MALAYSIA NEGARA ISLAM
Oleh : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
PENDAHULUAN
Istilah �Negara Islam� tidak tercatat secara langsung dalam al-Quran
dan al-Sunnah. Perbahasan mengenainya hanya dibuat berpandukan kepada
ijtihad para ulama mujtahidin. Perbahasan ini dibuat bertujuan
menentukan kategori sesuatu negara atau tempat yang didiami oleh umat
Islam samada bertaraf �kampung halaman Islam atau hak umat Islam� atau
�kampung halaman kafir harbi� yang memerangi umat Islam.
Negara-negara di dunia ini mengikut penilaian hukum fiqh terbahagi
kepada tiga kategori, iaitu;
i. Negara Islam.
ii. Negara kafir yang berperang dengan Islam, dan.
iii. Negara kafir yang tidak memerangi Islam.
DEFINISI NEGARA ISLAM
Beberapa definisi Negara Islam yang dirumuskan oleh ulama dan
cerdikpandai Islam adalah seperti berikut;
i. Muhammad bin Hasan As Syaibani:
�Negara yang dikuasai dan diperintah oleh umat Islam dan orang-orang
Islam menikmati keamanan dan keselesaan di dalamnya�.
ii. Muhammad Abu Zuhrah:
�Negara Islam ialah negara yang berada di bawah kuasa pemerintahan
orang Islam. Kekuatan dan pertahananya dikuasai orang Islam. Negara
sedemikian wajib dipertahankan oleh setiap individu muslim�.
Berpandukan kepada definisi di atas, jelaslah Malaysia adalah sebuah
negara Islam. Keraguan dan pertikaian mengenai Malaysia sebagai sebuah
negara Islam adalah tidak berasaskan fakta dan ianya tertolak.
Malaysia sebagai negara Islam telah diperkuatkan lagi dengan
peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan bahawa Islam adalah agama
bagi Persekutuan. Peruntukan ini tidak diadakan oleh penjajah, tatapi
diusaha oleh pejuang dan pemimpin negara seiring perjuangan mencapai
kemerdekaan.
ASAS-ASAS NEGARA ISLAM
Asas-asas utama sesebuah negara itu diiktiraf sebagai negara Islam
antaranya ialah;
� Sesebuah negara yang tunduk akur di bawah kuasa Islam dan orang
Islam sebagai ketua pemerintah.
� Tanahair orang Islam adalah sah sebagai negara Islam.
� Sesebuah negara yang aman dan bebas didirikan syiar Islam di
dalamnya.
MALAYSIA ADALAH NEGARA ISLAM
Hasil dari definisi dan pandangan ulama mengenai negara Islam,
jelaslah Malaysia sebagai negara Islam kerana ciri-ciri berikut;
�Malaysia adalah tanahair orang Islam sejak turun temurun.
�Ketua pemerintahan negara dipegang oleh orang Islam.
�Malaysia masih didiami oleh orang-orang Islam sebagai pemunya.
�Umat Islam bebas menunaikan amalan syariat Islam malah dibantu oleh Kerajaan.
�Sistem mempertingkatkan ibadah, munakahat dan muamalat dilaksanakan
di serata negara.
�Pendidikan Islam diajar dari peringkat sekolah rendah hingga ke
peringkat institusi pengajian tinggi dan sentiasa ditingkatkan
mutunya. �Mahkamah syariah ditubuh dengan rasmi dan hasil keputusannya
tidak
boleh diganggu oleh mahkamah sivil.
MALAYSIA NEGARA SEKULAR ?
Terdapat di kalangan umat Islam di Malaysia yang menganggap Malaysia
sebagai negara sekular. Oleh itu eloklah difahami terlebih dahulu
apakah erti sekular. Perkataan �sekular� berasal daripada perkataan
Latin seaculum yang bermakna �alam ini� atau �dunia ini�. Gerakan
fahaman sekularisma bermula pada pertengahan abad ke 19 di England
yang diasaskan oleh George Jacob Holyoake (1817-1906). Golongan ini
hanya mementingkan kebajikan manusia di dunia dan menafikan kewujudan
alam akhirat.
Dalam suasana sedemikian, sekularisma telah dipersepsikan menerusi
ciri-ciri berikut;
� Menolak kepercayaan adanya Tuhan. Segalanya berpusat pada alam ini.
� Menolak kepercayaan adanya hari akhirat dan perkara-perkara
berkaitan dengan kehidupan selepas mati.
� Agama dan dunia terpisah secara total.
Apa yang sedang diamalkan oleh negara Malaysia hari ini ialah berusaha
menjaga kebajikan umat Islam dan memartabatkan agama Islam serta tidak
lupa tanggungjawab kepada rakyat bukan Islam. Tanggungjawab sedemikian
adalah sebahagian suruhan Islam.
Kerajaan juga telah berusaha memantapkan akidah, memajukan syariah dan
mempertinggikan akhlak umat. Dengan pelaksanaan tugas-tugas tersebut,
keadaan dan keraguan serta kekeliruan umat Islam di negara ini adalah
tidak berasas dan tidak mempunyai sebarang faedah. Status negara
Malaysia sebagai negara Islam tidak boleh lagi dipertikaikan,
sebaliknya adalah lebih baik menerima realiti yang ada dan berusaha
memperkuat serta memperbaiki lagi mana-mana kelemahan dan kekurangan
jika ada.
USAHA YANG DILAKUKAN OLEH KERAJAAN MALAYSIA
Antara usaha yang dilakukan oleh Kerajaan dalam menunaikan
tanggungjawab sebagai sebuah Kerajaan Islam ialah seperti berikut;
�Menjaga kepentingan agama serta mentadbir urusan negara dan umat.
�Mengurus pemerintahan adalah antara kewajipan agama yang terbesar,
malah agama itu sendiri tidak dapat ditegakkan tanpa wujudnya
pemerintahan.
�Memelihara agama dari sebarang pencerobohan fahaman dan ajaran yang
boleh memesongkan akidah sebenar Islam. Fahaman agama yang dipegang
ialah yang bertepatan dengan al-Quran dan al-Sunnah serta akidah Ahli
Sunnah Wal Jamaah.
�Melantik jemaah menteri bagi membantu negara dalam menjalankan
tugas-tugas pemerintahan. Dalam hal ini, Islam mengharuskan melantik
orang bukan Islam yang menjadi warganegara sebagai menteri untuk
melaksanakan dasar-dasar yang dibuat oleh kerajaan.
�Menyediakan tenaga tentera dan sistem pertahanan negara bagi menjamin
keselamatan agama, bangsa dan negara.
�Mewujudkan sistem perundangan dan kehakiman bagi menyelesaikan
pertikaian dan menegakkan keadilan.
�Mendirikan dan menguruskan kelicinan peribadatan seperti mendirikan
masjid dan menguruskan pentadbiran berkaitannya.
�Mengendalikan urusan ibadat haji dengan teratur.
�Menguruskan hal ehwal zakat secara bersistem.
�Memungut hasil cukai yang pelbagai untuk dana negara.
�Menguruskan sistem pentadbiran awam yang cemerlang.
�Membanteras jenayah dan sebagainya.
KEWAJIPAN RAKYAT TERHADAP PEMERINTAH
Oleh kerana Malaysia sebuah negara Islam, maka berkewajipan setiap
rakyat melaksanakan tugas-tugas dan tanggungjawab yang antara lainnya
ialah seperti berikut;
�Taat serta patuh dengan ikhlas dan penuh rasa bangga.
�Bersedia menolong pemerintah dalam melaksanakan tanggungjawabnya.
�Menjauhi diri dari perbuatan-perbuatan mungkar seperti menganggu
ketenteraman awam, menimbulkan huru-hara dan mengancam keselamatan
masyarakat dan negara.
�Bertanggungjawab mempertahan dan menaikkan nama negara pada bila-bila
masa dan di mana sahaja.
�Berusaha membangun dan memajukan ekonomi diri, masyarakat dan negara.
PENUTUP
Malaysia sebagai sebuah negara Islam adalah menepati dengan definisi
yang diperkatakan oleh ulama masa kini dan terdahulu. Tugas kita
sekarang ini adalah untuk mengisi dan memantapkan lagi apa-apa yang
perlu diperkemaskan dan tidak lagi menghabiskan masa mempertikaikannya
kerana telah jelas bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam yang
terbukti dari segi sejarah, perundangan, pembangunan dan penghayatan
Islam.
Disediakan oleh;
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Hakcipta Terpelihara JAKIM � 2001
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Aras 4-9 Blok D7, Pusat Pentadbiran
Kerajaan Persekutuan. 62502 PUTRAJAYA
www.islam.gov.my

Do you Yahoo!?
SBC Yahoo! DSL - Now only $29.95 per month!