Server mailing list RantauNet berjalan atas sumbangan para anggota, simpatisan dan 
semua pihak yang bersedia membantu. Ingin menyumbang silahkan klik: 
http://www.rantaunet.com/sumbangan.php
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

KEPALSUAN HADIS KELEBIHAN TARAWIH
http://surau.org 

Berkata Imam Nawawi: " Haram meriwayatkan sesuatu
hadis palsu (maudhu`) bagi orang yang mengetahui
bahawa hadis itu maudhu` atau dia hanya menyangka
hadis ini maudhu`. Siapa yang menceritakan hadis yang
dia tahu atau dia sangka bahawa ianya maudhu` serta
dia tidak menerangkan keadaannya maka dia termasuk
dalam ancaman ini." 

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi
Penyayang.Puji-pujian bagi Allah Subhanahu wata'ala,
selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad
Sallaahu 'alaihi wasallam serta para sahabatnya.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini satu hadis
tentang kelebihan tarawikh pada malam-malam ramadhan
telah tersebar dengan meluas sekali.Media-media
elektronik,media-media cetak serta media-media massa
turut sama memainkan peranan mereka menyebarkannya
melalui akhbar-akhbar, dairi-dairi Islam, TV,
radio,risalah-risalah dan lain- lain dengan harapan
semoga mereka mendapat sahamdalam usaha menggalakkan
umat Islam supaya rajin beramal ibadat terutamanya
dalam bulan yang diberkati itu.

Hadis yang dimaksudkan itu ialah satu hadis yang agak
panjang kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a.
yang sebahagian darinya adalah seperti berikut :
"Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah
s.a.w. telah bersabda berkenaan dengan fadhilat
sembahyang tarawih pada bulan Ramadhan antaranya:

Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada
malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan
(mendapat keampunan dari Allah Taala).

Malam Keempat: Mendapat pahala sebagaimana pahala
orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil
dan Al-Quran.

Malam Keenam: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala
malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul-Ma`mur
(sebanyak 70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap
batu-batu dan tanah akan mendoakan supaya Allah
mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang
tarawih pada malam ini.

Malam Ketujuh: Seolah-olah dia dapat bertemu serta
menolong Nabi Musa A.S. menentang musuh ketatnya
Firaun dan Haman.

Malam Kelapan: Allah mengurniakan pahala orang
sembahyangtarawih sepertimana yang telah dikurniakan
kepada Nabi Ibrahim A.S.

Malam Kesembilan: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan
mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Dan kelebihan-kelebihan seterusnya sehingga sampai
kemalam yang ke-tiga puluh.

Namun begitu setelah diajukan pertanyaan kepada
beberapa tokoh agama tanahair tentang kedudukan hadis
ini, dari manakah ia diambil,semuanya tidak dapat
memberikan penjelasan. Dan setelah diteliti dalam
kitab induk hadis seperti Sunan Sittah dan lain-lain
kitab hadis lagi, ianya tidak ditemui. Begitu juga
dalam kitab-kitab hadis palsu (maudhu`aat) sendiri pun
tidak didapati hadis ini.

 
Ini menunjukkan bahawa hadis ini merupakan satu hadis
yang baru diada-adakan sehingga ulama-ulama hadis
dahulu yang menulis tentang hadis maudhu` pun tidak
mengetahui akan wujudnya hadis ini.

 
Kita tidak menafikan kelebihan sembahyang tarawih dan
kedudukannya didalam sunnah. Namun begitu kita tidak
mahu umat Islam tertipu dengan berbagai-bagai janji
palsu yang menyebabkan umat Islam mengerjakan
amalan-amalan kebaikan dengan mengharapkan sesuatu
yang sebenarnya tidak akan diperolehinya.

Dengan tersebarnya hadis-hadis palsu seumpama ini juga
akan mencemarkan kesucian hadis Rasulullah s.a.w. yang
dipelihara dengan dengan begitu baikoleh ulama-ulama
kita dahulu.

Rasulullah S.A.W. telah pun memberikan amaran terhadap
orang-orang yang mengadakan pendustaan atas namanya
dengan ancaman yang berat sebagaimana sabdanya : "
Barang siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka
hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka."
(Sohih Bukhori, Muslim)

Hadis ini diriwayatkan dengan banyak sekali sehingga
sampai keperingkat Mutawatir. Ancaman ini merangkumi
segala jenis pendustaan ke atas Nabi S.A.W. sama ada
dengan maksud memberi galakan supaya rajin beramal
ibadat ataupun ancaman supaya menjauhi segala larangan
Allah (targhib dan tarhib).

Mulla Ali Qari dalam Al-Asrarul-Marfu'ah selepas
membawakan lebih dari seratus riwayat hadis tentang
pendustaan atas nama Nabi Muhammad S.A.W. menukilkan
kata-kata Imam Nawawi dalam syarah Muslim. Kata Imam
Nawawi: Haram meriwayatkan sesuatu hadis palsu
(maudhu`) bagi orang yang mengetahui bahawa hadis itu
maudhu` atau dia hanya menyangka hadis ini maudhu`.
Siapa yang menceritakan hadis yang dia tahu atau dia
sangka bahawa ianya maudhu` serta dia tidak
menerangkan keadaannya maka dia termasuk dalam ancaman
ini.

Katanya lagi, tidak ada perbezaan dalam pengharaman
pendustaan atas Nabi Muhammad S.A.W. di antara hadis
tentang hukum-hukum dan hadis yang bukan berkenaan
dengan hukum seperti hadis yang mengandungi orongan
serta galakan beramal ibadat, hadis-hadis nasihat dan
lain lain.Semuanya haram termasuk dalam sebesar-besar
dosa dan sejelek-jelek perkara dengan ijmak ulamak
Islam.

Seterusnya Al-Imam berkata: " Ulama-ulama telah pun
sepakat tentang haram berdusta atas nama orang-orang
biasa. Bagaimana pula dengan orang yang kata-katanya
adalah syariat,kalamnya adalah wahyu dan berdusta
atasnya adalah pendustaan atas Allah juga. Firman
Allah bermaksud: Tidaklah dia mengucapkan mengikut
kemahuan hawa nafsunya. Apa yang diucapkan tidak lain
melainkan wahyu yang diwahyukan. (An-Najm: 3-4)."

Di dalam hadis tersebut nampaknya ada galakan supaya
umat Islam rajin untuk melakukan amalan terawih dalam
bulan Ramadhan seperti mana kita sering dapati hadis
ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang
yang mana sebenarnya hadis itu pun telah direka atas
nama nabi Muhammad S.A.W. seperti contoh satu hadis
yang sebahagian darinya berbunyi: "Jika seseorang itu
meninggalkan sembahyang zohor dosanya adalah seperti
dia berzina dengan ibunya sendiri.Jika dia
meninggalkan sembahyang sembahyang asar dosanya adalah
seperti meruntuhkan Kaa'bah".

Kepada kaum Muslimin yang dikasihi sekalian,adakah
tidak memadai dengan bagi kita dengan janji ganjaran
dari Allah bagi orang yang menghidupkan malam Ramadhan
yang terdapat dalam kitab hadis shahih contohnya hadis
yang bermaksud: " Sesiapa yang menghidupkan malam
Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan
ganjaran dari Allah diampunkan dosa-dosanya yang
lalu." (Al-Bukhari)

Kepada Ummat Muhammad sekalian,adakah tidak cukup bagi
kita dengan ancaman terhadap orang yang meninggalkan
sembahyang yang terdapat dalam al-Quran antaranya
firman Allah yang bermaksud: " Apakah yang menyebabkan
kamu dimasukkan kedalam neraka saqar? Mereka menjawab:
Kami dahulu termasuk orang yang tidak mengerjakan
sembahyang." (AlMuddatsir)

Sebenarnya bagi mereka yang suka menghidupkan malam
Ramadhan tidak mesti dengan adanya hadis rekaan yang
seperti ini mereka akan bersungguh-sungguh dalam
menghidupkan amalan tarawih ini. Dan orang yang malas
bersembahyang bawalah hadis yang bagaimana teruk
sekalipun siksaannya namun mereka tetap tidak mahu
mengerjakannya.

 
Diantara ciri-ciri hadis maudhu` (rekaan) dari segi
zahirnya selain dari meneliti sanad perawinya ialah :

1. Kelebihan yang disebutkan menyamai atau mengatasi
kelebihan yang terdapat pada para sahabat nabi kita
Muhammad S.A.W. atau orang yang berjuang bersama
dengan nabi-nabi yang lain apatah lagi untuk menyamai
atau mengatasi kedudukan nabi-nabi kerana umat yang
datang kemudian walaupun setinggi-tinggi wali
sekalipun
tidak akan dapat mengatasi atau menyamai kedudukan
sekecil-kecil sahabat apatah lagi untuk menyamai
kedudukan seorang nabi.

2. Kelebihan yang terdapat didalamnya tidak sepadan
dengan amalan yang dilakukan dimana ia menyalahi apa
yang terdapat dalam syariat sebagaimana tersebut dalam
Al-Qur'an dan hadis-hadis shohih.

3. Kandungannya serta ertinya rapuh, tidak menyerupai
kalam Nabi Muhammad s.a.w. dan lafaznya tidak sesuai
keluar dari mulut Nabi sepertimana yang terdapat dalam
hadis-hadis shohih.

4. Didalam setengah risalah yang terdapat hadis ini,ia
dimulai dengan "Ya Ali" sedangkan ulama-ulama hadis
telah mengatakan bahawa hadis-hadis yang dimulai
dengan kata-kata ini hanya dua atau tiga sahaja yang
shohih.Yang lainnya adalah palsu.

Oleh itu umat Islam sekalian terutamanya pihak-pihak
berkenaan seperti institusi-institusi agama
diperingkat negeri dan pusat sepatutnya prihatin
terhadap perkara seperti ini demi menjaga kesucian
hadis Rasul yang menjadi pegangan kedua Ahlus Sunnah
Wal Jamaah.Umat Islam janganlah mudah tertipu dengan
diayah-diayah palsu yang dikaitkan dengan Rasulullah
sedangkan ia tidak ada hubungan langsung dengan
Rasulullah s.a.w. Janganlah sampai masyarakat kita
melakukan sesuatu amalan dengan harapan akan mendapat
pahala sedangkan sebaliknya dosa besar pula yang
diperolehi dengan menyebarkan dan seterusnya beramal
dengan hadis-hadis palsu seperti ini.

Petikan Fatwa daripada : Jabatan Mufti Kerajaan Negeri
Terengganu

salam
Ephi
http://surau.org
http://lintau.com 

________________________________________________________________________
Want to chat instantly with your online friends?  Get the FREE Yahoo!
Messenger http://mail.messenger.yahoo.co.uk
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ingin memasarkan produk anda di web RantauNet http://www.rantaunet.com 
Hubungi [EMAIL PROTECTED] atau [EMAIL PROTECTED]
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Isikan data keanggotaan anda di http://www.rantaunet.com/daftar.php
----------------------------------------------------
Berhenti menerima RantauNet Mailing List, silahkan ke: 
http://www.rantaunet.com/unsubscribe.php
========================================

Kirim email ke