Refleksi : Apa komentar Anda yang mahir bin pandai seluk beluk dipakai niqab, 
burqa, jilbab etc? Mengapa harus dipakai? 

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0721&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_02.htm

Syria haram niqab di universiti

     
      Niqab(kiri) Burqa(kanan)

--------------------------------------------------------------------------
     


DAMSYIK 20 Julai - Syria mengharamkan pemakaian niqab di universiti-universiti 
di negara ini, dengan menyatakan bahawa pakaian itu bersifat politik.

Pengharaman itu menunjukkan satu persamaan yang jarang berlaku antara kerajaan 
sekular Syria dengan demokrasi Eropah yang menganggap pemakaian niqab dan burqa 
adalah satu ancaman.

"Kami telah mengeluarkan arahan kepada semua universiti supaya mengharamkan 
pemakaian niqab kepada wanita termasuk pelajar dan pensyarah," kata seorang 
pegawai di Damsyik kepada Associated Press semalam.

Pegawai yang enggan dikenali itu berkata, arahan berkenaan berkuatkuasa di 
universiti-universiti awam dan swasta, bertujuan melindungi identiti sekular 
Syria.

Katanya, beratus-ratus guru sekolah rendah yang memakai niqab di 
sekolah-sekolah kendalian kerajaan, dipindahkan ke unit pentadbiran pada bulan 
lalu.

Arahan terbaru yang dikeluarkan kelmarin itu bagaimanapun tidak melibatkan 
tudung, yang biasa dipakai di Syria berbanding niqab.

Syria merupakan negara terbaru dari Asia Barat dan Eropah yang menimbangkan 
pemakaian niqab, satu simbol yang dikatakan pakaian konservatif Islam.

Pemakaian niqab juga diamalkan di negara-negara berfahaman sekular lain seperti 
Mesir, Jordan dan Lebanon, namun Jordan tidak menggalakkan pemakaian niqab 
dengan mengenengahkan laporan berita tentang pencuri-pencuri yang memakai 
pakaian itu untuk melindungi wajah.

Turki mengharamkan pemakaian tudung di universiti dengan banyak pihak berkata 
cubaan untuk membenarkan pemakaiannya di sekolah merupakan satu serangan kepada 
undang-undang sekular di negara itu.

Isu berkenaan hangat diperdebatkan di seluruh Eropah, dengan Perancis, 
Sepanyol, Belgium dan Belanda sedang menimbang untuk mengharamkan pemakaian 
niqab dan burqa atas alasan ia menjatuhkan maruah wanita. - AP


[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------------------

Post message: [email protected]
Subscribe   :  [email protected]
Unsubscribe :  [email protected]
List owner  :  [email protected]
Homepage    :  http://proletar.8m.com/Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke