bersama. Setiap kali menjelang 1hb April, sesetengah orang kita begitu
taksub dengan budaya 'pandang ke barat' menjadi begitu sibuk sekali. Kepala
mereka penuh dengan senarai mangsa-mangsa untuk dipermain-mainkan.
Bahkan sewaktu memandu atau sedang makan pun kepala mereka ligat berputar
merangka-rangka rancangan 'penganiayaan' ini. Yang penting mereka ingin
puas melihat muka mangsa-mangsa gurauan April Fool mereka merah padam
kerana dipermain-mainkan. Bagaimanapun, tanpa mereka sedari, kadang kala
lawak-lawak biasa atau 'practical jokes' yang dilakukan boleh
mencetuskan pergaduhan dan penyesalan yang berpanjangan.
Sewaktu zaman persekolahan dahulu, penulis pernah
terbaca tentang suatu
trajedi yang berlaku pada 1hb April ini. Seorang
suami yang jahil
tentang agama, telah mengucapkan, 'Aku ceraikan
kau dengan talak 3' pada
isterinya dengan niat untuk melawak. Isterinya
yang pada mulanya
terpinga-pinga terus meraung apabila si suami
dengan muka selamba kemudiannya
mengucapkan 'April Fool!'. Selepas itu, giliran
si suami pula untuk
meraung apabila diberitahu bahawa talak yang
dilafazkan telah pun jatuh!!!
Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini,
adalah dipercayai bahawa
ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan
Islam di Sepanyol. Setelah
bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol,
kerajaan Islam
akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian.
Penduduk-penduduk
Islam di Sepanyol ( Moors ) terpaksa berlindung
di dalam rumah untuk
menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian
bagaimanapun tidak berpuas hati
dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam
dari Sepanyol.
Penduduk-penduduk Muslimin ini, diberitahu bahawa
mereka boleh berlayar
keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama
barang-barang keperluan
mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh
di perlabuhan.
Orang-orang Muslimin yang risau sekiranya tawaran
tersebut merupakan suatu
penipuan, telah pergi ke perlabuhan untuk melihat
kapal-kapal yang
dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat
persiapan untuk bertolak.
Keesokan harinya ( 1April ), mereka mengambil
semua barangan yang telah
dikemaskan lalu menuju ke perlabuhan. Pada masa
inilah, pihak Kristian
mengambil kesempatan menggeledah dan membakar
rumah penduduk-penduduk
Islam itu. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki
kapal kerana semuanya
telah musnah dibakar. Pihak Kristian kemudiannya
menyerang kaum
Muslimin dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan,
serta anak-anak kecil.
Peristiwa berdarah yang meyedihkan ini kemudiannya
diraikan oleh tentera
Kristian.
Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan
sahaja di Sepanyol
tetapi juga di serata dunia sebagai April Fool�s
Day. Yang menyedihkan,
orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa
ini turut meraikan April
Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya
merayakan ulang tahun
pembunuhan beramai-ramai saudara se-Islam mereka
sendiri.
Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.
(Petikan drpd Risalah Fikrah- Peliharalah Allah,
nescaya Allah akan
memelihara kamu ......rawahu > > > > Tirmizi
Illal Liqaq .

