Apa sebenarnya rahsia serta keajaiban tulang sulbi sehingga tulang ini disebut 
oleh Rasulullah s.a.w sejak 14 abad dahulu?..Mengikut istilah anatomi, tulang 
sulbi dikenali sebagai Coccyx. Ia merupakan tulang yang terakhir dalam susunan 
dari atas ke bawah tulang vertebra (tulang belakang) yang terletak dibahagian 
pinggul.
Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasululah s.a.w bersabda yang bermaksud: 
"Semua bahagian tubuh anak Adam akan dimakan tanah, kecuali tulang sulbi yang 
daripadanya ia diciptakan dan daripadanya dia akan dibangkitkan." (riwayat 
An-Nasa'i, Abu Daud dam Ibnu Majah)
Berdasarkan hadith di atas dapat disimpulkan bahawa:
1. Bermulanya kejadian manusia adalah daripada tulang sulbi.
2. Tulang sulbi begitu utuh dan tidak akan hancur.
3. Manusia akan dibangkitkan semula pada hari kiamat daripada tulang sulbi.
Kejadian manusia daripada tulang sulbi
Ovum yang disenyawakan oleh sperma dinamakan zigot. Kemudian pembentukan janin 
bermula iaitu daripada 1 sel, ia membelah menjadi 2 sel dan setiap sel masing2 
membelah lagi dan lagi. Struktur yang mula2 dibentuk pada janin manusia pada 
hari ke 14 selepas persenyawaan ialah hujung ekor. Semasa proses pembentukan 
janin yang sempurna, hujung ekor ini terus memanjang dan menjadi benang asas 
(primitive streak) dan lingkungan asas (notochord).
Kemudian, notochord akan membentuk kepala janin manakala primitive streak akan 
membentuk tubuh janin. Setelah ia membentuk badan dan kepala janin, pita pita 
asas ini akan berundur secara beransur-ansur hingga ia masuk semula ke hujung 
ekor (coccyx).
Tulang sulbi tidak akan hancur
Seorang saintis Jerman bernama Hans Spermann berjaya membuktikan bahawa sel-sel 
di dalam coccyx tidak akan hancur atau musnah. Dalam kajian yang dilakukan, 
beliau telah mengisar tulang coccyx hingga hancur dan memanaskannya dengan suhu 
yang amat panas dalam tempoh masa yang lama. Beliau kemudian memeriksa sel-sel 
tulang tersebut dan dan ternyata ia masih lagi hidup dan masih utuh seperti 
biasa.
Maha suci Allah..begitu agung ciptaan-Nya. Jadi ini bermakna, meskipun jasad 
seseorang telah meninggal dunia, tetapi sel-sel dalam tulang coccyx kekal hidup 
walau di mana sekalipun dia dikebumikan meskipun telah beribu-ribu tahun 
lamanya.
Manusia dibangkitkan semula pada hari kiamat dengan tulang sulbi
Dalam AL-Qur'an ada menceritakan tentang kebangkitan manusia pada hari kiamat.
Firman Allah yang bermaksud "Engkau memasukkan malam ke dalam siang, dan Engkau 
memasukkan siamg ke dalam malam. Engkau keluarkan yang hidup daripada yang 
mati, dan Engkau keluarkan yang mati daripada yang hidup" (surah Ali I'mran 
3:27).
Maka jasad-jasad akan ditumbuhkan buat kali ke dua daripada hujung ekor seperti 
mana ia telah tumbuh buat kali pertama di dalam rahim ibu.
Hans Spermann berjaya membuktikan keupayaan sel-sel tulang coccyx untuk tumbuh 
semula. Beliau telah memasukkan tulang-tulang sulbi yang telah dikisar dan 
dibakar tadi ke dalam embrio-embrio lain. Hasilnya, tulang sulbi tersebut tetap 
dapat tumbuh dan membentuk paksi janin yang lain.
Begitulah serba sedikit info berkaitan tulng sulbi yang dapat saya kongsikan .

Kok Rasul wong buta huruf malah ngerti bahwa tulang yg paling awet itu Sulbi?
Soale beliau dapat bocoran dari Allah yg dibawa tukang Pos bernama Jibril.

Shalom,
Tawangalun.



------------------------------------

Post message: [email protected]
Subscribe   :  [email protected]
Unsubscribe :  [email protected]
List owner  :  [email protected]
Homepage    :  http://proletar.8m.com/Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke