---------- forwarded message ----------
From: bicaraagama <[EMAIL PROTECTED]>
Date: 26 Mei 2007 00:57
Subject: [debat_antar_agama] Petikan-petikan Quran yang hilang
To: [EMAIL PROTECTED]



 http://answering-islam.org/Bahasa/Quran/mushafhilang.html

Petikan-petikan Quran yang hilang

 1. Al-MUSHAF: satu rekod teks Quran yang tidak lengkap.

 Kita telah melihat bahawa tidak lama selepas kematian Muhammad, iaitu
pada hari Yamama, ayat-ayat Quran yang dikatakan cuma diketahui oleh
mereka yang terbunuh di dalam peperangan itu telah hilang untuk
selama-lamanya. Kita juga bertemu dengan kejadian-kejadian dalam rekod
sejarah teks Qur'an di mana rangkap ayat individu dan, kadang-kala,
seluruh bahagian besar gagal disertakan ke dalam kandungan Al Quran.
Pada hakikatnya, pendapat yang sebulat suara di antara ahli sejarah
awal adalah bahwa Qur'an pada hari ini tidak lengkap. Abdullah ibn
Umar, dalam zaman permulaan Islam, amat jelas mengenainya:

 Ia dilaporkan dari Ismail ibn Ibrahim dari Ayyub dari Naafi dari Ibn
Umar yang berkata: "Biar tiada di antara kamu yang berkata 'saya sudah
memperolehi seluruh Qur'an'. Bagaimana dia mengetahui itu adalah
kesemuanya sedangkan banyak bahagian Qur'an yang telah hilang? Lebih
baik biar dia berkata 'saya sudah memperolehi apa yang ditinggalkan.'
"(as-Suyuti, al-Itqan fii Ulum al-Qur'an, p. 524) .

 Terdapat banyak contoh yang dapat diberikan tetapi kita akan
membataskan diri dengan memberikan contoh-contoh yang lebih dikenali
untuk membuktikannya. Satu kes yang tipikal berhubungan dengan satu
rangkap ayat yang berbunyi:

 Agama dengan Allah adalah al-Hanifiyyah (petua yang tegak) dan bukan agama

 Yahudi atau Kristian, dan sesiapa yang mengerjakan kebaikan akan
mendapat ganjaran. (as-Suyuti, al-Itqan fii Ulum al-Qur'an, p. 525) .

 Menurut at-Tirmithi di dalam Kitab al-Tafsir-nya, satu daripada seksi
Jami'nya, koleksi rekod hadithnya yang merupakan satu daripada enam
gubahan utama tradisi kesusasteraan Islam yang bersampingan dengan
Sahih al-Bukhari dan Muslim dan tiga sunan gubahan Abu Dawud, an-Nasai
dan Ibn Maja, rangkap ayat ini pada satu ketika membentuk sebahagian
daripada Suratul-Bayyinah (Surah 98) di dalam Qur'an (Noldeke,
Geschichte, 1. 242). Ini berkemungkinan kerana ia bercantum dengan
sempurna ke dalam aliran surah pendek ini, di antara ayat-ayat lain,
yang mengandungi beberapa kata-kata yang muncul di dalam teks yang
kehilangan, seperti diin (agama, v.5), 'aml (amalan, v.7), dan hunafa
( yang tegak, v. 4) , dan juga membezakan petua Allah dengan
kepercayaan Yahudi dan Kristian.

 Juga perhatikan di sini iaitu, sedangkan teks standard Surah 3.19
hari ini berbunyi innadiina 'indallaahil-Islaam - "agama sebelum Allah
adalah al Islam (ie. menyerah)", Ibn Mas'ud membaca selain daripada
al-Islam, al-Hanifiyyah, i.e. " petua yang tegak "( Jeffery,
Materials, p. 32) , dan oleh demikian bersetindih dengan teks yang
dikatakan sebagai sebahagian daripada Surah 98 oleh at-Tirmithi. Pada
permulaan misi Muhammad, terdapat beberapa orang di Arab yang menolak
penyembahan patung-patung berhala dan yang memanggil mereka sendiri
hunafa, yang khasnya bermakna mereka yang mengikuti petua yang tegak
dan menghina syahadat palsu di sekitar mereka.

 Kemungkinan Muhammad pertama kali memiilih gelaran al-Hanfiyyah untuk
menghuraikan kepercayaan dia sendiri tetapi, ketika agamanya
memperolehi identiti tersendiri yang unik, dia menggantikannya pula
dengan al-Islam dan memanggil penganutnya sebagai Muslim, yang
menandakan mereka itu tidak sahaja pengikut-pengikut cara yang betul
tetapi juga mereka yang berserah kepada Allah yang mendedahkan petua
dan yang memerintahkan ketaatan kepadaNya. Ini akan memberikan
penjelasan untuk kejatuhan tajuk berkenaan daripada Qur'an dan
pembuangan rangkap baris ayat yang kita sudah pertimbangkan dari
teksnya.

 Terdapat bukti bahawa seluruh seksi Qur'an dikatakan hilang sekarang,
seperti yang dikatakan dalam as-sunan al-Kubra dari al-Baihaqi, satu
koleksi rekod hadith yang luas tetapi tidak di anggap sahih seperti
enam gubahan utama lain tetapi ianya amat menarik dan penting. Ubayy
ibn Ka'b berkata bahawa dia teringat kembali pada satu ketika apabila
Suratul-Ahzab (Surah ketiga puluh tiga) adalah sepanjang
Suratul-Baqarah (Surah kedua), yang bermakna ia sekurang-kurangnya
mengandungi dua ratus baris ayat yang tidak terjumpa dalam teksnya
hari ini (al-Baihaqi, As-Sunan al-Kubra, Vol. 8, p. 211).
Kepentingannya adalah bahawa seksi yang hilang ini dikatakan
mengandungi ayat-ayat yang mengenakan hukuman mati untuk
penzina-penzina, yang kita akan pertimbangkan kemudian.

 Terdapat bukti selanjutnya mengenai kehilangan seluruh surah daripada
Qur'an hari ini. Abu Musa al-Ash'ari, seorang daripada pihak yang
berpengetahuan mengenai teks Qur'an dan juga seorang sahabat Muhammad,
telah dilaporkan berkata kepada penghafal-penghafal di Basra::

 Kami pada satu masa ketika pernah mengucapkan satu surah yang
menyerupai dalam kepanjangan dan ketegasannya kepada (Surah) Bara'at.
Walaubagaimanapun, saya telah lupakannya dengan kecualian bahagian
ini: "jika ada dua buah lembah penuh dengan kekayaan, untuk keturunan
Adam, dia akan inginkan sebuah lembah ketiga, dan tiada apa yang akan
memenuhi perut keturunan Adam tetapi debu ". (Sahih Muslim, Vol. 2, p.
501).

 Rangkap baris ayat yang dia katakan yang dapat diingat kembali adalah
salah satu daripada teks terkenal yang dikatakan hilang daripada
Qur'an. Kita akan memberikan perhatian kepadanya sebentar lagi. Abu
Musa meneruskan kata-kaanya:

 Kami pada satu masa ketika pernah mengucapkan satu surah yang serupa
dengan satu daripada Musabbihaat, dan saya tidak lagi ingatkannya,
tetapi saya mengingati sebanyak ini: 'Wahai kamu yang percaya, kenapa
kamu berkhutbah yang kamu tidak latih? ' (dan) 'ia diukir pada leher
kamu sebagai satu saksi dan kamu akan diperiksa berkenaannya pada hari
Kiamat'. (as-Suyuti, Al-Itqan fii Ulum al-Qur'an, p. 526) .

 Tradisi ini dipetik mengikuti rekodnya yang terkandung di dalam Sahih
Muslim di mana ia direkodkan selepas penyataan berkenaan mengenai
surah yang menyerupai surah ke sembilan dan mengandungi rangkap baris
ayat berkenaan dengan keturunan Adam (Vol. 2 , p. 501) . Musabbihaat
adalah surah-surah Qur'an (nombor 57, 59, 61, 62 dan 64) bermula
dengan perkataan Sabbaha (atau yusabbihu) lillaahi maa fiis-samaawati
wal-ardth " Semua yang berada di langit dan yang berada di bumi
bertasbih kepada Allah" (cf. Noldeke, 1. 245)

 Perkataan-perkataan rangkap baris ayat pertama yang disebut oleh Abu
Musa adalah serupa dengan yang dijumpa dalam Surah 61. 2 manaka teks
yang kedua itu semacam dengan Surah 17. 13 ("Dan tiap-tiap manusia itu
telah Kami tetapkan amal perbuatannya (sebagaimana tetapnya kalung)
pada lehernya. Dan Kami keluarkan baginya pada hari kiamat sebuah
kitab yang dijumpainya terbuka") yang hasrat menerangkan kenapa dia
terutama teringat kembali dua rangkap ayat ini.

 Kaum Muslim yang mendakwa bahawa Qur'an pada hari ini adalah serupa
dengan yang disampaikan oleh Muhammad, tiada pernukaran, penambahan
atau peninggalan, terpaksa berdepan dengan bukti-bukti yang
menunjukkan bahawa memang banyak yang telah kehilangan daripada teks
piawai. Ada beberapa di antara mereka yang mengambil jalan keluar
mudah dengan mengisytiharkan bahawa rekod-rekod ini adalah gubahan
palsu, tetapi yang lain, lebih bercondong terhadap pandangan serius,
mempunyai jawapan lain kepada masalah ini. Mereka berkata yang
ayat-ayat ini telah dibatalkan dan pembatalan ini telah diperintahkan
oleh Allah dalam riwayat Muhammad apabila Qur'an masih dalam proses
disiapkan. Marilah kita memeriksa dakwaan ini.

 2 . Al-Naskh Wa al-Mansukh: Ajaran Pembatalan (Pemansuhan)

 Ini adalah satu doktrin yang ditolak oleh ramai orang Muslim kerana
ia mencerminkan penglihatan yang tidak memihak terhadap sangkaan
kesempurnaan teks Qur'an, tetapi ia pada umumnya di terima oleh kaum
Muslim yang konservatif dan ulama-ulama ortodoks seperti Desai.
Doktrin ini secara terus berdasarkan ajaran Qur'an sendiri, khususnya
rangkap baris ayat berikut:

 Apa saja ayat yang kami nasakhkan, atau Kami jadikan (manusia) lupa
kepadanya, Kami datangkan yang lebih baik daripadanya atau sebanding
dengannya. Tiadakah kamu mengetahui bahwa Allah Maha Kuasa atas segala
sesuatu. (QS. Al-Baqarah: 106)

 Pada zaman permulaan Islam, ayat ini bererti bahawa sebahagian
daripada Qur'an boleh menjadi mansukh (dibatalkan) apabila wahyu yang
baru, iaitu teks naskh, diturunkan untuk mengantikan mereka. Kedua-dua
orang pengulas yang agung, al-Baidawi dan Zamakshari mengutamakan
ajaran bahwa ayat-ayat yang telah dibatalkan tidak harus lagi dibaca
dan sebarang undang-undang yang bergantung kepada mereka harus juga
dimansukhkan. Pada umumnya kepercayaan bahawa ayat-ayat yang
dimansuhkan telah dipotong daripada Qur'an oleh Jibril (malaikat yang
dikatakan telah membawa Qur'an kepada Muhammad Surah 2. 98),
sungguhpun dalam kebanyakan kes kedua-dua teks asal dan pembatalan
dictanya dikatakan masih ditinggalkan dan masih adalah sebahagian
daripada teks Qur'an.

 Ayat yang berkaitan dengan jelas menyatakan bahawa Allah memang
membatalkan sesetengah ayatNya ("wahyu"), satu perkataan yang
seringkali digunakan ke atas teks Qur'an seperti dalam Surah 3.7 di
mana ia dikatakan bahawa sesetengah ayat Kitab (al-Kitab) yang di
hantar kepada Muhammad adalah yang asas dan maknanya adalah nyata
manakala yang lain adalah kiasan (CF. juga Surah 11.1). Tidak ada
keraguan lagi bahawa Qur'an memang mengajar pembatalan ayat-ayat Allah
dan, sedangkan perkataan ini digunakan dalam buku Qur'an untuk teksnya
sendiri, penafsiran bahawa ia adalah ayat-ayat Qur'an sebenarnya yang
dibatalkan tidak boleh dicabar berdasarkan penjelasan daripada Qur'an
atau berdasarkan kemungkinan. Perkataan ayat adalah satu perkataan
biasa Qur'an yang umunnya bermaksud "tanda-tanda" Allah (iaitu,
petanda luarbiasa atau lain-lain untuk umat manusia), tetapi ia
amatlah nyata bahawa bukan petanda ini yang dikatakan sebagai
dibatalkan. Teks itu cuma boleh dirujuk kepada wahyu kitab, ia tidak
boleh dirujuk kepada tanda-tanda sejarah sama sekali apabila ia sudah
berlaku sebagai satu amaran kepada sesuatu bangsa. Sarjana Muslim amat
sedar mengenainya dan soalan yang harus ditanya adalah, kitab yang
manu satukah ia ditujukan?

 Oleh demikian, sarjana Muslim zaman moden yang menafikan pembatalan
sebarang ayat-ayat Qur'an, telah mengajar sebagai gantian bahawa teks
ini merujuk kepada wahyu Allah kepada Yahudi dan penganut Kristian
sebelumnya. Tafsiran ini tidak dapat di terima kerana Qur'an tidak
meggunakan perkataan ayat untuk menghuraikan teks Tawraat
(undang-undang, Kitab Yahudi, yang dikatakan diberikan oleh mereka
oleh nabi Musa) dan Injil (Gospel, Kitab Kristian, dikatakan diberikan
kepada mereka oleh Nabi Isa), ia juga tidak membuat cadangan bahawa
kitab-kitab ini pernah dibatalkan.

 Disebaliknya, Qur'an sendiri mendakwa sebagai sebuah kitab
musadiqallimaa bayna yadayhi-" membenarkan kitab yang telah diturunkan
sebelumnya "( Surah 3. 3), iaitu Tawraat dan Injil yang disebut
khasnya dalam perenggan berikutnya. Oleh demikian Qur'an bukannya
sebagai pembatalan wahyu yang dahulu tetapi sebaliknya, iaitu
menetapkan mereka. Di bahagian lain Quran, orang Yahudi diperintahkan
untuk mengadili dengan merujuk kepada apa yang ditulis di dalam Kitab
mereka dan bukan mendekati Muhammad untuk pengadilan (Surah 5. 47) dan
Kristian juga diperintahkan untuk berbuat begitu mengikut Kitab mereka
(Surah 5. 50). Tambahan pula kedua-dua orang Yahudi dan Kristian
dipanggil untuk berpegang kuat kepada Tawraat dan Injil masing-masing
dan semua yang diwahyukan kepada mereka oleh Tuhan (Surah 5. 71).

 Oleh itu, pembatalan yang disebutkan oleh Qur'an tidak boleh dirujuk
kepada Kitab-kitab yang dahulu dan cuma boleh dirujuk kepada teks
Qur'an sendiri, iaitu satu penafsiran secara umum mengenai ayat.itu
pada zaman permulaan Islam. Masalah untuk penulis moden Muslim adalah
dakwaan Qur'an bahawa ianya berasal daripada "batu bersurat yang
terpelihara" (lawhim-mahfuudh Surah 85. 22) dan soalan yang timbul
secara nyata - jika sebahagian daripada Qur'an telah dibatalkan dan
dikeluarkan, adakah mereka terkandung di dalam batu bersurat di syurga
atau tidak? Jika mereka ada terkandung, maka Qur'an hari ini bukanlah
satu tiruan yang tepat teks pada batu bersurat itu kerana mereka tidak
boleh dikeluarkan daripadanya, kerana Qur'an di anggap sebagai ucapan
Allah yang kekal. Jika mereka tidak terdapat pada batu bersurat itu,
bagaimanakah mereka disampaikan kepada Muhammad sebagai sebahagian
daripada teks? Kita pulang kesentimen popular asal bahawa Qur'an
terpelihara dengan sempurna oleh Allah, bah titik yang terakhir dan
huruf tidak berubah, tiada perubahan, penambahan, pembuangan atau, ,
"pembatalan". Untuk memelihara anggapan ini yang popular, penulis
moden Muslim terpaksa menggunakan satu penafsiran Surah 2:106 yang
tidak dapat diterima kerana ia tidak dapat ditafsir daripada teksnya,
berbanding dengan penafsiran yang nyata dan munasabah oleh ahli
sejarah awal Islam iaitu sebahagian daripada teks Qur'an sudah
dibatalkan.

 Ajaran ini tidak sedap kepada Muslim yang berfikir dari segi
alasan-alasan lain, misalannya ia mewakili Allah sebagai seorang
pengarang ketuhanan yang membatalkan pengumuman awalNya seolah-olah
Dia mempunyai sebab untuk menukar fikiranNya, atau sempat mendapat
tindakan yang lebih baik. Walaubagaimanapun, teks itu bererti apa yang
ia patut bererti pada mulanya, bukan apa penulis moden Muslim yang
memaksa ia bererti menurut kecenderungan mereka sendiri.

 Terdapat petikan-petikan lain di dalam Qur'an yang, dengan jelasnya,
menyokong penafsiran yang nyata, seperti teks yang berikut:

 Dan apabila Kami letakkan suatu ayat di tempat ayat yang lain sebagai
penggantinya padahal Allah lebih mengetahui aapa yang diturunkan-Nya,
mereka berkata:"Sesungguhnya kamu adalah orang yang mengada-adakan
saja". Bahkan kebanyakan mereka tiada mengetahui. (QS. 16:101)

 Ayat ini merujuk dengan jelasnya kepada penggantian dan penghapusan
teks Qur'an sendiri, dan ia tidak berkata mengenai Allah menggantikan
satu kitab (Tawraat atau Injil, misalan) dengan yang lain, tetapi Dia
menggantikan satu ayat dengan ayat yang lain dan, seperti yang kita
sudah lihat, di dalam Qur'an ini merujuk kepada rangkap ayat Quran
sendiri dan bukan kepada wahyu yang dahulu. Ia sebenarnya adalah
dakwaan ini, bahawa Allah sendiri telah menggantikan sesetengah teks
Qur'an lebih awal dengan teks lain, yang menyebabkan penentang
Muhammad menuduh dia sebagai seorang pemalsu, kerana ini kelihatan
seperti satu cara yang mudah untuk menjelas-nafikan teks awal yang
Muhammad pada masa itu telah lupa atau digantikan.

 Setelah memastikan Qur'an memang mengajar bahawa Allah memansukhkan
dan membatalkan petikan-petikan awal yang diwahyukan kepada Muhammad,
seseorang itu hasrat berfikir bahawa penerimaan prinsip ini mencukupi
untuk menunjukkan bahawa Qur'an hari ini adalah tidak lengkap.
Sebenarnya, sebab inilah penulis moden Muslim mengetahuinya dan sebab
inilah mereka menolak ajaran mansukh. Sememangnya Qur'an tidak boleh
dianggap sebagai satu replika tepat yang disampaikan kepada Muhammad,
dan juga tidak boleh di dakwa bahawa tiada yang hilang atau
ditinggalkan. Disebaliknya kita masih mendapati Desai menggunakan
ajaran mansukh ini sebagai satu alasan untuk kesempurnaan teks Qur'an!
Dia berkata:

 Pembatalan ayat-ayat oleh Allah Ta'ala semasa zaman Rasulullah
(sallallahu alayhi wasallam) apabila proses Wahyu sedang dijalankan
adalah satu fakta yang dikenali semua. � Sesekali satu ayat telah
dimansukhkan atas izin dan kuasa Rasulullah (sallallahu alayhi
wasallam), ia tidak boleh disertakan di dalam teks Qur'an apa jua pun.
(Desai, The Quraan Unimpeachable, pp. 48, 49).

 Alasan ini bermakna bahawa ayat-ayat Qur'an yang hilang yang di rujuk
oleh kesusasteraan hadith tidak boleh digunakan sebagai bukti bahawa
Quran tidak lengkap atau sempurna. Ringkasannya, ia di anggap bahawa
tiap-tiap teks Qur'an yang tidak dapat di kesan pada masa penyusunan,
atau yang ditinggalkan atas sebab-sebab lain, mestinya telah
dimansukhkan oleh Allah. Oleh itu, tiada yang sebenarnya "hilang"
daripada teks - apapun jua yang dikeluarkan telah di padam oleh
perintah tuhan supaya apa yang berkekalan adalah satu rekod tepat apa
yang Allah cadangkan untuk dikekalkan. Kita mendapati bahawa bahkan
Umar, yang di ganggu oleh pengetahuan Ubayy ibn Ka'b yang baik
mengenai Qur'an, apabila di hadapi dengan teks-teks ayng diketahui
oleh teman-teman Muhammad tetapi tidak oleh Khalifa, mendakwa bahawa
mereka telah dimansukhkan.

 Cerita Ibn Abbas: Umar berkata "Ubayy adalah di antara kita yang
terbaik dalam ucapan (Qur'an) tetapi kita tinggalkan sesetengah apa
yang dia ucapkan". Ubayy berkata, "saya telah mengambilnya daripada
mulut mubaligh Allah (SAW) dan tidak akan meninggalkannya untuk apa
jua pun". Tetapi Allah berkata: Apa saja ayat yang kami nasakhkan,
atau Kami jadikan (manusia) lupa kepadanya, Kami datangkan yang lebih
baik daripadanya atau sebanding dengannya.(2:106). (Sahih al-Bukhari,
Vol. 6, p. 489) .

 Secara nyata Ubayy amat yakin bahawa dia tidak patut mengabaikan apa
yang dia pelajari dengan terus daripada Muhammad sendiri dan tindakan
mereka yang tidak mengenali apa yang diucapkan oleh dia adalah untuk
menganggap bahawa ianya telah dimansukhkan oleh Allah.

 Kita memang ada satu kes yang nyata di mana satu ayat yang tidak
dijumpai di dalam Qur'an hari ini, telah dikatakan dimansukhkan dalam
kesusasteraan hadith. Apabila Muhammad berada di Medina, sesetengah
puak penduduk berhampiran bandar yang taat setia kepadanya meminta
bantuan untuk menentang musuh mereka. Muhammad turut menghantar tujuh
puluh daripada ansar yang, apabila mereka tiba di Bi'r Ma'una (perigi
Ma'una) di bunuh beramai-ramai oleh anggota-anggota puak yang mereka
sepatutnya memberi pertolongan. Anas ibn Malik berkata:

 Kita pernah membaca satu ayat Qur'an yang diwahyukan berkenaan
mereka, tetapi ayat itu dibatalkan kemudian. Ia adalah: "sampaikan
kepada orang kita atas nama kita informasi bahawa kita telah bertemu
Tuan kita, dan Dia gembira terhadap kita, dan telah membuat kita
gembira ". (Sahih al bukhari, Vol. 5, p. 288)

 Perkataan uang digunakan untuk "dibatalkan" dalam hadith adalah
rufa'a yang, di dalam bentuk asalnya rafa'a, bermakna "untuk ambil
daripada, singkirkan, membasmi atau hapuskan". Ianya amat jelas di
ajar dalam teks ini bahawa satu rangkap ayat, yang jelas dikatakan
adalah sebahagian daripada Qur'an sendiri, kemudiannya telah
dibatalkan. Teks ini di rekod yang dengan luasnya dan di antara
sumber-sumbernya kita mendapati Ibn Sa'd, at-Tabari, al-Waqidi dan
Muslim (Noldeke, Geschichte, 1. 246). Di tempat lain kita baca
berkenaan teks itu ialah "diturunkan dalam satu rangkap ayat Qur'an
sehingga ia ditarik balik" (as-Suyuti, Al-Itqan, p. 527), satu lagi
bukti nyata yang rangkap ayat itu pada mulanya adalah sebahagian
daripada teks Qur'an. Kesukarannya di sini, dan juga dengan kesemua
laporan dalam kesusasteraan hadith mengenai rangkap-rangkap ayat yang
ditinggalkan daripada teks Qur'an hari ini, adalah untuk mencari
alasan kenapa ia harus "dimansukhkan" atau apakah rangkap baris ayat
yang "lebih baik atau sebanding dengannya" yang sesuai mengambil alih
tempatnya.

 Qur'an dengan jelas menyatakan, dalam kedua-dua Surah 2. 106 dan 16.
101, bahawa Allah menggantikan ayat yang "lebih baik atau sebanding
dengannya" dalam tempat teks asal. Oleh demikian kita di beritahu
dalam satu bahagian Qur'an bahawa arak ada kedua-dua kesan iaitu yang
baik dan yang buruk (Surah 2. 219) dan Muslim tidak patut
bersembahyang dalam keadaan mabuk (Surah 4.43). Kemudian,
bagaimanapun, penggunaan arak sama sekali dilarang (Surah 5. 93-94)
dan rangkap ayat baru ini dikatakan telah menggantikan rangkap ayat
dahulu (walaupun ianya masih berada dalam teks Qur'an). Ini adalah
satu contoh yang munasabah dan tetap, apa yang kita akan perhatikan
apabila Quran berkata bahawa tidak satu daripada wahyu Allah
dibatalkan tanpa sesuatu mengambil alih tempatnya.

 Hadith yang di petik berkenaan kegembiraan Allah dan mereka yang
terbunuh di Bi'r Ma'una, bagaimanapun, tidak memberitahu kita apa yang
menggantikan rangkap ayat yang dikatakan telah dikeluarkan. Begitu
juga dengan petikan-petikan ayat lain yang kita sudah sebutkan - apa
yang mengambil alih tempat mereka? Apakah naskh yang menggantikan
tempat mansukh?

 Ianya lebih munasabah untuk membuat kesimpulan bahawa kebanyakan
petikan-petikan ayat yang dikatakan tidak dimasukkan ke dalam Qur'an
adalah kerana tersilap, atau tidak diketahui oleh kesemua teman
Muhammad, atau cuma terlupa sahaja (seperti petikan yang dikatakan
oleh Abu Musa yang mengandungi rangkap ayat berkenaan ketamakan umat
manusia cf. Sahih Muslim, Vol. 2, p. 501). Percubaan Desai untuk
menutupi tiap-tiap petikan yang dikatakan tidak dimasukkan ke dalam
Qur'an dengan menggunakan selimut ajaran pembatalan samawi kelihatan
seperti satu cara senang untuk menjelaskan dan mengetepikan
ketidak-sempurnaan di dalam koleksi asal Qur'an dan teksnya yang tidak
lengkap. Marilah kita membuat kesimpulan dengan mempertimbangkan dua
contoh petikan terkemuka yang dikatakan sebagai sebahagian daripada
Qur'an tetapi akhirnya tidak dimasukkan ke dalamnya.

 3. Petikan ayat mengenai Ketamakan Umat Manusia yang hilang.

 Kita telah memetik dari Sahih Muslim petikan ayat berkenaan ketamakan
keturunan Adam, di mana walaupun dia diberikan dua buah lembah penuh
dengan kekayaan, dia masih ingin menghasrati lembah yang ketiga dan
tiada apa yang dapat memuaskan dia. Tradisi ini, kepada akibat yang ia
pernah membentuk sebahagian daripada teks Qur'an, dilaporkan dengan
begitu luasnya ia mesti betul dalam butir-butir asasnya. Pilihan
as-Suyuti mengenai sesetengah rekod hadith lain yang menyebut mengenai
teks ini menunjukkan betapa besarnya pihak yang menyokong, satu
daripada berbunyi:

 Abu Waqid al-Laithii berkata, "Apabila utusan Allah (saw) terima
wahyu kita akan mendatanginya dan dia akan mengajar kepada kita apa
yang diwahyukan. (Saya mendatanginya) dan dia berkata 'secara
tiba-tiba ia diberitahu kepada saya pada suatu hari: Sesungguhnya
Allah berkata, Kita menurunkan kekayaan untuk memelihara doa dan
perbuatan derma, dan sekiranya keturunan Adam ada sebuah lembah dia
akan meninggalkannya untuk mencari satu lagi seperti nya dan, jika dia
memperolehi yang satu lagi sepertinya, dia akan menekan untuk yang
ketiga, dan tiada apa yang akan memuaskan perut keturunan Adam tetapi
debu, walaubagaimanapun Allah lembut hati kepada sesiapa yang lembut
hati. ' "( As-Suyuti, al-Itqan fii Ulum al-Qur'an, p. 525) .

 Rekod ini diikuti oleh satu tradisi yang serupa, di mana Ubayy ibn
Ka'b dikatakan sebagai (transmitter) yang asal, memberikan rangkap
ayat dalam perkataan lebih kurang serupa, kecuali sahabat Muhammad
yang khasnya menyatakan bahawa Muhammad mengatakan petikan ayat ini
sebagai sebahagian daripada Qur'an (al-Qur'an dalam teks) yang dia
diperintahkan untuk diucap kepada mereka. Seterusnya adalah tradisi
Abu Musa, yang lebih kurang serupa dengan rekod di dalam Sahih Muslim,
yang mengatakan bahawa rangkap ayat itu adalah daripada sebuah surah
yang menyerupai Suratul-Bara'ah dalam kepanjangannya, kecuali dalam
kes ini Abu Musa tidak dikatakan sebagai telah melupainya tetapi ianya
telah dikeluarkan (thumma rafa'at - "kemudian ia diambil keluar"),
rangkapayat mengenai ketamakan keturunan Adam sahaja yang dikekalkan
(As-Suyuti, al-Itqan, p. 525).

 Beberapa pihak juga berkata bahawa rangkap ayat ini di baca oleh
Ubayy ibn Ka'b selepas Surah 10. 25 di dalam mushafnya (Jeffery,
bahan, p. 135) manakala rekod lain menyatakan ia juga dilaporkan oleh
ibn Malik, Ibn Abbas, Ibn Zubair dan lain-lain (Noldeke, Geschichte,
1. 234) tetapi dengan ketidak-pastian samada ia adalah sebahagian
daripada teks Qur'an atau tidak (Sahih Muslim, Vol. 2, p.500). Cuma
Ubayy yang pasti bahawa ianya membentuk sebahagian daripada teks
Qur'an. Tradisi ini adalah, oleh demikian, mutawatir, satu hadith
kukuh yang mendapat pengesahan daripada sahabat-sahabat Muhammad di
mana kuasa mereka tidak dapat di soal atau di cabar.

 Ayat ini dikatakan oleh kedua-dua buah rekod hadith Abu Waqid dan
Ubayy ibn Ka'b sebagai sebahagian daripada teks Qur'an yang diwahyukan
kepada Muhammad dan, di dalam hikayat rekod Abu Musa seperti yang
direkodkan di dalam pilihan As-Suyuti, ia dikatakan sebagai salah satu
daripada ayat-ayat Qur'an, sememangnya sebahagian daripada seluruh
surah, yang telah dibatalkan. Ianya juga diakui sebegini oleh pengulas
Qur'an seperti Abu Ubaid dalam Fadhailnya al-Qur'an dan Muhammad ibn
Hazm dalam Kitab al-Nasikh wa'l Mansukh, kedua-dua orang penulis
menyatakan yang ia adalah satu teks Qur'an yang sah sebelum ia di
tarik balik. Oleh demikian, ianya adalah satu daripada rangkap-rangkap
ayat yang, walaupun Allah dikatakan telah menyebabkan ia lupa daripada
ingatan manusia apabila ianya di tarik balik, tinggal di dalam ingatan
sahabat-sahabat Muhammad dan telah dipelihara sebagai satu daripada
ayat-ayat yang kehilangan daripada Qur'an.

 4 . UMAR dan ayat Rajam sebagai Hukum bagi perzinaan.

 Satu daripada ayat-ayat yang terkenal yang dikatakan di dalam rekod
hadith sebagai kehilangan daripada Qur'an berhubungan dengan "ayat
rajam" di mana Muhammad dikatakan telah diperintahkan untuk merajam
sehingga mati mereka yang berkahwin tetapi melakukan penzinaan luar
nikah. Semua rekod menyatakan bahawa Khalifah kedua Islam, Umar, pada
satu ketika membawa bukti-bukti kewujudan ayat-ayat yang kehilangan
ini kepada perhatian Muslim awam semasa satu daripada khutbahnya dari
minbar masjid dalam Medina. Umar dilaporkan menceritakan perkara ini
seperti berikut:

 Allah menghantar Muhammad (saw) dengan kebenaran dan mewahyukan Kitab
Suci kepadanya, dan di antara apa yang Allah wahyukan, adalah rangkap
Ayat Rajam dan kita pernah membaca rangkap ayat ini dan memahami serta
mengingatkannya. Rasul Allah (saw) pernah menjalankan hukuman Rajam
dan begitu juga dengan kami selepasnya. Saya merasa takut
lama-kelamaan, ada orang yang akan berkata, 'By Allah, kita tidak
ternampak rangkap Ayat Rajam dalam Buku Allah', dan oleh demikian
mereka akan tersesat dengan meniinggalkan satu tanggungjawab yang
Allah wahyukan. (Sahih al bukhari, Vol. 8, p. 539).

 Di dalam Qur'an pada hari ini, hukuman yang ditetapkan untuk penzina
adalah seratus kali dera (Surah 24:2), tiada perbezaan yang dibuat
samada mereka sudah berkahwin atau tidak. Umar, bagaimanapun, telah
menyatakan dengan jelas bahawa Allah pada mulanya telah mewahyukan
satu hukuman Rajam (dilempar batu sehingga mati) untuk penzina.
Daripada teks bahasa Arab asal di dalam Sahih Bukhari yang di petik
seperti di atas, ia jelas di nampak bahawa Umar sangat yakin bahawa
rangkap ini pada mulanya adalah satu daripada bahagian teks Qur'an.
Perkataan-perkataan yang penting adalah wa anzala alayhil-kitaaba
fakaana mimmaa anzalallaahu aayaatur-rajm, yang bermakna secara nyata
dan terus, "dan dia menurunkan Kitab (viz. Qur'an) kepadanya, dan
sebahagian daripada apa yang Allah turunkan (ketika itu) adalah
rangkap ayat rajam".

 Di dalam rekod lain mengenai kejadian ini kita mendapati Umar
menambah: "sesungguhnya dalam buku Tuhan, dirajam adalah satu hukuman
ke atas lelaki dan perempuan berkahwin yang membuat penzinaan, jika
terdapat bukti atau penghamilan itu jelas atau pengakuan telah
dilakukan" (Ibn Ishaq, Sirat Rasulullah, p. 684). Kedua-dua rekod
tradisi di dalam Sahih Bukhari dan Sirat Ibn Ishaq menyatakan Umar
menyebut satu rangkap ayat lain yang kehilangan yang pada satu ketika
adalah sebahagian daripada kitabullah (iaitu. Qur'an) yang pernah di
baca oleh sahabat-sahabat awal Muhammad, iaitu "wahai orang-orang!
Jangan menuntut sebagai anak-anak kelahiran selain daripada ayah kamu,
kerana ia adalah murtad (disbelief) pada bahagian kamu untuk menuntut
sebagai anak-anak kelahiran selain daripada ayah kamu yang benar"
(Sahih al-Bukhari, Vol. 8, p. 540) .

 Di dalam kedua-dua cerita ada sesuatu pendahuluan di mana Umar
memberi amaran terhadap sebarang percuba untuk menafikan apa yang dia
telah katakan, memperingatkan bahawa sesiapa yang tidak menerima apa
yang dia akan dedahkan tidak dibenarkan untuk mendustakannya (iaitu,
untuk mengatakan yang dia tidak dedahkannya). Dia sememangnya sangat
serius mengenai apa yang dia lakukan dan telah mendugai satu reaksi
bermusuhan daripada kaum Muslim generasi kemudian yang tidak sedar
akan kehilangan ayat yang, dengan nyatanya, bercanggah dengan perintah
dalam Surah 24:2, atau Muhammad pada hakikatnya telah merajam
penzina-penzina sampai mati. Muhammad pernah berbuat demikian
berdasarkan, dengan jelasnya, daripada hadith yang berikut:

 Ibn Shihab melaporkan bahawa seorang lelaki pada masa Rasul Allah
(saw) mengakui kepada perbuataan penzinaan dan dia mengakuinya empat
kali. Rasul Allah (saw) kemudian berpesan dan dia dirajam" (Muwatta
imam Malik, p.350).

 Terdapat banyak contoh rekod lain yang serupa di mana Muhammad
mengarahkan penzina-penzina dirajam sampai mati. Apakah sebenarnya
"Ayat Rajam" itu? Ianya disebut dalam tradisi yang berikut:

 Zirr ibn Hubaish melaporkan: "Ubayy ibn Ka'b berkata kepada saya,
'Apakah takat Suratul-Ahzab?' Saya berkata, `Tujuhpuluh, atau, tujuh
puluh-tiga rangkap baris. Dia berkata, 'Namun demikian, pada satu
ketika ianya sepanjang Suratul-Baqarah dan didalamnya kita pernah
mengucapkan Ayat Rajam'. Saya berkata, 'Dan apakahnya ayat rajam'? Dia
menjawab, 'Penzina-penzina di antara lelaki yang sudah berkahwin
(ash-shaikh) dan wanita yang sudah berkahwin (ash-shaikhah), rajamkan
mereka sebagai hukuman daripada Allah yang patut dicontohi, dan Allah
maha Perkasa dan Bijaksana."' (As-Suyuti, al-Itqan fii Ulum al-Qur'an,
p. 524).

 Sedangkan Qur'an tidak membuat perbezaan dalam Surah 24:2 di antara
keadaan penzina-penzina yang telah berkahwin atau yang belum berkahwin
(ia cuma memanggil mereka az-zaaniyatu waz-zaanii "wanita dan lelaki
yang berzina"), tradisi di atas hanya menyatakan bahawa cuma lelaki
dan perempuan yang sudah berkahwin dan ditangkap dalam perzinaan harus
dirajam (makna perkataan yang sebenar adalah "tua" atau lelaki dan
perempuan "dewasa", yang bermakna orang yang sudah berkahwin).

 Ini telah mengakibatkan banyak perbincangan di dalam tulisan Muslim
berkenaan makna rangkap ayat itu. Pengertian yang umum di antara
sarjana Muslim generasi awal adalah sebarang bahagian Qur'an yang
dibatalkan sama sekali oleh Allah juga dijadikan ianya dilupakan semua
sekali (bergantung pada kekuatan Surah 2:106: nansakh . . . aw unsihaa
naati "batalkan. . . atau jadikan lupa kepadanya", kedau-dua diambil
sebagai satu entiti. Jadi apabila satu rangkap ayat dijumpai tersimpan
di dalam ingatan seorang sahabat ketika yang terkemuka seperti Umar,
ia di anggap, walaupun teks memang telah dikeluarkan daripada Qur'an,
namun demikian pengajaran dan preskripsi didalamnya adalah mengikat
sebagai sebahagian daripada sunnah nabi Islam. Dilemma umumnya
diselesaikan dengan dugaan bahwa perintah Qur'an untuk
menguat-kuasakan seratus jalur kepada perzinaan orang yang belum
berkahwin, manakala orang yang sudah berkahwin tetapi melakukan
perzinaan dirajam menurut sunnah. Banyak penyelesaian lain mengenai
isu ini telah dicadangkan dan perkara ini telah diperlakukan secara
menyeluruh dalam beberapa gubahan kesusasteraan bersejarah Islam.

 Kita di sini bukannya berurusan dengan teologi atau implikasi ajaran
pembatalan, tetapi cuma dengan penyusunan sebenarnya teks Qur'an
sahaja. Soalan di sini adalah, adakah rangkap ayat ini pada satu
ketika sebahagian daripada teks Qur'an atau tidak dan, jika ia adalah,
kenapa sekarang dibuangkan daripada halamannya? Daripada
tradisi-tradisi yang di petik, kita dapat lihat bahawa ianya di anggap
oleh Umar sebagai sebahagian daripada teks Qur'an yang asal, tetapi di
dalam tradisi yang lain pula kita baca Umar meraguinya:

 Zaid ibn Thabit dan Sa'id ibn al-As sedang menuliskan mushaf (naskah
bertulis Qur'an) dan apabila mereka tiba ke rangkapayat ini Zaid
berkata, "saya terdengar utusan Allah (saw) berkata: ' lelaki dan
perempuan dewasa yang berzina, rajamkan mereka sebagai satu hukuman"'.
Umar berkata, "Apabila ia diumumkan saya pergi kepada nabi (saw) dan
berkata, 'Perlukah saya menulisnya? `, tetapi dia kelihatan
keberatan." (As-Suyuti, Al-Itqan fii Ulum al-Qur'an, p. 528).

 Hadith ini, walaubagaimanapun, tidak mengira isnadnya (rantainya
aliran), mempunyai percanggahan yang nyata dalam kandungannya
(matnnya). Ia meletakkanUmar dengan Zaid dan Sa'id ibn al-As pada masa
apabila Qur'an disalin oleh kedua-dua orang itu dan, seperti yang
diketahui ini berlaku di bawah perintah Uthman jauh lama selepas
kematian Umar. Mustahil untuk Umar berbincang dengan mereka. Tidak
kira apa jua pun, kebanyakan rekod hadith lain dengan nyata
menunjukkan bahawa Umar tidak ragu-ragu bahawa rangkap ayat Rajam pada
mulanya adalah sebahagian daripada teks Qur'an dan sebab inilah dia
begitu serius untuk menyimpannya.

 Ia kerap-kali ditegaskan bahawa rekod hadith sekali-sekala
menunjukkan permulaan kewujudan rangkap ayat Rajam kepada seorang
sahaja iaitu Umar, oleh demikian membuatkannya bergantung kepada
khabar al-wahid, laporan seorang saksi sahaja, dan oleh itu sukar
dipercayai. Kemasyhuran seorang saksi itu, walaubagaimanapun, tidak
boleh dinafikan dengan begitu ringkas. Dia adalah setanding dengan
Umar ibn al-Khattab, seorang daripada sahabat-sahabat awal Muhammad
yang terkenal, yang melaporkan kewujudan rangkap ayat yang dia dakwa
di terima secara terus daripada Muhammad sendiri dan, apabila laporan
sebegini diberikan pada masa pemerintahannya sebagai Khalifah seluruh
masyarakat Muslim, ia tidak boleh diabaikan atau dipertimbangkan
dengan ringan.

 Tidak kira apa jua pun penulis moden Muslim, yang berhasrat untuk
tidak mempercayai bahkan sedikit kemungkinan bahawa apa-apa yang pada
mulanya diwahyukan sebagai sebahagian daripada Qur'an tetapi sekarang
telah tertinggal daripadanya walau apa pun alasanya, bertujuan untuk
menolak dakwaan bahawa rangkap ayat Rajam pernah menjadi seahagian
daripada Qur'an. Siddique, misalannya, tidak dapat mengetepikan
rekod-rekod itu, mendakwa bahawa Umar telah membuat kesilapan! Di
dalam ulasannya mengenai rangkap ayat Rajam dia berkata, "Berkenaan
dengan 'Umar (ra) kita tahu bahawa dia seorang mujtahid yang agung,
tetapi dia juga membuat kesilapan yang terbukti di dalam hadith"
(Al-Balaagh, op, cit., p. 2). Atas alasan apa seorang penulis Muslim
abad kedua-puluh menuduh Khalifah agung Islam, Umar ibn al-Khattab,
berkenaan sesuatu yang dia alami sendiri secara terus daripada
Muhammad apabila dia masih hidup? Tidak ada alasan lain kecuali
pendedahan Umar menjejaskan sentimen Muslim popular bahawa Qur'an
terpelihara dengan sempurnanya tanpa sebarang perubahan atau
kehilangan

 Dia terus mendakwa, seperti sarjana-sarjana lain, bahawa Uthman bukan
bercakap mengenai Qur'an apabila dia bercakap mengenai perintah
penzina-penzina dirajam sebagai sebahagian daripada "Buku Allah"
(kitabullah), tetapi melainkan Tawraat kerana Muhammad dikatakan di
dalam sesetengah rekod hadith pernah merajam orang Yahudi yang
melalukan perzinaan menurut preskripsi undang-undang mereka sendiri.
Walaubagaimanapun, rekod hadith dengan terang mencatatkan bahawa Umar
mendakwa rangkap ayat itu diwahyukan kepada Muhammad dan dia sendiri
berhasrat untuk menuliskannya ke dalam kitab Allah jikalau bukan
kerana sesetengah orang yang akan mendakwa dia menambahkan kepadanya.
Dia direkodan berkata:

 "Berhati-hati supaya kamu tidak melupakan rangkap ayat rajam dan
berkata: Kita tidak menjumpainya di dalam Kitab Allah; Rasul Allah
(AS) telah memerintahkan rajam dan kita juga melaksanakannya selepas
dia. Atas Tuhan yang memeegang jiwa saya, jika orang tidak mentuduh
saya menambahkan kepada Kitab Allah, saya akan menyalin ini
kedalamnya: Ash-shaikhu wash-shaikhatu ithaa zanayaa faarjumuu humaa.
Kita telah membaca rangkap ayat ini". (Muwatta imam Malik, p. 352).

 Sedangkan rangkap ayat itu dikatakan diwahyukan kepada Muhammad
seperti yang dinyatakan di dalam rekod hadith lain, ianya tidak
munasabah bagaimana Umar boleh bercadang untuk menulisnya ke dalam
Tawraat! Kejahilan Khalifah Umar tentang bahasa Ibrani harus diberikan
pertimbangan juga!

 Desai bercanggah dengan Siddique dengan mengakui secara bebas bahawa
rangkap ayat rajam memang adalah sebahagian daripada teks asal Qur'an
tetapi, secara sewenang-wenangnya perihal semua teks yang dikatakan
sekarang telah hilang daripada Qur'an, dia mendakwa ia telah batalkan
(The Quraan Unimpeachable, p. 48). Oleh kerana kewujudannya telah
dipelihara dan rekod-rekod lain mengenai hukuman yang diperintahkan
oleh Muhammad ke atas perzina-penzina juga diturunkan melalui teks
hadith, dia menyatakan bahawa ia adalah satu daripada mansukhut
tilawah, iaitu teks di mana bacaannya telah dibatalkan tetapi
undang-undang yang dijelaskan didalamnya masih di simpan (op. cit.).
Dia mengatakan rangkap ayat begini, adalah tidak sama seperti teks
Qur'an lain di mana bacaannya telah di simpan tetapi undang-undang
yang dikandungi (hukm, "akibat") telah dibatalkan dan dimansukhkan.

 Penulis seperti Siddique serta-merta menyedari kelemahan alasan
sebegini dan kelemahan Qur'an kepada tuduhan bahawa ia sedang
mengalami beberapa perubahan ganjil di dalam perkembangan teksnya dan
ajarannya semasa pemberiannya. Cuma penulis konservatif yang mudah
mempercayai segala-galanya seperti Desai boleh gagal mengenali bahawa
ajaran mansukh, dalam beberapa bentuknya, melemahkan dengan sengaja
ketulenan seluruh teks Qur'an hari ini. Walaubagaimanapun, tidak ada
sebarang peristiwa di dalam ucapan Umar pada mimbar hari itu yang
mencadangkan bahawa ayatur-rajm pernah dibatalkan. Pernyataan
beraninya bahawa dia akan menulisnya ke dalam Qur'an jika bukan kerana
tuduhan yang dia mengubah teks Quran, adalah bukti nyata bahawa dia
menganggap petikan itu sah dan ketinggalannya daripada Qur'an adalah
sesuatu yang dikesali. Walaupun dia tidak berharapan untuk memujuk
masyarakat Muslim untuk menempatkannya kembali ke dalam teks (terutama
jika ia membentuk sebahagian daripada seluruh seksi yang hilang), dia
bertekad untuk mengumumkan dan menentukan kewujudannya sebagai
sebahagian daripada Qur'an asal yang disampaikan kepada Muhammad.

 Ajaran pembatalan kerap kali telah ditunjukkan sebagai satu
penerangan yang lemah tentang kehilangan teks yang tertentu daripada
Qur'an. Satu contoh yang baik boleh di dapati dalam satu hadith
selanjutnya yang dilaporkan dengan luasnya dan yang menyatakan bahawa
Qur'an pada mulanya mengandungi satu hukum melarangkan perkahwinan di
antara dua orang yang disusui oleh wanita yang sama. Tradisi ini
berbunyi seperti berikut:

 A'isha (ra) nelaporkan ia diwahyukan di dalam Qur'an bahawa sepuluh
bayi yang menyusu menjadikan perkahwinan itu haram, kemudian ia
dimansukhkan oleh lima bayi menyusu dan Rasul Allah (saw) mati dan
sebelum masa itu, ia dijumpai di dalam Qur'an. (Sahih Muslim, Vol. 2,
p. 740).

 Ia dinyatakan dengan jelas bahawa pada asalnya Qur'an mengandungi
satu rangkap ayat melarangkan perkahwinan di antara dua orang yang
disusui oleh wanita yang sama sekurang-kurangnya sepuluh kali. Ayat
ini kemudian dimansukhkan dan digantikan dengan yang satu lagi, yang
menghadkan nombor itu kepada lima. Dimanakah rangkap ayat ini di dalam
Qur'an? Ia juga kehilangan - adakah ia juga telah dimansukhkan? Jika
begitu , apa yang mengambil tempatnya? Ia adalah dalam tradisi seperti
ini bahawa ajaran mansukh ditunjukkan sebagai sangat lemah apabila
analisasi yang lebih teliti dijalankan.

 Satu ayat naskh, dikatakan telah menggantikan rangkap ayat mansukh.
Tetapi di dalam kes ini yang naskh telah menjadi mansukh pula!
Penerangan yang lebih munasabah mesti dicari. Ia seolah-olah, semasa
riwayatnya, Muhammad memang mengisytiharkan beberapa petikan yang
tertentu telah dimansukhkan oleh petikan-petikan lain, tetapi dari
contoh-contoh yang kita telah pelajari, kadang-kala rangkap ayat yang
asal tertinggal daripada bacaan Qur'an apa jua alasan itu �ianya
diketepikan, dilupakan, digantikan, dll. - dan selepas kematian
Muhammad ia menjadi perkara mudah untuk mengetepikan peninggalan
rangkap ayat dengan alasan pembatalan illahi. Di dalam kebanyakan kes,
terutama sekali apa yang kita telah pelajari, ada bukti-bukti bahawa
mereka ditinggalkan atas sebab-sebab lain dan tidak ada hadith
berkaitan yang menerangkan pembatalan mereka.

 Bab ini telah cukup menjelaskan dengan contoh-contoh bahawa Qur'an
pada hari ini adalah tidak lengkap. Banyak rangkap ayat individu, dan
kadang-kala seluruh karangan, yang dikatakan pada satu ketika
membentuk sebahagian daripada teks asal dan percubaan untuk
mengelakkan implikasi dengan mencadangkan bahawa semua karangan ini
telah dibatalkan cuma kerana mereka kehilangan daripada teks standard
Qur'an tidak dapat mengatasi masalah terutama yang dihadapi Muslim
yang mendakwa Qur'an dipelihara dengan sempurna. Teksnya pada hari ini
memang tidak dapat dengan ikhlasnya, di anggap oleh masyarakat Muslim
sebagai satu replika tepat "Lauhul Mahfuzh" (batu bersurat) di syurga
dari mana ia dikatakan semuanya telah disampaikan kepada Muhammad.
Walaupun ianya tidak dapat ditunjukkan bahawa unsur-unsur lain telah
ditambahkan ke dalam teks, kebanyakan apa yang terkandung pada
permulaan nyata telah kehilangan daripadanya sekarang dan, dalam
perbandingan dengan sangkaan yang asal di syurga, ia tidak boleh di
anggap sebagai sempurna dan lengkap.

 Desai menggunakan ajaran mansukh untuk mengetepikan kehilangan
beberapa ayat penting daripada teks Qur'an dan oleh kerana itu, dia
cuba untuk memelihara sangkaan bahawa Qur'an pada hari ini adalah
setepat seperti yang Allah cadangkan untuknya. Bagaimanapula dia dapat
mengetepikan bacaan-bacaan berlainan daripada naskah-naskah awal
Qur'an sebelum Uthman memerintah kesemuanya dibakar kecuali satu?
Biarlah kita di dalam bab berikutnya, memeriksa alasannya dan
menyiasat mengenai ajaran tujuh bacaan Qur'an yang berbeza.
 


Post message: [EMAIL PROTECTED]
Subscribe   :  [EMAIL PROTECTED]
Unsubscribe :  [EMAIL PROTECTED]
List owner  :  [EMAIL PROTECTED]
Homepage    :  http://proletar.8m.com/ 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke