Server mailing list RantauNet berjalan atas sumbangan para anggota, simpatisan dan 
semua pihak yang bersedia membantu. Ingin menyumbang silahkan klik: 
http://www.rantaunet.com/sumbangan.php
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Adakah wajib imsak bagi orang yang bermusafir ? 


Soalan: Apakah kifarat bersetubuh dengan sengaja pada bulan puasa 
Jawapan: Kifarat bersetubuh hendaklah memerdekakan seorang hamba Islam
yang sempurna dari kecacatan, kalau tidak berkuasa hendaklah berpuasa 2
bulan berturut-turut, jika tidak berkuasa hendaklah beri makan kepada 60
orang miskin setiap seorang secupak. Cara membayar kifarat ini hendaklah
mengikut tertib seperti di atas. 
Soalan: Kalau seseorang membatalkan puasanya dengan bersetubuh kemudian
mati sebelum maghrib. Apakah hukumnya 
Jawapan: Hukumnya adalah berdosa dan tidak dikenakan kifarat ke atasnya
dan keluarganya. 
Soalan: Kifarat bersetubuh dikenakan kepada siapa (suamil isteri) 
Jawapan: Kifarat bersetubuh dikenakan ke atas suami sahaja. 
Soalan: Adakah batal puasa seseorang yang terkeluar mani dengan sebab
khayalan 
Jawapan: Sekiranya bila dia berkhayal biasa keluar mani maka batal
puasanya, kalau biasanya dia berkhayal tidak keluar mani maka tidak
batal puasanya. 
Soalan: Adakah boleh diqada' sembahyang atau diberi fidyah kepada si
mati yang tak bersembahyang 
Jawapan: Yang muktamad tidak boleh diqada' dan tidak boleh diberi fidyah
tetapi Imam Subki dari Ulama' yang bermazhab dengan Mazhab Syafie
mengatakan boleh diqada' dan mengikut Mazhab Abu Hanifah boleh diberi
fidyah sebagaimana fidyah mereka yang meninggalkan puasa, kita boleh
bertaalik kepada dua pendapat tadi. 
Soalan: Adakah wajib berimsak dari perkara-perkara yang membatalkan
puasa, beberapa minit sebelum subuh 
Jawapan: Tidak wajib berimsak tetapi adalah sunat menjauhi dari
makan/minum dan lainnya sekadar baca surah Mursolat sebelum Subuh lebih
kurang dalam enam minit. 
Soalan: Orang yang tidak berpuasa kerana tidak berniat malam dan orang
yang membatalkan puasanya, adakah boleh makan/minum dan lainnya 
Jawapan: Wajib mereka berimsak iaitu menahan diri dari makan minum dan
perbuatan yang membatal puasa, walaupun mereka tidak berpuasa. 
Soalan: Apakah hukum yang dikenakan kerana berzina atau wathisubhah pada
bulan puasa 
Jawapan: Hukumnya batal puasa dan dikenakan kifarat ke atas kedua-duanya
sekali (lelaki dan perempuan). 
Soalan: Seorang perempuan putus haid di siang hari adakah wajib dia
berimsak 
Jawapan: Sunat berimsak. 
Soalan: Sekiranya seseorang yang membatalkan puasa nazar/qada' adakah
wajib dia berimsak 
Jawapan: Tidak wajib berimsak. 
Soalan: Adakah wajib imsak bagi orang musafir yang berbuka puasa apabila
sampai ke tempat tinggalnya (bermastautin/bermukim) 
Jawapan: Mengikut khaul yang lebih betul tidak wajib berimsak. 
Soalan: Adakah perempuan yang haid wajib berimsak 
Jawapan: Perempuan yang haid haram berimsak sebagaimana dia haram
bersembahyang. 
Soalan: Kanak-kanak yang tidak berpuasa dan baligh di siang hari, adakah
wajib berimsak dan qada' puasanya 
Jawapan: Tidak wajib berimsak dan tidak wajib qada'. 
Soalan: Seseorang yang keluar dari kampungnya setelah fajar kerana
musafir, adakah harus bagi mereka berbuka puasa 
Jawapan: Tidak harus berbuka bahkan wajib disempurnakan puasanya. 
Soalan: Adakah sunat berniat puasa beserta dengan lafaz 
Jawapan: Sunat. 
Soalan: Seseorang yang telah menyediakan makanan untuk makan sahur,
kemudian dia terjaga selepas fajar, adakah sah puasanya pada hari itu 
Jawapan: Sah puasa dengan penyediaan sahurnya kerana penyediaan sahur
itu dianggap sebagai telah berniat. 
Soalan: Adakah sah puasa orang yang berbuka dengan syak masuk waktu
maghrib 
Jawapan: Tidak sah puasanya. 
Soalan: Adakah sah puasa orang yang bersahur yang berat sangkanya, masuk
waktu Subuh 
Jawapan: Sah puasanya selagi dia tidak yakin masuk waktu Subuh dan
sekiranya yakin, tidak sah puasanya dan diwajibkan qada'. 
Soalan: Adakah sah puasa seseorang yang biasanya apabila melihat bangkai
dia muntah, tetapi sengaja dilihatnya 
Jawapan: Tidak sah puasanya tetapi sekiranya tidak sengaja maka tidak
batal puasanya. 
Soalan: Apakah hukum menggosok gigi di bulan puasa 
Jawapan: Hukumnya sunat dia menggosok gigi sebelum gelincir matahari dan
makruh selepas gelincir matahari. 
Soalan: Adakah batal puasa termuntah dengan sebab menggosok gigi 
Jawapan: Tidak batal kecuali mereka yang biasanya muntah apabila
mengggosok gigi dan sengaja dia meggosoknya. 
Soalan: Apakah hukum cabut gigi, berbekam dan berpatik semasa berpuasa 
Jawapan: Hukumnya makruh. 
Soalan: Apakah hukumnya seseorang yang tidak dapat berpuasa pada bulan
Ramadhan kerana sakit yang berkekalan dan mati selepasnya 
Jawapan: Tidak ada apa hukum ke atasnya dan begitu juga warisnya. 

Arkib Ar-Ramadhan


-- 
Wassalam,
Anaswir <[EMAIL PROTECTED]> 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ingin memasarkan produk anda di web RantauNet http://www.rantaunet.com 
Hubungi [EMAIL PROTECTED] atau [EMAIL PROTECTED]
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Isikan data keanggotaan anda di http://www.rantaunet.com/daftar.php
----------------------------------------------------
Berhenti menerima RantauNet Mailing List, silahkan ke: 
http://www.rantaunet.com/unsubscribe.php
========================================

Kirim email ke