Assalamualaikum wbr, Hai kawan-kawan sekelian, Mungkin ada di antara kita yang mengalami penyakit angin dalam badan. Mudah-mudahan petua ini dapat membantu anda.
Masalah Angin Dalam Badan Jika anda mengalami masalah angin di dalam badan, cubalah rawat menurut petua ini. Sediakan sebiji kelapa muda yang sudah ada sedikit isinya. Kupas kulitnya sehingga tinggal bahagian tempurungnya saja. Kemudian pangganglah kelapa itu di atas api atau bara. Balik-balikkan kelapa itu semasa dipanggang. Biarkan sehingga tempurung itu retak. Awas, jangan sampai pecah, nanti keluar airnya. Selepas itu, goncanglah kelapa tersebut agar isinya tanggal dan berbaur bersama airnya. Setelah selesai menggoncang, potonglah bahagian atas kelapa itu untuk mengeluarkan airnya. Tuanglah air kelapa bakar itu ke dalam gelas. Sebelum diminum, eloklah dicampur sedikit gula. Cubalah amalkan minum air kelapa bakar ini selama tiga hari berturut-turut, insyaAllah penyakit anda akan sembuh. Atau Selain merawat dengan cara di atas, anda juga boleh merawat masalah angin di dalam badan dengan cara kedua ini. Bahannya mudah saja. Ambil dua ulas bawang putih kemudian bersihkan. Makanlah bawang itu secara mentah sebagai ulam semasa anda makan nasi. Amalkan sekali sehari sehingga penyakit anda hilang. Insyaallah afiat adanya. Hanya yang perlu anda pastikan ialah agar perut anda jangan dibiarkan kosong tanpa makanan terutama pada waktu pagi. Makanlah sarapan pagi secukupnya agar perut anda tidak dimasuki angin. Pantangan lain yang perlu anda jauhi ialah semua makanan atau minuman sejuk seperti ais, cendawan, tembikai, labu air, bayam, terung dan yang sejenis dengannya. RantauNet http://www.rantaunet.com Isikan data keanggotaan anda di http://www.rantaunet.com/register.php3 =============================================== Mendaftar atau berhenti menerima RantauNet Mailing List di http://www.rantaunet.com/subscribe.php3 ATAU Kirimkan email Ke/To: [EMAIL PROTECTED] Isi email/Messages, ketik pada baris/kolom pertama: -mendaftar--> subscribe rantau-net [email_anda] -berhenti----> unsubscribe rantau-net [email_anda] Keterangan: [email_anda] = isikan alamat email anda tanpa tanda kurung ===============================================

