Dunsanak sadonyo ambo forwardkan email dari dunsanak awak pakcik Mohamad
Fadzil dari Kualalumpur mengenai berita berkaitan dg rencana undur diri
Mahathir.
Mungkin bisa jadi bahan perbandingan menarik bagi kita semua ( urang Minang
) mengenai kisah bagaimana Mahathir berusaha menegakkan ekonomi puak
melayu, namun saat ini ia merasa gagal, padahal kita lihat setidaknya kaum
melayu di Malaysia relatif lebih berhasil membangun ekonomi dibanding kita
disini .

wassalam

Hendra M
----------------------

"mohdfadzil ahmadfadzil" <[EMAIL PROTECTED]> wrote

Asalamualaikumm Wb..
Apa khabar bung hendra saat ini? harapnya sihat sahaja ..
Bagi saya disini Alhamdulillah?
Tidak saya sangkakan berita perletakkan jawatan Datuk Sri mahathir Mohamad
begitu cepat cepat tersebar. Itulah lebihnya kegunaan kemudahan
telekomunikasi ynag semakin canggih ini..

Saat ini kami (rakyat malaysia) kembali tenang setelah dikejutkan dengan
pengumuman perletakan Perdana Menteri (PM).

Ya? saya juga begitu jugaa?. Saya turut mengikuti ucapan penggulungan
persidangan UMNO sabtu lepas? dan saat beliau mengumumkan perletakkan
jawatan saya rasa seperti seorang yang ditinggalkan ? kehilangan?. Dan
terbayang apa yang akan terjadi sekiranya ketiadaan beliau nanti?. Tidak
malu saya katakan disini?. Saya turut menitiskan air mata saat itu ??
mungkin bukan saya seorang yang begitu tetapi seluruh rakyat malaysia? atas
rasa kehilangan seorang pemimpin yang sangat kami sayangi Datuk Seri
Mahathir ? Bapa Pemodenan dan Kemajuan Malaysia..

Tapi kami sebenarnya harus menerima bahawa suatu hari nanti pasti beliau
akan berhenti dan meletakkan jawatan? dengan umur yang menjangkau 76
tahun?. 50 tahun bergelumang dengan dunia politik dan 21 tahun menjadi
perdana menteri ? pelbagai kemajuan telah dicapai.. pelbagai masalah telah
dapat di selesaikan??.terutamanya keberhasilan idea dan buah fikiran beliau
telah dapat mengeluarkan Malaysia ini dari dua krisis ekonomi yang melanda
iaitu pada tahun 80 an dan 1997-98 dulu?.

Dalam usia yang begitu sudah seharusnya beliau berehat dan meluangkan lebih
banyak masa bersama keluarga, sama seperti orang lain yang seusia
dengannya.

Seorang sarjana barat ada membuat satu pernyataan " Di dunia ini, bagi
jangka masa 100 tahun akan lahir seorang pemimpin yang unggul? dan Malaysia
amat beruntung kerana pemimpin itu lahir di sana?" ya? mungkin benar
kata2nya itu? wallahua'lam?

Beliau jugalah yang telah dengan sedaya upaya, membawa masyarakat melayu
keluar dari kemelut kemiskinan yang sejak dari penjajah inggeris masalah
ini begitu mencengkam?.. Jika semasa baru merdeka dulu 70 peratus rakyat
terdiri dari mereka yang hidup pada paras kemiskinan tetapi kini ? jumlah
itu telah berjaya di kurangkan kepada 4-6 peratus kini. Ini adalah hasil
tindakan berhasil beliau?yang cuba untuk mengeluarkan masyarakat melayu
keluar dari belenggu kemiskinan.

Jika di amati sejarah malaysia, orang melayu di malaysia sebelum merdeka
dahulu amat mundur. Dari sejumlah kekayaan negara saat itu, orang melayu
tidak samapi pun 2 % memilikinya, orang cina lebih 40 % dan selebihnya di
miliki orang orang2 barat (inggeris) dan pecahan ini kekal sehinggalah
berlaku peristiwa rusuhan kaum 13 mei 1969. Setelah itu satu dasar telah
digubal iaitu yang dikenali dengan Dasar Ekonomi Baru yang cuba untuk
membahagikan sama rata kekayaan negara. Antara dasar tersebut adalah
mensasarkan peratusan pemilikan orang melayu sebanyak 30 peratus. Perlu di
ingat kami di malaysia, orang cina menjadi saingan yang amat ketara. Ini
kerana jumlah mereka hampir menyamai jumlah orang melayu. Mujur Tunku Abdul
Rahman melepaskan singapura dari Malaysia suatu tika dulu. Jika Singapura
sebahagian malaysia mungkin kini orang melayu menjadi minoriti di bumi
sendiri.
Kini orang melayu telah telah memiliki lebih 20 % kekayaan negara, walaupun
masih jauh dari sasaran tetapi itu sudah dikira baik jika dibandingkan
dengan sebelum ini.
Menjadi persoalan : Kenapa mahathir mengatakan, dia gagal memimpin orang
melayu?

Begini : 20 % dari milikan melayu ini, kebanyakan nya adalah hasil sokongan
dan bantuan dari puhak kerajaan. Bak kata perumpamaan orang seperti "orang
yang diberi tongkat untuk berdiri lurus". Di malaysia orang melayu di beri
hak keistimewaan yang telah termaktub dalam perlembagaan, dan ini telah
dipersetujui oleh kumpulan etnik bumiputera dan non bumiputera? dan itu
sebagai pertukaran hak kewarganegaraan dengan mereka. Hak keistimewaan itu
bermasuklah hak kedaulatan sultan2 melayu, biasiswa, sistem kouta,
pendidikan, pentadbiran, ekonomi dan banyak lagi. Oleh kerana hak2
keistimewaan inilah orang melayu merasakan hak mereka terjamin dan
mengambil sikap sambil lewa.

Ini lah bahana yang terpaksa di tanggung hasil keberhasilan penjajah
inggeris dulu yang menggunakan kaedah pecah dan perintah  yang telah
menjadikan orang melayu lemah terutamanya dalam perniagaan.

Oleh itu itu mungkin Dr. Mahathir merasakan beliau gagal untuk membawa
keluar minda orang melayu, supaya berdikari, bersikap bersungguh2, bersaing
dengan orang cina dan sebagainya. Tidak terlalu mengharap hak keistimewaan
yang peruntukan untuk mereka.

Dr. Mahathir pernah berkata "Orang melayu tidak boleh duduk dalam tembok
batu yang tebal selama2nya, nanti bila biberi senjata untuk berperang,
mereka tak tau menggunakannya."

Beliau juga begitu kecewa kerana bangsa melayu di malaysia ini berpecah
belah (malu untuk saya katakan, tapi itulah hakikatnya) iaitu, PAS dan UMNO
yang sering bertelagah walaupun dulunya berada dalam satu kumpulan yang
sama, dikuatiri nanti orang cina akan mengambil kesempatan dari kelemahan
ini.

Ya? itu semua mainan politik?..akan tetapi kini kelihatan kini UMNO
mempunyai banyak kelebihan dan semakin kukuh untuk menghadapai pilihanraya
(election) yang mendatang.

Tapi jangan hanya melihat "satu titik hitam kecil pada sehelai kertas putih
". Walaupun begitu saat ini sudah ramai cediakawan , sarjana, usahawan
melayu yang lahir dari skim bantuan kerajaan itu dan kini sudah bisa
berdiri sendiri. Mereka semua adalah orang melayu yang dapat
mengimplementasi dan mendalami apa yang di harapkan oleh Dr Mahathir itu.
Jika dulu tidak ada sorang pun dari orang melayu yang tersenarai sebagai
millionaire, tapi kini kami juga memilikinya.

Tidak semua orang melayu itu malas/ lemah?.. ada sebahagian mereka yang
mahu berjaya dan merebut pelbagai peluang di bumi sendiri. Kalau orang2
dari indonesia bersusah payah menyeberang ke sini untuk merebut hasil
kemakmuran negara ini, mengapa tidak pula kami disini. Tapi itulah orang
melayu di malaysia masih perlu berusaha untuk memantapkan diri, belajar
lebih berdikari dan tidak mengharapkan bantuan subsidi kerajaan. Tidak
perlu lagi "tongkat", tapi sudah boleh berdiri sendiri.

Tapi semua itu hakikat yang terpaksa di hadapi dan orang melayu perlu ke
keluar dari kepompong mereka. Melihat dan belajar dari orang untuk terus
maju.

Semalam telah di keluarkan satu pernyataan oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad
Badawi (berdarah melayu Acheh, Penang) bahawa sekarang malaysia akan
melalui tempoh peralihan kuasa. Dan Dr Mahathir akan meletakkan jawatan
sepenuhnya pada Oktober 2003. Selepas ini jawatan PM akan di sandang oleh
Abdullah ahmad badawi. Insyaalah dalam jangka masa setahun ini, akan ada
lebih banyak kemajuan akan di capai oleh orang melayu di malaysia ini.

Sekian dulu ?
Wasalammm? Maaf kiranya ini tidak cukup untuk menjawab soalan saudara?
mungkin kita akan berdiskusi pada masa dan kesempatan yang lain.
Fadil...

>From: [EMAIL PROTECTED]
>To: "mohdfadzil ahmadfadzil"
>Subject: rencana undur diri mahathir
>Date: Tue, 25 Jun 2002 07:45:31 +0700
>
>
>Halo selamat pagi , apa kabar bapak ( encik ) Ahmad Fadzil ,
>kemarin menarik juga saya mendengar berita bahwa Mahathir berencana mundur
>dari UMNO karena merasa
>kurang berhasil meningkatkan ekonomi puak melayu ? dibanding puak Chinese
?
>
>ada apa sih sebenarnya, kok dramatis juga , sebab saya lihat mahathir
cukup
>berhasil mengembangkan ekonomi melayu , mungkin baik pula disampaikan
>ulasannya oleh encik Fadzil di milis Rantaunet, sehingga kita bisa menarik
>pelajaran berharga dari kasus tsb
>( khususnya mengenai bagaimana meningkatkan ekonomi melayu dan dalam hal
>apa bisa gagal ? )
>
>sekian dari saya
>
>wassalam

>Hendra Messa
>Jakarta








RantauNet http://www.rantaunet.com

Isikan data keanggotaan anda di http://www.rantaunet.com/register.php3
==============================================Mendaftar atau berhenti menerima 
RantauNet Mailing List di: http://www.rantaunet.com/subscribe.php3

ATAU Kirimkan email Ke/To: [EMAIL PROTECTED]
Isi email/Messages, ketik pada baris/kolom pertama:
-mendaftar--> subscribe rantau-net [email_anda]
-berhenti----> unsubscribe rantau-net [email_anda]
Keterangan: [email_anda] = isikan alamat email anda tanpa tanda kurung
==============================================

Kirim email ke