http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0921&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_01.htm

Polis Indonesia tembak 3 disyaki perompak 

     
      ENAM perompak bersenjata automatik keluar dari cawangan CIMB Niaga di 
Medan, Indonesia dan melarikan wang sekitar AS$40,000 (RM128,000) berjaya 
dirakam dalam kejadian 18 Ogos lalu. - AFP 

--------------------------------------------------------------------------
     


JAKARTA 20 Sept. - Polis antikeganasan Indonesia semalam menembak mati tiga 
orang dan menangkap lima yang lain dalam beberapa serbuan yang ada kaitan 
dengan rompakan di sebuah cawangan CIMB Niaga di Medan pada bulan lepas.

Dalam rompakan tersebut sekumpulan lelaki bersenjata melarikan diri dengan wang 
berjumlah kira-kira AS$40,000 (RM128,000).

Jurucakap polis, Iskandar Hasan hari ini berkata, unit antikeganasan Detasmen 
88 melancarkan serbuan-serbuan tersebut sebagai sebahagian siasatan mengenai 
rompakan berdarah di cawangan CIMB Niaga itu.

Beliau, bagaimanapun tidak dapat mengesahkan suspek yang ditembak mati atau 
ditangkap itu terlibat dengan aktiviti keganasan.

"Memang benar pada kira-kira pukul 6.30 petang semalam (7.30 malam tadi waktu 
Malaysia), kami menangkap mereka yang disyaki merompak cawangan CIMB Niaga di 
Medan.

"Kami belum dapat menyatakan sama ada mereka ada kaitan dengan keganasan atau 
tidak," kata Iskandar.

Beberapa buah motosikal dan senjata termasuk raifal penggempur separuh 
automatik dirampas semasa operasi di bandar-bandar Belawan dan Tanjung Balai, 
Sumatera Utara, katanya.

Media tempatan melaporkan, suspek berkenaan berbalas-balas tembakan dengan 
polis.

Dalam rompakan paling nekad sejak kebelakangan ini, 16 lelaki yang 
bersenjatakan raifal penggempur gred tentera merompak cawangan CIMB Niaga di 
Medan pada waktu siang pada 18 Ogos lalu.

Kumpulan perompak yang memakai topi keledar dan menggunakan isyarat tangan 
untuk menyelaraskan pergerakan mereka itu menembak mati seorang anggota polis 
dan mencederakan dua pengawal keselamatan.

Penglibatan pasukan antikeganasan dalam serbuan semalam menunjukkan, polis 
percaya rompakan itu adalah angkara puak militan yang mahu mendapatkan wang 
bagi membiayai serangan-serangan baru di negara ini. - AFP


[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------------------

Post message: [email protected]
Subscribe   :  [email protected]
Unsubscribe :  [email protected]
List owner  :  [email protected]
Homepage    :  http://proletar.8m.com/Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke