Dear all:-) Sabanta ko gata tangan ambo nan manggili2 file2 lamo nan tatimbun (not data mining:-), iko contoh barang ciek. File ko kiriman Ncik Kamal urang awak nan lamo marantau di Malaysia, antah dima liau kiniko? Wassalam Gindo,--- ---------- Forwarded message ---------- Date: Fri, 14 Aug 1998 09:02:15 PDT From: KAMAL Al-Bakr <[EMAIL PROTECTED]> Reply-To: [EMAIL PROTECTED] To: [EMAIL PROTECTED] Subject: Kita acapkali terlupa..! Resent-Date: Fri, 14 Aug 1998 12:04:32 -0500 Resent-From: [EMAIL PROTECTED] Kemarin dulu bila saya pulang, saya lihat anak gadis saya merah matanya. Menangis. Saya tanya mengapa. Dia tak mau jawap. Akhirnya isteri saya berbisik-bisik menjelaskan �anak kucing nya mati. Saya bilang itu perkara biasa! Semua yang hidup akan mati. Tambahan pula anak kucing yang belum sampai sebulan itu memang sakit, sudah 3 ekor yang mati dan ini yang ke-4. Lepas mandi saya tanya, mengapa kali ini bersedih sangat-sangat, walhal 3 ekor sebelumnya dia tidak bersedih? Anak saya menjawap� Tadi malam ibu kucing menyusukan anaknya sambil memeluk anak yang sakit itu. Diperhatikannya hampir setengah jam. Anak kucing itu menyusu. Bila dia terbangun tengah malam, di lihatnya si ibu itu masih menyusukan dan masih memeluk anaknya. Diperhatikannya seketika. Ibu kucing itu "mengeow-ngeow" sambil memandang kepadanya, seolah-olah menyatakan sesuatu! Dia tidak faham maksud si ibu itu. Bila dicuitnya� rupa-rupanya anak kucing itu sudah mati, mulutnya masih menyusu kepada si ibu, dan si ibu pula masih memeluk si anak yang sudah mati itu. Peristiwa ini lah yang menyedihkan dia. Saya terdiam! Saya dapat merasakan mengapa anak saya bersedih begitu. Katanya, ia bukan bersedih kerana kematian tapi bagaimana situasi kematian itu berlaku!" Betul juga, kalau kucing (haiwan) boleh merasakan kasih yang sedemikian tinggi, mengapa manusia sanggup: 1) menempatkan anaknya dirumah anak yatim, meninggalkan anak-anaknya -- dia cabut lari, ada yg tidak sanggup menyusukan anak kerana mahu �jaga tubuh�, menggunakan pelbagai jenis susu alternatif (asal dari susu lembu/sapi), membiarkan anak kecil tidur dibilik lain, menyerahkan anak-anak dibawah penjagaan/asuhan pembantu rumah, dll! 2) Begitu juga anak-anak.. ada yang sanggup menempatkan ibu/bapa dirumah orang tua, tidak pernah teringat bersedekah Alfatihah untuk mereka, melawat tanah perkuburan, malah ada yang bersikap sperti "Malim Kundang"�!! 3) mengapa orang tidak mengasihani nak orang orang lain yang dalam kesempitan hidup walhal dia memang berkemampuan membantu? 4) mengapa yang berkuasa membantu tidak pernah merasa bertanggungjawap bahawa Tuhan mengamanahkan �kuasa� kepadanya kerana tujuan itu? Akhirnya�mengapa manusia ini lupa bahawa dia adalah sebaik-baik makhluk yang dijadikan Tuhan? Malahan ditakrifkan Allah swT sebagai khalifahNya di muka bumi ini? Mungkin mereka tidak menghargai �kekhalifahannya�!!!!!?????�. ______________________________________________________ Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com RantauNet http://www.rantaunet.com ����������������Mendaftar atau berhenti menerima RantauNet Mailing List di http://www.rantaunet.com/subscribe.php3 Atau kirimkan email Ke / To: [EMAIL PROTECTED] Isi email / Messages, ketik pada baris/kolom pertama: - mendaftar: subscribe rantau-net [email_anda] - berhenti: unsubscribe rantau-net [email_anda] Ket: [email_anda] sikan alamat email anda tanpa tanda kurung ����������������WebPage RantauNet http://www.rantaunet.web.id dan Mailing List RantauNet adalah servis dari EEBNET http://eebnet.com, Airland Groups, USA ����������������

