----- Original Message -----
Sent: Tuesday, January 07, 2003 10:58
AM
Subject: [RantauNet.Com] Luasnya Neraka
?...
Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata:
Jibril
datang kepada Nabi Muhammad saw pada waktu yg ia tidak biasa
datang
dalam
keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi Muhammad
s.a.w.: "Mengapa
aku
melihat
kau berubah muka?"
Jawabnya:
"Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya
dikobarkan
penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui
bahawa
neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan
siksa
Allah
itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman
daripadanya."
Lalu nabi s.a.w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan
padaku sifat Jahannam."
Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan
Jahannam, maka dinyalakan selama
seribu tahun, sehingga merah, kemudian
dilanjutkan seribu tahun sehingga
putih, kemudian seribu tahun sehingga
hitam, maka ia hitam gelap, tidak
pernah padam nyala dan baranya.
Demi
Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang
jarum
nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.
Demi
Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli
neraka
itu
digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati
penduduk bumi kerana
panas dan basinya.
Demi Allah yg mengutus engkau
dengan hak, andaikan satu pergelangan dari
rantai yg disebut dalam
Al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit, nescaya
akan cair sampai ke
bawah bumi yg ke tujuh.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan
seorang di hujung barat
tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di
hujung timur kerana
sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan
perhiasannya besi, dan
numannya air panas campur nanah, dan pakaiannya
potongan-potongan api.
Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada
bahagiannya yang
tertentu dari orang laki-laki dan
perempuan."
Nabi s.a.w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan
pintu-pintu rumah
kami?"
Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu
terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya,
dari pintu ke pintu jarak
perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas
dari yang lain 70 kali
ganda." (nota kefahaman: yaitu yg lebih bawah lebih
panas)
Tanya
Rasulullah s.a.w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"
Jawab
Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik,
dan
orang-orang
yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa
a.s. serta keluarga
Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua
tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,
Pintu ketiga tempat orang
shobi'in bernama Saqar.
Pintu keempat tempat Iblis dan pengikutnya dari
kaum majusi bernama Ladha,
Pintu kelima orang yahudi bernama
Huthomah.
Pintu ke enam tempat orang nasara bernama
Sa'eir."
Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w.
sehingga ditanya:
"Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke
tujuh?"
Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari
ummatmu yg sampai
mati belum sempat bertaubat."
Maka nabi s.a.w.
jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga
Jibrail meletakkan
kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar
kembali
dan
sesudah sedar nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar
kerisauanku
dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang
akan masuk ke
dalam neraka?"
Jawabnya: "Ya, yaitu orang yg
berdosa besar dari ummatmu."
Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail
juga menangis, kemudian nabi s.a.w.
masuk ke dalam rumahnya dan tidak
keluar kecuali untuk sembahyang kemudian
kembali dan tidak berbicara dengan
orang dan bila sembahyang selalu
menangis
dan
minta kepada
Allah.(dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai")
Dari Hadith
Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan
kamu tak
dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu
bahawa
neraka jahanamKu itu:
1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2.
Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000
kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah
mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap
kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum
mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70
hasta mengandungi lautan
racun
yang hitam pekat.
10.Juga di bawah
setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11.Setiap rantai diseret oleh
70,000 malaikat
Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita
semua. Wallahua'lam.
Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat
159
Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami
turunkan
dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah
Kami
menerangkannya
kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu
dilaknat oleh Allah dan
dilaknat oleh sekalian makhluk.
Dari
Abdullah bin 'Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda:"
Sampaikanlah
pesanku
biarpun satu
ayat..