Refleksi :Ayo tendanglah rezim jenderal jahat dan konco-koncoya ke tong sampah! 

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1020&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_06.htm


Suasana politik Indonesia makin panas

Daripada BORHAN ABU SAMAH
[email protected]


     
      Kumpulan pelajar membaling batu ke arah polis semasa mengadakan 
demonstrasi di Makasar, Sulawesi Selatan membantah lawatan Susilo Bambang 
Yudhoyono ke wilayah itu, semalam. - AFP 

--------------------------------------------------------------------------
     


JAKARTA 19 Okt. - Suhu politik Indonesia semakin panas ekoran ura-ura terdapat 
gerakan untuk menjatuhkan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono melalui demonstrasi 
jalanan esok, iaitu genap setahun beliau terpilih untuk penggal kedua 
pemerintahannya.

Walaupun gerakan tersebut dijangka tidak sebesar seperti yang berlaku pada 
1998, sehingga menjatuhkan Presiden Indonesia kedua iaitu Suharto, tetapi ia 
dikhuatiri menjejaskan kestabilan politik republik ini.

Pertemuan Susilo dengan pemimpin Dewan Rakyat dan Dewan Negara semalam, turut 
dikaitkan dengan perkembangan semasa itu, walaupun ia dinafikan oleh para elit 
politik terbabit.

Ia adalah pertemuan kedua dilakukan oleh Susilo iaitu kali pertama selepas 100 
hari beliau dipilih sebagai Presiden untuk penggal kedua dan berikutan diancam 
untuk dipecat oleh lembaga pemerintahan tersebut akibat kegagalan Susilo 
menangani skandal Bank Century.

Ekoran itu Susilo dikatakan akan mengadakan rombakan Kabinet bagi memastikan 
parti-parti komponen terus memberi sokongan kepada beliau.

Umpan kerusi Kabinet itu dikatakan turut menarik minat Parti Demokrasi 
Indonesia Perjuangan (PDIP) pimpinan Megawati Soekarnoputri yang pada masa ini 
merupakan parti pembangkang yang lantang di Indonesia untuk menyertai komponen 
pemerintahan Susilo.

Akhbar tempatan, Media Indonesia di dalam lidah pengarangnya mengkritik 
tindakan Susilo sebagai tidak beretika kerana menjadikan kerusi Kabinet seperti 
'urusan jual beli lembu' semata-mata untuk berkuasa.

Namun, Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Priyo Budi Santoso menafikan pertemuan 
itu membincangkan rombakan Kabinet atau soal penggulingan pemerintahan Susilo. 
- UTU


[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------------------

Post message: [email protected]
Subscribe   :  [email protected]
Unsubscribe :  [email protected]
List owner  :  [email protected]
Homepage    :  http://proletar.8m.com/Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke