Refleksi : Siapa yang  banyak dikritik di media cetak maupun eletronik? Mungkin 
mereka ini atau orang tertentu  menjadi marah lantas anak buahnya 
diinstruksikan untuk menyampaikan  pesan  Keranda [peti mati] kepada pihak 
media. Apakah pesan ini dimaksudkan untuk dilaknakan sensur atau wartawan, 
penulis dimatikan?  Apa beda pengirim Keranda dengan kaum teroris?

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0607&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_04.htm

Keranda dihantar ke media Indonesia

Daripada SAHARUDIN MUSTHAFA
[email protected]


     
      Keranda kecil bersama nota Your next, number 69 yang dihantar kepada 
ketua-ketua syarikat media Indonesia, semalam. - AGENSI 

--------------------------------------------------------------------------
     


JAKARTA 6 Jun - Pejabat urusan beberapa syarikat media Indonesia hari ini 
dikejutkan dengan kiriman keranda yang dihantar oleh individu yang tidak 
dikenali.

Sebuah daripada keranda itu dikirim kepada Ketua Pegawai Eksekutif akhbar The 
Jakarta Post, Daniel Rembeth di pejabatnya di Jalan Palmerah Barat, Jakarta 
Barat di sini.

Rembeth yang menerima 'hadiah' berkenaan yang tertulis Rest in Peace di keranda 
itu mengakui, sangat terkejut kerana tidak mengetahui apa motif hal itu 
dilakukan. 

"Saya tidak tahu siapa pengirimnya. Kereta ambulans yang mengirim keranda itu 
juga tidak memiliki identiti seperti kereta ambulans lain," kata beliau.

Selain keranda, pengirim berkenaan juga turut menyelitkan tujuh kuntum bunga 
mawar serta sekeping kertas tertulis Your next, number 69 kepada Rembeth.

"Saya terkejut mendapat angka giliran bernombor 69," ujarnya lagi.

Selain Rembeth, keranda serupa turut dikirim kepada Pengarah Berita Metro TV, 
Suryopratomo; Pengarah Kompas.com, Edi Taslim dan Ketua Pengarang stesen 
televisyen RCTI, Arif Suditomo. 

Biarpun tergamam dengan kiriman itu, namun para penerima keranda yang saiznya 
menyamai saiz tubuh seorang kanak-kanak tidak menolak kemungkinan kiriman itu 
sebagai strategi pemasaran pengusaha keranda. - Utusan


[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------------------

Post message: [email protected]
Subscribe   :  [email protected]
Unsubscribe :  [email protected]
List owner  :  [email protected]
Homepage    :  http://proletar.8m.com/Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke