Walaupun berketurunan Negri Sembilan saya belum mengerti dengan baik tentang
adat Perpatihnya, juga belum betul betul memahami adat Minang.
Sikap saya ialah niat mana mana adat tentulah untuk kemaslahatan masyarakatnya.
Kadangkala keseluruhan adat atau sebahagiannya boleh membantutkan atau
menafikan niat asal adat ini. Dalam pandangan saya ta'rif kemajuan dan taraf
kemajuan adat ialah senantiasa mampu membawa masyarakatnya ke satu tahap yang
lebeh baik dari sebelumnya. Usaha yang berterusan ini, memparbaiki atau
pengislahan bahagian adat yang membantut atau menafikan kemaslahatan dan
kemajuan masyarakatnya, adalah satu ciri keistimewaan adat Minang ini.
Walaupun belum memahami dengan baik tentang adat Perpatih/Minang, saya
mempunyai keyakinan bahwa adat Perpatih/Minangkabau mempunyai kaedah, peraturan
atau mekanisme dalaman yang ever green mampu memberi kekuatan masyarakat Minang
untuk senantiasa memperbaiki mutu adatnya dan mutu adat ini membantu
masyarakatnya. Mampu mengandungi ta'rif, taraf dan bingkai kemajuan. Juga, saya
berkeyakinan tentang kemampuan dalaman ini bergantung rapat atau berkait rapat
dengan menjadikan Islam sebagai teman rujukan/co-reference. Partnership ini lah
yang membuat adat Minang kukuh dan senantiasa maju kedepan. Hubungan timbal
balik ini begitu unik sekali dilaksanakan.
Adakah memperbaiki partnership dan hubungan timbal balik ini patut di
ulangkaji/review dari masa kesemasa? Pertanyaan ini di lontarkan kerana
masyarakat Minang dan adatnya kini berhadapan dengan berbagai bagai cabaran
yang meminta mengkemaskinikan adat Minang itu sendiri agar dapat maju kedepan
dalam ta'rif, taraf dan bingkai kemajuan yang dikehendaki oleh adat tadi.
Partnership dan hubungan timbal bailik ini, dalam jangkauan saya, mungkin salah
satu penentu utama dalam membawa kemajuan atau kemodenan/ modernity masyarakat
dan adat Minangkabau. Kita juga ingin mengetahui bagaimana hendak memperbaiki
dan memperkukuhkan lagi partnership dan hubungan timbal balik ini.
Riri - Mairizal Chaidir <[EMAIL PROTECTED]> wrote: Sanak Arnold,
---------------------------------
Park yourself in front of a world of choices in alternative vehicles.
Visit the Yahoo! Auto Green Center.
--~--~---------~--~----~------------~-------~--~----~
Berhenti (unsubscribe), kirim email ke: [EMAIL PROTECTED]
Webmail Mailing List dan Konfigurasi keanggotaan lihat di:
http://groups.google.com/group/RantauNet/subscribe
Dengan terlebih dahulu mendaftarkan email anda pada Google Account di:
https://www.google.com/accounts/NewAccount?hl=id&cd=US&service=groups2.
-~----------~----~----~----~------~----~------~--~---