Conversenya ke Islam itu gak pakai supermi.
Ahli fizik barat kaji matahari terbit dari barat peluk Islam
 
[http://2.bp.blogspot.com/-Acxytw7EDu4/UDmKiT4F7II/AAAAAAAAAOU/G1TE9UdUj\
UI/s1600/Pusat+Islam+Kyiv.jpeg]
Pusat Islam Kyiv Perkembangan  Islam di Ukraine yang pesat menyaksikan
hampir setiap dua minggu terdapat rakyat asal Ukraine samada lelaki atau
wanita memeluk  agama Islam di Pusat Islam Kyiv. Tetapi kejadian berikut
ada kelainan  apabila pusat tersebut didatangi oleh saintis Ukraine
bernama Dimitry  Boliakov. Beliau seorang saintis muda yang tekun dalam
kajian bidang  fiziknya. Beliau memasuki masjid di pusat tersebut
ditemani bersama  seorang ahli yang aktif di pusat tersebut. Selepas 
Imam menyampaikan kuliah biasanya di masjid tersebut dan kemudiannya 
diikuti dengan majlis lafaz syahadah oleh saudara Dimitry. Apakah 
kelainan perisytiharan syahadah kali ini berbanding dengan yang lain 
sebelumnya. Ketika inilah Dimitry mula menjelaskan perjalanannya menuju 
keimanan terhadap Islam. Dia menyatakan kemasukannya didalam Islam ialah
hasil dari kajian sains terutamanya dalam fizik yang menjadi
pengkhususannya. Sidang jemaah dengan penuh khusyuk dan tanda  tanya
bagaimana kajian fizik yang beliau jalankan dapat membawanya  memeluk
Islam.


 
[http://3.bp.blogspot.com/-w25PSo4RWbc/UDmPjbMl7AI/AAAAAAAAAOs/BbLWUwWgh\
es/s1600/Dimitriv.jpeg]
Majlis Lafaz Syahadah Saudara Dimitry Dimitry  mula menerangkan bahawa
ia menjalankan kajiannya bersama sepasukan  saintis yang berwibawa dalam
bidang kajian Vacuum Physics dibawah  kelolaan Prof Nikolay Kosinikov
yang merupakan pelopor dalam bidang tersebut. Dia menyatakan mereka
membuat  ujikaji terhadap sebuah globe bagi mengesahkan teori terbaru
yang  menjelaskan tentang putaran bumi dipaksinya, dan mereka berjaya 
mengukuhkan teori itu. Akan  tetapi Dimitry mengetahui terdapat riwayat
dalam sebuah hadis dari nabi  saw yang diketahui umat Islam, bahkan
termasuk dalam asas akidah  mereka. Hadis ini mengukuhkan lagi tentang
kajian yang telah dibuatnya.  Dimitri merasa yakin bahwa pengetahuan
seperti ini, yang terdapat lebih  dari 1.400 tahun yang lalu hanya
mungkin didapati dari Tuhan yang  mencipta alam ini sendiri. Teori  yang
dikemukan oleh Prof. Kosinov merupakan teori yang paling baru dalam
menjelaskan  fenomena perputaran bumi pada paksinya. Kumpulan pengkaji
ini  menyediakan sebuah sampel berupa globe yang diisi penuh dengan
cairan  dari logam, kemudiannya mengenakannya dengan medan magnet yang
terhasil  dari electrode akibat caj dua elektronik. Iaitu proses aliran
arus  letrik DC melalui electrode yang menghasilkan medan magnet
kemudiaanya  menyebabkan globe diisi cairan logam itu berputar pada
paksinya.  Fenomena ini dinamakan “electo-magno-dynamic
phenomenon”. Gerak ini  pada asanya menjadi aktivitas perputaran
bumi pada paksinya. Realitinya  di alam ini, daya matahari merupakan
“kekuatan penggerak” yang  melahirkan medan magnet yang
mendorong bumi untuk berputar pada  paksinya. Kemudian gerak putaran
bumi ini samada cepat atau lambatnya seiring dengan daya kekuatan daya
matahari. Atas  dasar ini pula bergantung kedudukan arah kutub utara dan
juga kearah  manakah kedudukan tersebut. Telah  didapati bahawa kutub
magnet bumi hingga tahun 1970 bergerak dengan  kecepatan tidak lebih
dari 10 km dalam setahun, akan tetapi pada  tahun-tahun terakhir ini
kecepatan tersebut bertambah hingga 40 km dalam  setahun. Bahkan  pada
tahun 2001 kutub magnet bumi bergeser dari tempatnya hingga  mencapai
jarak 200 km dalam sekali gerak. Ini berarti bumi dengan  pengaruh daya
magnet tersebut mengakibatkan dua kutub magnet bergantian  tempat.
Artinya bahwa “gerak” perputaran bumi akan mengarah pada
arah yang berlawanan. Ketika itu  matahari akan terbit (keluar) dari
Barat. Ilmu  pengetahuan dan maklumat seperti ini tidak didapati Dimitry
dalam  buku-buku atau didengar dari manapun, akan tetapi ia memperoleh 
kesimpulan tersebut dari hasil kajian dan uikaji makmal yang dijalankan.
Ketika dia meneliti berbagai-bagai kitab agama lain, ia tidak 
mendapatkan satupun petunjuk kepada maklumat tersebut selain dari Islam.
Ia  mendapati maklumat tersebut dari sebuah hadis yang diriwayatkan oleh
Abu Hurairah, bahawa Rasulullah saw bersabda,” “Tidak akan
terjadi  kiamat sehingga matahari terbit dari tempat terbenamnya,
apabila ia telah terbit dari barat dan semua  manusia melihat hal itu
maka semua mereka akan beriman, dan itulah waktu  yang tidak ada gunanya
iman seseorang yang belum pernah beriman sebelum  itu.” (Riwayat
Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah. Dan riwayat  Ahmad, Abu Dawud dan
Ibn Majah) Matahari  terbit dari Barat akan terjadi selama satu hari
saja, kemudian  tertutuplah pintu taubat. Setelah itu, gerakanmatahari
pun akan kembali  seperti sebelumnya terbit dari timur sampai terjadinya
kiamat. Saintis  NASA juga mengesahkan fenomena ini seperti dalam
artikel dibawah.  [aligncenter]  Dari  Ibn ‘Abbas, “Maka
Ubai bin Ka’ab berkata: “Maka bagaimana  jadinya matahari
dan manusia setelah itu?” Rasulullah menjawab:  “Matahari
akan tetap menyinarkan cahayanya dan akan terbit sebagaimana  terbit
sebelumnya, dan orang-orang akan menghadapi (tugas-tugas) dunia  mereka,
apabila kuda seorang laki-laki melahirkan anaknya, maka ia tidak  akan
dapat menunggang kuda tersebut sampai terjadinya kiamat.” 
(Fathul Baari, Kitaburriqaq, Juz 11, Thulu’issyamsi Min
Maghribiha).

Shalom,
Tawangalun.




[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------------------

Post message: [email protected]
Subscribe   :  [email protected]
Unsubscribe :  [email protected]
List owner  :  [email protected]
Homepage    :  http://proletar.8m.com/Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke