Salam Dari Abdullah bin Umar dia berkata, "Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menghadapkan wajah ke kami dan bersabda: "Wahai golongan Muhajirin, lima perkara apabila kalian mendapat cobaan dengannya, dan aku berlindung kepada Allah semoga kalian tidak mengalaminya; (1)Tidaklah kekejian menyebar di suatu kaum, kemudian mereka melakukannya dengan terang-terangan kecuali akan tersebar di tengah mereka penyakit Tha'un dan kelaparan yang belum pernah terjadi terhadap para pendahulu mereka. (2)Tidaklah mereka mengurangi timbangan dan takaran kecuali mereka akan disiksa dengan kemarau berkepanjangan dan penguasa yang zhalim. (3)Tidaklah mereka enggan membayar zakat harta-harta mereka kecuali langit akan berhenti meneteskan air untuk mereka, kalau bukan karena hewan-hewan ternak niscaya mereka tidak akan beri hujan. (4)Tidaklah mereka melanggar janji Allah dan Rasul-Nya kecuali Allah akan kuasakan atas mereka musuh dari luar mereka dan menguasainya. (5)Tidaklah pemimpin-pemimpin mereka ENGGAN menjalankan hukum-hukum Allah dan tidak menganggap lebih baik apa yang diturunkan Allah, kecuali Allah akan menjadikan rasa takut di antara mereka." (HR Ibnu Majah 4009) http://www.eramuslim.com/suara-langit/penetrasi-ideologi/waspadai-lima-bala-di-tengah-masyarakat.htm WAllahua3lam Wassalam Hizamri ( http://groups.yahoo.com/group/hizamri_list/ ) ================================================================================================== From: Batapihanand <[email protected]> Frankly speaking, I am speechless ketika mahu menulis entry ini. Tak tahu mana nak mula. Tak tahu juga bagaimana mahu memulakan entry ini. Perlukah saya hurai panjang lebar, atau perlukah saya buatkan entry ini hanya pendek dan terus kepada maksud sebenar? Ermmm….*paused* Masih teringat kali pertama Adam dilahirkan. Saya sebagai seorang ibu, naluri ibu sangat menebal, nak cium, nak usap kepala dan nak peluk Adam setiap masa. Hanya mahu duduk bersama Adam, susukan dia dan merasai setiap detik-detik penuh nikmat. Hari ini saya melayari blog. Membaca blog adalah rutin saya setiap hari. Cuma masanya mungkin berbeza mengikut mood. Tapi hari ni, terjumpa 1 blog, baca dan terus jatuh rasa terlalu simpati, dan terlalu insaf. Ingat 5 perkara, sebelum 5 perkara. Itu perkara pertama terlintas difikiran saya bila membaca setiap entry yg ada di dalam blog ini. Blog ini adalah kepunyaan Moon, seorang kakak ipar kepada gadis cantik bernama Norma. Norma and Talib on their wedding day Namanya Norma, orangnya cantik, bertudung, manis sekali. Melihat keceriannya pada hari perkahwinan lebih setahun yang lalu buat saya tersenyum seorang diri. Namun, takdir Allah mengatasi batasan fikiran manusia. Mengatasi keinginan dan jangkauan akal. Rezeki dan khabar gembira dari Dia untuk Norma adalah zuriat yang hidup dalam rahim wanita ini. Kebanyakkan anda mesti pernah lalui perkara ini. Pertama kali mengetahui didalam kita ada seorang lagi insan sangat istimewa! Norma juga begitu. Naluri keibuannya mesti sama atau lebih dari saya. ini adalah Rafiq..permata hati Norma & Talib Namun begitu, dugaan Allah datang kepada mereka yang mampu menanggungnya. Dan kali ini, adalah giliran seorang ibu muda seperti Norma menerima takdir yg tersurat. Kebahagian Norma mendapat zuriat pertama, Rafiq, disusuli dgn berita bahawa dia menghidap Brain Cancer Stage 4. (T_____T) *terus aku menangis lah kan * Norma at hospital. Jauh beza dengan waktu dia sihat :( I just can't hold my tears anymore. Ya Allah, dugaan yg Kau bagi padanya betul-betul menginsafkan diriku. Norma masih didalam pantang ketika itu tak dapat berjumpa Rafiq. Memeluk Rafiq dan tidur bersama Rafiq seperti mana kita, ibu-ibu yg normal boleh lakukan. Lebih meruntun hati saya, apabila Norma tidak dapat menyusukan Rafiq kerana penyakitnya. Sedih. Dia telah di bedah sebanyak 5 kali since mac 2011..sekarang baru Jun,2011. 5 kali dalam masa 3 bulan adalah banyak. Norma juga perlu diberi suntikan atau ubat *kurang pasti* berharga RM10,000.00 / suntikan. Sayu hati saya bila melihat Rafiq. Umur Rafiq sebaya permata hati saya, Adam. Sedangkan sehari tak jumpa Adam boleh buat saya resah dan tak tentu hala. Tak peluk Adam masa dia tidur boleh buat saya tak tidur lena. Bagaimana pula bayi sekecil Rafiq melalui hari-harinya, malam-malamnya tanpa seorang ibu (T___________T). Bagaimana kalau dia menangis? Lapar? Mahu dipeluk? Mahu diusap? Mahu di agah? Kisah Norma betul-betul menginsafkan saya. Terus terfikir sejenak, andai saya diberi dugaan hebat begini, apakah yg akan terjadi? Ermm…ingat 5 perkara sebelum 5 perkara..masa SIHAT SEBELUM SAKIT... Rafiq with his mother...ohh~ (T__T) Terus meleleh-leleh airmata tgk gambar ni. Selaku blogger, saya bukan kaya raya, harta juga tidak banyak. Namun, saya ada tanggungjawab sosial yg perlu saya tunaikan atas dasar kemanusiaan. Secara serius, saya tidak menagih simpati anda untuk menyumbangkan sesuatu. Tetapi, saya amat-amat berterima kasih jika entry saya kali ini dapat membantu Norma sekeluarga walaupun hanya dengan RM10. Sesiapa yang ingin menyumbang, boleh ambil details dibawah. cimb 01070068677528 Noormawati Mohd Rasif Ya Allah, Engkau maha mengetahui. Berikan keluarga ini kekuatan. Berikan ibu ini ketabahan hati untuk melawan dugaanMu. Dan berikan keajaibanMU semoga anak kecil itu kembali tidur lena disisi ibunya. Amin. Rafiq, aunty pun tak tahu one day Rafiq akan bace entry ini atau tak Rafiq pun tak kenal aunty, dan aunty sendiri tak kenal mama dan papa Rafiq. But, one day when you grow up, u must be a strong person just like your parents. Mesti! Sebab mama dan papa sangat kuat sekarang demi Rafiq (T_____T) a very strong husband...to a strong wife Semoga Norma dan Talib sekeluarga tabah mengharungi hari-hari mendatang. Entry mengenai Norma boleh dibaca di blog kakak iparnya Moon. Sila lah panjang-panjang kan diFB, tweeter, blog or mana-mana jika anda mahu. Thanks for reading. ============================================================================================== ‘Tak boleh tunggu’ Oleh Nurul Nafisah Mazlan [email protected] KUALA LUMPUR: “Anak saya mesti dibedah segera dan tak boleh tunggu lama lagi sebab kuman merebak cepat,” kata Johari Idris, 33, bapa bayi yang menghidap pelbagai komplikasi jantung. Muaz Muzzamil Johari, 20 hari, antara dua bayi bermasalah jantung yang menjalani pembedahan pada Sabtu ini dan November depan selepas mendapat bantuan kewangan daripada Tabung Kebajikan The New Straits Press (M) Berhad (NSTP). Johari berkata, anaknya itu menghidap empat penyakit serentak iaitu jantung berlubang, saluran arteri terbalik, sempit dan bocor. “Semasa anak saya lahir tiada tanda Muaz sakit sehingga pada hari keempat selepas ujian sampel darah doktor mengenal pasti bayi saya menghidap penyakit berkenaan. “Kami menunggu tiga tahun untuk mendapat anak, baru kini dikurniakan zuriat tetapi tidak sangka pula ini nasib yang diterima tetapi kami reda,” katanya ketika ditemui di Gleneagles Hospital Kuala Lumpur, di sini, semalam. Sementara itu, Lim May Ling, 19 bulan, yang sudah dua kali menjalani pembedahan saluran pernafasan dan pemakanan pada Oktober tahun lalu bakal menjalani pembedahan ketiga, bulan depan kerana saluran injap jantungnya bocor. Ibunya, Chen Shieh Tyng, 29, berkata, May yang hanya seberat tujuh kilogram cergas dan aktif sehingga jika dilihat dengan mata kasar, dia langsung tidak menunjukkan ciri sakit. Kedua-dua bayi berkenaan bakal menjalani pembedahan di hospital sama dengan kos rawatan masing-masing RM60,000 dan RM34,000. Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghantar cek atau wang pos kepada The New Straits Times Press (M) Bhd, Bahagian Kewangan/Tabung Kebajikan NSTP, Balai Berita, 31 Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur dengan menulis nama pesakit berkenaan di belakang cek itu. ============================================================================================== ---- Original Message ----- From: ::-eSpAcE 9808-:: Pelajar hilang sejak 13 Sept lalu gagal dikesan TKO Dilulus untuk paparan oleh BudakJalanan KUALA LUMPUR, Seorang pelajar, Muhamad Akram Sujut, 16, hilang dan tidak dapat dikesan sejak 13 September lalu apabila beliau didapati masih belum pulang ke asrama sekolahnya di Pondok Beta Hilir di Kota Bharu, Kelantan hingga hari ini. Sehubungan itu, orang ramai diminta berkerjasama mengesaninya serta melaporkan kepada keluarganya dengan segera jika menemuinya di sebarang tempat bagi menyelamatkan beliau dari segala kejadian tidak diingini. Ayahnya, Sujut Esmon, 45, yang tinggal di B8-10-8, Flat Desa Mentari, Petaling Jaya, Selangor amat mengharapkan kerjasama orang ramai untuk mengesani anaknya bagi menyelamatkan Muhamad Akram dan membolehkan beliau menjalani kehidupan seperti biasa. Menurut Sujut, kehilangan Muhamad Akram amat menyedihkan beliau dan seluruh keluarganya serta penuh tanda tanya, setelah beliau menghantarnya ke Stesyen Bas Hentian Putra, di sini, pada jam 10.00 malam 12 September lalu untuk pulang ke asrama sekolahnya. Katanya, pada sekitar jam 8.15 pagi 13 September lalu, Muhamad Akram ada menelefon beliau melalui telefon bernombor 09-7434447 dan memberitahu kepadanya bahawa beliau telah sampai di Stesyen Bas Kota Bharu. "Melalui perbualan menerusi telefon itu, dia juga meminta nombor telefon ustaznya yang bernama Nazri daripada saya," katanya ketika berkunjung ke pejabat Harakahdaily, di sini, hari ini. Pada petang hari yang sama, menurut beliau, beliau telah menerima panggilan telefon daripada kawan anaknya yang tidak beliau pastikan namanya melalui telefon bernombor 014-8092693 yang memberitahu anaknya masih tidak sampai di Pondok Beta Hilir. Katanya, sehingga ke hari ini, anaknya masih juga tidak sampai ke Pondok Beta Hilir dan gagal dikesani, walaupun berbagai usaha telah dilakukan oleh beliau, keluarganya, saudara maranya dan rakan-rakannya untuk mencari dan mengesani anaknya. Dalam usaha mencari Muhamad Akram, beliau telah mendapatkan kerjasama daripada pihak polis dengan membuat laporan kehilangan anaknya di Balai Polis Kota Bharu, Kelantan pada 15 September lalu. Beliau yang berkerja sebagai peniaga menjelaskan, usaha mencari anaknya telah dilakukan di Kelantan termasuk di Tanah Merah dan Machang, dengan kerjasama saudara mara dan sahabat handai beliau dan isterinya yang berasal dari Machang. Selain itu, berita mengenai kehilangan anaknya telah disiarkan di TV3 pada pagi semalam, setelah beliau berkunjung ke stesyen TV3 untuk memaklumkan kejadian itu. "Tetapi sehingga sekarang, anak saya masih juga tidak ditemui. Inilah yang merisaukan kami sekeluarga. Saya amat mengharapkan kerjasama orang ramai untuk mengesani dan mencari anak saya itu," katanya. Anak beliau, jelasnya, mempunyai ketinggian lebih kurang 5 kaki 6 inci, berkulit putih, berbadan sederhana. Semasa keluar dari rumah, Muhamad Akram berpakaian T shirt putih berline hijau dan berseluar jeans hitam. Kepada orang ramai yang menemuinya diharap menghubungi Sujut di talian 019-3389960 atau 013-3134223. ============================================================================================== rom:Maznan, Idayu [mailto:[email protected]] Sent: 23 September 2011 14:58 Subject: Bantulah Anak2 Ini Demi Sesuap Nasi..Minta tolong sebarkan To all Please refer to person below before transfer anything into the bank account to avoid some mistake Regards SESUAP MAKANAN, SEJAMBAK HARAPAN by Help KAFA Integrasi Al-Insaniah on Friday, September 9, 2011 at 7:08pm Ini Izam. Sebabnya saya tak letak nama penuh dan terpaksa memozekkan wajahnya adalah kerana janji saya pada bapanya (kejap lagi saya terangkan). Umurnya 10 tahun. Beberapa bulan lalu, dia ditangkap bersama-sama abangnya yg berumur 12 tahun dan sEorang lagi kawan -mencuri meja sekolah. Meja tu bahagian tepinya diperkukuhkan dgn besi. Bahagian besi tulah yg dijual kepada pembeli besi buruk utk RM3. Kenapa? Sebab nak beli beras. “Kami lapar sgt,” kata mereka. “Saya tak sampai hati nak hukum diorang bila dpt tangkap,” kata Ustazah Norazainah. Beliau telah mengajar di KAFA Integrasi Al-Insaniah sejak 2004. Malahan dia dan seorang guru lain yang bertanggungjawab menubuhkan sekolah itu di tgh2 kawasan PPRT (Projek Perumahan Rakyat Termiskin) Lembah Subang. “Sekolah kami ni mmg selalu kena pecah masuk, barang2 dirosakkan dan dicuri. Mmg frust betul sbb kami kumpul duit utk kemudahan sekolah ni dgn titik peluh sendiri. Bila dpt tahu yg pelajar kami sendiri yg mencuri, mmg sedih. Bila tahu kenapa, Tuhan sajalah yg tahu perasaan ni.” Dari nak dihukum akhirnya ditolong. Ustazah Zainah meminta Izam dan abangnya membawa beliau ke rumah mereka. Runtun hatinya melihat keadaan tempat tinggal mereka. Izam punyai lima adik beradik. Mereka tinggal di sebuah unit flat yg keadaannya amat daif bersama2 bapa mereka, yg tiada di rumah ketika lawatan itu. Si bapa sibuk mencari rezeki di tepian Jalan Masjid India, menjual alat permainan. Ibu mereka masih hidup, namun telah lama meninggalkan mereka. Tak sanggup menanggung keadaan hidup sedemikian, begitulah yg diceritakan kepada Ustazah Zainah. Ketika beliau masuk, ternampak adik-beradik yg lain sedang duduk di atas lantai, sambil menjamah nasi kosong di dalam talam. Yg bongsu umurnya empat tahun. Badannya kelihatan lesu, lagaknya pasif, menurut Ustazah Zainah. Mungkin kerana terlalu lapar, mungkin kerana kurang nutrisi, mungkin kerana penyakit yg tidak kita ketahui. Guru Besar sekolah, Ustazah Hawa, menceritakan pada saya tentang usaha mereka meminta kebenaran si bapa untuk menjaga dan membela nasib yg bongsu dan si kakak yang umurnya belasan tahun, namun tidak diizinkan. Mereka mati akal, tak tau mcm mana nak sampaikan pertolongan. Izam dan abangnya tiada surat beranak. Jadi, tak dapat pergi sekolah kebangsaan. Kakaknya yang berusia 13 tahun dpt ke sekolah menengah, namun terpaksa juga menjaga yg bongsu ketika bapanya tiada di rumah. Tapi selalunya, Izam yg menjaga adik-adiknya ketika yang lain ke sekolah dan bapanya bekerja. Pertama kali kami bertemu, Izam senyap dan sugul. Baju sekolahnya comot dan berdaki. Katanya dia memakai baju yg sama setiap hari. Baju itu dibasuh di hujung minggu. Kami bersembang. Katanya, matapelajaran kegemarannya Jawi. Saya minta dia tuliskan namanya di atas sekeping kertas. Dia dapat menulis (dalam tulisan Rumi). Ini sebenarnya mengkagumkan kerana dia tak pernah ke sekolah. Saya tanya apa yang dimakannya ketika sarapan pagi tadi. Tak makan, jawabnya. Sebelum ke KAFA? Tak makan. Saya terdiam, sambil memandang pinggan berisi goreng pisang di hadapan kami. “Jadi.. ni baru Izam nak makan?” Dia mengangguk. Kata Izam, kadang-kadang dia tak lapar, sbb dah biasa. Ya Allah. Saya tak dpt bayangkan apa yg dilalui anak ini setiap hari. Saya tanya, Izam nak ke sekolah? Sekolah yg saya maksudkan ialah sekolah kebangsaan. Wajah Izam serta-merta berubah. Ceria. Tersenyum. Senyuman yg penuh harapan. Ustazah Zainah bertanyakan saya sama ada nak melawat rumah Izam. Saya setuju. Sesampainya di sana, kami dapati bapanya tiada di rumah. Beliau di surau, menunaikan solat Asar berjemaah. Namun anak perempuannya telah diarah agar tidak membenarkan sesiapa masuk ke rumah, melainkan keluarga. Tapi, kalau saya nak masuk pun, mmg takda masalah. Tombol pintunya hilang. Yang ada hanyalah sehelai kain buruk yg digunakan utk menutup lubang tombol dan menyelak pintu. Kami menghormati permintaan si bapa dan menunggu di luar. Bila beliau tiba, dia meminta maaf kerana tidak dpt membenarkan kami masuk. “Saya buat begini bukanlah sebab saya sombong, tapi Cik kan dah tahu keadaan rumah saya, sgt daif. Saya malu nak bagi masuk. Bimbang boleh dijadikan fitnah,” katanya. Beliau kurang selesa dgn kehadiran saya. Katanya sungguh pun mereka hidup dalam kemiskinan tegar, mereka bukannya pengemis. Beliau tak mahu media dtg ke rumah, merakamkan kedaifan hidup mereka dengan kamera video, menceritakan pada org ramai tentang kesedihan mereka. Beliau jengkel dengan mereka yang meratapi nasib di dalam TV, dengan air mata bercucuran, ditatap umum. Saya berjanji tidak akan mengambil gambarnya dan tempat tinggalnya, atau mendedahkan identitinya di media. Namun saya tetap akan menceritakan kisah mereka, cuma bukan dgn cara yg tidak dikehendakinya. Saya di situ bukannya atas dasar mencari berita, tapi atas dasar kemanusiaan, kerana saya juga seorang ibu, punyai naluri kasih sayang pada anak2. Saya dan Ustazah Zainah berusaha memujuknya membenarkan sekolah itu menjaga si bongsu dan anak perempuannya di siang hari, agar beliau mudah mencari rezeki atau mencari punca pendapatan yg lebih baik. Namun beliau kurang yakin dgn cadangan kami. Katanya, kalau dia ke kerja awal pagi, siapa yg akan menyiapkan anak2? Memasak utk mereka? Cadangan Ustazah Zainah itu sebenarnya amatlah praktikal. Si bongsu akan dimasukkan ke program taska mereka pada waktu pagi, dan Ustazah sendiri akan menjaganya di sekolah selepas habis taska, sehinggalah si kakak atau bapa balik. Namun cadangan itu tetap ditolak. Si bapa seolah2 gembira menerima kemiskinan ini sebagai taqdir yg akan merapatkan lagi hubungannya dengan Rasulullah s.a.w. Saya berkata kepadanya bahawa ramai para Sahabat alaihissalam yang juga kaya, dan mereka juga amat rapat dan dicintai Rasulullah s.a.w. Sebelum kita menuduh beliau menggunakan agama sebagai alasan kemiskinannya, harus juga kita ingat yg beliau seorang lelaki. Ego lelaki itu cukup kuat utk membuatkan beliau menafikan kesempitan hidupnya. Saya mmg kagum dgn dedikasinya menjaga anak2 setelah ditinggalkan isteri. Tidak mudah dilakukan, tidak ramai sanggup melakukan. Namun realitinya adalah budak2 itu tetap lapar, dan telah pun mencuri akibat kelaparan. Mereka perlukan pendidikan utk membebaskan diri dari cengkaman kemiskinan. Si bapa itu sendiri mengaku, Izam sering menyuarakan keinginannya utk ke sekolah, dan mengadu dirinya seperti diperlekehkan rakan2nya yg seronok ke sekolah ketika dia terperuk di rumah. Kami menawarkan pertolongan mendapatkan surat beranak utk anak2 itu, tapi balasnya “Buat apa? Dia sudah darjah 3..tidak ketinggalankah dia?” Tidak, kata kami. Kami terus memujuk. Saya kata anaknya bijak, sgt berminat belajar. Sebenarnya, ramai pelajar sekolah itu yg sememangnya bijak walaupun dikongkong kemiskinan dan kelaparan. Cuma, mereka tak berpeluang mendapat kehidupan lebih baik. Bapa Izam berkata beliau malu anak2 nya ke sekolah KAFA itu tanpa membayar yuran, kerana beliau tak mampu. Ustazah Zainah kata takpa, asalkan mereka dtg. “Takkanlah saya tak bagi budak2 ni dtg..ini ilmu akhirat. Tanggungjawab saya nak mendidik mereka, dtg sajalah, takpe,” rayunya. Di sini saya nak terus terang mengatakan bahawa walaupun ibu kepada budak2 ni org Malaysia, bapanya ini kemungkinan warga Indonesia. Pelatnya sukar dilindung. Terdahulu, saya pernah ditegur seseorang yg tak puas hati saya menolong pelajar miskin, yg bukan semuanya dari org Malaysia. Saya rasa komen mcm ni tak perlu. Bukankah dia tetap manusia? Bukankah budak2 ni, tetap budak2? Mereka berhak mendapatkan hak asasi seperti makanan, tempat tinggal dan pendidikan. Dan kita semua sesama Islam. Yg membezakan antara kita, taqwa. Itu saja yg perlu kita ingat. Guru2 di KAFA Al-Insaniah ni bukan saja telah melaksanakan tanggungjawab mereka malah lebih dari itu. JAIS hanya mampu membayar guru2 ini bagi satu sesi pengajaran, sedangkan ada guru, spt Ustazah Zainah, yg mengajar dua sesi. Ada guru yg langsung tak dpt dibayar. JAIS mengharapkan perbelanjaan sekolah dpt ditampung oleh yuran sekolah. Ya, secara teorinya takda masalah, kerana kebanyakan sekolah KAFA di Lembang Klang ni lokasinya di kawasan perumahan mereka yg berpendapatan sederhana atau agak berada. Jadi ramai yg mampu yuran RM20 sebulan. Namun KAFA Al-Insaniah dibina di tgh2 kawasan PPRT. Kebanyakan keluarga yg tinggal di sini masing2 penerima zakat. Hampir separuh kanak2 yg ke sekolah itu juga dari keluarga penerima zakat, jadi tau2 sajalah tahap keperitan hidup mereka. “Bagaimanalah kami sampai hati nak mintak budak2 ni yuran sekolah?” kata Ustazah Hawa. “Masa mula2 tu, kerana ramai yg tak bayar, kami mintak, tulis surat kat ibubapa. Lepastu, ramai yg tak dtg sekolah. Kami ingat takpalah, mari balik, tak payah bayar, asalkan dpt teruskan belajar.” Guru2 ini sanggup menerima potongan gaji semata2 agar sekolah ini terus beroperasi. Gaji mereka kira2 RM1,200. Itu pun baru2 ini dinaikkan kerajaan. Sebelum ini, RM1,000 ke bawah. Lagi menambahkan asam ke luka, baru2 ini sekolah itu dipecah masuk. Habis yuran, komputer dgn data pelajar dan wang sumbangan dari jualan amal disapu. Dapur kantin juga dipecah masuk dan makanan dicuri. Penutup longkang dan pelbagai lagi barangan besi dan logam dicuri, membahayakan anak2 yg bermain di waktu rehat. Pagar dipotong, siling dipecahkan, memudahkan lagi pencuri keluar masuk. Guru2 ini mati kutu bagaimana nak terus beroperasi bila berhadapan dgn cabaran sebegini besar. Setiap ringgit yg disumbang ke KAFA Integrasi Al-Insaniah dapat megenyangkan seorang pelajar, menggalakkan mereka ke sekolah, membantu mereka merubah kehidupan. Setiap ringgit membawa bersamanya harapan, membasmi kemiskinan, menggalakkan org lain beramal. Tiada sumbangan yg terlalu kecil. Setiap sumbangan adalah amal baik yg berterusan faedah dan pahalanya. Aishah r.a. berkata Rasulullah s.a.w bersabda: “Amalan yang paling disukai Rasulullah SAW ialah yang kekal (istiqamah) sekalipun sedikit.” (Bukhari, Muslim) ------------------------ Sumbangan boleh dimasukkan ke akaun berikut: Maybank MBB account - 164388710655 (SAKINA BINTI HAJI MOHAMED). Sila tulis 'For KAFA' di kotak komen dan email [email protected]. RHB Account number 1-12479-00092090 (TENGKU ELISA BUSTAMAN BT TENGKU MOHD ALI) Sila tulis 'For KAFA' di kotak komen dan [email protected]. Sumbangan terus kepada: Bank Islam SAR AL-INSANIAH Acc no: 12047010031372 Atau hubungi Guru Besar Ustazah Siti Hawa 0139180191 Ustazah Norazainah 0173217971 Minta tolong sebarkan ============================================================================================== From: Sirajuddin Abbas <[email protected]> Wujud Empati bagi Warga Somalia, Restoran di Arab Denda Pelanggan yang Tak Habiskan Makanannya Seorang wanita asal Somalia Selatan memangku anaknya di Mogadishu, Somalia, Ahad … Damam - Restoran di timur wilayah Damam, Arab Saudi memberikan hukuman denda kepada pelanggannya yang tak menghabiskan seluruh makanan di piring mereka. Hal ini dilakukan sebagai bentuk solidariti terhadap kaum miskin di dunia. Denda akan disalurkan untuk amal. Pelanggan tidak mempermasalahkan dengan adanya denda ini. "Selama itu untuk amal saya tidak mempermasalahkan gagasan itu," kata seorang lelaki setelah mengunjungi restoran. Ia justru berharap seluruh restoran di wilayah ini akan mengikutinya. Pelanggan lain mengaku terkejut dengan keputusan ini, tapi menurutnya ini adalah sebuah langkah yang cukup bagus untuk mendorong orang lain berbuat baik. "Ada negara-negara lain yang menderita kelaparan seperti Somalia,dan saya menemukan idea baru ini membantu untuk mendorong kesadaran ekonomi dan sosial, dan untuk mengajar orang untuk mengambil jumlah makanan yang tepat, ditambah, itu ramah lingkungan”, kata seorang lelaki Saudi menyuarakan keprihatinan dengan berbagai macam kes kelaparan yang terjadi di tingkat global. Menurut sebuah laporan pemerintah Inggris, sebanyak 30 persen makanan di seluruh dunia mungkin akan hilang atau terbuang, sementara perkiraan lain telah menyebutkan angka di sekitar 50 persen makanan yang hilang karena tak habis dimakan. ============================================================================================== From: Mohd Shah <[email protected]> Disini kami dengan penuh takzim ingin memohon sokongan tuan/puan untuk; 1. Menghulurkan sumbangan RM10.00 per bulan kepada Dana Pembangunan Fasa 1 Masjid dan Maahad Tahfiz Al-I'tisam. 2. Membantu menyebarkan emel ini kepada 10 orang yang lain. اسلام عليكم ورحمة لله وبركاته Tuan Puan yang dihormati dan dirahmati Allah sekalian, بسم الله الرحمن الرحيم "Perumpamaan orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan 7 butir, pada tiap-tiap butir ada seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi sesiapa saja yang Dia kehendaki. Dan Allah Mahaluas lagi Maha Mengetahui." (Al-Baqarah : 261) Semoga tuan puan dan keluarga sentiasa dalam redha dan keberkatan Allah. 1. Kempen Sumbangan MYR10.00 Per Bulan. Kami Ahli Jawatankuasa Masjid Al-I'tisam Taman TTDI Jaya, Shah Alam menyeru dan merayu kepada semua muslimin dan muslimat untuk sama-sama membantu kami mengumpul Dana Pembangunan Masjid dan Maahad Tahfiz baru untuk kariah kami. Tuan/Puan dipohon untuk mengambil bahagian dalam kempen sumbangan MYR10.00 per bulan sehingga keseluruhan projek siap dalam tahun 2014 nanti, insyaAllah. Kami yakin sumbangan MYR10.00 per bulan ini mampu malah tidak membebankan langsung untuk dilaksanakan oleh sesiapa sahaja di negara kita ini. Allah SWT menjanjikan balasan yang tiada tolok bandingnya kepada sesiapa yang membantu membina rumah Allah seperti yang dinyatakan dalam hadis Nabi SAW seperti berikut; "Barangsiapa yang mendirikan masjid kerana Allah walaupun hanya memberikan sesuatu benda sebesar sarang merpati, nescaya Allah akan mendirikan untuknya rumah di syurga" (Hadis Riwayat Ibnu Majjah dan Ibnu Hibban). 2. Cara Menyampaikan Sumbangan Untuk menyertai kempen ini pihak tuan puan hanya perlu memasukkan RM10.00 setiap bulan ke akaun kami seperti berikut; NAMA AKAUN : DANA KOMPLEKS ISLAM AL-I'TISAM NO. AKAUN : MAYBANK - 5624 7813 0016 CIMB - 1261 0001211 102 BIMB - 12-038-01-010864-7 Ada pelbagai cara mudah untuk menyampaikan sumbangan kepada kami seperti secara online, standing instruction atau pindahan di mesin-mesin ATM bank-bank diatas. 3. Resit Sumbangan Jika tuan puan memerlukan resit rasmi, maklumat sumbangan seperti nama penyumbang, alamat, no telefon, rujukan sumbangan boleh dihantar melalui emel ke [email protected] atau sms ke no. 019-649 7147. Resit rasmi akan dikeluarkan setelah penerimaan sumbangan disahkan dan akan dihantar melalui pos ke alamat yang dikehendaki. 4. Keperluan Kewangan Dalam Mesyuarat Penyelarasan Masjid dan Perunding pada 26hb September 2011 yang lalu, telah diputuskan bahawa untuk pembangunan Fasa 1, tumpuan akan diberikan kepada pembinaan Aras 1 Ruang Solat Utama dan Ruang Podium. Kami berharap kerja-kerja cerucuk dapat dimulakan selewat-lewatnya pada penghujung tahun 2011 ini. Keperluan dan kedudukan dana terkumpul setakat 1 Oktober 2011 ialah seperti berikut; Kos Pembangunan Fasa 1 MYR5,000,000 Dana Terkumpul MYR 525,000 Jumlah Diperlukan MYR4,475,000 Seperti yang tuan puan dapat lihat, sasaran dana terkumpul untuk Fasa 1 masih jauh dan sangat memerlukan sokongan padu daripada semua pihak. Sekali lagi kami menyeru tuan puan untuk bermurah hati membantu kami seperti yang disebutkan diatas. 5. Sebaran Emel Selain daripada menyumbang kepada dana pembangunan ini pihak tuan puan juga diharap dapat membantu kami menyebarkan emel ini kepada kenalan lain supaya kempen ini dapat disebarkan keseluruh pelusuk tanahair disamping memberi peluang kepada setiap umat Islam membuat amal jariah. Sesungguhnya Allah SWT memerintahkan kita untuk saling bantu membantu dalam melaksanakan kebaikan seperti firmanNya; "............. dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) ............... " (Al-Maidah : 22) 6. Maklumat Terkini Kepada sesiapa yang ingin mengikuti perkembangan kempen ini boleh melawat atau add ke facebook projek kami atas nama Kompleks Islam Al-I'tisam. Selain itu web Masjid Al-I'tisam di www.alitisam.my juga menyediakan maklumat terkini dan terperinci tentang masjid kami. Tuan Puan boleh juga menelefon kami atau mengunjungi pada bila-bila waktu bekerja daripada jam 8.30 pagi - 5.00 petang. Pejabat kami juga dibuka pada setiap hari Sabtu sehingga jam 12.30 tengahari. 7. Penutup Kami lampirkan disini maklumat-maklumat projek kami termasuk brosur keseluruhan projek kami yang dijangka menelan belanja MYR29.0 juta dan mengambil masa 3 tahun untuk disiapkan. Setelah siap nanti, projek ini yang dikenali sebagai Kompleks Islam Al-I'tisam atau ringkasnya KIAI, akan menjadi sebuah pusat tumpuan masyarakat untuk beribadah, menuntut ilmu dan bermuamalat. Sama-samalah kita berdoa agar usaha ini dipermudahkanNya dan setiap orang yang menyumbang dibalasi dengan kebahagiaan didunia dan diakhirat, AMIN. Lampiran / Link http://s1091.photobucket.com/albums/i381/Kompleks_Islam_Al_Itisam/Brochure_Kompleks_Islam_Al-Itisam/ http://s1091.photobucket.com/albums/i381/Kompleks_Islam_Al_Itisam/Concept%20drawing%20KIAI/ http://s1091.photobucket.com/albums/i381/Kompleks_Islam_Al_Itisam/Gambar%20Model%20KIAI/ http://s1091.photobucket.com/albums/i381/Kompleks_Islam_Al_Itisam/Press%20Conference%20Pelancaran%20Pengumpulan%20Dana%20KIAI/ http://s1091.photobucket.com/albums/i381/Kompleks_Islam_Al_Itisam/Surat%20Kebenaran%20Mengutip%20Sumbangan/ ============================================================================================== Rumah Perlindungan Al Nasuha memberi perlindungan kepada anak-anak yatim, miskin dan terbiar. Kami juga menjaga ibu-ibu tunggal dan gadis-gadis terlanjur. Ditubuhkan atas dasar dan kewajipan bagi mengambil tanggungjawab diatas golongan yang berkenaan. Kami tiada sebarang penaja dan tidak mempunyai penyumbang dana yang tetap. Oleh yang demikian kami sangat memerlukan simpati, sokongan dan sumbangan dari anda semua. Sila terus hubungi kami untuk sebarang program, jemputan atau sumbangan. RUMAH PERLINDUNGAN AL NASUHA No. 5, Jalan GP 3/3 , Taman Gombak Permai, 68100, Pinggiran Batu Caves, Selangor, Telefon : 017-9354323 (UMI) Nombor Akaun MAYBANK atas nama PERTUBUHAN KEBAJIKAN ANAK ANAK YATIM AL NASUHA 564829000530 FACEBOOK http://www.facebook.com/pages/Rumah-Perlindungan-Al-Nasuha/154619704566002 Kami sangat berbesar hati menerima sumbangan, sokongan dan simpati dari anda sekelian. Kami sangat berterima kasih dan berharap agar khidmat bakti ini mendapat keberkatan Allah SWT. Terima kasih ============================================================================================== [Non-text portions of this message have been removed] ------------------------------------ Post message: [email protected] Subscribe : [email protected] Unsubscribe : [email protected] List owner : [email protected] Homepage : http://proletar.8m.com/Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/proletar/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/proletar/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: [email protected] [email protected] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [email protected] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
