Salam
Selain itu, Umar turut meminta isterinya mengembalikan perhiasan yang diterima dari ayahnya, Khalifah Abdul Malik. Fatimah tidak membantah malah mengembalikan semua perhiasannya kepada kepada Baitulmal. http://kisahseributeladan.blogspot.com/2006/07/teladan-20-isteri-umar-abdul-aziz-yang.html Hadis riwayat Muslim Rasulullah s.a.w bersabda : Bukan daripada hamba yang mati di mana Allah meminta dia menjaga rakyat dimana pada hari kematiannya sedangkan dia menipu rakyatnya melainkan Allah mengharamkan ke atasnya syurga. Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan Ibnu Majah Rasulullah s.a.w bersabda : Jihad yang paling afdhal ialah berkata benar di hadapan pemimpin yang jahat Ingatlah sabda Rasulullah sa.w : فَوَاللهِ مَا الفَقْرَ أَخْشَى عَلَيْكُمْ وَلَكِنِّي أَخْشَى أَنْ تُبْسَطَ عَلَيْكُمُ الدُّنْيَا كَمَا بُسِطَتْ عَلَى مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ فَتَنَافَسُوْهَا كَمَا تَنَافَسُوْهَا فَتُهْلِكَكُمْ كَمَا أَهْلَكَتْهُمْ. Maksudnya : Demi Allah! Aku tidak bimbang kefakiran yang menimpa kamu tetapi apa yang aku bimbang ialah apabila dibentangkan kemewahan dunia sebagaimana yang telah dibentangkan kepada umat sebelum kamu lalu mereka merebut kemewahan dunia itu maka kamu juga akan berebut sebagaimana mereka maka kamu akan dibinasakan sebagaimana binasanya umat sebelum kamu http://aki2004.wordpress.com/hadis-pilihan/ JIKA MENJADI PM, ANWAR TIDAK MENETAP DI PUTRAJAYA http://wfauzdin.blogspot.com/2012/08/jika-menjadi-pm-anwar-tidak-menetap-di.html SURAT TERBUKA DARI SEORANG PELAJAR BUAT DATIN SERI ROSMAH MANSOR...BACA! http://akakdisebalikpintu.blogspot.com/2012/01/surat-terbuka-dari-seorang-pelajar-buat.html Minda: Pemimpin mesti dahulukan rakyat http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Minda_Pemimpinmestidahulukanrakyat/Article/index_html WAllahua3lam Wassalam Hizamri ( http://groups.yahoo.com/group/hizamri_list/ ) ________________________________ From: roslan mohd <[email protected]> Subject: [chainz_of_frenz] Tuuu dia....Jam tangan Kak Ros RM350,000 ? Selepas gempar dengan kemewahan ‘aksesori’ Datin Seri Rosmah Mansur melalui pendedahan cincin RM24 juta dan beg tangan RM28,000, kini tersebar pula gambar isteri Perdana Menteri itu memakai jam tangan yang dikatakan bernilai RM350,000. Jam tangan yang dipakai Rosmah ketika menghadiri satu majlis di Vietnam itu dilihat menyerupai jenama jam tangan antara paling mahal di dunia iaituFranck Muller. Berdasarkan beberapa blog, jam tangan itu dikatakan bernilai antara RM350,000 hingga RM500,000. Rosmah sebelum ini dikatakan memiliki 11 beg tangan mewah jenama Birkin yang setiap satu dianggar bernilai minimum RM638,000 dan maksimum RM5,192,000. Sehubungan itu, Ketua Srikandi, Siti Aishah Shaik Ismail mencabar Rosmah mendedahkan aset peribadinya kepada rakyat jika dakwaan mengenai kemewahannya tidak benar. “Sahut cabaran agar dedahkan aset peribadi kepada rakyat kerana tak masuk akal untuk seorang isteri pemimpin kerajaan mampu memiliki aksesori semahal itu. “Jika lihat laporan yang tersebar di internet, dengan aset bernilai ratusan ribu begitu membuatkan kita kesal kerana isteri pemimpin berboros tatkala rakyat dihimpit keadaan ekonomi yang membebankan. “Ternyata slogan wassatiyah yang dilaungkan Datuk Seri Najib Razak hanya retorik politik semata-mata untuk menagih simpati rakyat,” katanya kepada Keadilan Daily, hari ini. Sebelum ini, Rosmah dan Najib dilapor berbelanja sehingga RM17,118,650.58 sepanjang lawatan rasmi mereka dalam tempoh 2008 hingga 2011. Dewan Rakyat sebelum ini dimaklumkan kos keseluruhan lawatan rasmi Rosmah ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh yang ditanggung kerajaan berjumlah RM134,317.76. Malah, Rosmah dikaatkan berbelanja hampir RM140,000 bagi penginapan hotel mewah di Atlantis, Dubai hanya untuk satu malam. [Non-text portions of this message have been removed] ------------------------------------ Post message: [email protected] Subscribe : [email protected] Unsubscribe : [email protected] List owner : [email protected] Homepage : http://proletar.8m.com/Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/proletar/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/proletar/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: [email protected] [email protected] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [email protected] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
