Pidato Wilders di San Francisco, bagi yang mau tahu apa dibicarakannya click :

Part 1 http://www.youtube.com/watch?v=NQOCcx5V9RI&feature=related

Part 2 http://www.youtube.com/watch?v=wdX1qpCtlh8&feature=related


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1024&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_05.htm

Wilders dibicara semula

THE HAGUE 23 Okt. - Ahli Parlimen anti-Islam Belanda, Geert Wilders akan 
dibicarakan semula selepas panel hakim yang membicarakannya atas tuduhan 
mencetuskan kebencian diarah berundur dari kes itu oleh sebuah panel hakim lain 
yang menyokong dakwaan beliau wujudnya sikap berat sebelah. 

Jurucakap mahkamah daerah Amsterdam, Mercedes Grootscholten berkata, 
perbicaraan akan dimulakan semula selepas sebuah panel hakim pengawasan 
berpendapat kebimbangan Wilders mengenai sikap berat sebelah di pihak 
hakim-hakim perbicaraan 'boleh difahami'.

Ketua panel hakim pengawasan, Hakim GH Marcus berkata, keputusan hakim 
perbicaraan menolak permintaan Wilders untuk memanggil balik seorang saksi 
'kelihatan bercanggah dengan undang-undang yang diguna pakai'.

"Kami mendapati kebimbangan pemohon bahawa keputusan mahkamah menunjukkan sikap 
berat sebelah...boleh difahami," kata Marcus.

Panel hakim pengawasan itu bersidang untuk menimbangkan permohonan Wilders 
supaya para hakim perbicaraannya digugurkan.

Wilders, 47, mula dibicarakan pada 4 Oktober lalu atas tuduhan membuat 
kenyataan yang mencetuskan kebencian dengan menggambarkan Islam sebagai 'fasis' 
dan menyamakan al-Quran dengan Mein Kampf karangan Adolf Hitler.

Perbicaraan telah berlangsung selama tujuh hari dan keputusan dijadual 
diumumkan pada 5 November ini. - AFP


[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------------------

Post message: [email protected]
Subscribe   :  [email protected]
Unsubscribe :  [email protected]
List owner  :  [email protected]
Homepage    :  http://proletar.8m.com/Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke