Salam
“Sesungguhnya Allah akan melindungi negara yang menegakkan keadilan walaupun ia kafir, dan tidak akan melindungi negara yang dzalim (tiran) walaupun ia muslim”. (Mutiara I dr Ali ibn Abi Thalib) Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. : Rasulullah saw. Bersabda: Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu: 1- Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu. 2- Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan. 3- Zakat dijadikan hutang. 4- Suami memperturutkan kehendak isteri. 5- Anak derhaka terhadap ibunya, 6- Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya. 7- Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya. 8- Suara sudah ditinggikan di dalam masjid. 9- Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka. a- Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya. b- Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat. c- Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki). d- Para artis-artis disanjung-sanjung. e- Muzik banyak dimainkan. f- Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat). Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain". (H.R Termizi) WAllahua3lam Wassalam Hizamri =============================================================== --- On Thu, 2/21/13, roslan mohd <[email protected]> wrote: Date: Thursday, February 21, 2013, 11:52 AM KUALA LUMPUR, 20 FEB: Orang Melayu harus menerima hakikat bahawa DAP tidak pernah mengancam kedudukan mereka apalagi agama Islam yang jelas diangkat sebagai Agama Persekutuan dalam perlembagaan negara. Malah, realitinya kini, semakin ramai orang Melayu menyertai DAP kerana asakan dan fitnah jahat dari UMNO yang menuduh DAP anti-Melayu dan anti-Islam tidak benar sama sekali dan bohong. Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Mohamed Hanipa Maidin berkata, walaupun DAP mempunyai majoriti orang bukan Melayu dan Islam, parti itu tidak pernah mengancam kedudukan Melayu Islam seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Menurut Hanipa, tohmahan jahat UMNO terhadap DAP sebelum ini bukan kerana parti itu mahu menjaga Melayu dan Islam tetapi mereka tahu bahawa perpaduan Pakatan Rakyat (PR) adalah malapetaka bagi mereka. “Benarkah DAP mengancam kepentingan Melayu? Adakah DAP atau UMNO sendiri yang mengganggu gugat kedudukan Bahasa Melayu di dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan sehingga kedudukannya sebagai bahasa rasmi dirombak melalui PPSMI?,” soalnya dalam satu kenyataan. Menguatkan hujah itu, peguam bagi PAS ini membangkitkan lagi beberapa persoalan siapakah yang menjadi dalang sebenar hingga menyebabkan kepentingan Melayu dan Islam negara ini terhakis. “Siapakah yang gagal jaga tanah rezab Melayu yang dijamin oleh Perlembagaan? DAP atau UMNO? Siapakah yang hancurkan Bank Bumiputra yang diilhamkan untuk menjaga kepentingan Melayu? “Siapakah yang enggan menambah kerusi Parlimen dan DUN di negeri Kelantan dan Terengganu supaya boleh menambah kerusi orang Melayu semasa persempadanan semula kawasan pilihanraya dibuat? Siapakah yang mendera ekonomi majoriti rakyat Melayu di Terengganu dan kini di Kelantan apabila wang royalti pertroleum di rompak di siang hari tanpa sekelumit rasa bersalah? DAP atau UMNO? Ia termasuklah insiden mengheret institusi Raja Berperlembagaan ke kancah politik menjatuhkan kerajaan sah dan Menteri Besar pilihan rakyat di Perak secara terang-terangan. DAP hormati Islam, galak dan bela pendidikan Islam Tambah Hanipa, jika DAP tidak menghormati Islam, mengapa pula Pulau Pinang yang dipimpin Ketua Menteri, Lim Guan Eng memberi peruntukan lebih besar kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) dari peruntukan kepada Sekolah Cina dan Sekolah Tamil. “SAR di bawah negeri yang diterajui DAP memperuntukkan secara purata RM 97,000 setiap sekolah sedangkan sekolah Cina dan Tamil hanya diperuntukkan secara purata RM60,000 dan RM63,000 masing-masing bagi setiap sekolah. Bukankah UMNO sendiri pernah menarik bantuan per kapita SAR? “Lim Guan Eng juga mahukan ramai huffaz al-Quran dengan memberi bantuan kepada madrasah tahfiz selain penghargaan dan pengiktirafan kepada para penghafal al-Quran. “Lebih aneh lagi, elaun para imam masjid-masjid di Pulau Pinang jauh lebih tinggi dari elaun imam-imam di negeri-negeri UMNO. Mengapakah DAP yang dikatakan mengancam Islam suka elaun Imam tinggi manakala Umno yang “sayang” Islam lebih suka pula elaun Imam rendah?,” soalnya. Dalam satu wacana bertajuk “Adakah dasar DAP mengancam Islam” pada Jun 2012 yang lalu anjuran Roketkini.com, panelis dari Universiti Islam Antarabangsa, Dr Maszlee Malik berkata, setiap orang mempunyai aqidah atau pegangan yang berbeza, malah Islam mengajar untuk saling memahami dan hormat-menghormati dan berlaku adil. “Bagi saya DAP tidak mengancam Islam sebab memperjuangkan nilai bersama seperti keadilan. Kebanyakan persepsi negatif yang timbul bersifat stereotaip dan ia dikeruhkan lagi dengan salah faham orang Islam sendiri terhadap Islam. “Walau pun DAP telah berevolusi, persepsi itu masih ‘dijual’ sehingga sekarang. Ini sebab kita suka menyamakan Melayu dan Islam wal hal ia berbeza,” jelasnya yang juga pakar dalam bidang politik Islam antarabangsa. =============================================================== 2 November 2012 GEORGE TOWN 2 NOVEMBER: Tuduhan UMNO/BN bahawa kerajaan Pulau Pinang yang diterajui DAP sebagai ”anti-Islam” terbukti tidak benar apabila Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) itu terus ”Memartabatkan Agama Islam” dalam Belanjawan Pulau Pinang 2013 yang bertemakan Agenda Ekonomi Saksama. Selain menjadikan masjid dan surau sebagai institusi merangkumi aktiviti kemasyarakatan, sebanyak RM13.84 juta daripada RM46.42 juta peruntukan bagi memartabatkan agama Islam disediakan untuk pembangunan sekolah agama rakyat (SAR). Sehubungan itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, peruntukan untuk pembangunan agama Islam bagi 2013 termasuk usaha meneruskan pembinaan masjid baru yang mengambil kira prasarana mesra OKU. “Masjid terbabit ialah Masjid Jamek Sungai Gelugor, Daerah Timur Laut dan Masjid Jamek Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara. “Pembinaan masjid yang mengambil kira prasarana seumpama itu dilaksanakan di Masjid Abdullah Fahim, Seberang Perai Utara dan Masjid Kelawei, Daerah Timur Laut,” katanya. Pada Belanjawan Pulau Pinang 2012, kerajaan negeri menyediakan peruntukan berjumlah RM22.8 juta untuk pengambilan balik tanah bagi pembesaran tapak perkuburan Islam berhampiran Masjid Jelutong, untuk khariah Masjid Cherok Tok Kun Atas dan khariah Masjid Tuan Abdullah, Tanah Liat manakala RM2 juta diperuntukan untuk pengambilan balik tanah bagi pembangunan Sekolah Agama Rakyat. http://dialograkyat.blogspot.com/2012/10/sar-1000-guru-pelajar-ke-parlimen.html =============================================================== Lim was also charged under Section 8A (1) of the Printing Presses and Publications Act 1984 for 'maliciously printing' a pamphlet containing allegedly 'false information' because he had described the alleged rape victim as an 'imprisoned victim' because she was initially detained by Malaysian police without parental consent for 10 days. During the judicial procedure, Lim was quoted saying: If I fail and have to go to jail, I have no regrets. I have no regrets of going down fighting for the principles of truth and justice. And pursuit of human rights, especially women's rights. There can be no women's rights if women rape victims are considered equally responsible, and even detained, whilst the accused remain free. http://en.wikipedia.org/wiki/Lim_Guan_Eng =============================================================== RM500 Untuk Tahfiz: Satu Lagi Bukti DAP Bukan Parti Anti-Islam, Melayu. SHAH ALAM, 11 MEI: Seorang wartawan bangsa Cina pernah bertanya kepada Lim Guan Eng, mengapa Kerajaan Pulau Pinang memberi RM500 kepada pelajar Maahad Tahfiz yang menghafal Al-Quran 30 Juz? Ketua Menteri Pulau Pinang itu menjawab: “Orang Islam yang pegang kepada ajaran Islam mereka tidak akan makan rasuah.” http://naimnikmat.blogspot.com/2012/05/seorang-wartawan-berbangsa-cina-tanya.html =============================================================== DAP - 6 cadangan Benteras Rasuah Pertama, parti-parti politik harus diharamkan daripada melibatkan diri dalam perniagaan, yang lazimnya membawa kepada konflik kepentingan. Bagaimana politik boleh bercampur dengan perniagaan, apabila politik itu bertujuan untuk menjaga kepentingan awam manakala tujuan perniagaan adalah untuk keuntungan peribadi? "Contoh parti politik yang telah menjadi kaya melalui perniagaan boleh dilihat dalam kes MCA yang sekarang berupaya untuk memberi wang kepada ahli-ahlinya setiap tahun," kata beliau. Kedua, pengharaman percampuran politik dengan perniagaan harus diikuti dengan kewujudan sistem tender terbuka untuk menghentikan kapitalisme kroni. Sistem tender terbuka akan memastikan kontrak yang tidak adil di mana Penjana Elektrik Bebas (IPP) dan syarikat-syarikat pengendali tol tidak akan mendapat keuntungan luarbiasa sebanyak berpuluhan ribu bilion ringgit sementara 27 juta rakyat dibebankan. Kerugian RM5 bilion dalam skandal Perwaja, skandal Port Klang Free Trade Zone dan skandal saham bumiputra RM52 bilion kesemuanya berjumlah lebih daripada USD 100 bilion, iaitu jangkaan kerugian rakyat Malaysia akibat daripada penyelewengan dan rasuah. Ketiga, hak untuk maklumat tidak sulit hendaklah dilindungi di bawah Akta Maklumat Bebas untuk memastikan ketelusan. Keempat, semua penjawat awam yang memegang amanah awam hendaklah membuat pengisytiharan aset mereka. Kelima, 125 cadangan oleh Suruhanjaya DiRaja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan PDRM 2005 hendaklah dilaksanakan tanpa apa-apa syarat, terutama sekali penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC). IPCMC ini bertujuan untuk mengurangkan rasuah dan penyalahgunaan kuasa polis. Kegagalan untuk menubuhkan IPCMC hanya menunjukkan ketidak sanggupan Kerajaan BN untuk menangani persepsi negatif awam tentang polis, tambah beliau. Terakhir, kata beliau, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hendaklah dihukum untuk kegagalannya untuk bertindak atau menuntut tindakan daripada pihak berkuasa ke atas rasuah pilihan raya, terutama sekali kegagalannya untuk mematuhi Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 yang mengenakan had perbelanjaan pilihan raya sebanyak RM200,000 untuk kawasan parlimen dan RM100,000 untuk kawasan dewan undangan negeri. Pelanggaran peraturan ini berlaku secara terang-terangan sampai SPR sendiri telah mengaku bahawa RM110 juta telah dibelanjakan untuk poster pilihan raya sahaja dalam Pilihan Raya Umum 2004, kata beliau. Dengan 219 kawasan parlimen dan 445 kawasan DUN yang ditandingi dalam PRU 2004, had perbelanjaan pilihan raya sepatutnya RM88.3 juta, katanya. Adalah amat jelas bahawa hanya BN sahaja yang dapat membelanjakan sebanyak RM110 juta untuk poster pilihan raya dalam PRU tersebut. Meskipun demikian, tiada sebarang tindakan yang telah diambil oleh SPR, tambah Lim Guan Eng lagi. "6 langkah-langkah integriti ini boleh memulakan proses pembersihan Malaysia daripada rasuah, kronisme dan penyalahgunaan kuasa. "Langkah-langkah asas seperti menghukum mereka yang mengamalkan rasuah, mengurangkan peluang rasuah, melaksanakan sistem integriti kebangsaan melalui undang-undang dan institusi-institusi yang sesuai adalah antara langkah-langkah yang dapat mengembalikan kuasa kepada rakyat," tegasnya. http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6954-dap-cadang-6-langkah-banteras-rasuah =============================================================== Ucapan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng Di Konvensyen Pakatan Rakyat Di Syuen Hotel, Ipoh: Perpaduan Rakyat Malaysia Berasaskan Kerajaan Berjiwa Rakyat Dan Kemakmuran Ekonomi Yang Berteraskan Prinsip Keadilan, Kebebasan, Kebenaran, Kebajikan Dan Ketakwaan Kepada Tuhan. Seringkali disebutkan bahawa perpaduan kaum adalah asas pembangunan negara dan ekonomi, kemakmuran dan kemajuan, demokrasi dan keadilan sosio-ekonomi. Saya lebih suka gunakan istilah perpaduan rakyat Malaysia daripada perpaduan kaum kerana secara halusnya ini memperlihatkan perbezaan kaum lebih pentingnya daripada sifat kemalaysiaan kita. Itulah sebabnya Kerajaan PR selalu tekankan ketuanan rakyat dan menganggap semua warga sebagai insan bermaruah bukannya warna kulit. Dengarlah komitmen kami – Bahawa kerajaan PR akan memberikan bantuan sama kepada semua rakyat tanpa kira kaum, agama, jantina dan latarbelakang. Komitmen perpaduan rakyat inilah yang melahirkan kerajaan berjiwa rakyat berteraskan prinsip 5K – keadilan, kebebasan, kebenaran, kebajikan dan ketakwaan kepada Tuhan. Prinsip kerajaan berjiwa rakyat adalah 3P – * Perkasakan (Enables) rakyat dengan kepakaran, ilmu dan pendidikan serta menyediakan peluang yang saksama kepada semua lapisan masyarakat demi mewujudkan kemakmuran. Contohonya adalah inisiatif wifi yang diberikan percuma kepada semua rakyat dengan tujuan menguasai aplikasi computer yang merupakan bidang paling penting dalam pendidikan masakini. Dan pemberian bantuan wang kepada sekolah Cina, Tamil dan Sekolah Agama Rakyat ataupun menubuhkan satu Hab Pendidikan agar mempertingkatkan mutu pendidikan. Di sini perlu diingatkan bahawa kita bukan mahu melihat Pulau Pinang mempunyai pakar profesional paling baik tetapi jga para ustaz dan ustazah serta huffaz. Malah buat kali pertama Pulau Pinang telah memberi penghormatan dengan memberikan pengiktirafan kepada 100 penghafal Quran atas pencapaian cemerlang mereka. * Perkuasakan (Empowers) rakyat dengan hak-hak asasi, kebebasan dan kebertanggungjawaban supaya semua dapat peluang yang saksama dan berjaya atas usaha sendiri dan bukannya hubungan iaitu technical know-how dan bukannya technical know-who. Contohnya pinjaman mikrokredit kepada ibu tunggal dan peniaga kecil dan projek pusat CAT sebanyak RM 10 juta untuk membantu pekerja kehilangan kerja mencari kerja; * Perkayakan (Enrich) rakyat dengan perkongsian kekayaan dan hasil ekonomi bagi mencapai keadilan sosio-ekonomi seperti menjadi negeri pertama di Malaysia basmi miskin tegar, memastikan setiap keluarga mendapat sekurang-kurangnya RM 500 sebulan, wang penghargaan RM 100 setahun kepada warga emas dan RM 1,000 kepada ahli keluarga bila meninggal. Perpaduan rakyat dan kerajaan berjiwa rakyat tidak akan berjaya sekiranya tidak dapat menjanakan kemajuan dan gagal memastikan kemakmuran dinikmati semua. Oleh itu sungguhpun Pulau Pinang menetapkan wawasan menjanakan transformasi ekonomi kepada sebuah negeri bertaraf antarabangsa dan ekonomi berpendapatan tinggi, ia mesti memastikan pengagihan saksama. http://limguaneng.com/index.php/2009/10/31/pengalaman-pulau-pinang-perpaduan-kaum/ =============================================================== Ucapan Lim Guan Eng di Konvensyen DAP Penang When BN and their allies accuse DAP of being anti-Malay, anti-Islam, anti-Rulers and anti-Bahasa Malaysia, they could not provide any proof. How can DAP be anti-Malay, anti-Islam, anti-Rulers and anti-Bahasa Malaysia when struggle is rooted in the Malaysian Constitution itself which enshrines the special position of Malays and bumiputeras, Islam as the religion of the Federation, the status of the Malay Rulers and Bahasa Malaysia as the official language of Malaysia? We are Malaysian First. DAP fights for the aspirations of all Malaysian regardless of race and religion. We reject the discriminatory politics of UMNO that insists that we are Malay first, Malaysian second. We also condemn UMNO and their allies for treating as traitors and enemies of Malays those who disagree with their racist ideology of Malay first and Malaysian second. We must not allow UMNO to hijack the Malaysian Constitution to split and and divide Malaysians that it is somehow wrong to fight for all Malaysians. UMNO always cites Article 153 of the Federal Constitution on the special position of the Malays as justification for their racist Malays-only approach. http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2010/12/ucapan-lim-guan-eng-di-konvensyen-dap.html =============================================================== Menyampaikan janji kejayaan — Lim Guan Eng Dec 31 — 2013 adalah tahun penting yang akan menentukan sama ada rakyat Malaysia berani mengubah kerajaan berusia 56 tahun yang takut dengan idea baru, sudah hilang ideal dan sudah membelakangi prinsip-prinsip keadilan, kebebasan, kebenaran, demokrasi dan integriti dalam pentadbiran. Jika Malaysia ingin kembali ke jalan yang lurus dari segi ekonomi dan juga hak politik, 2013 harus menjadi tentang rakyat dan prestasi dan bukan tentang siapa yang lebih rasis dan ekstrim. Tiga negara ASEAN yang telah mencatat prestasi di luar jangkaan menjadi peringatan kepada manfaat sebuah kerajaan berjiwa rakyat yang memberi tumpuan kepada prestasi. Thailand telah jauh melebihi jangkaan khususnya dalam pelancongan dengan pertumbuhan paling tinggi sebagai destinasi pelancongan no.1 sementara pasaran sahamnya untuk tahun 2012 merupakan pasaran yang paling berprestasi di Asia dengan peningkatan 37 peratus berbanding 2011. Dari segi pembuatan, Philippines adalah negara tumpuan dengan kadar pertumbuhan ekonomi yang melebihi 6 peratus sementara pasaran sahamnya bagi 2012 telah naik 33 peratus berbanding 2011, iaitu kurang sedikit dengan Thailand. Sudah tentu, Indonesia adalah bintang ASEAN, bukan sahaja kerana saiznya tetapi kerana perangkaan pertumbuhan yang mengagumkan. Kesemua 3 negara bermanfaat daripada populasi muda yang mahir dan kerajaan yang mementingkan ekonomi daripada politik, memilih prestasi dan polisi daripada ekstremisme kaum dan agama serta pemimpin yang memperjuangkan integriti dan menghukum korupsi. Jika rakyat Malaysia ingin mengatasi mereka yang mahu memecah belahkan kita kepada kotak-kotak kaum dan agama, kita harus ingat bahawa selain daripada sejarah kita yang pelbagai, kita juga terikat dengan sejarah Merdeka dan Perlembagaan Persekutuan sejak 1957, nilai-nilai bersama serta berjuta-juta lagi persamaan. Untuk mengurangkan jurang, membina kepercayaan dan memperluaskan sokongan untuk mengeratkan pertalian di antara semua rakyat Malaysia, dasar-dasar bukan sahaja harus sah dari segi undang-undang tetapi sah dari segi moral, politik dan umum. Rakyat Malaysia harus memberi perhatian kepada kejayaan 3 negara tersebut dan memastikan bahawa kelakuan yang tidak baik tidak mendapat ganjaran tetapi dihukum serta menolak BN yang mengamalkan korupsi. Taktik fitnah dan ketakutan bahwa perubahan akan membawa kepada Negara Kristian atau Negara Islam tidak akan laku lagi apabila Penunjuk Prestasi Utama (KPI) yang paling penting adalah kesejahteraan rakyat. Pilihan Raya Umum ke-13 yang dijangka akan diadakan sebelum April 2013 harus berkisar pada persoalan parti manakah yang dapat menyampaikan janji kejayaan kepada mereka yang jujur, berusaha kuat, melabur dalam masa depan dan mematuhi undang-undang dalam Malaysia yang lebih bersih, hijau, selamat dan sihat. http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/menyampaikan-janji-kejayaan-lim-guan-eng/ ============================================================ Pengalaman Pulau Pinang: Perpaduan Kaum Ucapan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng Di Konvensyen Pakatan Rakyat Di Syuen Hotel, Ipoh: Perpaduan Rakyat Malaysia Berasaskan Kerajaan Berjiwa Rakyat Dan Kemakmuran Ekonomi Yang Berteraskan Prinsip Keadilan, Kebebasan, Kebenaran, Kebajikan Dan Ketakwaan Kepada Tuhan. ........ sila ke laman untuk bacaan penuh ....... Dalam kes Kampung Buah Pala yang diduduki lebih 150 tahun, kerajaan BN anggap penduduk sebagai setinggan yang dihalau dengan sebuah rumah pangsa RM 75,000. Sebaliknya kerajaan PR memberikan mereka hak milik geran rumah dua tingkat bernilai RM 600,000. Itulah perbezaan BN dan PR di mana satu gunakan politik perkauman manakala kita gunakan politik keadilan. ........ sila ke laman untuk bacaan penuh ....... Hanya dengan bersatu-padu sebagai bangsa Malaysia dan warga Pulau Pinang tanpa mengira warna kulit dan agama barulah kita dapat mencapai kejayaan. Itulah cabaran kita untuk membuktikan seorang pemimpin Cina boleh jaga kepentingan orang Melayu, seorang pemimpin Melayu boleh jaga kepentingan orang Cina dan seorang pemimpin India boleh jaga kepentingan Cina dan Melayu. Pendek kata, walau apa pun warna kulit atau kepecayaan agama seorang pemimpin, tugas dan tanggungjawabnya adalah untuk menjaga kepentingan semua rakyat. ........ sila ke laman untuk bacaan penuh ....... http://limguaneng.com/index.php/2009/10/31/pengalaman-pulau-pinang-perpaduan-kaum/ [Non-text portions of this message have been removed] ------------------------------------ Post message: [email protected] Subscribe : [email protected] Unsubscribe : [email protected] List owner : [email protected] Homepage : http://proletar.8m.com/Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/proletar/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/proletar/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: [email protected] [email protected] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [email protected] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
