http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0430&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_13.htm
Bob Tutupoly kembali dengan `Widuri'
30/04/2011 2:28pm
BOB Tutupoly mengadakan persembahan pada Minggu Setiausaha di Royale
Chulan Hotel, Kuala Lumpur, baru-baru ini. - Utusan/FATAH SULAIMAN
--------------------------------------------------------------------------
KUALA LUMPUR 30 April - Suaranya masih merdu dan mempesonakan. Pada usia 71
tahun, Bob Tutupoly masih mampu memikat, membuatkan audien terpaku di tempat
duduk dan memberi tumpuan sepenuhnya terhadap persembahan beliau.
Walaupun ketika tidak bernyanyi, ungkapan dari bibirnya ketika bercerita
mengenai lagu dan anekdot peribadinya, sudah cukup memukau audien terhadap
penyanyi veteran dari negara seberang ini.
"Saya telah mendendangkan lagu ini yang menaikkan nama saya, Widuri, lebih
sejuta kali. Versi bahasa Inggeris akan diterbitkan tidak lama lagi. Widuri
telah dinyanyikan dalam banyak bahasa, Tagalog, Thai dan Jepun," kata Bob, ikon
hiburan dari Indonesia ini sambil tersenyum mesra.
Bob tidak perlu berlatih atau mengadakan sesi latihan formal untuk memastikan
suaranya kekal merdu sebegini.
"Saya tiada masa untuk memilih dan berlatih setiap lagu pada setiap kali
sebelum persembahan. Isteri saya pun tahu. Saya tidak tetapkan sesi latihan
untuk beberapa hari sebelumnya. Jadual saya selalunya padat. Malah saya baru
pulang dari Belanda dan akan ke Indonesia untuk satu lagi persembahan," kata
pelantun lagu malar segar Widuri ini.
Beliau berada di Malaysia hanya untuk satu malam untuk menghiburkan para
setiausaha dan ketua mereka serta para peminat pada majlis jamuan tengah hari
di di Hotel Royal Chulan sempena sambutan Minggu Setiausaha.
SETIA PADA YANG SATU Bob mengakui tentang keasyikan ramai wanita mendengar
lontaran suaranya, terutama ketika dalam usia muda, begitu ramai yang terpikat.
Tidak diragui lelaki ini impian ramai wanita.
Tetapi Bob menegaskan: "Saya setia dengan seorang wanita; isteri saya.
Kami telah berkahwin selama 34 tahun yang membahagiakan. Saya suka
mendendangkan lagu-lagu cinta kerana melaluinya saya dapat meluahkan rasa hati
dengan baik.
Cinta memang membuatkan kita bahagia dan saya percaya cinta jugalah yang
membuatkan saya sentiasa rasa muda dan dikasihi.
Peminat setia Matt Monroe, Bob suka mendengar lagu-lagu nyayian Michael Buble,
katanya, bila ditanya penyanyi pilihan beliau dalam generasi hiburan kini.
"Saya memang sukakan suara Nat King Cole yang turut menjadi idola Matt Monroe.
Persamaan dalam suara dan nada kami adalah kebetulan. Suara saya semula jadinya
memang begini. Saya seronok jika dikaitkan dengan kedua-dua idola saya ini,"
katanya.
MINGGU SETIAUSAHA Bob menghargai peranan setiausaha yang dianggapnya mengawal
pintu laluan untuk bercakap dan bertemu dengan ketua mereka.
Faktor paling penting ialah memenangi hati mereka terutama ketika membuat
panggilan telefon atau pada pertemuan pertama, katanya.
"Saya sudah mengalaminya. Saya mengusahakan perniagaan dari semasa ke semasa
dan jika saya perlu bercakap dengan pembuat keputusan, setiausaha ialah yang
memegang kunci untuk hubungan yang berjaya. Jadi kali ini saya menyanyi untuk
mendendangkan para setiausaha. Mungkin selepas ini mudah bagi saya untuk dapat
bercakap dengan bos mereka," katanya bergurau.
Ini kali kedua beliau berdendang pada majlis minggu setiausaha di Malaysia.
Yang pertama ialah lapan tahun lepas.
Hampir semua tempat duduk daripada 58 buah meja yang ditawarkan, dibeli
syarikat-syarikat koprorat sebagai menghargai para setiausaha atas tugas dan
tangggungjawab yang mereka laksanakan.
Dendangan lagu-lagu kegemaran peminat Bob, yang baru dan yang malar segar,
sememangnya memukau para setiausaha yang melupakan sejenak tugas di pejabat.
Ramai juga yang turut bernyanyi mengikut setiap patah lagu yang didendangkan
penyanyi ini, antaranya - 'Aku Malu,' 'Can't Help Falling in Love,' 'Sway' 'New
York, New York' dan 'Aku Cinta Pada Mu,'.
POPULAR Bob Tutupoly juga tidak asing dengan pencinta muzik Malaysia.
Persembahan beliau di hotel itu kali terakhir ialah pada majlis pembukaan Hotel
Royal Chulan.
Widuri, lagu popular sejak 1977, digubah oleh Slamet Adriyadie, yang rapat
dengannya sejak kecil lagi.
Beliau akan mengeluarkan album baru sebelum akhir tahun, sebagai hadiah tanda
penghargaan kepada semua yang membantu dari segi semangat dan galakan sepanjang
54 tahun beliau berkecimpung dalam dunia hiburan.
"Bob Tutupoly ialah seperti keluarga bagi saya dan keluarga. Beliau berfikiran
kritikal tetapi tidak pernah cakap belakang. Beliau telus. Saya suka mendengar
nasihat beliau dan saya mengambil nasihatnya dengan serius," kata Chandra
Chasmala, pengarah muzik Bob, yang juga anggota kumpulan D'Lloyd, yang turut
popular suatu ketika dulu.
Chandra mengikut Bob di mana sahaja penyanyi 'Widuri' itu membuat persembahan.
Menurut beliau, Bob memberikan beliau banyak pengalaman dan peluang baru dalam
kerjayanya dan memastikan belau lebih menyedari akan keperluan dalam industri
ini.
"Saya bersyukur dan bangga pada tahap usia saya ini, saya telah mencapai semua
ini. Saya hanya ada sedikit masalah gula (kesihatan), tapi saya rasa ini yang
membuatkan diri dan suara saya sentiasa manis," katanya berjenaka sambil
melambai kepada para peminatnya yang masih berkumpul sebelum meninggalkan dewan
persembahan pada tengah hari itu. - Bernama
[Non-text portions of this message have been removed]
------------------------------------
Post message: [email protected]
Subscribe : [email protected]
Unsubscribe : [email protected]
List owner : [email protected]
Homepage : http://proletar.8m.com/Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/proletar/
<*> Your email settings:
Individual Email | Traditional
<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/proletar/join
(Yahoo! ID required)
<*> To change settings via email:
[email protected]
[email protected]
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[email protected]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/