http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0713&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_07.htm
Lelaki maut akibat bom buatan sendiri di Indonesia MATARAM, Indonesia 12 Julai - Seorang lelaki maut apabila sebutir bom buatan sendiri meletup di sebuah sekolah asrama di timur negara ini yang dipercayai mempunyai kaitan dengan guru radikal agama yang dipenjara, Abu Bakar Bashir."Sebutir bom meletup kira-kira pukul 3.30 petang semalam waktu tempatan di sebuah daripada bilik asrama itu," kata jurucakap polis wilayah, Sudjoko. Katanya, mangsa dikenali sebagai Firdaus yang juga bendahari sekolah tersebut. Selepas letupan di wilayah Nusa Tenggara Barat itu berlaku, beratus-ratus pelajar asrama dilengkapi senjata tajam menyekat laluan masuk ke sekolah berkenaan bagi menghalang polis serta tentera daripada menyiasat punca kejadian."Mereka tidak mahu kami berada di sekolah ini," kata Sudjoko. Jurucakap polis kebangsaan, Anton Bachrul Alam berkata, kira-kira 10 individu ditahan di luar sekolah berkenaan semalam.Media tempatan sebelum ini melaporkan, seorang guru di sekolah itu pernah ditahan tahun lalu kerana membiayai latihan tentera di kem wilayah Aceh, Pulau Sumatera yang disokong Abu Bakar. Seorang pelajar sekolah itu bulan lalu mengelar leher anggota polis sehingga mati dengan sebilah pisau di sebuah pondok keselamatan. Indonesia sering dikejutkan dengan siri serangan oleh jaringan keganasan Jemaah Islamiyah (JI) sejak beberapa tahun kebelakangan ini termasuk pengeboman Bali pada 2002 yang mengorbankan 202 nyawa. - AFP [Non-text portions of this message have been removed] ------------------------------------ Post message: [email protected] Subscribe : [email protected] Unsubscribe : [email protected] List owner : [email protected] Homepage : http://proletar.8m.com/Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/proletar/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/proletar/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: [email protected] [email protected] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [email protected] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
