http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1108&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_05.htm

Hizbut Tahrir bantah lawatan Obama

      Anggota pertubuhan Hizbut Tahrir mengadakan tunjuk perasaan sambil 
membawa sepanduk di hadapan bangunan Kedutaan Amerika Syarikat di Jakarta, 
semalam membantah lawatan Obama ke Indonesia. - AFP 

--------------------------------------------------------------------------
     
JAKARTA 7 Nov. - Beratus-ratus anggota sebuah pertubuhan Islam di negara ini, 
Hizbut Tahrir hari ini berkumpul di tengah Jakarta bagi membantah lawatan 
Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama ke republik ini pada minggu ini.

Lebih 1,000 penunjuk perasaan melaungkan 'Obama Datang, Kami Ganyang' dan 
'Tolak Obama' di luar Istana Negara dan bangunan Kedutaan AS di sini.

Mereka menghayun-hayunkan poster-poster yang terpampang wajah Obama dan 
sepanduk yang tertulis slogan seperti 'Jangan tambahkan kesedihan kepada 
Indonesia'.

"Presiden Barack Obama sehingga hari ini terus menjajah negara-negara Islam 
seperti Afghanistan dan membunuh saudara-mara kami di sana. Oleh itu kami tidak 
akan menerimanya sebagai tetamu.

"Dengan mala petaka yang berlaku di Indonesia, lawatannya akan hanya menambah 
kesedihan kami," kata jurucakap Hizbut Tahrir, Mohammed Ismail Yusanto kepada 
AFP merujuk kepada bencana alam tsunami dan Gunung Merapi, yang telah meragut 
beratus-ratus nyawa sejak beberapa minggu lalu.

Kumpulan seperti Hizbut Tahrir menerima sokongan kecil daripada masyarakat di 
negara ini yang mempunyai penduduk berjumlah 240 juta orang itu.

Indonesia mempunyai penduduk majoriti Islam terbesar di dunia tetapi 
berdasarkan perlembagaan merupakan sebuah negara sekular dan sederhana daripada 
segi budayanya.

Lawatan Obama memberi fokus kepada matlamat strategik besarnya untuk 
memperbaiki hubungan dengan dunia Islam.

Semasa berada di Indonesia, beliau akan melawat masjid terbesar dan memberikan 
ucapan di sebuah universiti berprestij di negara ini.

Indonesia masih belum pulih daripada bencana alam yang dialaminya.

Lebih daripada 430 orang maut dalam tsunami pada 25 Oktober lalu dan kurang 24 
jam selepas itu Gunung Merapi meletus di Jawa Tengah.

Letusan gunung berapi itu menyebabkan lebih 100 orang terkorban sepanjang 
tempoh dua minggu lalu dan lebih 100,000 orang terpaksa dipindahkan. - AFP

[Non-text portions of this message have been removed]

------------------------------------

Post message: [email protected]
Subscribe   :  [email protected]
Unsubscribe :  [email protected]
List owner  :  [email protected]
Homepage    :  http://proletar.8m.com/Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke