Salam




Di dalam hadis yang sahih, Nabi saw bersabda (maksudnya):
“Al-Rahim (ikatan kasih sayang) tergantung di Arasy 
Allah sambil berkata: Barang siapa yang menghubungkan aku, nescaya Allah akan 
menghubunginya (yakni, merahmatinya) dan barang siapa yang 
memutuskan aku, nescaya Allah akan memutuskannya (daripada rahmat-Nya).”

http://nurjeehan.hadithuna.com/2007/11/jangan-putuskan-silaturahim/

dari Abu Hurairah  ia berkata: Aku mendengar Rasulullah  bersabda:


"Barangsiapa yang senang diluaskan rizqinya dan dipanjangkan umurnya, maka 
hendaklah ia menyambung hubungan silaturahmi" 


https://www.facebook.com/note.php?note_id=384261304650&comments&ref=mf

Rasulullah s.a.w. bersabda 


” Sesiapa yang ingin mengembirakan bapanya di alam Barzakh, hendaklah dia 
membuat hubungan dengan kawan, saudara 
bapanya setelah bapanya meninggal (Riwayat Abu Ya’la Ibni Umar)

http://tazkirahjumaat.blogspot.com/2012/05/melakukan-amalan-secara-berterusan.html

Download Ceramah Ustaz Kazim Elias - Allah Yang Mengajar Nabi SAW

http://groups.yahoo.com/group/hizamri_list/attachments/folder/0/list

WAllahua3lam
Wassalam
Hizamri
( http://groups.yahoo.com/group/hizamri_list/ )

----- Forwarded Message -----
From: latido 44 <[email protected]>
Subject: [chainz_of_frenz] Kuliyah Agama Hari Ini
 

  
Assalamualaikum…

"Sebar - sebarkan, semoga kita semua mendapat manfaat daripadanya"

Untuk yang rajin downloads, sila klik website di bawah :-

http://www.youtube.com/user/740108yard



======================================================================================

From:  Joriwarti S <[email protected]> 
The Carpenter 
Once upon a time, two brothers who lived on adjoining farms fell into conflict. 
It 
was the first serious rift in 40 years of farming side-by-side, sharing 
machinery and trading labor and goods as needed without a hitch.

Then the long collaboration fell apart. It began with a small 
misunderstanding and it grew into a major difference and finally, it 
exploded into an exchange of bitter words followed by weeks of silence. 

One morning there was a knock on John's door. He opened it to find a
 man with a carpenter's toolbox. "I 'm looking for a few days' work," he
 said.
 "Perhaps you would have a few small jobs here and there I could help 
with? Could I help you?"

"Yes," said the older brother. "I do 
have a job for you. Look across the creek at that farm. That's my 
neighbor. In fact, it's my younger brother! Last week there was a meadow
 between us. He recently took his bulldozer to the river levee and now 
there is a creek between us. Well, he may have done this to spite me, 
but I'll do him one better. See that pile of lumber by the barn? I want 
you to build me a fence an 8-foot fence -- so I won't need to see his 
place or his face anymore." 

The carpenter said, "I think I understand the situation. Show me the
 nails and the post-hole digger and I'll be able to do a job that 
pleases you."

The older brother had to go to town, so he helped 
the carpenter get the materials ready and then he was off for the day. 
The carpenter worked hard all that day -- measuring, sawing and nailing.
 About
 sunset when the farmer returned, the carpenter had just finished his 
job. 

The farmer's eyes opened wide, his jaw dropped. There was no fence there at 
all. 

It was a bridge .. A bridge that stretched from one side of the creek to
 the other! A fine piece of work, handrails and all! And the neighbor, 
his younger brother, was coming toward them, his hand outstretched..

"You are quite a fellow to build this bridge after all I've said and done." 

The two brothers stood at each end of the
 bridge, and then they met in middle, taking each other's hand. They 
turned to see the carpenter hoist his toolbox onto his shoulder.

"No, wait! Stay a few days. I've a lot of other projects for you," said the 
older brother. 
"I'd love to stay on," the carpenter said, "but I have many more bridges to 
build." 

Remember This... 
God won't ask what kind of car you drove, but He'll ask how many people you 
helped get where they needed to go. 

God won't ask the square footage of your house, but He'll ask how many people 
you welcomed into your home. 

God won't ask about the clothes you had in your closet, but He'll ask how many 
you helped to clothe. 

God won't ask how many friends you had, but He'll ask how many people to whom 
you were a friend. 

God won't ask in what neighborhood you lived, but He'll ask how you treated 
your neighbors. 

God won't ask about the color of your skin, but He'll ask about the content of 
your character. 

God
 won't ask why it took you so long to seek Salvation, but He'll lovingly
 take you to your mansion in Heaven, and not to the gates of hell. 

God won't ask how many people you forwarded this to, but He'll ask why you were 
ashamed to pass it on to your friends...  

======================================================================================

From: Naim Qlate <[email protected]>
Subject: [Idaman_Group] Isteri menyesal kerana tidak melayan kehendak suami ^_^


“SAYA mahu berkongsi peristiwa yang masih mencengkam hidup walaupun ia sudah 
lama berlaku. Memang sukar untuk saya maafkan diri ini dan rasa bersalah 
sentiasa bermain difikiran apabila mengingatkan saat-saat itu. Saya dan suami 
adalah pasangan yang romantis malah menjadi perbualan rakan-rakan di pejabat. 
Walaupun sibuk dengan tugas harian, tanggungjawab melayan suami dan menguruskan 
anak-anak, saya lakukan dengan sempurna.

Suami memahami tannggungjawab di rumah dan sentiasa membantu menguruskan rumah 
tangga. Kami sering mengerjakan solat berjemaah dan saya gembira melihat 
hubungan dalamkeluarga saya.

Walaupun sesibuk mana tugas di pejabat, tanggungjawab melayan suami dan 
anak-anak tidak
 pernah diabaikan. Saya bersyukur suami memahami saya dan sentiasa bertolak 
ansur. Ini menjadikan saya semakin sayang kepadanya.

Memang dalam kehidupan, kita tak dapat melawan takdir dan ketentuan Ilahi. 
Sebagai manusia, kita hanya mampu merancang, Allah jua yang menentukan.

Hari itu, Isnin. Saya masih ingat, saya ke pejabat awal pagi kerana banyak 
urusan yang perlu diselesaikan selain temu janji dengan beberapa pelanggan yang 
perlu dibereskan.

Hari itu, saya pulang lewat ke rumah, biasanya jam 6 petang, saya sudah ada di 
rumah. Ketika saya sampai ke rumah, azan dari masjid berhampiran berkumandang. 
Saya lihat suami sudah bersiap-siap untuk pergi menunaikan solat Magrib. Begitu 
juga anak-anak saya sudah mandi dan riang bersama bapa mereka. saya lihat suami 
saya amat gembira petang itu.

Saya begitu terhibur melihat telatah mereka kerana suasana seperti itu jarang 
berlaku pada hari bekerja. Maklumlah masing-masing penat. Suami
 sedar saya amat penat hari itu. Oleh itu, dia meminta agar saya tidak memasak, 
sebaliknya mencadangkan makan di luar. Saya dengan senang hati bersetuju.

Selepas menunaikan solat Magrib, kami keluar ke sebuah restoren kira-kira lima 
kilometer dari rumah. Di restoren, kami sekeluarga berbual panjang, bergurau 
senda dan usik-mengusik, memang seronok bersama. Macam-macam yang dibualkan 
malah saya lihat suami begitu ceria melayan tiga anak kami yang berusia tujuh 
hingga 12 tahun.

Saya dapat rasakan kemesraan suami luar biasa, cara dia melayan dan ketawa 
memang bukan seperti hari biasa. Dalam hati terpancar rasa bangga kerana mampu 
membahagiakan suami tersayang. Saya melihat jam tangan.

“Sudah jam 12.30 tengah malam, bang. Dah lewat ni, ayuh kita pulang,” kata saya.

Suami tanpa banyak soal memanggil pelayan dan membayar bil makanan dan minuman. 
Kami tiba di rumah jan 12.50 tengah malam. Anak-anak yang keletihan terus masuk
 tidur.

Saya memang terlalu mengantuk apatah lagi selepas menikmati hidangan lazat di 
restoren. Mata pun seperti berat dibuka lagi. Ketika saya hampir melelapkan 
mata, suami membelai lembut rambut dan mencium pipi saya. Saya membuka mata dan 
hanya tersenyum.

Dalam hati, saya memang mahu melayan kehendak suami tetapi hati saya berkata, 
esoklah, mata terlalu mengantuk, esok masih ada. Saya memberitahu suami terlalu 
mengantuk dan tidak boleh melayan kehendaknya. Saya mencium suami dan mahu 
melelapkan mata.

Bagaimanapun, saya pelik kerana suami masih merangkul tubuh saya, seolah-olah 
terlalu berat untuk melepaskan. Saya membuka mata dan melihat wajah suami yang 
berseri-seri. Hairan saya kerana suami belum mengantuk, sedangkan dia juga 
keletihan.

Dia menarik saya lebih dekat dan membisikkan di telinga bahawa itu permintaan 
terakhirnya. Namun, dek terlalu letih dan tidak memikirkan perkara itu terlalu 
penting ketika itu, saya
 seolah-olah terus melelapkan mata tanpa sepatah bicara. Perlahan-lahan, suami 
melepaskan tangan yang merangkul saya.

Esoknya, perasaan saya agak tidak menentu. Seperti ada pekara yang tidak 
kena.Saya menelefon suami, tetapi tidak berjawab. Sehinggalah saya dapat 
panggilan yang tidak dijangka daripada pihak polis yang mengatakan suami saya 
terbabit dalam kemalangan dan meminta saya datang segera ke hospital.

Hati saya seperti mahu meletup ketika itu. Saya bergegas ke hospital tetapi 
segala-galanya sudah terlambat. Allah lebih menyayangi suami dan saya tidak 
sempat betemunya. Meskipun reda dengan pemergian suami tetapi perasaan terkilan 
dan bersalah tidak dapat dikikis daripada hati saya kerana tidak melayaninya 
pada malam terakhir hidupnya di dunia ini.

Hakikatnya itulah pahala terakhir saya sebagai seorang isteri. dan yang lebih 
saya takuti jika suami tidak reda terhadap saya pada malam itu, maka saya tidak 
berpeluang lagi untuk
 meminta maaf daripadanya.

Teringat Sabda Rasulullah s.a.w. yang saya baca dalam buku agama, ‘Demi Allah 
yang jiwaku di tangan-Nya, tiada seorang suami yang mengajak isteri tidur 
bersama di tempat tidur, tiba-tiba ditolak isterinya, maka malaikat yang di 
langit akan murka kepada isterinya itu hingga dimaafkan suaminya’.

Sehingga kini, setiap kali saya terkenangkan suami, air mata akan mengalir ke 
pipi. saya sentiasa memohon keampunan daripada Allah supaya diampunkan 
kesalahan saya.”

Nukilan..
Seorang Insan Yang Menyesal..
()"" ' ) Naim Qlate
( ,'o' )") Anda dijemput jadi Followers : http://www.naimqlate.blogspot.com/
(,,)(")(") " BERKHIDMAT UNTUK NEGARA "

Hari ini adalah PEMBERIAN, manfaatkanlah sebaik-baiknya kerana semulia-mulia 
hamba ialah yg paling tinggi TAQWAnya. Semalam adalah SEJARAH maka 
beristighfarlah utknya dan bersyukur atas kurniaan HIDAYAH dari-NYA 
kerana sebaik-baik ZIKIR adalah ISTIGHFAR dan sebaik2 DOA adalah 
ALHAMDULILLAH. Esok adalah MISTERI yg pada-NYA terletak angan2 dan 
sebijak2 manusia ialah yg sentiasa mengingati kematiannya lalu mempersiapkan 
diri menghadapi kehidupan yg kekal abadi selamanya. 
Wassalam sahabat group semua, semoga kita semua dibawah rahmat Allah 
selalu, Amin.
======================================================================================

From: Miera Kak <[email protected]>
To: "[email protected]" <[email protected]> 
Sent: Thursday, August 30, 2012 2:19 PM
Subject: [UiTM-Melaka] Dipenjara potong zakar bekas kekasih
 


Subject: Dipenjara potong zakar bekas kekasih

Sydney: Seorang wanita Australia yang mengaku membunuh bekas kekasihnya dan
 cuba untuk memotong zakarnya dipenjara tiga tahun dan sembilan bulan 
semalam dan mahkamah menerima bahawa tertuduh menderita kemurungan. 

Jian Chen, 47, mengaku bersalah membunuh tanpa niat bekas teman lelakinya Jian 
Xiang Peng selepas diberikan ubat pelali hingga membawa maut dan ditikam pada 
Februari tahun berikutan pergaduhan mengenai wang dan anak lelaki pasangan 
terbabit. 

Musnahkan senjata raksasa Jian memberitahu seorang pakar psikiatri 
bahawa˜sesuatu dalam dirinya meminta beliau memusnahkan senjata raksasa, di 
mana lelaki terbabit 
menggunakan zakar beliau untuk mencederakan wanita dan anak.

Saya tahu Peng menggunakan zakarnya untuk menarik wanita mendapatkan anak 
mereka, menggunakan kanak-kanak terbabit sebagai alat untuk memeras wang 
daripada kami, kata Jian berikutan hukuman yang diterimanya. 

Ada sesuatu meminta saya melakukannya, jangan biarkan raksasa itu menjejaskan 
lebih ramai kanak-kanak. 

Saya ingat saya memotong zakarnya. Saya mengepam ke dalam tandas supaya beliau
 tidak menganiaya lebih ramai kanak-kanak dan beliau tidak boleh menganiaya 
lebih ramai wanita.

Beliau memasukkan ubat pelali dalam sup mangsa sebelum menyerang dan 
menghubungi perkhidmatan kecemasan untuk melaporkan seseorang sudah mati, 
dengan memberitahu operator "Saya bunuh dia, bekas teman lelaki saya, beliau 
seorang yang kejam", katanya mengakui menikam pada leher dan zakar mangsa. 

Hakim Monika Schmidt berkata "polis menemui mangsa dengan pergelangan tangan 
dan kakinya dipenuhi darah akibat kecederaan di leher dan pangkal peha. 
Satu usaha untuk memandulkan beliau dibuat. Beliau luka sebelah pangkal peha 
dan zakarnya dipotong," kata Schmidt, sambil menambah bahawa 
beliau kemudian mati di hospital akibat kecederaan teruk. 

Laporan bedah siasat menunjukkan bahawa mangsa mengalami luka teruk. Ia diikuti 
mangsa tidak sedarkan diri.

Schmidt memenjarakan Jian untuk tiga tahun sembilan bulan selepas mendapati 
tertuduh
 mengalami kemurungan yang sejak sekian lama. - AFP


======================================================================================

From: kaca cute <[email protected]>

Bagaimana Aku Mula Bertudung...

Posted by greenboc
 
1. Catriona Ross :

Semuanya bermula apabila dia menemani sahabat karibnya ke sebuah butik tudung 
di KLCC pada 14 Julai lalu.

Tergerak hatinya mencuba satu tudung dan ketika melihat wajah di cermin, 
tiba-tiba terbit satu perasaan pelik hingga bergenang air mata. Sepantas kilat 
ditanggalkan tudung itu.

Dia yang dihenyak perasaan pilu, hiba dan syahdu kemudian berpusing ke arah 
temannya seraya spontan meluahkan hasrat mahu memakai tudung. Luahan itu
 bagaimanapun mengundang tawa sahabatnya kerana menyangka dia bergurau.

"Ketika memandu pulang ke rumah, saya menangis. Sukar untuk jelaskan perasaan 
saya ketika itu. Sebak, syahdu, hiba, semuanya bercampur-baur. Saya sedar 
perasaan pelik yang muncul tiba-tiba itu adalah hidayah dari Allah.

"Sepanjang perjalanan, saya tak henti-henti mengucapkan rasa syukur ke hadrat 
Ilahi. Terharu dan rasa istimewa apabila Allah buka pintu hati saya. Memang 
sebelum itu pernah terfikir untuk menutup aurat tetapi teragak-agak untuk 
melaksanakannya.

"Esoknya di rumah, saya gelisah dan rasa serba tak kena. Asyik terfikir untuk 
memakai tudung dan malamnya saya tidak boleh tidur. Kebetulan pula suami tiada 
di rumah kerana bertugas di luar Kuala Lumpur, jadi tiada tempat untuk saya 
mengadu," katanya sambil menghela nafas panjang.

Pagi Jumaat (16 Julai lalu), berjam-jam pelakon yang popular menerusi drama 
rantaian Sephia ini menyelongkar almari
 mencari hijab namun kecewa apabila yang ada hanya selendang.

Dia kemudian menghubungi teman karibnya untuk meminjam tudung. Terkejut dengan 
permintaan itu, temannya mengajak Cat ke butik untuk belikan beberapa helai 
tudung. Selesai membuat pembayaran, hijab yang dihadiahkan temannya itu terus 
disarungkan di kepala.

"Sejak itu saya terus bertudung. Tekad saya, sekali bertudung Insya-Allah saya 
akan kekal begitu hingga ke akhir hayat. Itu prinsip yang saya pegang sejak 
kecil.

"Apabila pulang ke rumah, suami menyambut saya di muka pintu dan dia terkejut 
dengan perubahan itu. Dia bertanya adakah saya benar-benar serius. Selepas 
berkongsi apa yang saya alami dalam tempoh 48 jam itu, dia ternyata gembira 
dengan keputusan saya.

"Banyak nikmat yang Allah beri kepada hamba-Nya dan apa yang saya mohon selama 
ini dalam doa dimakbulkan. Masih segar dalam ingatan, selepas terbabit dalam 
nahas jalan raya, saya tidak putus-putus berdoa
 supaya boleh berjalan semula dan doa itu Allah perkenankan.

"Kemudian, ada suara sumbang bercakap saya tak boleh hamil kerana mengalami 
kecederaan teruk dalam kemalangan itu tetapi Allah makbulkan doa saya. 
Alhamdulillah saya bunting pelamin. Jadi, nikmat Tuhan yang mana lagi nak saya 
dustakan?

"Saya nekad bertudung kerana tidak mahu terus menerus buta hati. Jiwa saya 
bagai disiat-siat ketika mendapat hidayah dalam butik itu. Jauh di sudut hati, 
saya dapat rasakan itu adalah seru daripada Allah.

"Syukur, saat mula-mula pakai hijab hingga sekarang, hati saya tenang dan 
damai. Ada rasa bahagia yang tidak boleh dizahirkan dengan kata-kata. 
Ketenangan itu cuma Allah, saya dan teman sehijrah yang faham," kata anak jati 
Kota Bharu Kelantan ini yang menahan air mata daripada mengalir.

2. Irma Hasmie :

Alhamdulillah, sudah sampai masa untuk saya bertudung, sukar nak jelaskan 
mengapa saya ambil keputusan secepat ini, tetapi ini
 semua kerja Tuhan, dan bila sudah sampai seru-Nya, saya hanya menerima.

Kalau boleh, saya tidak mahu cerita saya bertudung terlalu diberi perhatian 
sebab takut disalahertikan niat sebenarnya, walaubagaimanapun saya yakin lambat 
laun semua orang akan mengetahui juga.

Saya bersyukur dan gembira dengan kehidupan saya sekarang, saya lebih tenang 
dan lebih banyak belajar. Tiada siapa yang memaksa saya tampil begini, semuanya 
berlaku secara natural. Alhamdulillah, setelah dua minggu pulang ke Malaysia, 
ramai yang menerima baik niat saya ini, jelas Irma akui hidupnya kini lebih 
tenang dan bahagia Irma. Irma akui hidupnya kini lebih tenang dan bahagia

Berdoa di Mekah

Mengerjakan umrah bersama ibu dan adiknya, jelas Irma, dia mengambil kesempatan 
itu untuk berdoa sebanyak yang mungkin.

Satu perkataan yang dapat saya gambarkan tentang Mekah adalah Subhanallah. Saya 
sangat bersyukur diberi peluang untuk menjejakkan kaki ke tanah
 suci ini.

Memang seronok berada di sana, saya dapat lihat sendiri betapa hebat dan 
ajaibnya ciptaan Tuhan. Saya memang tidak mahu melepaskan peluang untuk berdoa, 
macam-macam doa saya minta.

Selama 29 tahun saya hidup dibumi ini, saya mohon diampunkan segala dosa yang 
pernah dilakukan, diberi rezeki dan jodoh yang baik, jelas Irma yang turut 
memohon ditenangkan hati setiap masa.

3. Abby Abadi :

Takut juga kalau terjadi senario sekejap pakai dan sekejap buka tudung. Tetapi 
alhamdulillah, dua hari sebelum kembali ke Kuala Lumpur, di depan Kaabah, saya 
nekad untuk bertudung sekali gus berdoa semoga Tuhan tetapkan iman saya untuk 
kekal begini buat selama-lamanya. Segala-galanya dipermudahkan.Saya juga 
berharap perubahan ini tidak akan menjadi masalah atau beban kepada orang 
sekeliling.Apatah lagi hal bertudung ini sering diperkotak-katikkan, terutama 
apabila ia membabitkan individu yang memilih kerjaya seni untuk mencari rezeki,
 katanya sambil memberitahu, sekalipun sudah bertudung, kerjaya seni tetap 
berjalan seperti sedia kala.

Mengenai kesempatan indah menunaikan umrah buat kali pertama itu, ibu kepada 
Mohamed Danish Hakim, 9, Marissa Dania Hakim, 7, dan Maria Danisha Hakim, 4, 
ini bersyukur kerana kembara dan ibadatnya di sana berjalan lancar. Bahkan 
secara tidak langsung, Abby ke sana seperti membawa hatinya yang lara.

Kata Abby, jika diikutkan, sebelum ini dia memang memasang azam untuk ke Tanah 
Suci, tetapi mungkin serunya belum tiba ketika itu.Ada saja halangan yang tiba, 
termasuklah visa yang dimohon tidak dapat diluluskan.Namun syukurlah, kali 
pertama menjadi tetamuNya, kesihatan saya di sana senantiasa baik. Saya juga 
sempat menunaikan umrah sebanyak tiga kali, mencium batu Hajarul Aswad dua 
kali, dapat menyentuh Kaabah, memasuki Raudhah dan banyak lagi. Perasaan berada 
di sana juga tidak dapat digambarkan dengan kata-kata dan saya teruja akhirnya
 digerakkan juga ke Tanah Suci Makkah selain Madinah.

Saya juga tak terkilan sekalipun sebelum ke sana, tawaran berlakon datang 
mencanak.Hampir lima ke enam tawaran berlakon saya terima, tetapi terpaksa saya 
tolak secara baik kerana pihak produksi tidak dapat menunggu. Tetapi saya tak 
ralat dan percaya rezeki tetap ada, insya-Allah.

4. Diana Amir :

Saya ambil keputusan ini kerana saya sudah beberapa kali sejak tiga bulan yang 
lalu diberi petanda dan mimpi buruk tentang hari kiamat.

Dan mimpi-mimpi tersebut juga mengingatkan saya tentang kematian yang semakin 
hampir dan perkara itu sering membelenggu hidup saya beberapa bulan 
kebelakangan ini,

Saya tak tahu kenapa perkara itu berlaku kepada saya, mungkin Allah ingin 
memberi petunjuk dan saya menceritakan semuanya kepada seorang rakan. Namun 
selepas itu rakan saya yang berhijrah lebih awal daripada saya,

Saya tahu saya masih lemah terutamanya mengenai hal-hal
 agama, disebabkan itu saya ambil peluang untuk bertemu dengan Irma Hasmie 
untuk mendapatkan nasihat dia.

Ketika buat keputusan tersebut saya terus berjumpa David Teo untuk meminta 
pendapat dia tentang lakonan dan kerjaya saya selepas ini, Biarpun dia tidak 
menjanjikan apa-apa, namun saya yakin rezeki adalah ketentuan Allah,

Irma juga membawa saya berjumpa dengan Wardina Saffiyah untuk mendapatkan 
tunjuk ajar dan sokongan mereka,


======================================================================================
From: jasni06 ﺠﺳﻧﻲ® <[email protected]>


Jangan Bergurau Dengan Isteri time dekat nak Raya...

>


Sumber: http://jiwang.org/jiwang-groups/265251-jangan-bergurau-dengan-isteri.html#post697853
-- 

"Knowing something and understand all things is better 
than knowing everything, but do not understand something".
 
http://jasni06.blogspot.com/
======================================================================================

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------------------

Post message: [email protected]
Subscribe   :  [email protected]
Unsubscribe :  [email protected]
List owner  :  [email protected]
Homepage    :  http://proletar.8m.com/Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke