http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0623&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_04.htm
Usaha perangi rasuah di Indonesia makin perlahan JAKARTA 22 Jun - Ketua Suruhanjaya Pembanterasan Rasuah (KPK) Indonesia, Busjro Muqoddas baru menjawat jawatan itu selama enam bulan namun seorang hakim, anggota-anggota Parlimen dan presiden parti politik telah didakwa sepanjang pentadbirannya itu. Bagaimanapun, pengkritik mempercayai usaha memerangi rasuah semakin perlahan sejak akhir tahun lalu. Mereka berkata, ia bergantung kepada pasukan sokongan yang akan dipilih bagi membantu Busjro melaksanakan usaha berkenaan. Aktivis anti-rasuah semalam memuji keputusan mahkamah dalam menyambung kontrak Busjro selama tiga tahun lagi. Beliau kini menghadapi tugas untuk membanteras penyelewengan di kalangan ahli Parlimen, pegawai cukai, polis dan pegawai sistem perundangan dalam usaha negara ini menarik pelaburan jangka panjang dan menaikkan gred penarafan pelaburan Indonesia. ''Orang awam percaya berlakunya kegiatan rasuah dalam politik dan kes-kes kukuh muncul ketika pentadbiran Busjro,'' kata wakil Pemantau Rasuah Indonesia, Febri Diansyah. Pelantikan Busjro, bekas ahli akademik, selama setahun bermula lewat 2010, pada mulanya dilihat sebagai langkah yang berpotensi melemahkan usaha memerangi rasuah di negara ini. Perhatian kini tertumpu kepada siapa yang akan mengisi jawatan sebagai pembantu Busjro dalam usaha berkenaan dan sama ada mereka mampu menghadapi risiko dan cabaran termasuk ancaman bunuh. Empat jawatan timbalan ketua KPK akan dikosongkan pada Disember ini dan proses permohonan mengisi jawatan itu ditutup kelmarin. Sebanyak 214 permohonan telah diterima termasuk daripada pendakwa raya, pegawai polis, peguam dan jeneral bersara. ''Cabaran besar mereka yang akan dipilih untuk bersama Busjro untuk tempah lima hingga 10 tahun akan datang adalah mereka perlu membersihkan rasuah dalam politik,'' kata Febri. - Reuters [Non-text portions of this message have been removed] ------------------------------------ Post message: [email protected] Subscribe : [email protected] Unsubscribe : [email protected] List owner : [email protected] Homepage : http://proletar.8m.com/Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/proletar/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/proletar/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: [email protected] [email protected] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [email protected] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
