Asalamualaikum wb.....
saya amat tertarik dengan perbincangan dunsanak mengenai industri parawisata (perlancongan)di sumbar..
saya mencadangkan.. agar di perkenalkan konsep homestay di sumbar ....
homestay membawa makna membawa para pelancong menikmati merasai kebudayaan dan cara hidup masayarakat dalam suasana persekitaran sebenar dengan cara membawa mereka tinggal bersama keluarga masyarakat tempatan selama beberapa waktu...
dengan erti kata lain para pelancong dapat meresai menikmati cara kehidupan masyarakat dengan lebih dekat lagi. Mereka ini akan tinggal bersama keluarga masyarakat tempatan...Secara tidak langsung para pelancong bukan hanya menikmat perlancongan itu sendiri tetapi juga akan belajar dan memahami tentang adat budaya dan cara hidup tempatan.
konsep ini berjaya dilakukan di malaysia terutama di negeri sembilan sendiri (masyarakat minang). Para pelancong akan dibawa tinggal bersama untuk beberapa hari... sepanjang tempoh itu mereka akan di tunjukkan pelbagai acara tentang adat budaya, tarian, muzik tempatan, makanan, pekerjaan seharian dan sebagainya.. bayaran di kenakan mengikut kesesuaian...
Kami di sini (Negeri sembilan) atas kerjasama jawatan kuasa dan penduduk kampung serta kerajaan negeri dan kementerian pelancongan, telah mengatur sendiri projek ini..
Beberapa rumah penduduk dipilih sebagai tempat penginapan pelancong.... Program2 disusun untuk ditunjukkan dan dipersembahkan kepada mereka sepanjang percutian.... Secara tidak langsung kami berjaya memperkenalkan adat budaya perpatih masyarakat minang disini kepada masyarakat luar yang sebelum ini disalah ertikan dan tidak difahami... Mereka di sajikan dengan pelbagai masakan orang minang yang terkenal dengan pedasnya itu, lemang , persembahan tarian endang, randai, piring, kaco , musik caklempong dan banyak lagi.....
Konsep ini bukan hanya mensasarkan pelancong dalam negeri sahaja tetapi juga kepada pelancong asing seperti dari jepun, taiwan, us, britain dan sebagainya.
Dengan cara ini secara tidak langsung akan dapat menambah pendapatan masyarakat yang tinggal di kampung dan desa seterusnya meningkatkan ekonomi mereka.
Ini semua boleh diusahakan dengan berjaya dengan kerjasama dan permuafakatan.....
Saya kira sumbar memiliki lebih banyak tempat menarik berbanding di negeri sembilan ini..
Get your FREE download of MSN Explorer at http://explorer.msn.com.
RantauNet http://www.rantaunet.com Isikan data keanggotaan anda di http://www.rantaunet.com/register.php3 =============================================== Mendaftar atau berhenti menerima RantauNet Mailing List di: http://www.rantaunet.com/subscribe.php3 ATAU Kirimkan email Ke/To: [EMAIL PROTECTED] Isi email/Messages, ketik pada baris/kolom pertama: -mendaftar--> subscribe rantau-net [email_anda] -berhenti----> unsubscribe rantau-net [email_anda] Keterangan: [email_anda] = isikan alamat email anda tanpa tanda kurung ===============================================

