ASAL USUL SOLAT
Klik sini untuk tujuan pengetahuan dan ilmu:
http://www.kuasaforex.com/index.php?ref=amryalong
|
|
| *SUBUH: |
| Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s., |
| iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara |
| pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang |
| amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. pun |
| bersembahyang dua rakaat. |
| |
| |
| Rakaat pertama:- Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam. |
| Rakaat kedua:- Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma. |
| |
| ZOHOR: |
| Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s., |
| iaitu tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya agar menyembelih |
| anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu |
| tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat. |
| |
| |
| Rakaat pertama:- Bersyukur bagi penebusan. |
| Rakaat kedua:- Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya. |
| Rakaat ketiga:- Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah. |
| Rakaat keempat:- Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan |
| kibas. |
| |
| ASAR: |
| Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s., |
| tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun |
| telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk|
| waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat |
| kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu: |
| |
| |
| Rakaat pertama:- Kelam dengan kesalahan. |
| Rakaat kedua:- Kelam dengan air laut. |
| Rakaat ketiga:- Kelam dengan malam. |
| Rakaat keempat:- Kelam dengan perut ikan Nun. |
| |
| MAGHRIB: |
| Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s., |
| tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan |
| kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi |
| Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan |
| tersebut, iaitu: |
| |
| |
| Rakaat pertama:- Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang |
| Maha Esa. |
| Rakaat kedua:- Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya |
| Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang. |
| Rakaat ketiga:- Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu |
| iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga. |
| |
| ISYAK: |
| Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada|
| ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri |
| Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu |
| menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir.|
| |
| |
| Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur. |
| |
| |
| Rakaat pertama:- Dukacita terhadap isterinya. |
| Rakaat kedua:- Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun. |
| Rakaat ketiga:- Dukacita terhadap Firaun. |
| Rakaat keempat:- Dukacita terhadap anak Firaun. |
| |
| -KU SAMPAI KAN WALAU |
| SEBARIS AYAT
Klik sini untuk tujuan pengetahuan dan ilmu:
http://www.kuasaforex.com/index.php?ref=amryalong
|
____________________________________________________________________________________
Get easy, one-click access to your favorites.
Make Yahoo! your homepage.
http://www.yahoo.com/r/hs
[Non-text portions of this message have been removed]