http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0127&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_02.htm

Penduduk Papua bantah autonomi Indonesia


JAYAPURA, Indonesia 26 Jan. - Lebih 1,000 penduduk Papua hari ini mengadakan 
demonstrasi menolak kuasa khas wilayah autonomi dan mendesak satu pungutan 
suara diadakan untuk menentukan hala tuju wilayah itu pada masa depan.

Mereka terdiri daripada aktivis, pelajar dan pemimpin gereja berarak dan 
membawa sebuah keranda yang diselimuti kain berwarna hitam dan tertera ayat 
'Kuasa Autonomi Khas sudah mati di Papua' di hadapan bangunan perwakilan di 
Jayapura.

''Kemerdekaan untuk Papua, tolak kuasa khas autonomi,'' jerit penunjuk perasaan 
berkenaan.

Mereka juga mendesak dewan tinggi pemimpin puak dikenali sebagai Perhimpunan 
Rakyat Papua (MPR) dibubarkan.

Ketua penyelaras demonstrasi itu, Selpius Bobi berkata, MPR tidak melakukan 
apa-apa untuk menjaga kebajikan rakyat Papua.

''Rakyat kami miskin di bumi mereka sendiri. Kami menolak kuasa khas autonomi 
kerana polisi kerajaan tidak pernah menyokong penduduk asal Papua,'' ujarnya.

Beliau menambah, mereka mahu satu pungutan suara bagi menentukan masa depan 
mereka.

Status khas autonomi Papua diperkenalkan pada 2001 selepas kejatuhan 
pemerintahan ketenteraan Presiden Suharto, menyaksikan kuasa pentadbiran 
termasuk kawalan hasil cukai sumber semulajadi diberikan kepada kerajaan 
perwakilan tempatan.

Bagaimanapun, kebanyakan rakyat Papua menyatakan ia gagal memulihkan hak mereka 
dan aktivis menuduh tentera Indonesia mengenakan tindakan kejam ke atas puak 
Melanes yang merupakan penduduk asal di wilayah itu. - AFP


[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------------------

Post message: [email protected]
Subscribe   :  [email protected]
Unsubscribe :  [email protected]
List owner  :  [email protected]
Homepage    :  http://proletar.8m.com/Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke