http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0217&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_01.htm
Doktor hadapi hukuman mati
Syarif Usman ketika dihadapkan ke Mahkamah Daerah Jakarta Selatan,
November tahun lalu. - Agensi
--------------------------------------------------------------------------
JAKARTA 16 Feb. - Seorang doktor dan seorang pekerja perkhidmatan kiriman cepat
dibicarakan di Mahkamah Daerah Jakarta Selatan hari ini atas tuduhan terlibat
dengan aktiviti keganasan.
Dr. Syarif Usman dipercayai membiayai kegiatan pengganas manakala Abdul Haris
dituduh menghantar wang untuk aktiviti tersebut, lapor tempointeraktif.com.
Pendakwa raya Mayasari berkata, Syarif menyalurkan 200 juta rupiah (RM70,000)
dan sebuah kamera video Sony kepada guru agama, Abu Bakar Bashir (yang turut
dibicarakan secara berasingan) menerusi Haris pada Februari tahun lepas.
Wang itu didakwa digunakan oleh Abu Bakar untuk membiayai kegiatan latihan
pengganas di Aceh Besar, Aceh.
Jika didapati bersalah, Syarif seperti Abu Bakar boleh dikenakan hukuman mati.
Kedua-dua lelaki itu dijadual dibicarakan minggu lepas, tetapi kes itu
ditangguhkan kerana pendakwa raya berkata, mereka belum bersedia.
Perbicaraan tersebut merupakan antara kes keganasan yang dikemukakan ke
mahkamah Indonesia, negara yang dihuni majoriti penduduk Islam.
Isnin lalu, Abu Bakar menyifatkan tuduhan keganasan terbaru ke atasnya sebagai
satu konspirasi, apabila perbicaraan kesnya kerana didakwa membiayai kumpulan
militan ala al-Qaeda disambung semula.
Abu Bakar, 72, yang didakwa menjadi pengasas pertubuhan Jemaah Islamiah (JI)
tersenyum dan melambaikan tangan ke arah penyokongnya yang melaungkan takbir
setibanya dia di mahkamah di Jakarta Selatan.
"Saya faham bahawa pada dasarnya saya dituduh menjadi ketua sebuah kumpulan
militan di Aceh.
"Dakwaan sedemikian telah diada-adakan dan hanyalah omong kosong," katanya
kepada panel hakim selepas mendengar tuduhan dibacakan kepadanya. - Agensi
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
[Non-text portions of this message have been removed]
------------------------------------
Post message: [email protected]
Subscribe : [email protected]
Unsubscribe : [email protected]
List owner : [email protected]
Homepage : http://proletar.8m.com/Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/proletar/
<*> Your email settings:
Individual Email | Traditional
<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/proletar/join
(Yahoo! ID required)
<*> To change settings via email:
[email protected]
[email protected]
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[email protected]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/