oooyyyy... salah masuk kamar ooooyyy....

Ini Proletaaarrrr !

hadeh. Makin krodit ajah ni milis.

--- In [email protected], Hizamri Johari <hizamri@...> wrote:
>
> Salam
> 
> 
> Sumpah dengan maksud melariskan dagangan adalah penghapus barokah. (HR. 
> Bukhari dan Muslim)
> 
> Barangsiapa bersumpah tidak dengan (menyebut) nama Allah maka dia telah 
> berbuat syirik (menyekutukan Allah). (HR. Ad-Dailami)
> 
> Ada tiga
>  kelompok orang yang kelak pada hari kiamat Allah tidak akan berkata-kata, 
> tidak akan melihat, tidak akan pula mensucikan mereka. Bagi
>  mereka azab yang pedih. Abu Dzarr berkata, "Rasulullah mengulang-ulangi 
> ucapannya tiga kali dan aku bertanya, "Siapakah mereka itu, ya
>  Rasulullah?" Beliau menjawab, "Orang yang pakaiannya menyentuh tanah karena 
> kesombongannya, orang yang menyiarkan pemberiannya (mempublikasikan 
> kebaikannya), dan orang yang menjual dagangannya dengan sumpah palsu." (HR. 
> Muslim)
> 
> Barangsiapa mengangkat sumpah terhadap suatu perkara kemudian dia mengetahui 
> sesuatu yang
>  lebih baik (benar) maka hendaklah dia menebus (kafarat) sumpahnya dan 
> mengemukakan apa yang lebih baik (benar). (HR. Muslim)
> 
> http://sabdaislam.wordpress.com/2009/12/06/39-bahaya-bersumpah/
> 
> 
> 
> 3. Menipu dan bersumpah bagi melariskan barangan.
> 
> Dalam keghairahan mempromosi dan menarik pelanggan, pelbagai cara dan 
> strategi dibuat dengan tujuan melariskan barang jualan. Sungguhpun 
> perbuatan itu dibolehkan, namun sebagai perniaga yang beriman mereka 
> sewajarnya tidak alpa dan lupa bahawa Islam melarang sebarang bentuk 
> penipuan dalam pernigaan. Menipu ialah melakukan suatu helah untuk 
> kepentingan diri sendiri dan memudharatkan orang lain.
>  
> Pelbagai cara penipuan boleh berlaku dalam aktiviti perniagaan seperti 
> memalsukan tandatangan, menjual barang tiruan dengan harga yang mahal 
> dan menipu pelanggan dengan iklan-iklan yang palsu.
>  
> Termasuk juga dalam perbuatan menipu ialah perbuatan bersumpah dengan 
> nama Allah dengan tujuan melariskan barang jualan seperti menyatakan 
> “demi Allah, barang ini adalah paling murah dijual di kota ini dan saya 
> hanya menjual harga modal sahaja” sedangkan hakikat yang sebenar adalah 
> sebaliknya.
> ‏عَنÙ' ‏ ‏أَبِي هُرَيÙ'رَةَ ‏أَنÙ`َ 
> رَسُولَ اللÙ`َهِ ‏‏صَلÙ`َى اللÙ`َهُ 
> عَلَيÙ'هِ وَسَلÙ`َمَ ‏ ‏مَرÙ`َ عَلَى ‏ 
> ‏صُبÙ'رَةِ ‏ ‏طَعَامٍ فَأَدÙ'خَلَ 
> يَدَهُ فِيهَا  ‏فَنَالَتÙ' ‏ 
> ‏أَصَابِعُهُ بَلَلًا فَقَالَ مَا هَذَا 
> يَا 
> صَاحِبَ الطÙ`َعَامِ ؟ قَالَ أَصَابَتÙ'هُ 
> السÙ`َمَاءُ يَا رَسُولَ اللÙ`َهِ . 
> قَال َأَفَلَا جَعَلÙ'تَهُ فَوÙ'قَ الطÙ`َعَام
> ِ كَيÙ' يَرَاهُ النÙ`َاسُ ‏ ‏مَنÙ' غَشÙ`َ 
> فَلَيÙ'سَ مِنÙ`ِي. أي : من غش فليس على دينيى 
> الكامل. رواه مسلم
> Maksudnya:
> Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW telah melalui 
> setimbunan makanan (yang dijual) seraya memasukkan tangannya ke dalam 
> timbunan makanan tersebut dan mendapati jari-jemarinya basah. Rasulullah SAW 
> bersabda, apakah semua ini wahai pemilik makanan? Lelaki itu 
> menjawab; makanan ini telah ditimpa hujan wahai Rasulullah SAW.  Seraya 
> Rasulullah bersabda: kenapa tidak kamu jadikan yang basah itu disebelah 
> atas makanan agar manusia dapat melihatnya, barang siapa yang menipu 
> maka ia bukan dari agamaku (yang sempurna).
> ‏عَنÙ' ‏ ‏أَبِي قَتَادَةَ 
> الÙ'أَنÙ'صَارِيÙ`ِ ‏أَنÙ`َهُ سَمِعَ رَسُولَ 
> اللÙ`َهِ ‏ ‏صَلÙ`َى اللÙ`َهُ عَلَيÙ'هِ 
> وَسَلÙ`َمَ ‏ ‏يَقُولُ ‏‏إِيÙ`َاكُمÙ' 
> وَكَثÙ'رَةَ الÙ'حَلِفِ فِي الÙ'بَيÙ'عِ 
> فَإِنÙ`َهُ يُنَفÙ`ِقُ ثُمÙ`َ ‏ 
> ‏يَمÙ'حَقُ. أيÙ': فأن كثرة الحلف فى البيع قد 
> يؤدي ألى  رواج السلعة إلا أنه بعد ذلك إلى  
> يُزِيل الÙ'بَرَكَتها.
>  Maksudnya:
> Diriwayatkan oleh Abi Qatadah al-Anshari, sesungguhnya ia telah 
> mendengar rasulullah SAW bersabda, awas kamu dari banyak bersumpah dalam 
> berniaga. Sesungguhnya (kadang kala) banyak bersumpah dalam berniaga 
> boleh melariskan barangan akan tetapi selepas itu ia akan menghilangkan 
> barakahnya.
>  
> Berpandukan kepada dua hadis ini, sebagai peniaga yang beriman dan 
> berpegang teguh kepada ajaran agama ia hendahlah mengelak dari sebarang 
> bentuk penipuan dan banyak bersumpah dalam keghairahan melariskan 
> barangan jualan dan mendapat keuntungan daripadanya.
> 
> http://islam.gov.my/muamalat/artikel/perkara-haram-dalam-perniagaan
> 
> 
> WAllahua3lam
> Wassalam
> Hizamri
> 
> http://groups.yahoo.com/group/hizamri_list/
> 
> ================================================
> 
> 
> From : 
> http://www.informasi.my/panas-peugeot-volkswagen-proton-nafi-turun-harga-kereta/
> 
> Panas: Peugeot, Volkswagen, Proton nafi turun harga kereta
> Posted on 13 June 2013. 
> 
> 
> KUALA LUMPUR, 13 Jun â€" Pembuat kereta Volkswagen dan Peugeot 
> kedua-duanya telah menafikan penurunan harga tahun ini seperti 
> dilaporkan oleh akhbar milik Umno Utusan Malaysia tiga hari lalu sebagai 
> bukti gabungan pemerintah itu menunaikan janji pilihan raya mereka.
> Utusan telah melaporkan Volkswagen, Peugeot, Honda dan pembuat kereta 
> tempatan Proton dan Perodua telah menurunkan harga sepuluh model mereka 
> sehingga 11 peratus bermula Januari tahun ini, menyiarkan senarai harga 
> sebagai bukti kerajaan Barisan Nasional (BN) telah menunaikan janji 
> mereka untuk menurunkan harga kereta dalam manifesto Pilihan Raya 2013.
> 
> 
> “Sila ambil perhatian, harga di imej itu tidak tepat. Harga Golf 
> memang RM157,888 semenjak dilancarkan. Bukan RM169,888,” kata wakil dari 
> Volkswagen Malaysia di akaun Facebook mereka merujuk kepada salah satu 
> model Golf.
> 
> 
> Seorang pengguna sebelum itu memuat naik laporan Utusan, yang 
> mendakwa harga Golf telah dikurangkan sehingga 7.1 peratus dari 
> RM169,888 ke RM157,888.
> 
> 
> Bercakap kepada The Malaysian Insider, seorang pengedar untuk pembuat kereta 
> Jerman itu mengesahkan harga Golf Mark 7 1.4 TSI yang 
> dilancarkan sejak awal tahun ini memang berharga bermula dari RM157,888.
> 
> 
> 
> Peugeot Malaysia juga telah memberi respon di laman Facebook mereka 
> mengenai dakwaan Utusan harga bagi model 308 telah diturunkan sebanyak 
> 11 peratus dari RM115,663 ke RM102,888.
> 
> 
> “Tanpa sebarang prejudis, tiada apa-apa dikeluarkan oleh kami, kami 
> tidak dirujuk sebelum artikel itu dicetak dan tidak mempunyai apa-apa 
> kaitan dengan laporan berita itu. Harga yang ditunjukkan 308 Turbo pra- 
> facelift dan 308 VTi sebenarnya merupakan dua varian berbeza dari 
> Peugeot 308,” kata pembuat kereta Perancis itu.
> 
> 
> Seorang pengedar Peugeot memberitahu The Malaysian Insider model 
> facelift 308 VTi semenangnya berharga RM102,888 semenjak ianya 
> dilancarkan pada pertengahan tahun lepas dan harga 308 Turbo adalah 
> RM121,888.
> 
> 
> Utusan juga melaporkan Honda Jazz Hybrid kini berharga RM89,900 selepas 
> diturunkan sebanyak 2.5 peratus dari RM92,187.
> 
> 
> 
> Semakan dengan pembuat kereta dari Jepun itu mengesahkan model versi 
> kenderaan pemasangan tempatan (CKD) di kilang Alor Gajah sememangnya 
> dijual pada RM89,900 semenjak dilancarkan tahun lepas. Manakala model 
> versi kenderaan jenis diimport sepenuhnya (CBU) dilancarkan sebelum ini 
> berharga RM94,800.
> 
> 
> Akhbar Melayu itu juga melaporkan penurunan harga bagi model syarikat 
> tempatan seperti Persona, Preve, Saga dan Exora dari Proton, dan Alza, 
> Viva, dan Myvi dari Perodua.
> 
> 
> Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah mengulangi ikrar pilihan raya 
> untuk mengurangkan harga kereta melalui akaun Twitter lewat bulan 
> lepas, berjanji harga kereta akan dikurangkan secara berperingkat 
> sehingga 2017.
> 
> 
> 
> Pada hari sama, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk 
> Seri Mustapa Mohamed berkata kerajaan telah berjanji untuk mengurangkan 
> harga kereta antara 20 hingga 30 peratus dalam tempoh lima tahun, 
> seperti yang digariskan dalam manifesto pilihan raya BN.
> 
> 
> “Malah, sejak Oktober tahun lalu, harga 10 model popular di negara 
> ini telah turun secara purata 7.3 peratus,” katanya kepada pemberita 
> selepas menghadiri perhimpunan bulanan kementerian itu, pertama selepas 
> Mustapa dilantik semula ke dalam Kabinet.
> 
> 
> 
> Kedua-dua BN dan pembangkang Pakatan Rakyat telah berikrar harga kereta 
> lebih murah menjelang pilihan raya Mei, walaupun melalui mekanisme 
> berbeza.TMI
> 
> 
> Sementara itu proton pula menghantar memo kepada pengedar-pengedarnya
> 
> 
> 
> ========================================================
> 
> From : 
> http://belogfadah.blogspot.com/2013/06/penjelasan-volkswagen-malaysia-harga.html
> 
> 
> Penjelasan Volkswagen Malaysia Harga Kereta Tidak Turun
> 
> By Fadah  on13 June 2013 at 7:59 AM 
> 
> Penjelasan 
> Volkswagen Malaysia harga kereta tidak turun dan masih kekal. Sebentar 
> tadi, kami telah menerima maklumat yang mendakwa bahawa harga Model 
> Volkswagen GOLF adalah kekal dan tidak diturunkan seperti yang diumumkan
>  kerajaan baru-baru ini. Untuk mendapatkan kepastiaan, kami melawat 
> facebook Volkswagen Malaysia untuk mencari bukti dakwaan tersebut dan 
> ternyata bahawa dakwaan mereka adalah benar.
> 
> 
> Penjelasan Sebenar Isu Harga Volswagen Golf
> 
> Harga 
> Volkswagen Pada Januari 2013 dilaporkan RM 169, 888 oleh sebuah akhbar 
> tempatan. Selepas pengumuman harga kereta turun, harga model tersebut 
> jatuh ke RM 157,888. Menurut Vokswagen Malaysia, mereka tidak pernah 
> meletakkan harga RM169, 888 seperti yang didakwa oleh akhbar tersebut. 
> Menurutnya lagi, harga model tersebut adalah kekal RM 157, 888 sejak 
> ianya dilancarkan.
> 
> Untuk 
> mendapatkan lebih maklumat terperinci, kami layari laman web rasmi 
> Volkswagen Malaysia untuk melihat harga terkini Vokswagen Golf dan 
> ternyata ianya masih RM 157,888. SUMBER
> 
> [Non-text portions of this message have been removed]
>




------------------------------------

Post message: [email protected]
Subscribe   :  [email protected]
Unsubscribe :  [email protected]
List owner  :  [email protected]
Homepage    :  http://proletar.8m.com/Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke