak puas hati hanya memperoleh 50 sen selepas memeras ugut rakan sekelas, seorang murid tahun satu sanggup bertindak ganas dengan menoreh buah zakar rakannya, Muhammad Amir Amri dengan sebilah pisau lipat di sebuah sekolah kebangsaan di Alor Setar, Kedah. http://berita-harian-online.com/kes-buli-di-sekolah-dilaporkan-media-massa-2004-2009/ ======================================================================= SEMBILAN pelajar ditahan direman bagi membantu siasatan kes buli di Kuching, semalam. KUCHING: Sembilan pelajar sebuah sekolah menengah agama di Matang dekat sini, ditahan reman tiga hari bagi membantu siasatan kes buli ke atas seorang pelajar Tingkatan Empat yang mendakwa dia ditumbuk dan disepak selepas berlaku perselisihan faham antara mereka, Ahad lalu. Ketika insiden lewat malam itu, mangsa dikatakan ditugaskan oleh guru membahagikan kerja membersihkan asrama lelaki, namun sekumpulan pelajar enggan mematuhi arahannya menyebabkan mangsa membuat aduan kepada guru bertugas. Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Mun Kock Keong, berkata berikutan itu mangsa diserang sekumpulan pelajar berusia 16 tahun sehingga menyebabkannya cedera di kepala dan belakang badannya. “Kita menahan reman sembilan pelajar Tingkatan Empat yang tinggal di asrama bersama pengadu bagi membantu siasatan kes ini. “Mangsa pula dirujuk ke Hospital Umum Sarawak (HUS) bagi membolehkan laporan kecederaannya disahkan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Difahamkan, kumpulan pelajar itu menyerang mangsa selepas mengetahui mangsa membuat aduan mengenai mereka kepada guru, selain mengadu mereka turut minum minuman keras di kawasan sekolah. Sumber : Bharian.com.my http://berita-harian-online.com/9-pelajar-direman-kes-buli-di-asrama/ [Non-text portions of this message have been removed] ------------------------------------ Post message: [email protected] Subscribe : [email protected] Unsubscribe : [email protected] List owner : [email protected] Homepage : http://proletar.8m.com/Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/proletar/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/proletar/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: [email protected] [email protected] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [email protected] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
