Title: RE: Kisah dibalik sholat 5 waktu




    Ali bin Abi Talib r.a berkata : �

    "Sewaktu Rasullullah S.A.W duduk bersama para sahabat Muhajirin dan Ansar, maka dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan orang-orang Yahudi �

    lalu berkata: Ya Muhammad, kami hendak tanya kepada kamu kalimat-kalimat yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa A.S.yang tidak �

    diberikan kecuali kepada para Nabi utusan Allah atau malaikat muqarrab.' �

    Lalu Rasullullah S.A.W.bersabda: 'Silahkan bertanya.'

    Berkata orang Yahudi:'Silahkan terangkan kepada kami tentang 5 waktu yang �
    diwajibkan oleh Allah ke atas umatmu.' �

    �Sabda Rasullullah S.A.W.:'Sembahyang Zuhur jika tergelincir matahari, maka �

    bertasbihlah segala sesuatu kepada TuhanNya, Sembahyang Asar itu ialah saat ketika Nabi Adam A.S. memakan buah Khuldi, Sembahyang Maghrib itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi Adam A.S.,maka setiap �

    mukmin yang bersembahyang Maghrib dengan ikhlas kemudian dia berdoa meminta sesuatu pada Allah maka pasti Allah akan mengkabulkan permintaannya. �

    Sembahyang Isya' itu ialah sembahyang yang dikerjakan oleh para �
    Rasul-Rasul sebelumku, Sembahyang Subuh adalah sebelum terbit matahari, �
    ini kerana apabila matahari terbit, terbitnya di antara dua tanduk syaitan dan di situ sujudnya tiap orang kafir.' �

    Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah S.A.W. maka �
    mereka berkata: 'Memang benar apa yang kamu katakan itu Muhammad, �
    katakanlah kepada kami apakah pahala yang akan didapati oleh orang yang �
    sembahyang. �

    Rasullullah S.A.W bersabda:

    'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sembahyang yang pertengahan, �
    sembahyang Zuhur, pada saat itu nyalanya neraka Jahanam, orang mukimin �
    yang mengerjakan sembahyang pada ketika itu akan diharamkan ke atasnya �
    wap api neraka Jahanam pada hari Kiamat.' �

    Sabda Rasullullah S.A.W. lagi: 'Manakala sembahyang Asar, adalah saat di �
    mana Nabi Adam A.S. memakan buah Khuldi. Orang mukmin yang mengerjakan sembahyang Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir.' �

    Setelah itu Rasullullah S.A.W. membaca ayat yang bermaksud:'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sekali sembahyang yang pertengahan, sembahyang Maghrib itu adalah saat di mana taubat Nabi Adam A.S. diterima. �

    Seorang mukmin yang ikhlas mengerjakan sembahyang Maghrib kemudian �
    meminta sesuatu dari Allah maka Allah akan perkenankan.'Sabda Rasullullah �
    S.A.W. : 'Sembahyang Isya' (atamah). Katakan kubur itu adalah sangat gelap �
    dan begitu juga pada hari Kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan dalam �
    malam yang gelap untuk pergi menunaikan sembahyang Isya' berjamaah, Allah �
    S.W.T. haramkan dari terkena nyalanya api neraka dan diberinya cahaya untuk menyeberangi titi sirath.' �

    Sabda Rasullullah S.A.W. seterusnya: 'Sembahyang Subuh pula, seorang mukmin yang mengerjakan sembahyang subuh selama 40 hari secara berjamaah, diberi oleh Allah S.W.T. dua kebebasan yaitu: �

    1. Dibebaskan dari api neraka. �
    2. Dibebaskan dari nifaq. �

    Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah S.A.W. maka �
    mereka berkata: 'Memang benarlah apa yang kamu katakan itu wahai Muhammad (S.A.W). �

    Kini katakan pula kepada kami semua kenapakah Allah S.W.T. mewajibkan �
    puasa 30 hari ke atas umatmu?'. �

    Sabda Rasullullah S.A.W.:

    'Ketika Nabi Adam memakan buah pohon yang dilarang,lalu makanan itu �
    tersangkut dalam perut Nabi Adam A.S.selama 30 hari. Kemudian Allah S.W.T. mewajibkan ke atas keturunan Adam A.S. berlapar selama 30 hari. �

    Sementara izin makan diwaktu malam itu adalah sebagai kurnia Allah S.W.T. �
    kepada makhlukNya.' �

    Kata orang Yahudi: 'Wahai Muhammad, memang benarlah apa yang kamu katakan itu. Kini terangkan kepada kami ganjaran pahala yang diperolehi dari puasa itu.' �

    Sabda Rasullullah S.A.W.: 'Seorang hamba yang berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan ikhlas kepada Allah S.W.T. dia akan diberi oleh Allah S.W.T. tujuh perkara: �

    1. Akan dicairkan daging haram yg tumbuh dari badannya(daging yang �
        tumbuh dengan makanan yang haram). �
    2. Rahmat Allah sentiasa dekat dengannya. �
    3. Diberi oleh Allah sebaik-baik amal. �
    4. Dijauhkan dari merasa lapar dan haus. �
    5. Diringan baginya siksa kubur (siksa yang sangat mengerikan). �
    6. Diberikan cahaya oleh Allah S.W.T. pada hari Kiamat untuk menyeberang �
        titian sirath. �
    7. Allah S.W.T. akan memberinya kemudian di syurga.' �

    Kata orang Yahudi: 'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad.

    Katakan kepada kami kelebihanmu antara semua para nabi-nabi.'

    Sabda Rasullullah S.A.W.:'Seorang nabi mengunakan doa mustajabnya �
    untuk membinasakan umatnya, tetapi saya tetap menyimpankan doa saya �
    (untuk saya gunakan memberi syafaat pada umat saya di hari kiamat).' �

    Kata orang Yahudi: 'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad, kini �
    kami mengakui dengan ucapan Asyhadu Alla illaha illallah, wa annaka �
    Rasulullah (kami percaya bahawa tiada Tuhan kecuali Allah dan engkau utusan �
    Allah).' �
    "Dan sesungguhnya akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit �
    ketakutan, kelaparan,kekurangan harta, jiwa dan buah2an. Dan berilah �
    berita gembira kepada orang2 yang sabar." (Al-Baqarah : 155) ��

    Disebutkan didalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk �
    dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing �
    masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP. �

    Bertanya orang kepada Rasulullah saw : "Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?" �

    Maka jawabnya Rasulullah saw,"Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih �
    disebabkan oleh WUDHU'." �

    Bila qiamat datang maka malaikat datang kekubur orang mukmin sambil �
    membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas �
    SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. �

    Bukanlah debu itu dari debu kubur mereka, akan tetapidebu itu ialah debu. �
    KEIMANAN mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui �
    titian Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang �
    melihat para mukmin itu mengetahui bahwa mereka adalah pelayan Ku dan �hamba-hambaKu. �

    Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahwa sepuluh orang yang mayatnya �
    TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati : �

    1. Para Nabi �
    2. Para Ahli Jihad �
    3. Para Alim Ulama �
    4. Para Syuhada �
    5. Para Penghafal Al Quran �
    6. Imam atau Pemimpin yang Adil �
    7. Tukang Azan �
    8. Wanita yang mati kelahiran/beranak �
    9. Orang mati dibunuh atau dianiaya �
    10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman. �

    Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: �

    Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada di dalam kubur �
    dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan : �

    Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku �
    berpuasa (ahli puasa) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah buahan syurga. �

    Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua �
    anak-anak yang belum baligh,lalu mereka semua datang dengan membawa �
    dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang �
    penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat �
    banyak melebihi daun-daun kayu dibumi. �

    Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu �
    kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di �
    dalam Surah Al-Haqqah bermaksud : �

    "Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu �
    kerjakan pada HARI yang telah LALU itu." �

    * Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu �
    yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang �
    mengajarnya meskipun dia sudah mati. "Dan (ingatlah) Allah sentiasa �
    mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan." �



    Surah Al-Baqarah : 237



    � _____ �

    Do you Yahoo!?
    HotJobs - Search new jobs daily now

Kirim email ke