http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0124&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_07.htm
Pengarah Leonard Retel Helmrich kembali ke Indonesia PARK CITY, Utah 23 Jan. - Pengarah filem Belanda, Leonard Retel Helmrich kembali ke Indonesia bagi menjalankan penggambaran filem terbarunya, Position Among The Star. Filem itu merupakan bahagian terakhir trilogi tentang sebuah keluarga di Jakarta dan akan ditayangkan di festival filem Sundance. Filem yang memaparkan kerja keras keluarga Shamsuddin setiap hari merupakan susulan filem pertamanya yang berjudul The Eye Of The Day pada 2001 dan sekuel keduanya pada 2005 iaitu Shape Of The Moon yang memenangi hadiah juri di Sundance pada tahun tersebut. Retel Helmrich yang berdarah Indonesia di sebelah ibunya pernah dijemput ke rumah keluarga Shamsuddin pada 1998 ketika dia sedang menyiapkan filem yang memaparkan kejatuhan Suharto. "Saya perasan keluarga ini mengambil berat apa yang terjadi di seluruh negara dan saya rasa ia mempunyai unsur kemanusiaan," ujarnya. Dia membuat keputusan untuk mendokumentasikan kehidupan seharian Ramidjah, seorang nenek beragama Kristian yang tinggal di Jakarta dengan dua orang anak lelaki yang memeluk Islam serta cucunya, Tari. Beberapa tahun telah berlalu sejak dia memfilemkan kisah keluarga Shamsuddin dan dia membuat keputusan untuk kembali ke sana. "Saya mendapat tahu Tari mahu pergi ke Jakarta untuk menghabiskan sekolah menengahnya di sana dan saya rasa inilah saat untuk membuat sambung filem ini seterusnya," sambungnya. Kali ini, dia meluangkan masa selama 14 bulan bersama keluarga itu, mengikuti masalah harian yang dihadapi bapa Tari, Bakti dan isterinya yang meneruskan hidup dengan menjual makanan di hadapan rumah dan kerja kebajikan yang dilakukan adiknya, Dwi. Harapan keluarga yang tinggal adalah Tari tetapi gadis berusia 17 tahun itu lebih berminat dengan telefon bimbit barunya daripada memikirkan masa depan keluarganya. Filem itu juga menyingkap isu perubahan peranan orang Islan di dalam negara Islam terbesar di dunia. - AFP [Non-text portions of this message have been removed] ------------------------------------ Post message: [email protected] Subscribe : [email protected] Unsubscribe : [email protected] List owner : [email protected] Homepage : http://proletar.8m.com/Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/proletar/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/proletar/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: [email protected] [email protected] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [email protected] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
