http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0116&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_03.htm

ARKIB : 16/01/2011
Sindiket pengemis cacatkan budak

     
      SEORANG pengemis yang kudung kakinya di Dhaka, Bangladesh dalam gambar 
fail 2004. - AFP 

--------------------------------------------------------------------------
     


DHAKA 15 Jan. - Pihak berkuasa Bangladesh menangkap ketua kumpulan yang 
dipercayai bertanggungjawab memotong anggota badan kanak-kanak dan memaksa 
mereka meminta sedekah.

Pegawai Batalion Tindakan Pantas Polis, Kolonel Zia Ahsan berkata, Omar Faruq, 
30, ditangkap di sebuah kawasan pinggir bandar raya Dhaka semalam.

''Dia mengaku yang kumpulannya memotong anggota badan sekurang-kurangnya 15 
kanak-kanak dan memaksa mereka meminta sedekah di Dhaka serta beberapa bandar 
lain. Mereka juga merogol gadis dan memaksa mereka melacurkan diri,'' katanya 
kepada AFP.

Beliau berkata, kanak-kanak cacat tersebut disewakan sehingga 400 taka 
(RM18.60) sehari kepada wanita yang akan membawa mereka meminta sedekah di 
persimpangan jalan yang sibuk.

''Wanita-wanita berkenaan bertugas sebagai pengawal dan menyamar sebagai ibu 
kanak-kanak terlibat'' ujarnya.

Pasukan keselamatan elit tersebut dimaklumkan mengenai aktiviti kumpulan itu 
selepas anggota Faruq dipercayai memotong kemaluan seorang kanak-kanak berusia 
tujuh tahun, Neyamul dan dilaporkan oleh ayah kanak-kanak itu kepada kepada 
kumpulan hak asasi tempatan. - AFP


[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------------------

Post message: [email protected]
Subscribe   :  [email protected]
Unsubscribe :  [email protected]
List owner  :  [email protected]
Homepage    :  http://proletar.8m.com/Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke