http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0615&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_03.htm

Guru agama Indonesia hasut bakar gereja dipenjara setahun
SEMARANG 14 Jun - Mahkamah Indonesia menjatuhkan hukuman penjara setahun ke 
atas seorang guru agama kerana menghasut beratus-ratus pengikutnya membakar 
gereja dan menyerang polis.

Februari lalu, kira-kira 1,500 penganut Islam membakar dua gereja dan 
menggeledah sebuah lagi gereja di bandar Temanggung, Pulau Jawa bagi menuntut 
seorang lelaki Kristian dihukum mati kerana menghina Islam.

Syihabudin, 46, (gambar) disabit kesalahan menghasut kumpulan tersebut yang 
mula melancarkan huru-hara di dalam sebuah mahkamah sebelum membakar kenderaan 
polis dan melontar batu ke arah polis.

"Kami menjatuhkan hukuman setahun penjara ke atas defendan kerana dia didapati 
bersalah melakukan provokasi," kata Hakim Mahkamah Daerah Semarang, Edy 
Tjahyono.

Tjahyono berkata, hukuman itu akan dikurangkan beberapa bulan mengambil kira 
tempoh tahanan yang telah dijalani Syihabudin.

Guru agama itu berkata, beliau akan mengemukakan rayuan berhubung keputusan 
tersebut.

"Saya berada di sini bukan kerana saya seorang pencuri, tetapi kerana saya 
mempertahankan agama. Tolong jangan anggap keputusan mahkamah ini sebagai 
sesuatu yang buruk," katanya.

Dalam satu perbicaraan berasingan, tujuh lelaki daripada kumpulan yang sama 
dihukum penjara lima bulan kerana menggeledah gereja dan merosakkan harta benda 
awam. - AFP


[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------------------

Post message: [email protected]
Subscribe   :  [email protected]
Unsubscribe :  [email protected]
List owner  :  [email protected]
Homepage    :  http://proletar.8m.com/Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke