http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0616&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_08.htm


ARKIB : 16/06/2011

Afghanistan paling berbahaya untuk wanita

LONDON 15 Jun - Keganasan, kemiskinan dan masalah kesihatan yang teruk 
menyebabkan Afghanistan muncul sebagai negara yang paling merbahaya kepada 
wanita di dunia, berdasarkan tinjauan yang dilakukan oleh Yayasan Thomson 
Reuters hari ini. 

Congo pula dinamakan sebagai negara kedua paling merbahaya kepada wanita di 
dunia dan menghampiri kedudukan Afghanistan kerana bilangan kes rogol yang 
menakutkan. 

Pakistan, India dan Somalia masing-masing di tangga ketiga, keempat dan kelima 
dalam tinjauan di seluruh dunia berhubung pendapat mengenai ancaman kepada 
wanita dalam aspek penderaan domestik, diskriminasi daripada segi ekonomi dan 
serangan asid. 

Menurut Ketua Women Change Makers, Antonella Notari, gabungan konflik yang 
berterusan, serangan udara oleh Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan 
amalan tradisi membuatkan Afghanistan menjadi negara paling merbahaya di dunia 
untuk wanita. 

"Malah, wanita yang cuba menyuarakan pendapat atau yang berperanan dalam 
masyarakat sehingga mencabar stereotaip tentang jantina seperti menjadi polis 
atau pemberita sering diugut dan dibunuh," katanya yang mengetuai kumpulan yang 
memberi sokongan kepada usahawan wanita di seluruh dunia. 

TrustLaw, sebuah perkhidmatan berita yang dikendalikan oleh Yayasan Thomson 
Reuters merasmikan TrustLaw Women, sebuah pusat global bagi mendapatkan berita 
dan maklumat tentang hak wanita dengan mengeluarkan tinjauan ini. 

Trustlaw membuat tinjauan pendapat ke atas 213 pakar jantina dari lima buah 
benua untuk menyenaraikan negara yang paling merbahaya diduduki oleh wanita 
menurut pendapat keseluruhan dan berdasarkan enam jenis risiko. 

Risikonya ialah ancaman kesihatan, keganasan seksual, keganasan, keganasan 
bukan seksual, faktor budaya atau agama, kekurangan sumber dan perdagangan 
haram manusia. 

Beberapa pakar menyatakan tinjauan itu menunjukkan faktor bahaya yang tidak 
ketara seperti diskriminasi terhadap wanita yang tidak seteruk pengeboman, 
tembakan, membaling batu kepada wanita dan kes rogol yang terok di zon konflik.

"Saya rasa tinjauan sepatutnya dibuat secara lebih menyeluruh dengan melihat 
apa sahaja kesan yang merbahaya kepada wanita," kata pakar jantina, Elisabeth 
Roesch. - Reuters


[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------------------

Post message: [email protected]
Subscribe   :  [email protected]
Unsubscribe :  [email protected]
List owner  :  [email protected]
Homepage    :  http://proletar.8m.com/Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke