Assalamu'alaikum wr.wb.

Saya fwd-kan dari milis rekan kita dari negeri Jiran. Apa komentar anda?
Adakah berkaitan dengan inkar Sunnah?
Wassalam
ZS Mangkuto

----- Original Message -----
From: "aisyah ku" <[EMAIL PROTECTED]>
To: "Zulharbi S" <[EMAIL PROTECTED]>
Sent: Tuesday, January 27, 2004 9:13 AM
Subject: Hadist


HADITH - PENGAJARAN DAN SUNNAH NABI MUHAMMAD

Seorang pembaca Mingguan Malaysia telah mengirim surat  membalasnya kepada
Editor akhbar itu dan telah cuba mempertahankan penggunaan Hadith sebagai
satu asas bagi amalan-amalan umat Islam seperti berikut. "Saya nak tanya
sikit, awak ini Islam atau munafik? Awak tidak percaya Hadis? OK-lah, saya
nak tanya sikit:
Awak makan ikan atau tidak? Kalau makan, baik hentikan segera sebab al-Quran
kata: 'Tak boleh makan bangkai'.
Hadis sahaja yang kata ikan boleh dimakan. Macam mana anda sembahyang? Kalau
tidak sembahyang - itu bukan Islam namanya. Kalau sembahyang, kena rujuk
Hadis.
Hadis sahaja yang beritahu cara sembahyang.. Al-Quran kata 'dirikanlah
sembahyang', Tapi nak sembahyang macam mana kalau tidak tahu caranya!"

Walaupun begitu, dewasa ini, terdapat lebih ramai umat Muslim yang alim
sendiri, yang mempersoalkan kesahihan dan kewibawaan Hadith yang dianggap
'sahih' atau koleksi hadith yang dianggap 'kuat' atau hadith yang bukan
'daif' (seperti Hadis Sahih(HS) Bukhari dan HS Muslim dan sebagainya). Kamu
hanya kena melayari laman-laman web berkenaan di Internet seperti site-site
'Code 19', site Ropers, 'Submission' dan laman-laman web seperti itu -yang
semuanya digubah oleh orang Islam sendiri, untuk menyedari bagaimana umat
Islam sendiri kini semakin sedar dan insaf akan kejanggalan, kepelikan dan
sesungguhnya, kepalsuan Hadith-hadith ini yang merupakan sumber pengajaran
dan akidah bagi umat Islam sehingga ini! Di bawah ini ada disenaraikan
beberapa contoh-contoh Hadith 'sahih' itu yang membuktikan betapa pelik,
janggal dan tidak masuk akal sumber akidah Islam ini.

1.Nabi Adam adalah setinggi 87 kaki (60 CUBITS) ! - Hadith Sahih Bukhari
IV,no.543. Jika begitu, berapa tinggikah Siti Hawa, isterinya itu? Jika
mereka sebenarnya setinggi itu, kenapa cucu-cicit mereka yaitu manusia hari
ini TIDAK SETINGGI BEGITU!? Adakah ini mungkin dari segi perubatan mahupun
biologis bagi mereka menjadi setinggi itu ?

2. Nabi Muhammad adalah pembenci anjing. Dalam Hadith tercatat pengajaran
Muhammad bahawa Malaikat Tuhan tidak akan masuki ke dalam sebuah rumah jika
ada anjing di sana! Juga dia ajar bahawa anjing berwarna hitam itu adalah
iblis! Jadi, dia telah mengarahkan supaya anjing-anjing dibunuh, serta
ditegah daripada menjual anjing. Hadith Sahih Bukhari IV no.539,540; Hadith
Sahih Muslim I no.551, 552;HSM II no.3803, 3829

3. Syaitan dan Iblis menginap di dalam lubang hidung manusia di waktu malam.
Ia boleh disembur keluar dengan menghembus air kedalam hidung dan kemudian
disembur keluar melalui lubang hidung yang sama. Hadith Sahih Bukhari IV
no.516, HS Muslim I no.462

Soalan-soalannya: Betapa besarkah saiznya Iblis itu ?
Adakah ia menginapi lubang-lubang hidung setiap orang??
Adakah si Iblis itu wujud di merata tempat pada waktu yang sama ?? Sesudah
dikeluarkan dari hidung-hidung manusia -apakah rupa dan bentuk si Iblis itu?

4. Muhammad melarang permainan Catur! Larangan pelik ini langsung tidak
masuk akal sekali bagi sesiapa pun! Hadis Sahih Muslim IV no.5612

5. Manusia telah diubah ke dalam bentuk Tikus, Babi/khinzir dan juga
Monyet-monyet/Kera ! Hadis Sahih Bukhari IV,No.524,627, HS Muslim
IV,no.7135. Bapa Nabi Ibrahim telah ditukar menjadi seekor haiwan, menurut
Hadis Sahih Bukhari IV no.569.

6. Umat Islam mempunyai SATU USUS, sementara mereka yang bukan Islam
mempunyai TUJUH usus! Hadith Sahih Muslim III,no.5113-5115

(Jadi nampaknya orang-orang yang masuk Islam nanti akan mencicirkan
usus-usus mereka satu-persatu, kan!?!)

 8. Semasa bersolat, jika sesiapa mengangkat kepalanya menghala ke atas
kearah Syurga, matanya akan dicungkil keluar! Hadith Sahih Muslim III,
no.862-863

8. Sebelah sayap seekor lalat, beracun tetapi sayap di sebelah lainnya pula
terdapat mujarab untuk mengubatinya! Hadith Sahih Bukhari vol. IV, no. 537

(Lalat! Oh lalat...sejak bilakah engkau miliki nilai mujarab? Pakar
perubatan sebulat suara mengutuk engkau sebagai penyebar bermacam-macam
penyakit dan kekotoran..!)

9. Kita semua seharusnya meminum air kencing Unta kerana itu adalah satu
ubat yang mujarab...! Hadith Sahih Bukhari I, no. 234.

(Kalau begitu ayoh cepat beramai-ramai bikin bisnes mengimpot Unta
mendapatkan air kencingnya untuk dijadikan ubat-ubatan...)

10. Penyakit Demam berpunca dari api neraka, dan ia boleh disejukkan dengan
air sejuk! Hadith Sahih Bukhari IV, no. 483, 486.

Kita semua boleh melihat dari contoh-contoh Hadis-hadis yang 'sah' diatas,
bagaimana peliknya dan ganjilnya segala-gala seruan dan saranan-saranan
semua hadis ini. Sebenarnya ada banyak lagi 'contoh-contoh' serta
ajaran-ajaran yang janggal dan tidak masuk akal seperti di atas yang
dipelopori hadis. Sudah mencukupilah contoh sepuluh kerat hadis di atas
sebagai satu selingan yang amat melucukan bagi kita semua.

Sudah amat jelaslah hakikatnya bahawa koleksi Hadith-hadith itu, mahupun
yang 'Daif' atau sebaliknya, mustahil sebagai sesuatu yang diilhamkan Tuhan.
Masakan Tuhan sendiri atau pun hambaNya yang terbimbing tidak sedar yang
hadith-hadith seperti di atas - dan juga koleksi hadith yang sama seperti
mereka, adalah karut belaka!

Tidak hairanlah ada para Muslimin sendiri berasa sangat malu di atas
hadis-hadis pelik yang anih dan tidak masuk akal ini, dan kini mereka
menyarankan untuk MENOLAK penggunaan Hadis sama sekali. Malangnya, ini akan
membawa kepada masalah yang amat besar kepada umat Islam hari ini, seperti
yang terdapat di minda pembaca Akhbar mingguan di atas. Para Muslim sudah
pun tuduh-menuduh dakwaan 'Munafik' dan 'Kafir!' sesama sendiri keatas
mereka yang tidak mahu menerima ajaran Hadis itu! Ini pun lagi satu bukti
bahawa dunia Islam berpecah-belah dan tidak bersefahaman mengenai akidah
mereka.*


____________________________________________________
Berhenti/mengganti konfigurasi keanggotaan anda, silahkan ke: 
http://groups.or.id/mailman/options/rantau-net
____________________________________________________

Kirim email ke