http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0530&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_36.htm
Pembantu rumah Indonesia dihantar dalam 2 minggu 30/05/2011 10:50pm BANDUNG 30 Mei - Malaysia dan Indonesia akhirnya menandatangani memorandum persefahaman (MoU) baru mengenai pengambilan pembantu rumah Indonesia setelah lebih setahun berbincang. Perbincangan itu bagi memperkemas pengurusan penghantaran dan perlindungan terhadap pekerja dan majikan selepas Indonesia melaksanakan pembekuan sementara penghantaran pembantu rumah dari republik itu ke Malaysia kira-kira dua tahun lalu. MoU baru itu yang dimeteraikan, merupakan pindaan kepada MoU Mengenai Pengambilan dan Penempatan Pembantu Rumah Indonesia ke Malaysia 2006, sekali gus menamatkan pembekuan sementara Indonesia terhadap penghantaran pembantu rumah negara itu ke Malaysia. Bagaimanapun Indonesia hanya akan mula menghantar pembantu rumah dalam masa dua minggu lagi setelah selesai segala persiapan mengikut MoU baru. MoU itu mengambil kira kepentingan tiga pihak iaitu pekerja, majikan dan agensi pekerjaan selain menggariskan dengan jelas tanggungjawab masing-masing. - Bernama [Non-text portions of this message have been removed] ------------------------------------ Post message: [email protected] Subscribe : [email protected] Unsubscribe : [email protected] List owner : [email protected] Homepage : http://proletar.8m.com/Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/proletar/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/proletar/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: [email protected] [email protected] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [email protected] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
