SEJARAH LUAK ULU MUAR
Ikatan tali perdaudaraan antara Penghulu Luak Ulu Muar dengan kerabat DiRaja Seri Menanti sudah bermula sejak Rja Melewar berkahwin dengan Sani anak perempuan Penghulu Naam, Penghulu Luak yang pertama. Gabungan kekeluargaan itu kekal hingga sekarang. Hubungan tersebut dijelaskan dalam perbilangan:
| Darah setitik dari keadilan |
| Tanah sekepal dari air kaki |
Gelaran penyandang pesaka Penghulu Luak Ulu Muar ialah Dato' Bentara Setia Maharaja, Setia Lela Pahlawan. Pesaka ini diwarisi oleh suku Biduanda yang menguatkan anggapan bahawa emaknya adalah daripada waris Biduanda berketuruna Orang Asli. Proses perlantikan Penghulu Luak Ulu Muar berlaku apabila Dato' Penghulu Luak meninggal dunia atau meletakkan jawatan:
a) Meninggal dunia :
Pesaka akan digantikan oleh Dato' Perdana. Pesaka Dato' Perdana pula diambil alih oleh Dato' Purba. Dengan ini pesaka yang kosong yang perlu dibuat perlantikan baru ialah Dato' Purba. Gelaran Dato' Perdana dan Purba ini jelasdiambil sempena dengan tokoh yang datang bersama Mogek Si Ramo mudik Sungai Ulu Muar itu. Kekosongan pesaka Dato' Purba itu digantikan oleh perut daripada waris Dato' Penghulu yang meninggal dunia. Sekiranya Dato' Perdana atau Dato' Purba pula yang meninggal dunia, penggantinya diambil dariperut masing-masingbagi menjamin proses pemilihan Dato' Penghulu tidak terganggu mengikut aturan dan giliran masing-masing.
b) Meletakkan jawatan:
Proses perlantikan apabila berlakunya perletakan jawatan(pesaka) tidak banyak mengubah aturan giliran. Kedudukan Daro' Perdana dan Dato' Purba tidak berubah. Pengganti Dato' Penghulu mestilah daripada perut yang terdekat dengan penghulu berkenaan.
Lima orang penghulu terawal menyandang pesaka tidak diketahui dari pada perut mana. Tetapi selepas penghulu yang keenam ditetapkan tiga perut berhak secara bergilir-gilir menjadi Penghulu Luak Ulu Muar. Dato' Perdan dan Dato' Purba. Perut berkenaan terdiri daripada:
| 1. Perut Pasir Panjang |
| 2. Perut Gementir |
| 3. Perut Kayu Ara |
Di samping Dato' Perdana dan Dato' Purba, seorang lagi tokoh daripada suku Seri Lemak Pahang bergelar Dato' Baginda Maharaja merangkap "Haluan Sembah" kepada Penghulu Luak. Pesaka ini bermula daripada Khatib Akhir atau nama sebenarnya Haji Salleh iaitu ayah kepada Penghulu Naam. Ketika menjadi penghulu Dato' Naam hanya berumur enam tahun. Dalam tempoh inilah ayahnya Haji Khatib(Khatib Akhir) membantu Penghulu Luak dalam pengurusan adat istiadat. Apabila Dato' Naam dewasa dia telah menganugerahkan gelaran pesaka Dato' Baginda Maharaja sebagai seorang Orang Besar Luak bertaraf lembaga. Semasa istiadat mengadap di Istana Seri Menanti, Dato' Baginda maharaja mendahului Dato'-dato' Lembaga di Tanah Mengandung mengadap sebagai serampu Lembaga.
SENARAI NAMA DAN GELARAN BAGI PENGHULU, ORANG BESAR DAN LEMBAGA LUAK ULU MUAR, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS.
| NAMA | GELARAN PESAKA | NAMA SUKU |
| 1. YM Dato' Hj. Abu Zarim b. Sulaiman DNS, PPS(Sel) | Dato' Bendahara Setia Maharaja Dato' Setia Maharaja Lela Pahlawan Penghulu Luak Ulu Muar | Biduanda Waris (Kayu Ara) |
| 2. YM Dato' Sahari b. Dato' Jaalam | Dato' Perdana Bakal Penghulu Luak | Biduanda Waris (Pasir Panjang) |
| 3. YM Dato' Mohd Azim Al-Ain | Dato' Purba Bakal Penghulu Luak | Biduanda Waris (Gemetir) |
| 4. YM Dato' Mohd Rosli b. Hj. Abd. Rahman | Dato' Syahbandar Orang Besar Luak | Biduanda Waris (Kayu Ara) |
| 5. YM Dato' Mohd Zain b. Ujud | Dato' Baginda Maharaja Haluan Sembah | Selemak Pahang |
| 6. YM Dato' Hj. Abu Hassan b. Sulaiman | Dato' Paduka Besar Tiang Balai / Lembaga Yang Empat | Tanah Datar 48 |
| 7. YM Dato' Hj. Pilus b. Maaris PMC | Dato' Senara Muda Tiang Balai / Lembaga Yang Empat | Selemak Minangkabau |
| 8. YM Dato' Kalid b. Bonget PJK, PK | Dato' Seri Maharaja Tiang Balai / Lembaga Yang Empat | Mungkal |
| 9. YM Dato' Mansor b. Sahmen | Dato' Orang Kaya Bongsu Tiang Balai / Lembaga Yang Empat | Seri Melenggang |
| 10. YM Dato' Hj. Brahan b. Sulaiman | Dato' Peda Maharaja | Tiga Batu |
| 11. YM Dato' Hj. Idris b. Tain | Dato' Senara Kaya | Paya Kumbuh |
| 12. YM Dato' Hj. Mansor b. Manaf | Dato' Senara Angsa | Batu Belang |
| 13. YM Dato' Hj. Yaakub b. Adi | Dato' Orang Kaya Kecil | Anak Acheh |
| 14. YM Dato' Sulaiman b. Kasan | Dato' Maharaja | Batu Hampar |
| 15. YM Mej.(B) Dato' Mohd Diah b. Hj. Udin | Dato' Bangsa Balang | Selemak Pahang |
| 16. YM Dato' Mohd Nor b. Yusof | Dato' Baginda Raja | Biduanda Sg. Ujong |
| 17. YM Dato' Hj. Adnan b. Hj. Mohd Sharif | Dato' Maharaja Lela | Tiga Nenek |
| 18. YM Dato' Hj. Husin b. Amin | Dato' Perdana | Tanah Datar 80 |
| 19. YM Dato' Mohd Zali B. Kasim | Dato' Penghulu Dagang | Biduanda Jawa |
| 20. YM Dato' Ali b. Muda | Dato' Orang Kaya Muda | Selemak Minangkabau |
| 21. YM Dato' Hj. Ibrahim b. Salleh | Dato' Semaharaja | Mungkal |
Get your FREE download of MSN Explorer at http://explorer.msn.com.
RantauNet http://www.rantaunet.com Isikan data keanggotaan anda di http://www.rantaunet.com/register.php3 =============================================== Mendaftar atau berhenti menerima RantauNet Mailing List di http://www.rantaunet.com/subscribe.php3 ATAU Kirimkan email Ke/To: [EMAIL PROTECTED] Isi email/Messages, ketik pada baris/kolom pertama: -mendaftar--> subscribe rantau-net [email_anda] -berhenti----> unsubscribe rantau-net [email_anda] Keterangan: [email_anda] = isikan alamat email anda tanpa tanda kurung ===============================================

