Salam
Dulu ada saudara saya kematian suami.. janda anak 5.. ketika itu semua masih
belajar.. tertua tingkatan 4..
Bila minta duit zakat.. Pusat zakat buat interview.. Dia bekerja dengan gaji RM
650-700 sebulan..Menyewa rumah buruk RM 250/sebulan.. Ada 2 kereta buruk pusaka
arwah, nak jual tak boleh sebab jpj kata kereta potong.. sebiji lagi dijual
keluarga... sebuah motosikal yang masih berhutang.. Pusat zakat buat keputusan
tak layak menerima zakat..
Hadith Riwayat ad-Dailami..
Nabi SAW bersabda :
Apabila Allah SWT menghendaki kebaikan kepada sesuatu kaum, maka dijadikan :
* pemimpin-pemimpin mereka bijaksana
* ulama-ulama mereka menangani hukum-hakam, dan keadilan
* kekayaan ditangan orang-orang yang dermawan..
Namun jika Allah SWT menghendaki kebinasaan kepada sesuatu kaum, maka dijadikan
:
* pemimpin-pemimpin mereka dari golongan yang rendah akhlaqnya..
* orang yang bodoh menangani hukum-hakam, dan keadilan
* kekayaan ditangan orang-orang yang bakhil..
[9.34] Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya banyak di antara
pendita-pendita dan ahli-ahli ugama (Yahudi dan Nasrani) memakan harta orang
ramai dengan cara yang salah, dan mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah
(ugama Islam). Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta
tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan
(balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
Penyakit ini telah berjangkit ke pusat-pusat zakat Islam...
WAllahua3lam
Wassalam
Hizamri
===============================================================
----- Forwarded Message -----
From: FARIZfauzi AMALINAghazali <[email protected]>
GADIS HILANG!!!
KEPADA SESIAPA YANG MELIHAT/TERNAMPAK DIMANA2, SILA LAPORKAN KEPADA
POLIS YG BERHAMPIRAN.
HARAP DAPAT MEMBANTU
TERIMA KASIH...
===============================================================
----- Forwarded Message -----
From: roslan mohd <[email protected]>
To:
Sent: Sunday, August 7, 2011 1:51 PM
Subject: [Idaman_Group] Asri: Bukan haram umat Islam terima bantuan agama lain
Oleh Syed Mu’az Syed Putra
Asri berkata semua pihak tidak patut menyalahkan penganut Kristian yang
menghulurkan bantuan. — Foto fail
KUALA LUMPUR, 7 Ogos — Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin menegaskan
“bukan sesuatu haram” jika umat Islam menerima bantuan daripada
mana-mana penganut agama lain termasuk Kristian sekiranya terpaksa
berbuat demikian.
Bekas mufti Perlis berkata sikap umat Islam yang enggan menghulurkan
bantuan sesama mereka menyebabkan ramai golongan miskin terpaksa
bergantung kepada orang bukan Islam.
“Bukan sesuatu yang haram untuk seseorang Muslim menerima bantuan
daripada bukan Muslim. Apatah lagi, jika mereka dalam kesusahan yang
amat. Tindakan mereka menerima bantuan tidak boleh dipersalahkan,
sebaliknya perbuatan pihak Muslim yang sepatutnya memberi bantuan kepada mereka
tetapi tidak melakukannya itulah yang patut disalahkan.
“Jika dibincangkan di sudut bantuan, pada asasnya kita tidak boleh
menyalahkan orang lain kerana memberikan bantuan. Adalah menjadi hak
setiap untuk memberikan bantuan kepada sesiapa yang mereka mahu,” kata
beliau sambil menambah, mana-mana bantuan dibenarkan selagi mengikut
peraturan dan undang-undang.
Tegas Asri, beliau difahamkan umat Islam yang hadir dalam satu majlis makan
malam muhibah di Gereja Methodist Damansara Utama dekat Petaling
Jaya, Rabu lalu adalah untuk mendapatkan bantuan yang gagal dilaksanakan agensi
agama Islam melalui pemberian zakat.
Jelas beliau, kemungkinan umat Islam yang hadir itu “terpengaruh”
dengan agama Kristan disebabkan sikap baik penganutnya membantu mereka.
“Difahamkan bahawa orang-orang Islam yang hadir, terutama ibu-ibu
tunggal terdiri dari kalangan mereka yang amat daif dan miskin.
“Mereka telah berulang kali memohon bantuan dari masyarakat Islam,
tetapi gagal. Apabila ada pihak yang sudi menghulurkan bantuan dengan
mudah, maka mereka rasa ‘jatuh hati’ dan ‘terhutang budi’,” katanya.
Asri berkata demikian sebagai respons terhadap laporan dua akhbar
berbahasa Malaysia hari ini yang mengatakan pihak gereja menawarkan wang tunai,
makanan dan tempat tinggal kepada umat Islam.
Akhbar Berita Harian edisi semalam di bawah tajuk “Sogok wang gadai
akidah” melaporkan ada pihak yang berselindung disebalik pertubuhan amal dengan
menawarkan pelbagai bantuan kepada umat Islam seterusnya meminta mereka keluar
daripada agama itu
Selain itu, akhbar tabloid Harian Metro juga mengatakan perkara sama
di bawah tajuk di muka depan “Kami diberi Bible versi Melayu.”
Akhbar itu mendakwa penganut Kristian menggunakan “pendekatan lembut” untuk
menarik umat Islam.
Kontroversi ini berlaku selepas Jabatan Agama Islam Selangor (Jais)
menyerbu satu majlis makan malam muhibah di Gereja Methodist Damansara
Utama.
Pada malam Rabu lalu, kira-kira 30 anggota polis dan pihak berkuasa
Jais memasuki premis gereja itu tanpa waran kira-kira 10 malam.
Bagaimanapun tindakan Jais itu mendapat kritikan banyak pihak.
Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr Hasan Ali mempertahankan atas
alasan ada bukti pihak terbabit mahu memurtadkan umat Islam.
Tambah Asri, semua pihak tidak sepatutnya menyalahkan penganut
Kristian yang menghulurkan bantuan, sebaliknya persoalan itu ditanya
kepada diri sendiri.
Jelas beliau, sekiranya wang zakat digunakan secara telus mustahil
umat Islam perlu meminta bantuan daripada penganut agama lain.
“Ke mana perginya wang zakat kita? Ratusan juta hasil kutipan yang
diumumkan saban tahun, apakah tidak mampu untuk membantu fakir miskin
ini keluar dari kesusahan mereka sehingga tidak perlu meminta ‘sedekah’
kepada orang lain? Mengapa kerenah biokrasi begitu tinggi untuk fakir
miskin mendapatkan bantuan zakat? Semua orang yang pernah berurusan
dengan hal ini, akan ada pengalaman mereka sendiri. Untuk mendapatkan
RM100 hingga RM200 pun, begitu banyak kerenahnya.
“Sedangkan pejabat zakat kelihatan mewah, gaji pegawai dan bos begitu tinggi
dan peralatan urusan juga begitu canggih. Apakah belanja yang
tinggi itu hanya untuk urusan mencari pembayar, tetapi tiada kesungguhan yang
memadai untuk mencari penerima yang layak? Tujuan zakat antaranya
untuk mendekatkan hati manusia dengan Islam. Sebab itu, ada hak untuk
golongan mualaf. Bagaimanakah mungkin pengurusan zakat gagal melakukan
hal ini, sehingga yang sudah Muslim ingin meninggalkan Islam kerana
gagal mendapat bantuan daripada umat Islam khususnya zakat?” soalnya.
Justeru Asri meminta supaya tidak bersangka buruk kepada pihak yang bersedia
menghulurkan bantuan kepada umat Islam.
“Janganlah jika kita gagal membantu sedangkan kita mampu tapi kita
menyalahkan orang lain yang membantu. Setiap orang akan terpengaruh
dengan pihak yang berbuat baik kepadanya. Itu fitrah manusia. Jika dia
lemah iman, mungkin agamanya juga diserahkan. Mereka yang terpengaruh
dengan pihak gereja atas budi baik, itu sesuatu yang tidak pelik.
“Namun yang pelik, bagaimana dalam negara Islam, umat kita boleh
menukar agama disebabkan layanan yang tidak memuaskan oleh masyarakat
Muslim? Sebaliknya mereka terpengaruh dengan sikap baik penganut agama
lain. Apakah slogan-slogan agama kita selamat ini hanya kosmetik yang
tidak berpijak kepada realiti kehidupan?,” katanya.
===============================================================
2011/8/7 amir jamal <[email protected]>
>Pujukan gereja
>
>
>2011/08/07
>
>
>NUR mendakwa kerap dihubungi gereja untuk diberikan bantuan.Ibu tunggal tak
>dapat bantuan Baitulmal dalam dilema
>
>SEREMBAN:
Seorang lagi mangsa mendedahkan bagaimana dia dipujuk secara berterusan
untuk mendekati gereja walaupun selepas membuat keputusan untuk tidak
lagi menerima bantuan kewangan yang dihulurkan gereja terbabit di
Rahang, dekat sini sejak Disember lalu.
>
>Wanita yang ingin
dikenali sebagai Nur, 40, berkata pada mulanya dia sanggup menerima
bantuan yang dihulurkan gereja terbabit bagi memastikan empat anak
perempuannya berusia lima hingga 12 tahun meneruskan kehidupan, selepas
gagal mendapat bantuan berterusan daripada Baitulmal.
Katanya, pada mulanya dia berat hati tetapi selepas memikirkan nasib
anak-anak yang masih bersekolah, dia menerima bantuan dihulurkan dalam
bentuk makanan keperluan harian setiap bulan sejak April tahun lalu.
“Setiap bulan pihak gereja itu akan telefon dua hingga tiga kali
untuk bertanyakan khabar. Mereka juga tidak lupa bertanyakan masalah
dihadapi.
>
>“Mereka turut menawarkan supaya saya dan anak-anak
tinggal di asrama yang disediakan di pusat ibadah itu dan sanggup
menanggung segala keperluan kami anak beranak termasuk keperluan
persekolahan tapi saya menolak.
>
>“Bagaimanapun, sejak Januari
lalu, saya turut menolak semua bantuan yang diberikan setiap bulan
memandangkan jiran sudah memandang serong,” katanya ketika ditemui di
rumahnya di Ampangan, di sini, semalam.
>
>Nur berkata, sejak
berhenti kerja sebagai pembantu akaun pada 2008 akibat masalah
kesihatan, antaranya asma yang teruk, darah tinggi dan kencing manis,
dia masih perlu mencari rezeki bagi membesarkan anak-anak memandangkan
suami lalai memberi nafkah.
>Katanya, selain meminta ihsan saudara mara, dia turut menjalankan
beberapa pekerjaan seperti membantu rakan menjual makanan kesihatan,
makanan segera dan juga buku sekolah tadika.
>
>“Namun sejak
pengsan beberapa kali bulan lalu ketika menghantar buku ke sekolah
tadika, saya tidak lagi bekerja. Saya cuba mendapatkan bantuan Baitulmal
sekali lagi namun mereka memberi pelbagai alasan, antaranya saya pernah
mendapat bantuan sebelum ini.
>
>“Saya mengaku memang pernah
dapat bantuan sebelum ini tetapi sekali saja. Kini saya sedang
memikirkan sama ada mahu menerima sekali lagi tawaran daripada pusat
ibadah itu atau tidak memandangkan mereka kerap telefon bertanyakan
khabar dan menawarkan apa saja bantuan yang diperlukan,” katanya.
>
>
>Senarai komen
>
>
>samsyakir
>jangan kita selalu menyalahkan sebelah pihak
sahaja marilah kita sama2 fikir di mana silapnya kita hingga terjadi
begini,ibarat pepatah melayu berkata kera di hutan di susukan anak di
rumah mati kelaparan marilah kita kupaskan kata-kata itu
>
>Gmiey
>Ini baru satu cerita kita dengar..bagaimana orang
lain pulak?mujur dia berani buat pendedahan.Bangun buka mata buat la
sesuatu jangan sampai jadi satu penafian jadi kenyataan....
>
>hayrul
>Wahai menteri kerajaan bangunlah dari dibuai
kekayaan 2,terutama sekali pemimpin islam.. Tengok sana!!! Org susah pun tidak
mau ambil tahu.. Kalau tidak boleh bekerja untuk rakyat,p la
letak jawatan..
>
>Jalur Gemilang II
>Byk kali Quran menyebut tentang zakat dan ianya
dilaksanakan secara ikhlas oleh umat Islam dan sebaiknya ia diagihkan
secara baik kepada yang memerlukan. Ayuh Baitulmal dan badan-badan Islam yang
lain, tunaikan pula tanggongjawab anda!!
>
>umangchye
>Jangan salah anggap kan bantuan orang
lain..sekiranya orang ikhlas membarikan bantuan ..apa salahnya kita
meneriam dengan ikhlas dengan hati yang terbuka..jgan dok pikir dari
mane sumber...nampak sangan benda nie nak dipolitikkan gamaknya...sebab
saye rasa pun semua agama menyokong prinsip..tolong orang yang
memerlukan tanpa mengira latarbelakang agama...adious!!!..amigos!..
>
>x-man
>Ke mana hilangnya mereka-meraka yang telah
diamanahkan untuk menjaga kebajikan orang-orang seperti ini..Jangan lah
asyik dok goyang kaki kat opis..kena bertindak segera sebelum mereka
hanyut dengan dunia lain..Turun padang dan cari mereka2 nie..Insyaallah
umat kita akan terpelihara..
>
>Man
>Tugas Baitulmal tu. Bila lari dari tanggungjawab
maka jawablah di akhirat. Kalau tak mampu buat tugas serah pada yang
mampu. Bagaimanapun tugas ini juga jatuh pada semua muslim. Kita kena
tegur pada mereka yang tak buat tugas ni. Jangan asyik berpolitik
jerrr..
>
>rahimah ismail
>sdih bl membaca berita ini.sepatutnya perkara ini
tak berlaku.pihak tertentu dan badan kebajikan sepatutnya prihatin pada
keluarga ini.jangan sampai terdesak perkara boleh terjadi dan boleh
terima bantuan dari sesiapa.padahal kerajaan ada peruntukkan kebajikan
mengapa masih berlaku seperti ini?
>
>CAPONE
>Baitumal di setiap negeri,daerah perlu lngkh
segera...tak perlu tggu org2 susah dtg dftr ke ape....perlu pasukan khas
mengesan rakyat2 muslim yg miskin ....lihat ada pihak talam dua muka
cuba ambil kesempatan...
>bg org2muslim yg susah segera juga ke pusat zakat/baitulmal utk dptkn bantuan.
>Pihak istana perlu lebih agresif ttg hal ini kerana ada pihak cuba
melanggar undang2 perlembagaan negara sebelum ia menular.Ini kerana
wujud usaha ingin memurtadkn org Islam khususnya org Melayu. Tindakan
mereka ini melanggar undang2 negara yg menetapkn setiap org melayu itu
agamanya adalah Islam. Contohi Saidina Abu Bakar As-Siddiq R.A menentang
hal2 murtad.
>Sudah tiba masanya,pihak istana dan pihak hal ehwal agama Islam
bertindak lebih agresif,efisien dan menyeluruh mengatasi perkara ini.
>MELAYU WAJIB KEKAL MUSLIM...MUSLIM TETAP IMAN.
>'Org murtad lebih hina dr seorg pembunuh,perompak dsb selagi dia tidak
>menduakn Allah.
>batara
>Dunia dah akhir zaman, semakin ramai orang islam
yang menuju ke arah murtad. Pihak kerajaan dan juga pihak-pihak
pembangkang terutama yang berteraskan Parti Islam seharusnya
bersama-sama mencari jalan untuk mengelakkan lebih ramai lagi umat islam
memilih untuk murtad. Disini lah sepatutnya peranan sebuah parti islam
memperjuangkan dan menolong golongan ini, jangan hanya tahu hendak
berceramah siang dan malam.
>
>kelly
>Untk makluman pihak media jangan jadikan ISU AGAMA utk mengucar kacirkan
>negara yng sdng maju di mata dunia ini,krn tak
pernah pun kita mendengar bahawa MALAYSIA sbagai ngara ISLAM DIRAJA
sprti BRUNEI DSLM..untuk smua pemimpin dmanakah satu masa dulu yng semua org
dimsia ini boleh BEBAS BERUGAMA,ini kah di katakan 1 MALAYSIA...
>
>Mat Zaki Baharom
>Orang Islam kena kemabali kepada Al-Quran dan Hadis.
>
>qisya mai
>buat pusat2 yg berkaitan yg sepatutnya membantu
golongan yg memerlukan..tanya diri anda ;; tepuk dada tanya minda ''..
mungkin ramai lagi di malaysia ini rakyat yg sangat memerlukan bantuan
sewajarnya tapi terlepas pandang oleh pihak2 tertentu.mungkin ramai yang di
ambil kesempatan di atas kesempitan yg di alami..pandang lah
kesusahan/kemiskinan rakyat sendiri..bantulah rakyat sendiri yg entah
byk lagi yg amat memerlukan.pandang dulu keperluan org sendiri sebelum
mendabik dada hulurkan bantuan berbilion2 kepada negara luar.
>
>Mentari siang
>Saya rasa simpati di atas penderitaan ini dan rasa dukacita diatas ketidak
>perihatinan pihak yang telah dipertangojawabkan untuk memberi bantuan setelah
>dimaklukan sepatutnya terus dibantu atau salurkan kepada agensi yang lain
>supaya bantuan terus diterima terutama sumbangan zakat orang ramai yang diberi
>mandat
>
>mariam said
>pihak berkuasa tolonglah lakukan sesuatu sebelum nasi menjadi bubur
>
>amir
>Kenapa Baitulmal tak hulurkan bantuan smpai dia
terpaksa terima bantuan dr gereja? takkan susah sagt nk tlg org ISLAM
sendri?? bhgn zakat plak? tak bntu ke? tiap2 tahun org byr zakat takkan
takleh bantu keluarga n saudara kita yg susah ni? zakat pnye pjabat
lawa,kereta mewah,tp ?
>
>Mentari siang
>Saya rasa simpati di atas penderitaan ini dan rasa dukacita diatas ketidak
>perihatinan pihak yang telah berta
>
>man
>kita tidak boleh salahkan orang lain,dimana badan2 kebajiakn islam,kita hanya
>bermain politik saja..kesusahan org lain
juga mesti diberi perhatian
>
>MOHD RIFAE BIN ISMAIL
>Terkilan sangat kerana isu seumpama ini melanda
umat Islam ketika kita gah dengan kehebatan baitulmal, institusi zakat
dan sebagainya. Tetapi hakikatnya, kita sekadar berbangga dengan kutipan
berjuta setahun namun.... umat Islam masih kekal sebagai kalangan
rakyat yang susah. Baitulmal dan zakat patut nilai semula fungsi dan
peranan. Uruslah amanah pemberi zakat dan penyumbang agar sampai kepada
ramai insan seperti ini diluar sana.
>
>yob
>kisah ini diharap menjadi teledan kepada semua
pihak terutamanya mereka yang bertanggungjawab mengurus zakat kerana
masih ada suara yang layak tidak mendapat hak mereka.ertikata lain pihak
mengurus harta zakat ini perlu mengkaji keutamaan pemberian zakat
terutama kepada asnaf miskin yakni miskin kerana berhutang di jalan
Allah kerana kehilangan kebergantungan pendapatan seperti kisah di atas.
>
>Yusof Mohamad
>Susahnya kehidupan ini.....cuma puan perlu
bersabar dan jgn lagi menerima bantuan itu.insyaalah selepas ini ada
insan yang akan membantu puan
>
>Hahs Lufias
>Salam.. Sebenarnya kejadian spt ini bkn kali
pertama. Di mana2 negara pun, tak mustahil t'jadi p'kara yg sama.
Setelah apa yg t'jadi, sbg muslim 1 agama, kite jgn menuding jari dan
menyalahkan mana2 pihak. Kita jgn keruhkan lg keadaan. Dan paling harus
dijauhi, kite b'gaduh sesama agama. Bg pihak BAITUMAL dan Jab Agama
Negeri sila b'tindak sewajarnya. Dan masyarakat teruskan sikap prihatin.
Hentikan menyalahkan dan telingkah sesama kita. Tidak patut kita
menuduh BAITUMAL m'curi zakat atau sbg nya. Kita m'bayar zakat, perlu
ikhlas. Dan b'hrap zakat itu di salur kpd fakir. Sekiranya b'laku
pnyelewengan, itu antara dia dgn tuhan.. B'satu padu tegakkan ISLAM.
Jgn kerana kita b'gaduh sesama sendiri, pihak lain tepuk tangan.. Sedar
dan bangkitlah kaum seagama ku.. BERSATU. Buka minda anda.. Kepada
Individu yg krg upaya, atau yg memerlukan bantuan, cuba sebaik mungkin
dan gunakan saluran betul utk dapatkn bantuan. Zaman Nabi Muhammad s.a.w dan
para sahabat lg hebat rintangan. Di dera dan di sula agar keluar dr agama
Islam. Kuatkan iman.. Tambahkan ilmu. Allahuakbar!!
>
>Jaslan Jemain
>Alhamdulilah Pn.Nur masih boleh berfikir dgn
waras.Saya berasa simpati dgn keadaan puan ini.Saya berharap ada pihak2
berwajib tampil membantu beliau.Kpd.pn tabah dan ingatkan Allah.Jangan
gadaikan segalanya kerana ujian ini.Setiap masalah tentunya ada
penyelesaiannya.Doa,doa dan terus berdoa agar puan terkeluar dpd
belenggu ini.Penyelesaian dgn cara menerima bantuan dpd pihak tersebut
memang mudah tapi takut2 akhirnya tergadai agama.Kesusahan di dunia
tidak semestinya susah di akhirat.Begitu sebaliknya.Saya doakan semoga
Pn.Nur terus dipelihara keimannya.Amin.........
>
>Solehah
>sungguh menyedihkan kenapa pihak yg sepatutnya
bertanggungjawab tidak menunaikan kewajibannya untuk membantu ibu
tersebut...siapa yg harus di persalahkan....akibatnya ada pihak lain
mengambil kesempatan dalam kesusahan wanita ini...wanita ini tidak harus
dipersalahkan kerana dia sebenarnya berada dlm situasi yg cukup
mendesak....dan tiada tempat bergantung...
>
>Sakit Hati
>Birokrasi pihak berkenaan ... Dosa terpalit pada semua. Kerja tu amanah. Kalau
>kerja sambil-lewa, ingat gaji tu halal?
>
>mawi wie
>kita terima sekiranya bantuan dari pihak tersebut
ikhlas dan berbentuk sumbangan ihsan iaitu tidak ada terselit
unsur-unsur yang membolehkan alasan bagi pihak mereka untuk masuk ke
dalam agama mereka..
>
>azuwan baharudin
>sedih n geram bile bace cerita2 macam ni...kalau
betul dia xterima apa2 dr baitulmal atau pusat bantuan zakat,diharapkan
agar lakukan sesuatu,berikan bantuan....pleasa..akidah manusia lain2..
>
>
>aloz
>pandanglah perkara ini dri sudut yg
positif.mungkin pihk Gereja hendak menolong secara ikhlas.dan jgn lah
terlalu membenci agama orang lain.let u survive with u own way.anyway
berada di atas pagar dalam perkara ini kerana kita x berhak sama sekali
menentukan siapa yang betul mahupun yg salah.trima kasih kwn2.
>
>ridzuan_erid
>maaflah sy bertanya, di mana fungdi Baitulmal
secara menyeluruh? daripada pihak baitulmal atau pjbt agama Islam
membiarkan kakitangan mereka terutamanya wanita tidak membuat kerja
secara praktikal, bergosip dan menambah dosa dengan tidak bekerja secara jujur,
baiklah kiranya mereka ke sana kemari mencari ibu tunggal yang
bermasalah macam ni. saya pernah berurusan di baitulmal beberapa kali.
memang jelas lagi bersuluh kakitangan baitulmal tidak rasional dan
praktikal! ini kesannya kalau kerja tidak berkualiti! pengurusan yang
tidak sistematik! Ingat! wanita tonggak keluarga. kalau dah wanita
bermasalah macam ini dituju, tak salah kalau baitulmal menggunakan cara
yang sama! Apa ni, institusi agama Islam sendri banyak kerenah. perlukah
dokumentasi disusuli dgn penyiasatan yang bersifat maya? yang mana
kakitangan sendiri tidak turun padang>? hanya berharap kepada pihak
penuntut menyediakan semua? menyedihkan! Maaf Baitulmal, anda salah satu sebab
kenapa sebenarnya perkara sebegini tak mungkin ujud sebenarnya.
Jangan salahkan Dana tak cukup tapi salahkan kebolehupayaan anda
menguruskan wang dengan tepat dan praktikal.
>
>Jamali Kadir
>Tak salah pihak gereja atau sesiapa saja menghulur bantuan. Tetapi mengapa
>perlu menukar agama atau berpaling akidah.
Allah memberi ujian sesuai dengan kemampuan umatnya. Belum cukupkah
panduan yang Allah turunkan? Firman Allah yang bermaksud "Apakah
aku(ALLAH) akan memasukkan kamu ke dalam syurga sebelum aku (ALLAH)
menguji kamu dengan kesenangan dan kesusahan"
>
>Uda hero
>Apa dh jadi dgn Baitulmal ni.knp terlalu byk sgt
protokol.Dimana amanah korang semua??Amanah korang dgn org2 muslim
apatah lagi dgn amanah Allah.Dimana tggjwb baitulmal yg perihatin
tu???Jgn cakap pandai aje.Tak boleh pimpin turun dari jawatan
tu.Celakalah kamu wahai org2 yg munafik.
>
>insan prihatin
>sepatutnye pusat zakat ambil berat pasal bnde
ni....zakit kutip berjuta-juta...tapi rmai org islam yg miskin..jgn le
org2 di pusat zakat hanya megah dgn pejabat yg cantik2....dgn wang
zakat2 yg bnyk...spatutnye org islam yg miskin sentiasa terbela....jgn
le amir pengutip zakat je yg ambik duit zakat...asnaf len pn kne dpat
gk....~~
>
>maxy
>karenah birokrasi oleh org islam sendiri yg menyebabkan suadara2 mereka
>sentiasa di dlm kesusahan.....
>
>Buluh Perindu
>'di telan pahit di buang sayang...."Berat mata memandang,berat lagi bahu yg
>memikul,....'
>
>suhairi
>Ada mesej yang jelas kpd sejauh mana Baitulmal berfungsi kepada kemaslahatan
>umat islam yang memerlukan bantuan.
>
>wahid alwie
>mana pergi baitulmal n pusat zakat? bantu lah ibu tunggal nih.. kata ada zakat
>berjuta.. nakn glamor jer lebih..
>
>
>wakatau fc
>Mmg benar pun..sy sendiri pernah nmpk pegawai mais memaki hamun org2 islam kt
>semasa meminta bantuan.sedarlah,kamu hanye
bekerja..duit di baitulmal bkn main byk lagi..bkn duit awk pun yg
diminta.duit baitulmal yg diminta..fungsi baitulmal amat tidak
difahami,kalu xnak bantu,xperlu wujudkan baitulmal..biar masjid jadi
baitulmal,menggantikan baitulmal..so awk yg bekerja dibaitulmal pun xde
keje..then masa tu baru tau langit tinggi ke rendah..
>
>gio
>apa salahnya tolong menolong..perbezaan agama
sepatutnya tak menjadi penghalang untuk membantu orang yg memerlukan..
bukannya kena suruh masuk agama dorang...
>
>esma
>Wahai orang Baitulmal N. sembilan jangan nak
duduk terbelek-belek dokek korusi ompok tuuu...bangun doreh. Heboh nak
jago prosedur kojo dan ISO yoo... hari hari. Sampai umat Islam yang
susah jadi mangso...
>
>Othman
>Namapaknya bantuan yg diberikan oleh pihak gereja
tersebut mempunyai agenda yg tersendiri.Puan Nur,perlulah berhati-hati
agar aqidah anda tidak terpesong.....kepada pihak BaitulMal..jgnlah
berdolak-dalik dlm soal memberikan bantuan kpd mereka yg benar2
memerlukan...jgn sampai disebabkan masalah kemiskinan aqidah umat Islam
tergadai....menjadi tanggungjawab besar pihak Baitulmal utk mengatasi
masalah ini....
>
>
>suffian
>Kes seperti ini seharusnya membuka mata &
mendapat perhatian yg serius terumanya kepada pihak yg bertanggungjawab
spt pihak Baitulmal. Jgn sampai saudara seIslam kita sendiri termakan
pujuk oleh mereka yg cuba utk mengambil kesempatan.
>
>Sham
>Pihak berwajib khususnya Baitulmal perlu peka dan ikhlas dalam melaksanakan
>amanah terhadap mereka-mereka yang memerlukan
>
>Hj Zaki
>Saya tidak mahu membahaskan tindakan licik untuk
memurtadkan umat Islam, tetapi mahukan pembahagian hasnaf oleh Baitulmal dikaji
semula, iaitu kurangkan membina bangunan tetapi lebih memberi
sumber/bantuan kepada mereka yang memerlukan. Sudah tiba masanya kadar
pemberian bantuan itu dinaikkan mengikut peningkatan kadar inflasi dan
sara hidup semasa. Tambahan lagi, para pegawai Baitulmal lebih peka
kepada para ibu tunggal, mualaf, fakir dan sebagainya kerana mereka ini
lebih mudah terpedaya dengan bantuan kewangan dari golongan yang cuba
memurtadkan mereka.
>
>IZZUDDIN ALI
>Kita ada Baitulmal, Pusat Zakat Negeri, YADIM,
YAPEIM, dan entah apa lagi nama yayasan di bawah NGO, tetapi karenah
birokrasi menyukarkan bantuan disalurkan kepada golongan yang
memerlukan. Ketika itulah missionary menggerakkan jentera mereka.
>
>--
>Amir JAmal
>Sunway Kuala Lumpur
>
===============================================================
----- Forwarded Message -----
From: Khauthar Salim <[email protected]>
Subject: RAMADHAN Tiba, Peluang Amal Jariah
(Setelah anda membaca maklumat ini, harap dapat sebar-sebarkan kepada kenalan
anda agar mereka juga dapat beramal jariah seperti anda, terima kasih)
السلام عليكم
LAMAN ASNAF PERMATA HATIKU (LIMPAH)adalah pusat kebajikan dan penempatan yang
menaungi golongan yang layak menerima zakat (asnaf), fakir-miskin, anak-anak
yatim, ibu tunggal, orang kurang upaya (OKU) dan warga emas.
LIMPAHmemulakan operasinya pada Disember 2005 dengan menyewa sebuah rumah di
Bukit Beruntung, Rawang, Selangor dengan menempatkan 10 orang kanak-kanak pada
waktu itu dari sekitar Selangor.
Berkat kesungguhan dalam memperjuangkan nasib golongan asnaf ini, LIMPAHkini
sedang menanggung 70 orang pelajar yang tergolong dalam kategori ini. Mereka di
tempatkan beberapa buah bangunan yang digunakan sebagai asrama dan sekolah.
Anak-anak ini dididik dan diajar agar menjadi insan yang kenal diri dan
Penciptanya, berperibadi mulia serta mampu memajukan diri, dan akhirnya akan
memberi manafaat kepada orang lain di suatu masa nanti.
Untuk melengkapkan sistem tarbiah, bermula Mei 2009, LIMPAHtelah diamanahkan
untuk mengambil alih Sekolah Maahad Tahfiz Aiqan bertempat di Bandar Baru
Nilai, Negeri Sembilan yang menampung pelajar seramai 55 orang yang terdiri
daripada golongan miskin dan anak yatim.
Oleh itu, dengan tanggungan yang bertambah dan kapasiti yang terhad,
LIMPAHsangat mengalu-alukan sumbangan yang berterusan dari orang ramai untuk
menjayakan hasrat ini. Sumbangan-sumbangan berbentuk barangan keperluan rumah
dan sekolah, pakaian, makanan dan wang akan terus dimanafaatkan oleh golongan
yang layak menerima ini tanpa melalui kerenah birokrasi yang menyulitkan.
Sabda Rasulullah SAW: “Hendaklah setiap dari kamu memelihara wajahnya dari api
Neraka walaupun dengan (bersedeqah) dengan sebiji kurma”.
Marilah kita membela orang lain, mudah-mudahan Tuhan akan membela diri kita.
BENTUK-BENTUK SUMBANGAN YANG BOLEH DIHULURKAN:
1) Wang tunai: dengan masukkan terus ke akaun Maybank Berhad atas nama;
LAMAN ASNAF PERMATA HATIKU (no akaun MBB: 5120-1701-4255)
2) Zakat: zakat wang simpanan/zakat harta/zakat perniagaan/zakat emas dan
sebagainya.
3) Bayaran Fidyah: mengganti bagi mereka yang tidak berupaya mengqadha’
puasa Ramadhan kerana uzur syar’ie.
4) Menaja bahan-bahan mentah untuk makanan (basah atau kering). (RM3,000
sebulan)
5) Menaja barang-barang keperluan dapur, bilik mandi, sekolah dan
sebagainya.
6) Menaja peralatan rumah dan dapur.
7) Menaja peralatan pejabat baru/terpakai.
8) Menaja anak angkat: Melalui tajaan kos perbelanjaan anak-anak yang
dipilih menjadi anak angkat (RM300 seorang/sebulan).
9) Menaja sewa premis pejabat dan asrama. (RM5,000 sebulan)
10) Menaja pembayaran bil utiliti (TNB, Syabas, Indah Water dan Telekom).
(RM1,500 sebulan)
11) Kenderaan: van atau kereta untuk pengangkutan ke sekolah, mengambil dan
menghantar barang-barang bantuan. (Pengangkutan RM2,500 sebulan)
LIMPAHsangat mengalu-alukan sumbangan dari tuan/puan, badan-badan korporat,
agensi-agensi kerajaan, NGO dan sebagainya demi memastikan segala keperluan
mereka ini sentiasa terbela.
Semoga sumbangan ikhlas tuan/puan akan mengeratkan lagi ukhuwah serta
menyuburkan rasa kasih-sayang di kalangan kita dan mendapat nilaian di sisi
Allah, agar mendapat keredhaanNya untuk keselamatan di dunia dan di akhirat.
Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi;
LAMAN ASNAF PERMATA HATIKU
No. 9954, Jln BBN 1/3G, Putra Point Fasa 2A, Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan
Darul Khusus
E-mail: [email protected]
Setiap sumbangan melebihi RM500 boleh diberi resit pengecualian cukai
pendapatan atas permintaan. Ruj : LHDN 01/35/42/51/179-6.5132
Cikgu Mustaffa Kamil b Ahmad (018-2183001)
Ustazah Normala bt Muhammed (013-2931490)
===============================================================
From: Anna Annisa <[email protected]>
Assalamualaikum
wrt. wbt.
Dato’/datin/Tuan/puan,
PER:
PERSIAPAN AWAL UNTUK KEPERLUAN RAMDAHAN & SHAWAL 1433 HIJRAH.
PERTUBUHAN
KEBAJIKAN BAITUL KASIH WILAYAH PERSEKUATUAN & SELANGOR (BAITUL KASIH) akan
memulakan usaha-usaha amal yang berkaiatan dengan persiapan Ramadhan dan Shawal
lebih awal pada tahun ini. Hal ini ialah kerana, hasil dari pengalaman pihak
kami, sekiranya usaha ini tidak dirancang awal dan tersusun, ianya akan
menimbulkan berbagai-bagai masalah baik kepada pihak penganjur / penyumbang,
lebih-lebih lagi kepada anak-anak penghuni rumah-rumah amal itu sendiri.
Layari
Lamanweb kempen ini di: http://baitulkasih.org.my/ramadhan.htm
Bagi
jiwa-jiwa yang sentiasa mengintai peluang untuk membuat infaq atau sedekah
bolehlah bersama-sama memberi sokongan dan bantuan kepada usaha ini dalam
berbagai-cara:
(a) Memperpanjangkan mesej ini kepada badan-badan
koporat dan individu
(b) Menaja majlis berbuka pusa dan sahur.
(c) Menghulurkan bantuan untuk keperluan Hari Raya
samada dalam bentuk barangan atau kewangan.
KEMUDAHAN
MENYUMBANG
(a) Bagi
penyumbang yang ingin menghulurkan sumbangan dalam bentuk cek dan mahu pihak
kami sendiri mengambilnya, cek tersebut hendaklah dibuat atas nama PK
BAITUL KASIH: MAYBANK: 5621-8812-8345
(b) Sumbangan tunai melalui mesin ATM atau
system perbankan online terus ke akaun Rumah Kasih Harmoni seperti berikut:
MAYBANK: 5121-
8313- 4032
(c) Sila emailkan maklumat sumbangan anda kepada: [email protected] atau
maklumkan terus sumbangan anda samada menalifon terus atau mengirim system
pesanan ringkas (SMS) kepada mana-mana wakil kami yang dinyatakan dibawah.
Sebarang
pertanyaan sila hubungi wakil-wakil kami seperti berikut:
(a) Pengerusi BAITUL KASIH
-
Ustaz Zahari bin Alwi: 013-3303430
(b) Pengurus Rumah Kasih Harmoni - Ustazah Noreha Sarip:
013-9559985
Sekian,
terima kasih. Wassalam.
Yang
berusaha
Rohana Ali
Penasihat
Rumah Kasih Harmoni
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PERHATIAN!!!
Sekiranya tuan/puan
tidak berasa selesa dengan kehadiran email dari pihak kami, silalah nyatakan
demikian melalui email ke: [email protected].
ATAU sekiranya
tuan/puan kerap dan berulang-ulang kali menerima emil yang sama dari pihak kami
mohon juga dimaklumkan agar dapat kami menyelaraskan dan menyusun kembali
pengkalan data email kami.
RUMAH-RUMAH AMAL DIBAWAH
NAUNGAN BAITUL KASIH:
(A)
RUMAH KASIH HARMONI - RKH
No. 1,
Jalan 13/3, Bandar County Homes, 48000 Rawang, Selangor D.E.
PENGURUS:
Usth. Noreha bt . Mohd. Sarib:
HP:
019-3133430 / 013-9559985
(B)
BAITUL HANANI
No. 89,
Jalan AU 2A, Taman Seri Keramat, 54200 Kuala Lumpur.
PENGURUS:
Ustaz Hamdan bin Harun
HP:
012-6715112
PERTUBUHAN
KEBAJIKAN BAITUL KASIH WILAYAH PERSEKUATUAN & SELANGOR (BAITUL KASIH)
No.27,
Jalan AU 2A/13, Taman Seri Keramat, 54200 Kuala Lumpur.
Tel:
03-42567224 Fax: 603-42527527 | Email: [email protected]
Mobile:
HP: 0133303430| BBM Pin: 26879FE2
===============================================================
[Non-text portions of this message have been removed]
------------------------------------
Post message: [email protected]
Subscribe : [email protected]
Unsubscribe : [email protected]
List owner : [email protected]
Homepage : http://proletar.8m.com/Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/proletar/
<*> Your email settings:
Individual Email | Traditional
<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/proletar/join
(Yahoo! ID required)
<*> To change settings via email:
[email protected]
[email protected]
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[email protected]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/