---------- forwarded message ----------
From: feifei_fairy <[EMAIL PROTECTED]>
Date: 31 Mei 2007 19:17
Subject: (debat_antar_agama) PENGAJARAN DAN SUNNAH NABI MUHAMMAD
To: [EMAIL PROTECTED]



 PENGAJARAN DAN SUNNAH NABI MUHAMMAD

 Seorang pembaca Mingguan Malaysia telah mengirim surat membalasnya
kepada Editor akhbar itu dan telah cuba mempertahankan penggunaan
Hadith sebagai satu asas bagi amalan-amalan umat Islam seperti
berikut. "Saya nak tanya sikit, awak ini Islam atau munafik? Awak
tidak percaya Hadis? OK-lah, saya nak tanya sikit: Awak makan ikan
atau tidak? Kalau makan, baik hentikan segera sebab al-Quran kata:
'Tak boleh makan bangkai'. Hadis sahaja yang kata ikan boleh dimakan.
Macam mana anda sembahyang? Kalau tidak sembahyang - itu bukan Islam
namanya. Kalau sembahyang, kena rujuk Hadis. Hadis sahaja yang
beritahu cara sembahyang.. Al-Quran kata 'dirikanlah sembahyang', Tapi
nak sembahyang macam mana kalau tidak tahu caranya!"

 Walaupun begitu, dewasa ini, terdapat lebih ramai umat Muslim yang
alim sendiri, yang mempersoalkan kesahihan dan kewibawaan Hadith yang
dianggap 'sahih' atau koleksi hadith yang dianggap 'kuat' atau hadith
yang bukan 'daif' (seperti Hadis Sahih(HS) Bukhari dan HS Muslim dan
sebagainya). Kamu hanya kena melayari laman-laman web berkenaan di
Internet seperti site-site 'Code 19', site Ropers, 'Submission' dan
laman-laman web seperti itu -yang semuanya digubah oleh orang Islam
sendiri, untuk menyedari bagaimana umat Islam sendiri kini semakin
sedar dan insaf akan kejanggalan, kepelikan dan sesungguhnya,
kepalsuan Hadith-hadith ini yang merupakan sumber pengajaran dan
akidah bagi umat Islam sehingga ini! Di bawah ini ada disenaraikan
beberapa contoh-contoh Hadith 'sahih' itu yang membuktikan betapa
pelik, janggal dan tidak masuk akal sumber akidah Islam ini.

 1.Nabi Adam adalah setinggi 87 kaki (60 CUBITS) ! - Hadith Sahih
Bukhari IV,no.543. Jika begitu, berapa tinggikah Siti Hawa, isterinya
itu? Jika mereka sebenarnya setinggi itu, kenapa cucu-cicit mereka
yaitu manusia hari ini TIDAK SETINGGI BEGITU!? Adakah ini mungkin dari
segi perubatan mahupun biologis bagi mereka menjadi setinggi itu ?

 2. Nabi Muhammad adalah pembenci anjing. Dalam Hadith tercatat
pengajaran Muhammad bahawa Malaikat Tuhan tidak akan masuki ke dalam
sebuah rumah jika ada anjing di sana! Juga dia ajar bahawa anjing
berwarna hitam itu adalah iblis! Jadi, dia telah mengarahkan supaya
anjing-anjing dibunuh, serta ditegah daripada menjual anjing.
 Hadith Sahih Bukhari IV no.539,540; Hadith Sahih Muslim I no.551,
552;HSM II no.3803, 3829

 3. Syaitan dan Iblis menginap di dalam lubang hidung manusia di waktu
malam. Ia boleh disembur keluar dengan menghembus air kedalam hidung
dan kemudian disembur keluar melalui lubang hidung yang sama.
 Hadith Sahih Bukhari IV no.516, HS Muslim I no.462

 Soalan-soalannya: Betapa besarkah saiznya Iblis itu ?
 Adakah ia menginapi lubang-lubang hidung setiap orang??
 Adakah si Iblis itu wujud di merata tempat pada waktu yang sama ??
 Sesudah dikeluarkan dari hidung-hidung manusia - apakah rupa dan
bentuk si Iblis itu?

 4. Muhammad melarang permainan Catur! Larangan pelik ini langsung
tidak masuk akal sekali bagi sesiapa pun!
 Hadis Sahih Muslim IV no.5612

 5. Manusia telah diubah ke dalam bentuk Tikus, Babi/khinzir dan juga
Monyet-monyet/Kera ! Hadis Sahih Bukhari IV,No.524,627, HS Muslim
IV,no.7135.
 Bapa Nabi Ibrahim telah ditukar menjadi seekor haiwan, menurut Hadis
Sahih Bukhari IV no.569.

6. Umat Islam mempunyai SATU USUS, sementara mereka yang bukan Islam
mempunyai TUJUH usus!
 Hadith Sahih Muslim III,no.5113-5115

 (Jadi nampaknya orang-orang yang masuk Islam nanti akan mencicirkan
usus-usus mereka satu-persatu, kan!?!)

 8. Semasa bersolat, jika sesiapa mengangkat kepalanya menghala ke
atas kearah Syurga, matanya akan dicungkil keluar!
 Hadith Sahih Muslim III, no.862-863

 8. Sebelah sayap seekor lalat, beracun tetapi sayap di sebelah
lainnya pula terdapat mujarab untuk mengubatinya!
 Hadith Sahih Bukhari vol. IV, no. 537

 (Lalat! Oh lalat...sejak bilakah engkau miliki nilai mujarab? Pakar
perubatan sebulat suara mengutuk engkau sebagai penyebar
bermacam-macam penyakit dan kekotoran..!)

 9. Kita semua seharusnya meminum air kencing Unta kerana itu adalah
satu ubat yang mujarab...!
 Hadith Sahih Bukhari I, no. 234.

 (Kalau begitu ayoh cepat beramai-ramai bikin bisnes mengimpot Unta
mendapatkan air kencingnya untuk dijadikan ubat-ubatan...)

10. Penyakit Demam berpunca dari api neraka, dan ia boleh disejukkan
dengan air sejuk! Hadith Sahih Bukhari IV, no. 483, 486.

 Kita semua boleh melihat dari contoh-contoh Hadis-hadis yang 'sah'
diatas, bagaimana peliknya dan ganjilnya segala-gala seruan dan
saranan-saranan semua hadis ini. Sebenarnya ada banyak lagi
'contoh-contoh' serta ajaran-ajaran yang janggal dan tidak masuk akal
seperti di atas yang dipelopori hadis. Sudah mencukupilah contoh
sepuluh kerat hadis di atas sebagai satu selingan yang amat melucukan
bagi kita semua.

Sudah amat jelaslah hakikatnya bahawa koleksi Hadith-hadith itu,
mahupun yang 'Daif' atau sebaliknya, mustahil sebagai sesuatu yang
diilhamkan Tuhan. Masakan Tuhan sendiri atau pun hambaNya yang
terbimbing tidak sedar yang hadith-hadith seperti di atas - dan juga
koleksi hadith yang sama seperti mereka, adalah karut belaka!

Tidak hairanlah ada para Muslimin sendiri berasa sangat malu di atas
hadis-hadis pelik yang anih dan tidak masuk akal ini, dan kini mereka
menyarankan untuk MENOLAK penggunaan Hadis sama sekali. Malangnya, ini
akan membawa kepada masalah yang amat besar kepada umat Islam hari
ini, seperti yang terdapat di minda pembaca Akhbar mingguan di atas.
Para Muslim sudah pun tuduh-menuduh dakwaan 'Munafik' dan 'Kafir!'
sesama sendiri keatas mereka yang tidak mahu menerima ajaran Hadis
itu! Ini pun lagi satu bukti bahawa dunia Islam berpecah-belah dan
tidak bersefahaman mengenai akidah mereka.
 


Post message: [EMAIL PROTECTED]
Subscribe   :  [EMAIL PROTECTED]
Unsubscribe :  [EMAIL PROTECTED]
List owner  :  [EMAIL PROTECTED]
Homepage    :  http://proletar.8m.com/ 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke