*Mati Kerana Resdung? <http://www.biovco.com/?ref=yg>*

Resdung, sejenis penyakit hidung yang terjadi akibat radang pada membran
sinus. Sinus merupakan rongga dalam tulang muka yang mengandungi udara dan
permukaannya diselaputi mukosa iaitu kulit yang mengeluarkan mukus atau
hingus. Resdung dikatakan berpunca daripada alahan terhadap habuk, pijat,
kutu atau makanan tertentu.

Sekiranya penghidap resdung tidak mendapatkan rawatan yang sewajarnya dengan
segera, radang pada ruang sinus ini akan merebak dan menyebabkan radang pada
tulang tengkorak ( osteomyelitis). Radang tersebut seterusnya merebak ke
mata menyebabkan kelopak mata membengkak dan sakit. Pandangan menjadi kabur
dan adakalanya mata akan menjadi buta.
Di samping itu, radang ini boleh merebak ke tekak, selaput otak yang
mengakibatkan meningitis dan ke otak menyebabkan otak bernanah. Penyakit
resdung yang tidak dirawat boleh membawa maut!

*Punca Resdung*

Terdapat beberapa faktor yang telah dikenal pasti sebagai punca resdung.
Antara yang utama:

· Jangkitan kuman seperti bakteria dan virus yang berulang kali pada rongga
hidung yang kerap menyebabkan seseorang mendapat demam dan selesema.
Penyakit resdung ini juga sering dikaitkan dengan ketumbuhan dalam hidung
seperti 'polyps' dan kanser.

· Struktur tulang hidung yang tidak normal, contohnya patah akibat
kemalangan menyebabkan seseorang berisiko mendapat penyakit resdung. Mereka
yang mempunyai struktur hidung yang senget (deviated nasal septum) juga
berisiko tinggi untuk mendapat resdung.

· Kuman atau bakteria yang berasal dari gigi atas yang sakit atau rosak akan
merebak dengan mudah ke rongga sinus dan menyebabkan resdung. Rongga sinus
yang terdapat di dalam tulang pipi merupakan rongga yang paling kerap
mendapat sinusitis akibat kerosakan gigi.
· Kajian juga menunjukkan tabiat menyelam di air sungai atau kolam  yang
kotor serta laut yang tercemar boleh mengakibatkan resdung.

*Maklumat Lanjut - KLIK DISINI <http://www.biovco.com/testimoni-resdung.php>
*

Kirim email ke