*Mengawal hipertensi <http://www.biovco.com/>*

*MAKLUMAT LANJUT - KLIK DISINI <http://www.biovco.com/>*

TEKANAN darah adalah daya penolakan darah terhadap dinding salur darah.
Jantung mengepam darah ke dalam arteri, yang seterusnya menyampaikan darah
ke seluruh bahagian badan manusia.

Maka, tekanan darah tinggi yang dikaitkan dengan hipertensi adalah sangat
berbahaya kerana ia membuatkan jantung terpaksa 'bekerja' lebih kuat untuk
memompa darah ke seluruh tubuh.

Keadaan ini menyumbang kepada pengerasan arteri atau aterosklerosis dan
membawa kepada kegagalan jantung.

Penyakit kardiovaskular masih kekal sebagai pembunuh nombor satu di dunia.

Ia termasuk penyakit arteri koronari dan strok. Mengikut rekod Pertubuhan
Kesihatan Sedunia (WHO), kira-kira seperlima, atau 1.6 juta kematian setiap
tahun di seluruh dunia disumbangkan oleh penyakit ini.

Di Malaysia, kewujudan masalah hipertensi di kalangan orang dewasa yang
berusia melebihi 30 tahun sedang meningkat.

Jika dalam Kaji Selidik Morbiditi Kesihatan Kebangsaan pada tahun 1996
mencatatkan peratusan sebanyak 33 peratus, catatan kaji selidik yang
dilakukan pada tahun 2006 pula adalah sebanyak 42 peratus.

"Dalam kita bercakap tentang perkara yang membimbangkan ini, terdapat dua
objektif yang dimainkan oleh bidang perubatan. Pertama adalah memanjangkan
hayat dan yang kedua mengurangkan simptom," kata Presiden Persatuan
Hipertensi Malaysia, Datuk Dr. Azhari Rosman.

Bagaimanapun, menurut beliau, masalah hipertensi di kalangan mereka yang
berusia kurang daripada 30 tahun juga wujud dan tetap dipandang serius.

Ia boleh berlaku jika mengambil kira faktor-faktor tertentu seperti kualiti
persekitaran, pemakanan, perubahan hormon, atau juga kehadiran penyakit
sampingan lain.

Menurut beliau, hipertensi lazimnya dianggap masyarakat sebagai penyakit
tanpa simptom. Sebab itulah ia menjadi cabaran lebih-lebih lagi untuk
menerangkan kepada mereka yang mengalami hipertensi tentang keperluan
mengambil ubat sepanjang hayat.

"Maka perkara lebih praktikal untuk memperbaiki keadaan ini adalah dengan
membuat perubahan dalam gaya hidup seharian. Mereka perlu bersenam,
mengurangkan berat badan, mengurangkan pengambilan garam serta
menitikberatkan makanan sihat," ujar Azhari.

Walaupun hipertensi merupakan faktor risiko penyakit kardiovaskular yang
mudah dirawat, ramai pesakit hipertensi gagal didiagnosis.

Lebih membimbangkan, terdapat jumlah yang besar mereka yang sudah
didiagnosis tidak mengambil perubatan yang betul seperti yang dinasihatkan
doktor.

Menurut Dr. Azhari, daripada jumlah mereka yang mengambil ubat, hanya
sebanyak 26 peratus yang dikawal sepenuhnya. Peratusan tersebut adalah sama
dengan kiraan yang dicatatkan sedekad lalu.

"Lebih daripada satu agen diperlukan untuk mencapai sasaran bacaan tekanan
darah terbaik di kalangan pesakit hipertensi. Rawatan boleh dimulakan dengan
monoterapi atau kombinasi dua jenis ubat dalam dos rendah.

"Dos ubat atau bilangan jenis ubat boleh ditambah mengikut keperluan," kata
Perunding Kardiologi yang juga Pengarah Yayasan Jantung Malaysia, Datuk Dr.
Khoo Kah Lin.

Beliau mengulas tentang pengambilan rumusan perubatan terapi gabungan
seperti amlodipine besylate dan valsartan dilaporkan dapat membantu
mengurangkan tekanan darah dengan lebih ketara berbanding ubat yang diambil
secara sendiri.

Khoo turut memberitahu bahawa agen dwiterapi adalah kaedah terkini dalam
rawatan hipertensi kerana ia menggabungkan dua ubat yang paling kerap diberi
menerusi preskripsi.

Pemahaman tentang terapi terkini, mekanisme hipertensi dan pengambilan
ubat-ubatan gabungan telah membuatkan pesakit mempunyai peluang baik untuk
mengawal tekanan darah.
"Cuma cabarannya sekarang adalah untuk mengingatkan pengamal perubatan dan
pesakit bahawa rawatan yang berkesan bukan sahaja mengenai kawalan tekanan
darah, tetapi untuk mengekalkan bacaan terkawal itu demi mengelakkan
komplikasi jangka panjang," terang Azhari.

*MAKLUMAT LANJUT - KLIK DISINI* <http://www.biovco.com/>

Kirim email ke