http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0516&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_04.htm

9 imam maut serangan NATO

     
      Penduduk Libya mengadakan sembahyang jenazah ke atas beberapa penduduk 
negara itu yang terbunuh dalam serangan udara NATO di Tripoli, kelmarin. - 
REUTERS 

--------------------------------------------------------------------------
     


TRIPOLI 15 Mei - Beratus-ratus penduduk semalam menghadiri pengebumian jenazah 
sembilan orang imam yang didakwa oleh kerajaan Libya terbunuh dalam serangan 
udara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO.

NATO, bagaimanapun berkata, bangunan yang dibedilnya kelmarin ialah sebuah 
pusat pemerintahan dan kawalan tentera rejim Muammar Gaddafi.

Sembilan imam itu adalah antara 11 orang yang terbunuh dalam serangan ke atas 
sebuah rumah tetamu di bandar Brega, timur negara ini kelmarin, kata kerajaan.

"Semoga Tuhan mengalahkan tentera NATO di darat, laut dan udara," teriak 
kira-kira 500 orang yang menghadiri pengebumian itu di sebuah tanah perkuburan 
dekat pelabuhan Tripoli, semalam.

Mereka menyifatkan kempen serangan NATO sebagai 'penghinaan demi penghinaan' 
terhadap yang hidup dan yang sudah mati.

NATO dalam kenyataannya mempertahankan tindakannya itu.

Stesen televisyen kerajaan Libya kelmarin menyiarkan rakaman suara Gaddafi 
dipercayai bertujuan menyangkal spekulasi mengenai keadaan kesihatannya ekoran 
dakwaan Menteri Luar Itali bahawa beliau mungkin cedera dalam satu serangan 
NATO dan telah meninggalkan Tripoli.

"Saya ingin memberitahu tentera salib (NATO) yang pengecut, saya berada di 
tempat yang tidak mungkin mereka temui dan kamu tidak akan dapat membunuh 
saya," kata lelaki yang kedengaran seperti Gaddafi dalam rakaman audio itu. - 
Reuters


[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------------------

Post message: [email protected]
Subscribe   :  [email protected]
Unsubscribe :  [email protected]
List owner  :  [email protected]
Homepage    :  http://proletar.8m.com/Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke