http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0827&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_04.htm

Sampoerna dibidas terbitkan iklan 'Lebih baik mati daripada hidup tanpa rokok'

BANGKOK 26 Ogos - Kumpulan Antitembakau Asia Tenggara hari ini mengkritik 
kempen pengiklanan syarikat Sampoerna Indonesia yang dilancarkan pada awal 
bulan Ramadan yang bertemakan "Lebih baik mati daripada hidup tanpa rokok".

Iklan di papan besar di Jakarta itu memaparkan slogan 'Kematian lebih baik 
daripada meninggalkan kawan; Sampoerna adalah kawan setia' dengan gambar 
menunjukkan seorang lelaki mengejar teman wanitanya yang berdiri di pintu bas 
awam.

Menurut Presiden Perikatan Tembakau Asia Tenggara (SEATCA), Bungon 
Ritthiphakdee, tidak munasabah untuk menggelar produk yang berbahaya kepada 
kesihatan dan boleh membunuh sebagai seorang kawan.

"Ia merupakan satu perbuatan keji untuk menghasut orang ramai merokok dengan 
cara ini,

"Nampaknya, PT Sampoerna mempunyai idea-idea pelik mengenai bagaimana bulan 
Ramadan harus disambut oleh rakyat iaitu dengan membeli rokok. Ini satu 
penghinaan kepada penganut Islam di Indonesia," katanya.

Papan iklan besar itu dipasang ketika bulan Ramadan apabila penganut Islam 
berpuasa dan mengelak daripada merokok dari subuh ke senja.

Ritthiphakdee berkata, Indonesia adalah satu-satunya negara yang masih belum 
mengharamkan penyiaran iklan tembakau.

''Jika kerajaan terus membenarkan penyiaran iklan itu, syarikat-syarikat 
tembakau akan terus mengambil tindakan tidak bertanggungjawab seumpama itu,'' 
ujarnya. 

PT Sampoerna, yang sebahagiannya dimiliki oleh Philip Morris International, 
iaitu syarikat tembakau Indonesia yang terbesar. - dpa


[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------------------

Post message: [email protected]
Subscribe   :  [email protected]
Unsubscribe :  [email protected]
List owner  :  [email protected]
Homepage    :  http://proletar.8m.com/Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke