Kalau rakyat tidak mengerti kita harus memberi tahu mereka, caranya tentu saja 
sesuai kemampuan masing-masing.  Rugi rakyat rugi kita semua. 

  ----- Original Message ----- 
  From: Abbas 
  To: [email protected] 
  Sent: Thursday, June 02, 2011 5:32 AM
  Subject: [proletar] Re: Megawati akhirnya bertegur sapa dengan Susilo


    
  Inilah yang namanya kompomi tingkat tinggi; dimana akhirnya yang RUGI adalah 
rakyat yang gak ngerti apa apa.

  --- In [email protected], "sunny" <ambon@...> wrote:
  >
  > Refl: Pertemuan dagang sapi dan kucing dalam karung?
  > 
  > 
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0602&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_03.htm
  > 
  > Megawati akhirnya bertegur sapa dengan Susilo
  > 
  > Daripada SAHARUDIN MUSTHAFA
  > saharudin.musthafa@...
  > 
  > 
  > 
  > 
  > Susilo Bambang Yudhoyono dan isteri Ani Yudhoyono (kanan) disambut bekas 
Presiden, Habibie dan Megawati Sukarnoputri (kiri) di Jakarta, semalam. - AFP 
  > 
  > ----------------------------------------------------------
  > 
  > 
  > 
  > JAKARTA 1 Jun - Bekas Presiden Indonesia, Megawati Sokarnoputri akhirnya 
secara rasmi menyapa musuh politiknya, Presiden Susilo Bambang Yudhoyono pada 
sambutan Hari Pancasila di sini hari ini.
  > 
  > "Yang Amat Berhormat Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono.," kata 
Megawati ketika memulakan ucapannya.
  > 
  > Sebilangan besar tetamu yang menghadiri majlis berkenaan di Parlimen hari 
ini saling tersenyum sesama mereka sebaik Megawati berbuat demikian.
  > 
  > Pada majlis berkenaan, Susilo yang ditemani isterinya, Ani Yudhoyono turut 
tersenyum sebagai reaksi terhadap salam yang diucapkan oleh Megawati.
  > 
  > Sebelum acara itu bermula, kedua-dua mereka turut bersalaman ketika 
bersemuka.
  > 
  > Kehadiran Megawati ke Hari Pancasila itu juga disambut dengan tepukan oleh 
ahli Parlimen serta tetamu-tetamu lain.
  > 
  > Selain Megawati, bekas Naib Presiden Indonesia iaitu Jusuf Kalla, Hamzah 
Haz dan Try Sutrisno turut hadir menyaksikan majlis bersejarah deklarasi 
Perlembagaan negara itu yang diperkenalkan oleh Presiden pertama Indonesia, 
Sukarno 65 tahun lalu.
  > 
  > Susilo juga dilihat berbual dengan Speaker Dewan Perwakilan Rakyat, Taufik 
Kiemas yang juga suami Megawati ketika nama Megawati diumumkan berada dalam 
senarai tetamu yang hadir.
  > 
  > Bagi Taufik, beliau sangat gembira melihat isterinya yang juga Ketua Umum 
Parti Demokrasi Indonesia-Perjuangan akhirnya bersalam dengan Susilo.
  > 
  > "Bagaimanapun, jangan sesekali memeluk isteri saya, saya akan jadi marah," 
kata Taufik dalam nada berseloroh.
  > 
  > Itu merupakan pertemuan pertama antara dua tokoh pemimpin negara sejak 
kedua-duanya bersaing merebut kerusi Presiden Indonesia pada pilihan raya umum 
tahun 2009.
  > 
  > Hubungan dingan antara kedua-duanya terjadi apabila Susilo membuat 
keputusan untuk bertanding kerusi Presiden pada tahun 2004 dengan mengasaskan 
Parti Demokratik.
  > 
  > Sebelum era tersebut, Susilo merupakan orang paling dipercayai oleh 
Megawati sehingga diberi tanggungjawab memegang jawatan menteri dalam 
kabinetnya.
  > 
  > Sebaik Susilo membuat keputusan untuk melawan Megawati pada pilihan raya 
itu, hubungan mereka berdua sekali gus bertukar menjadi 'musuh'.
  > 
  > Sejak itu, kedua-dua pemimpin berkenaan jarang kelihatan menghadiri acara 
yang sama atau bercakap antara satu sama lain. - Utusan
  > 
  > 
  > [Non-text portions of this message have been removed]
  >



  

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------------------

Post message: [email protected]
Subscribe   :  [email protected]
Unsubscribe :  [email protected]
List owner  :  [email protected]
Homepage    :  http://proletar.8m.com/Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke