Sabtu, 22/12/2001
Dia merasa tidak enak badan pada hari itu. Dia tahu kenapa ia bangun
kesiangan hari itu. Badannya terasa panas dingin. Demam. Dia
melekapkan belakang tangan kanannya ke dahi dan lehernya. Demam.

Dia menarik selimut perlahan, seluruh tubuhnya diselubung. Dia tidur
kembali. Jam di sebelah menunjukkan lapan setengah.

Tiba-tiba dia terjaga setelah setengah jam berlalu. Dia bingkas
bangun. PDA yang terletak di atas meja diambil lalu diteliti jadual
hari itu.

�Pukul 9:30 pagi, 20 Jun, mesyuarat penting dengan pengarah? Hancur,
hancur segala harapan aku. Tapi, tak mengapa, tak mengapa.....� dia
coba menenangkan pikiran.

Dia selak semua langsir yang menu-tupi jendela rumahnya. Cahaya
mentari mulai menerangi ruang yang tadinya kelam.

Dengan perlahan dia melekapkan belakang tangannya ke dahi dan leher.
Masih demam. Suhu badannya masih berbahang. Kepalanya masih bengal.
Dan dia tahu, sekurang-kurangnya dia ada alasan kerana tidak hadir di
mesyuarat hari itu.

�Tapi, mesyuarat ini terlalu penting bagiku. Ianya diadakan semata-
mata untuk aku. Tapi, ah! Persetan. Aku demam, aku tidak sihat. Ah!
Mereka ada otak. Mereka ada perasaan. Kenapa aku harus takut?� dia
duduk sambil berfikir.

Dia berfikir. Dia terus berfikir.
�Aku harus pergi. Biar aku lewat, aku harus pergi. Biar mereka lihat
sendiri keadaan diriku.�

Dia pun bergegas ke kamar mandi. Dia sudah bulatkan tekad. Biar
lambat sekalipun, dia harus hadirkan diri. Dia capai berus dan ubat
gigi dan AARR-GGH!!!!!

Dia benar-benar tidak percaya apa yang dia lihat dicermin. Dia meraba-
raba mukanya. Dilihatnya cermin itu lagi. AARRGGH!!!!!

Kali ini dia tidak peduli. Dilihatnya dengan teliti. Ya, refleksi di
cermin bukan lagi wajahnya yang asli. Wajahnya telah bertukar
menjadi, Anjing!

�Oh,Tuhan,� dia duduk terkesima, �apakah salah dan silapku? Hingga
aku jadi....�

Dia berdiri dan melihat ke cermin lagi. Benar, wajahnya telah
bertukar menjadi anjing. Dengan perlahan, dia berjalan ke ruang tamu,
tangannya mencapai talipon.

�Hello, Dr Rudi?�

�Ya, Dr Rudi di sini, boleh saya bantu?�

�Doktor, saya Selamat. Boleh doktor ke rumah saya?�

�Oh, Encik Selamat. Sudah tentu boleh. Petang ini?�

�Bagaimana kalau sekarang?�

�Sekarang?�

�Ya,sekarang.�

�Tapi....�

�Tolonglah Dok, please...�

�Baiklah Encik Selamat, saya akan tiba setengah jam kemudian.�

�Terima kasih Dok.�

Gagang diletak perlahan. Dia,atau Selamat, melabuhkan punggung ke
kerusi berkusyen empuk. Dia merenung lelangit rumah.
* *

Selamat tersentak bila terdengar loceng pintunya berdenting. Segera
dia bergegas untuk membuka pintu. Seorang lelaki berkemeja putih,
berseluar hitam dan bertalileher merah, tercegat di muka pintu.

�Assalamualaikum, Encik Selamat.�

�Waalaikum salam. Dr Rudi, sila masuk.�

�Encik Selamat nampak teruk. Sejak bila jadi begini?�

Selamat merenung Dr Rudi seke-tika.�Maksud Doktor?�

�Demam Encik Selamat, sudah berapa lama?�

Selamat terkejut. Dia hairan kerana Dr Rudi tidak melihat perubahan
ketara pada wajahnya.

�Doktor, lihat sini,� Selamat merapati Dr Rudi, �lihat betul-betul.
Apa yang Doktor lihat?�

�Lihat apa?�

�Wajah saya. Apa tidak ada apa-apa yang tak kena?�

Dr Rudi tertawa kecil. Kepalanya digeleng-gelengnya. Selamat jadi
keliru dan kurang senang.

�Wajah Encik Selamat begitu teruk sekali. Wajah pucat lesi. Wajah
orang sakit. Kenapa?�

Selamat berjalan ke arah cermin di sudut ruang tamu. Dia melihat
wajahnya lagi. Anjing. Wajahnya masih anjing. Dan Dr Rudi tidak
melihatnya?

�Doktor, usahlah berpura-pura lagi. Lihat betul-betul. Apakah ini
wajah saya? Apakah ini masih wajah saya?�

�Encik Selamat,� Dr Rudi menge-luarkan thermometer, �saya tak tahu
apa sebenarnya yang berlaku. Dan saya ke sini kerana Encik Selamat
yang panggil. Sebagai seorang doktor kelana, ini tugas saya.�

�Saya tahu,� kata Selamat sambil duduk, �tetapi ada sesuatu yang
terjadi pada wajah saya. Dan saya perlukan pengesahan doktor. Sebab
itulah saya suruh tuan doktor melihat wajah saya dan beri pandangan.�

�Encik Selamat, beginilah,� Dr Rudi merapati Selamatyang sedang duduk
itu, �biar saya periksa suhu badan Encik Selamat dahulu, kemudian
kita bicara,� thermometer disodorkan ke mulut Selamat.

�43 darjah Celcius!?� Dr Rudi bangkit dan mengambil stetoskopnya,
�sepatut-nya, Encik Selamat sudah berada di hospital. Suhu badan
Encik Selamat terlalu tinggi.�

Selamat mendiamkan diri. Dr Rudi menekap hujung stetoskop ke dada dan
belakang Selamat. �Boleh saya tahu, sejak bila Encik Selamat jadi
begini?�

�Pagi tadi,� kata Selamat selamba.

�Lain-lain tanda seperti batuk dan sebagainya?�

�Tak ada. Saya rasa cuma demam.�

Dr Rudi memegang pergelangan tangan Selamat sambil melihat jamnya
buat seketika.

�Doktor,� Selamat bersuara, �saya masih menanti pendapat awak tentang
wajah saya sekarang.�

�Encik Selamat, wajah encik ialah wajah orang sakit yang teruk
sekali. Wajah yang pucat lesi seperti kekurang-an darah. Apa yang
harus saya katakan lagi?�

Selamat bangkit lalu menuju ke arah cermin. Dilihat dan dibelek
wajahnya sekali lagi. Anjing. Tetap anjing yang senantiasa
menjelirkan lidahnya.

�Muka seperti ini,� Selamat menuding ke arah wajahnya, �doktor kata
wajah seorang manusia? Doktor, ini wajah seekor anjing. Apa doktor
tidak nam-pak? Ini wajah anjing. Kalau bukan, apa?�

Dr Rudi menggeleng-gelengkan kepala. Dia kurang faham dengan gelagat
Selamat. Dr Rudi merapatinya, dikuak sedikit kelopak matanya dan
disuluhnya dengan sebuah lampu suluh kecil.

�Encik Selamat,� Dr Rudi bersuara, �saya rasa, encik harus pergi ke
hospital untuk rawatan lanjut. Bagaimana?�

�Tidak! Tidak!�Selamat menggeleng-gelengkan kepalanya, �dalam keadaan
wajah saya begini, saya tidak akan lakukan itu. Tidak!Tidakkk!!!...�

�Encik Selamat,� Dr Rudi cuba menenagkan keadaan, �percayalah, wajah
encik masih manusia lagi. Percayalah.�

�Bohong. Bohong! Bohong!!! Doktor pembohong!�

�Baiklah,� Dr Rudi masih tenang, �saya akan panggil orang-orang di
luar sana untuk mengesahkannya.�

�Siapa?�

�Siapa-siapa sahaja yang saya jumpa di luar. Lebih baik lagi orang-
orang yang tidak saya kenali. Bagaimana?�

Selamat merenung tajam ke arah Dr Rudi. Matanya mendelik dan akhirnya
mengangguk perlahan, �Tapi janji, Tiada muslihat?�

�Jangan khuatir. Encik boleh per-hatikan dari balik jendela,� kata Dr
Rudi seraya membuka pintu.

* *
Nah, kamu bertiga cuba katakan dengan jujur dan ikhlas.

Wajah apakah yang kamu lihat pada saudara kita ini?�

�Maksud encik?� tanya lelaki tambun yang sedang memegang aiskrim.

�Maksud saya adakah ianya wajah seorang manusia atau apa saja?� jelas
Dr Rudi.

�Sudah tentulah wajah manusia,� kata lelaki tambun sambil berlalu
keluar, �apa dia kira dia berwajah malaikat?�

�Ya, sememangnya wajah manusia. Wajah apa lagi yang dia mahu?� kata
seorang lelaki tua yang memegang penyapu dan sehelai tuala kecil ter-
sangkut di tengkuk.

�Ini adalah wajah manusia yang pucat lesi, kurang vitamin
barangkali?� kata seorang wanita tua berpakaian seksi, siap
berdandan. �Kenapa dia diam? Apa dia sakit?�

�Terima kasih,� ucap Dr Rudi sebaik sahaja mereka semua melangkah
keluar.

�Nah, apa yang harus saya katakan?�

Selamat duduk termangu. Dia ter-menung seketika. Dia melihat
sekeliling. Tiba-tiba, dia meraba-raba mencari sesuatu. Semua kocek
baju dan seluar-nya diraba seperti mencari sesuatu.

�Encik Selamat cari apa?� tanya Dr Rudi.

�Errr...rokok. Saya cari rokok. Err..�

�Encik Selamat merokok?�

�Tidak. Err...tidak. Err..entahlah.�

�Encik Selamat, saya akan tuliskan sepucuk surat agar encik dapatkan
rawatan lanjutan di hospital. Encik Selamat akan dirujukkan kepada
seorang doktor pakar yang dapat menghuraikan penyakit ini. Encik
Selamat tak perlu khuatir. Lebih-lebih lagi tentang wajah encik.
Percayalah, wajah encik masih manusia. Lihatlah ke cermin, lihatlah.�

Selamat berdiri perlahan. Tangannya terketar-ketar sambil dia berdiri
meng-hadap cermin. Lalu, dia tersenyum.

�Manusia. Wajah saya...manusia. Terima kasih doktor,� dia berjabat
tangan dengan Dr Rudi, �aku kembali manusia.�

�Ini surat untuk encik dapatkan rawatan di hospital. Dan ini beberapa
ubat untuk mengurangkan demam encik. Bilnya akan saya pos dan saya
minta diri dahulu.� �baiklah doktor. Terima kasih sekali lagi,�
Selamat menggiring Dr Rudi ke luar.

�Jangan lupa makan ubat itu,�pesan Dr Rudi.

�Baiklah doktor,� Selamat meng-angguk senyum, �terima kasih.�

Selamat meraba-raba wajahnya. Senyumnya panjang tak henti-henti.
Kegirangan terpancar di wajahnya. Dia terus ke bilik air. Dia
mencapai berus dan ubat gigi dan AARRGGHH!! *(cbs)
Penulis: Anak Jalanan



Get your Free E-mail at http://minangkabau.zzn.com
____________________________________________________________
Get your own FREE Web and POP E-mail Service in 14 languages at http://www.zzn.com.

RantauNet http://www.rantaunet.com Isikan data keanggotaan anda di http://www.rantaunet.com/register.php3 ==============================================Mendaftar atau berhenti menerima RantauNet Mailing List di http://www.rantaunet.com/subscribe.php3 ATAU Kirimkan email Ke/To: [EMAIL PROTECTED] Isi email/Messages, ketik pada baris/kolom pertama: -mendaftar--> subscribe rantau-net [email_anda] -berhenti----> unsubscribe rantau-net [email_anda] Keterangan: [email_anda] = isikan alamat email anda tanpa tanda kurung ==============================================

Kirim email ke