Dicopy paste  dari blog
Posted by pak SU JI
http://keceklagi.blogspot.com/2007_03_01_archive.html
pemilik blog dengan identitas  PAK SUJI
Untuk supay tidak terlalu besar dibagi 3 bagian


Wassalam
Arnoldison
-----

3.3.3 Kedudukan Bapa dalam Keluarga Minangkabau

3.3.3.1 Pendahuluan


Kedudukan   bapak   mulai   berperanan  setelah  Islam  berkembang  di
Minangkabau,  tetapi  sebelum  Islam  masuk  bapa hanya dianggap orang
luar.  Ia  tidak  mempunyai  kuasa terhadap keluarganya dan orang yang
berkuasa pada waktu itu ialah mamak (saudara laki-laki ibu).


3.3.3.2 Bapa sebagai Ketua Keluarga

Rumah  gadang  adalah  milik  bersama sesuatu kaum. Setelah anak gadis
dalam  rumah gadang telah berkahwin, maka suaminya akan dijemput untuk
tinggal  bersama  di  rumah gadang tersebut. Kedudukan setiap suami di
atas  rumah  gadang adalah sebagai seorang bapak atau kepala keluarga.
Ia  bertanggung  jawab  memimpin keluarganya iaitu anak dan isterinya.
Disebabkan  ia  menjadi ketua keluarga di atas rumah gadang milik kaum
isterinya maka haruslah tunduk dan patuh kepada laki-laki tertua rumah
gadang tersebut yang dikenali sebagai tungganai.[27]

3.3.3.2 Bapa sebagai orang Sumando (semanda)


Dalam  kekerabatan  matrilineal,  seseorang  suami  juga menjadi orang
sumando di atas atas rumah isterinya. Sebagai orang sumando, seseorang
bapak   mempunyai   beberapa   peranan   dan   kewajipan   yang  harus
dilakukannya.  Kedudukan  orang  sumando  di rumah isterinya dipandang
sebagai  seorang  tetamu terhormat di rumah isterinya. Ia menjadi tamu
disebabkan  kehadiran  di  rumah  isterinya  dijemput secara adat oleh
keluarga isteri.

Sebagai   seorang  tamu,  seseorang  suami  harus  berkewajipan  untuk
mengikuti segala ketentuan adat yang berlaku. Seorang suami juga harus
tunduk  kepada  perintah mamak. Adat yang digunakan di rumah isterinya
haruslah  dipatuhinya. Seseorang sumando perlulah mempunyai ketinggian
budi  yang  tinggi dan tidak harus melakukan sesuatu hal mengikut kata
hatinya.  Ia  haruslah  menjadi  seorang  suami  yang  bijak  sana dan
mengetahui  setiap  ungkapan yang dituturkan oleh setiap orang di atas
rumah  isterinya.  Bagi  pihak  keluarga  isteri, sumando tidak diberi
tanggung  jawab  apa-apa  dan  beliau  benar-benar dihormati. Perasaan
orang  sumando selalu dijaga agar perasaannya tidak terganggu. Hal itu
dimaksudkan  agar  tidak  terjadi  perceraian  disebabkan tingkah laku
isteri,  tingkah  laku mamak rumah, tingkah laku mentua, tingakah laku
saudara  isterinya.  Tingkah laku keluarga isteri kepada orang sumando
disebut  sebagai  sarupo  meneteng  minyak  panuah  (seperti menentang
minyak yang penuh) ertinya diperlakukan sangat berhati-hati agar orang
sumando tidak tersinggung.

Seseorang  isteri haruslah patuh kepada perintah suaminya. Ia dianggap
sebagai  abu  di  ateh  tunggua  (abu di atas tunggul). Ia hanya dapat
bertahan  di  atas  rumah  sewaktu  angin tidak kencang. Sewaktu angin
sangat  kencang,  ia  akan  pergi  dan  meninggalkan  rumah isterinya.
Maksudnya,  kedudukan  orang  sumando di atas rumah isterinya tidaklah
kuat  dan ia akan meninggalkan/menceraikan isterinya sekiranya di atas
rumah  tersebut  tidak  bersesuaian lagi dengan isi hatinya. Sekiranya
terjadi perceraian orang sumando perlulah meninggalkan rumah isterinya
sementara  bekas isterinya tetap berada di rumah gadangnya. Pada waktu
ini  mamaknya  akan  mengambil  alih tanggung jawab untuk menjaga anak
kemenakannya[28].

Dalam  kehidupan  sehari-hari  terdapat  lima penilaian terhadap orang
sumando. Kelima penilaianan tersebut seperti berikut;

i)  Sumando  Kacang  Miang;  iaitu  orang  sumando yang sering membuat
kacau, suka menghasut, suka memecah belah sesama keluarga;

ii)  sumando  lapiak buruak (sumando tikar buruk); iaitu orang sumando
yang  bodoh  dan  tidak  mahu  keluar  rumah untuk bekerja misalnya ke
sawah,   ke  ladang  atau  berniaga  untuk  mencari  nafkah  anak  dan
isterinya.  Pekerjaan  yang dilakukannya adalah pekerjaan yang sia-sia
dan  tidak  mendatangkan  hasil misalnya bermenung dan malas melakukan
pekerjaan yang bermanfaat,.

iii)  sumando  Langau  Hijau;  hanya berperanan untuk menambahkan anak
seperti  seekor  lalat  hijau  yang  terbang  ke sana ke mari sehingga
bertelur  dalam  sampah  dan selepas itu terbang pula ke mana ia suka.
Sumando  seperti  ini  tidak  mempunyai  tujuan hidup yang sebenarnya.
Sumando  seperti  ini sanggup meninggalkan isterinya yang sedang hamil
dan tidak mampu memberikan jaminan hidup untuk keluarganya[29];.

iv)  sumando Bapak Paja; berperanan untuk memperbanyak anak sahaja. Di
tidak  mempedulikan  apa  yang  terjadi di kampung isterinya dan tidak
bertanggung   jawab  di  pihak  keluarga  isterinya.  Baginya  suasana
kehidupan di kampungnya sendiri lebih utama, dan;

v)  sumando  Niniak  Mamak; adalah sebenar-benarnya orang sumando. Dia
tidak  mengambil  harta  hak  mamak  rumah  dan  selalu dapat memahami
suka-duka  kehidupan  rumah  tangga  isterinya.  Selalunya pendapatnya
selalu  diminta bagaimana untuk mengatasi sesuatu masalah yang berlaku
dalam keluarga isterinya[30].



3.3.2.4 Bapa Sebagai Penanggung Jawab Keluarga


Berpegang kepada pepatah adat iaitu anak dipangku, kemenakan dibimbing
dan  sekirannya  peranan  ini  tidak  dijalankan berdasarkan ketentuan
adat.  Kesannya  pada  masa  depan  laki-laki  yang menjadi bapak bagi
anaknya,  dan  menjadi mamak bagi kemenakannya biasanya akan sengsara.
Tambahan  pula,  kalau  ia  bersenang-lenang atau sengaja memanfaatkan
sistem adat untuk anaknya sendiri.

Tanggung  jawab  bapak,  selain memenuhi segala keperluan keluarganya,
juga  keperluan  yang  bukan  material  misalnya  keperluan pendidikan
anak-anaknya  dan  kasih  sayang.  Ini  bermakna  setiap  keluarga  di
Minangkabau  mendapat  bimbingan dan pengawasan dari tiga orang sekali
gus iaitu dari ibu, bapak, dan mamak. Belumlah dapat dikatakan lengkap
sekiranya ketiga-tiga unsur tersebut tidak ada. Berdasarkan pernyataan
ini  menunjukkan  bahawa  tanggung jawab bapak kepada keluarga dibantu
daripada  harta  isterinya  sedangkan  hal  yan bukan besifat material
dibantu  oleh  mamaknya.  Bapak  dalam  sesebuah  keluarga Minangkabau
bukanlah  berdiri sendiri dalam mensejahterakan keluarga. Ini bermakna
posisi  seorang  bapak haruslah pandai menempatkan posisi dirinya sama
ada   sebagai   ketua  keluarga  ataupun  sebagai  sumando[31].  Walau
bagaimanapun  keadaan  sekarang  peranan  ayah  sebagai ketua keluarga
lebih terserlah terutama dengan pemahaman ajaran Islam yang sebenarnya
yakni  suami  adalah  ketua dalam sesebuah keluarga menurut perspektif
Islam.

3.3.3.1 Kedudukan Laki-laki di Minangkabau sebagai kemenakan


Menurut adat Minangkabau kemenakan adalah anak dari saudara perempuan.
Terdapat beberapa jenis kemenakan menurut adat iaitu;

i)  Kemenakan  bertali darah; kemenakan yang mempunyai nasab keturunan
dengan  mamak.  Dalam  pembahagian  harta  pusaka  semua kemenakan itu
berhak  mengerjakannya  dan  sekiranya  harta tersebut tergadai mereka
bertanggung jawab untuk menebusnya;
ii)  kemenakan bertali akar; kemenakan ini dari keluarga yang jauh dan
sudah menetap di kampong lain;.

iii)  kemenakan  bertali  emas;  kemenakan  yang tidak berhak menerima
harta warisan gelar pusaka tetapi mungkin dapat menerima harta warisan
jika   diwasiatkan   kepadanya   kerana  memandang  jasa-jasanya  atau
disebabkan wangnya.

iv)  kemenakan bertali budi; iaitu kemenakan yang datang dari luar dan
mencari  orang  dan mencari orang yang sesuku dengannya serta dianggap
sebagai  mamaknya  sendiri. Kemenakan ini dapat menguasai harta pusaka
jika  penghulu  kandung  dan kemenakannya rosak. Namun demikian, untuk
pusaka  gelarnya  tidak  mungkin kerana ia orang luar yang diterima di
dalam persukuan kaum tersebut[32].

3.4 Kesimpulan

Berdasarkan  perincian  di  atas berkaitan dengan kedudukkan perempuan
dan  laki-laki  dalam  kehidupan orang Minangkabau adalah manusia yang
berbudaya   adalah  manusia  yang  beradab.  Sifat-sifat  ideal  orang
Minangkabau adalah;

i)  Hiduik  baraka, baukua bajangko, (Hidup berakal berukur berjangka)
maksudnya  kehidupan  orang  Minangkabau haruslah mempunyai makna yang
jelas dan perkiraan yang tepat
ii)  baso-basi  jo  sopan,  Adat  Minangkbau  lebih mengutamakan sopan
santun dalam pergaulan.

iii)  tenggeng  raso,  dalam pergaulan yang baik adat mengajarkan agar
selalu  berhati-hati  sewaktu  bercakap dan tidak menyinggung perasaan
orang lain.

iv) Setia, Orang Minangkabau hendaklah bersatu dalam kehidupannya sama
ada sewaktu susah atau senang


Hal  ini  jelas  menunjukkan  bahawa laki-laki dan perempuan mempunyai
peranan yang tersendiri dalam masyarakatnya. Bagi perempuan dan lelaki
Minangkabau   dengan  memahami  peranan  dan  kedudukan  masing-masing
tentunya akan memberikan semangat dan dorongan untuk menjalankan tugas
dan  kewajipan  sebagai  orang  Minangkabau  sebagaimana yang terdapat
dalam pepatah Minangkabau;

Adat badunsanak, dunsanak patahankan,
Adat bakampuang, kampuang patahankan,
Adat bernagari, nagari patahankan, 
Sanda basanda, seperti aur jo tabing, 

 adat bersaudara, saudara pertahankan
adat berkampung, mempertahankan kampong,
adat bernegeri, negeri pertahankan,
sanda bersandar seperti aur dengan tebing [33].


Maksud  dalam  pepatah  ini  ialah  setiap  orang  mempunyai tugas dan
kewajipannya  masing-masing  dan  setiap  orang hendaklah saling bantu
membantu  sesama  mereka agar matlamat yang dikehendaki dalam falsafah
hidup  mereka  akan  tercapai. Setiap orang merasa tidak dirugikan dan
masing-masing mempunyai peranan yang tersendiri.

Dalam   adat  Minangkabau  orang  laki-laki  dan  perempuan  sama-sama
diperlukan.   Laki-laki  diperlukan  untuk  memimpin  kaumnya  dan  ia
mempunyai  kekuasaan  terhadap anak dari saudara perempuannya dan juga
berperanan  untuk  memimpin  kerabantnya  dari  pihak  saudaranya yang
perempuan[34].  Perempuan  diperlukan kerana ia memberikan zuriat pada
kaumnya  dan perlu membesarkan anak-anaknya untuk menjadi anggota yang
baik.  Justeru  itu,  dalam  sistem  yang mengamalkan adat matrilineal
tidak  ada  orang  yang  yang  merasa  rugi  atau  dirugikan  sama ada
laki-laki ataupun perempuan. Kesannya, saudara laki-laki dan perempuan
di  satu  pihak  akan  saling  bergantung  di  anatara satu sama lain.
Perempuan  bergantung  pada  saudara  laki-lakinya  untuk perlindungan
dirinya  dan  juga anak-anaknya. Sementara itu, akan juga mempengaruhi
hubungan  antara  suami  dan  anak-anaknya. Untuk melangsungkan sistem
matrilinealnya seorang isteri haruslah mengutamakan kaumnya berbanding
dengan  suaminya  disebabkan anak-anak yang dilahirkannya akan menjadi
anggota  kaumnya sendiri. Demikian juga halnya dengan orang laki-laki,
apabila  diperlukan  untuk  memenuhi  peranannya dalam kaumnya maka ia
tidak boleh mengutamakan hubungan dengan isterinya.


KEDUDUKAN KEKERABATAN SISTEM MINANGKABAU

Paruik
(Kesatuan dari rumah gadang yang sama)
Paruik dipimpin saudara laki-laki ibu disebut tungganai


Kaum atau Payuang
Dipimpin   oleh  seorang  penghulu  payuang.  Tugas  penghulu  payuang
setingkat  lebih  tinggi  dari tungganai kerana memimpin kesatuan yang
lebih besar



Penghulu Suku
Mewakili  sukunya  melaksanakan  prinsip adat dan mempin sukunya untuk
berhubung  dengan  suku  lain. (proses pemilihan penghulu suku melalui
kesepakatan dari keluarga terpilih dan ada juga hak sebuah keluarga)


Rajah 1.1 menunjukan sistem kekerabatan Minangkabau

[1] http://id.wikipedia.org/wiki/Matrilineal. Search pada 13. 12. 2006.
[2]  Mochtar Naim, Merantau; Pola Migrasi Suku Minangkabau, Gajah Mada
University Press, Yogyakarta, 1979, hlm. 18   21.

[3]  Rumah  Gadang  adalah nama untuk rumah adat Minangkabau, provinsi
Sumatera  Barat.  Rumah  ini  memiliki  keunikan dari segi reka bentuk
iaitu dengan atap yang menyerupai tanduk kerbau dibuat dari bahan ijuk
(atap  rumbia).  Dihalaman depan Rumah Gadang biasanya selalu terdapat
dua  buah  bangunan  Rangkiang, digunakan untuk menyimpan padi. Search
pada 15. November 2006.

[4] Amir M.S, Adat Minangkabau: Pola dan Tujuan Hidup Orang Minang, PT
Mutiara Sumber Widaya, Jakarta, 2003, hlm. 9.

[5]  A.  A  Navis,  Alam  Terkembang  Jadi  Guru:  Adat dan Kebudayaan
Minangkabau, PT Putaka Grafitipers, Jakarta, 1986, hlm. 210.

[6] Perkahwinan ini juga dikenali sebagai ganti tikar. Perkahwinan ini
terjadi  kalau  seorang  isteri  meninggal  dunia  dan  untuk  menjaga
anak-anak  yang  ditinggalkannya  agar  tidak mempunyai bapa tiri maka
ayahnya  dipinang lagi untuk berkahwin dengan adik dari isterinya yang
meninggal  dunia.  Perkahwinan  ganti  tikar  biasanya ditentukan oleh
pergaulan   dari   seorang   bekas  suami  dengan  keluarga  isterinya
sebelumnya.  Jika  sebelumnya seorang suami bergaul dengan baik dengan
keluarga   isterinya  maka  keluarga  isteri  merasa  berkesan  dengan
peribadinya dan kerana itu tidak mahu melepaskan begitu saja. Demikian
juga  seandainya  seseorang  duda  merasa mendapat perlakuan yang baik
dari  mertua  dan  keluarga isterinya maka dia akan merasa berat untuk
berpisah  dengan  keluarga tersebut apalagi kalau dilihat adanya calon
yang  mungkin  menggantikan  isterinya.  Oleh  kerana  itu,  dia  akan
bersetuju  untuk berkahwin kembali dengan adik iparnya tersebut. Lihat
seterusnya  dalam  Azami  dkk,  Adat  dan  Upacara  Perkawinan  Daerah
Sumatera   Barat,   Departemen   Pendidikan  dan  Kebudayaan  Republik
Indonesia, CV. Eka Dharma, 1997, hlm. 35..

[7]  Azami  dkk,  Adat  dan  Upacara Perkawinan Daerah Sumatera Barat,
1997, hlm. 29.

[8]  Bahren,  Bundo  Kanduang  dan  Bundo Ka-Anduang, Fakultas Sastra,
Universitas      Andalas,      Padang,      24      Oktober      2005.
http://www.unand.ac.id/sastra/. Diakses pada 15.Desember 2006.

[9]  Yusrita  Yanti,  Peran  dan  Kedudukan Perempuan dalam Kebudayaan
Minangkabau, Fakultas Ilmu Budaya, Universitas Bung Hatta, Padang, 17.
0gos 2005.
http://www.bung-hatta.info/content.php?article.107. Dakses pada 15. November 
2006.

[10]  Yusrita  Yanti,  Peran  dan Kedudukan Perempuan dalam Kebudayaan
Minangkabau,                17.               0gos               2005.
http://www.bng-hatta.info/content.php?article.107.   Search  pada  15.
November 2006.

[11] Di Padang Pariaman dikenal istilah wang jemputan dan wang hilang.
Wang  jemputan  ialah  sejumlah wang atau barang yang dibayarkan pihak
perempuan kepada pihak laki-laki sebelum upacara perkahwinan. Besarnya
atau   jenisnya  bergantung  kepada  persetujuan  kedua  belah  pihak.
Sekarang  akan  dilihat  berdasarkan  kelulusan  seseorang bakal suami
misalnya kelulusan yang lebih tinggi maka wang jemputannya juga tinggi
kadang-kadang  sebuah  kereta  atau  motosikal.  Dahulu  wang jemputan
diberikan  kepada  orang  yang  terpandang dalam masyarakat iaitu dari
keturunan  raja-raja,  atau bangsawan yang bergelar bagindo, sidi atau
sutan.  Orang terpandang ini sering juga disebut sebagai urang japutan
(orang  jemputan).  Perkembangan terakhir di Kabupaten Padang Pariaman
menunjukkan  bahawa  hampir  setiap  perkahwinan  telah mempunyai wang
jemputan  kecuali  Padang  Pariaman Selatan (daerah Padang luar kota).
Wang  hilang  ialah sejumlah wang yang dibayarkan kepada calon menantu
oleh  keluarga  perempuan.  Wang  ini  dibayarkan  pada  saat tercapai
persetujuan  untuk  berkahwin.  Apabila  wang  hilang  telah dibyarkan
barulah  tuka tando atau pertunangan dapat dilakukan. Lihat Azami dkk,
Adat dan Upacara Perkawinan Daerah Sumatera Barat, 1997, hlm. 29.

[12]  Peristiwa  anak  tidak  mengenali ayah dapat dilihat berdasarkan
tulisan Hamka;

 Pada  suatu  hari  seorang  laki-laki pulang ke rumahnya di luar dari
kebiasaan,   yaitu   tengah   hari.  Maka  bertemulah  anaknya  sedang
bermain-main  di  tengah  halaman.  Anak itu lalu menegur, sebagaimana
kebiasaan anak-anak yang belajar sopan:  Hendak ke mana mamak? 

Si  ayah  tercengang  dan  hamper  marah.  Lalu  ditanyakannya  kepada
isterinya, mengapa anaknya berkata begitu. Si isteri juga marah kepada
si  anaknya,  mengapa memanggil mamak kepada ayahnya. Anak tadi merasa
dirinya  tidak  bersalah  dan tidak patut dimarahi. Lihat Hamka, Islam
dan Adat Minangkabau, Pustaka Panjimasa, Jakarta, 1984, hlm. 25

[13]  Mohammad  Zein  Hasan,  Kenangan-kenangan Buya Hamka dalam  Segi
Kehidupan  Hamka  yang  Tak Dikenal,  Pustaka Panjimas, Jakarta, 1983,
hlm. 109.

[14]  Hamka,  Islam  dan Adat Minangkabau, Pustaka Panjimasa, Jakarta,
1984, hlm. 25

[15] The Minangs are the world's largest matrilineal society, in which
properties  such  as  land  and  houses  are  inherited through female
lineage.  Some scholars argue that this might have caused the diaspora
(Minangkabau,  "merantau")  of  Minangkabau males throughout the Malay
archipelago  to  become  scholars  or to seek fortune as merchants. As
early  as  the age of 7, boys traditionally leave their homes and live
in  a surau (a prayer house & community centre) to learn religious and
cultural   (adat)   teachings.  When  they  are  teenagers,  they  are
encouraged  to  leave  their  hometown  to  learn from schools or from
experiences  out  of  their hometown so that when they are adults they
can  return  home wise and 'useful' for the society and can contribute
their  thinking  and experience to run the family or nagari (hometown)
when    they   sit   as   the   member   of   'council   of   uncles'.
http://www.answers.com/topic/minangkabau.  Search  pada  18.  Desember
2006.

[16]   Waterson,   Roxana,   The  Living  Hause;  An  Anthropology  of
Architecture in South-East Asia, Themes and Hudson, 1997, hlm. 230.

[17]  Taufik  Abdullah, School and Politics: The Kaum Muda Movement in
West Sumatra (1927   1933), Cornel Modern Indonesia Project, Southeast
Asia  Program,  Cornell  University,  Ithaca,  New York, 1971, hlm 63.
Lihat  juga  Usman Pelly, Urbanisasi dan Adaptasi; Peranan Misi Budaya
Minangkabau dan Mandailing, PT Pustaka LP3ES Indonesia, Jakarta, 1994,
hlm. 29.

[18]  M.  S. Dt. Rajo Penghulu, Bahasa dan Sastra Minangkabau, Pustaka
Indonesia, Padang, hlm. 33.

[19]  Hamka,  Islam  dan Adat Minangkabau, Pustaka Panjimasa, Jakarta,
1984, hlm. 55.

[20] Atman Efendi, Perkawinan Sumbang (Incest) dalam Karya Sastra yang
Berlatar  Minangkabau,  Skripsi  Sarjana, Fakultas Sastra; Universitas
Andalas, Padang, 1991, hlm. 22.

[21]  Pemberian  gelaran  ini  tidak akan dilakukan sehingga laki-laki
Minang sudah pasti akan menikah. Ini bererti namanya tiada dan diganti
dengan  nama  gelaran  yang  diberikan kepadanya. Memanggil nama kecil
bererti   sebagai   suatu   penghinaan  kepadanya  terutama  di  pihak
isterinya. Gelaran ini adalah warisan kerabat. Contoh nama gelaran ini
misalnya  marajo,  indo,  mangkuto,  sinaro,  batuah, cumano, kulipah,
ibadaik,  kari,  dan  katik.  Ia akan di awali dengan gelar kehormatan
misalnya  sutan sehingga menjadi Sutan Sinaro, Sutan Samik, Kari Mudo,
Katik  Batuah.  Lihat  A. A Navis, Alam Terkembang Jadi Guru: Adat dan
Kebudayaan Minangkabau, PT Putaka Grafitipers, Jakarta, 1986, hlm 133.

[22]  A.  A  Navis,  Alam  Terkembang  Jadi  Guru: Adat dan Kebudayaan
Minangkabau, PT Putaka Grafitipers, Jakarta, 1986, hlm. 219.

[23]  Zulkarnaini,  Budaya Alam Minangkabau: Minangkabau Ranah Nan Den
Cinto, Usaha Ikhlas, Bukit Tinggi, 1994, hlm. 135.

[24]  Rusda  Ulfa,   Kedudukan  Laki-laki di Minangkabau  dalam Akhbar
Singgalang, Padang, 4 Ogos 1996.

[25]  Amir  M.S, Adat Minangkabau: Pola dan Tujuan Hidup Orang Minang,
PT Mutiara Sumber Widaya, Jakarta, 2003, hlm. 48.

[26]  Rusda  Ulfa,   Kedudukan  Laki-laki di Minangkabau  dalam Akhbar
Singgalang, Padang, 4 Ogos 1996.

[27] Zulkarnaini, Budaya Alam Minangkabau: Minangkabau Ranah Nan Den Cinto, 
1994, hlm. 140.
[28] Amir M.S, Adat Minangkabau: Pola dan Tujuan Hidup Orang Minang, 2003, hlm. 
48.
[29]  Peristiwa  yang  sesuai  ciri-ciri sumndo Langau Hijau ini dapat
dilihat berdasarkan tulisan Hamka seperti berikut:

Pada  suatu  hari  adalah  seorang  anak  perempuan  tertangkap karena
dituduh  mencuri  pada  sebuah  kedai.  Anak  itu  pun  dibawa ke muka
pengadilan.  Hakim  menanyai  siapakah  ayahnya.  Mula-mula  dia  malu
memberi  tahu  siapa  ayahnya,  tetapi  karena  keras  desakan  hakim,
kesudahannya  diber tahunya juga. Rupanya ayahnya seorang beradat yang
terkemuka  di  dalam  nagari.  Setelah  hakim mendengar nama dan gelar
ayahnya itu, beliu pun dipanggillah.

Setelah  dipertemukan  dengan dengan anak itu dan ditanyai, apakah dia
kenal,  beliau  amat  tercengang-cengang.  Betul-betul dia tidak kenal
anak  itu; Hakim memberitahu, bahawasanya anak itu memberi keterangan,
bahawa   beliaulah   ayahnya.  Beliau  lebih  tercengang  lagi,  bukan
dibuat-buatnya,  betul-betul  dia  tidak  kenal.  Lalu beliau bertanya
kepada  anak  perempuan  itu, siapakah ibunya dan siapa ninik-mamaknya
(penghulunya). Lalu, anak perempuan itu memberitahukan nama ibunya dan
gelar mamaknya.

Barulah  beliau  ingat, dan mengangguk-anggukkan kepala di muka hakim,
mengakui  bahwasanya  memang perempuan yang disebut itu pernah menjadi
isterinya,  dan ditinggalkannya (diceraikannya) sedang hamil! Sekarang
barulah  beliau  tahu,  bahwa  jandanya  itu ada beranak, dan anak itu
telah besar. Lihat, Hamka, Islam dan Adat Minangkabau, 1984, hlm. 55.

[30]  A.  A  Navis,  Alam  Terkembang  Jadi  Guru: Adat dan Kebudayaan
Minangkabau, PT Putaka Grafitipers, Jakarta, 1986, hlm. 212.


[31]  Zulkarnaini,  Budaya Alam Minangkabau: Minangkabau Ranah Nan Den
Cinto, 1994, hlm. 143.

[32]  Rusda  Ulfa,   Kedudukan  Laki-laki di Minangkabau  dalam Akhbar
Singgalang, Padang, 4 Ogos 1996.

[33] Nasroen, Dasar Falsafah Adat Minangkabau, Bulan Bintang, Jakarta,
1957, hlm. 83.

[34]  Gabungan  antara  penghuni rumah gadang asal dengan rumah gadang
yang  baru disebut sebagai kaum atau payung yang dipimpin oleh seorang
penghulu  payuang.  Akhirnya  gabungan  dari  kaum-kaum  ini membentuk
sebuah suku yang dikepalai oleh penghulu suku. Lihat Supardi, Pengaruh
Kolonialisme Terhadap stratifikasi Sosial Masyarakat Minangkabau dalam
Novel Salah Asuhan: Sebuah Tinjauan Sosiologi Sastra, Fakultas sastra,
Jurusan Sastra Minangkabau, 1995, hlm. 25.

Posted by PAK SU JI at 6:27 AM   




--~--~---------~--~----~------------~-------~--~----~
Berhenti (unsubscribe), kirim email ke: [EMAIL PROTECTED]

Webmail Mailing List dan Konfigurasi keanggotaan lihat di: 
http://groups.google.com/group/RantauNet/subscribe
Dengan terlebih dahulu mendaftarkan email anda pada Google Account di:
https://www.google.com/accounts/NewAccount?hl=id&cd=US&service=groups2.
-~----------~----~----~----~------~----~------~--~---

Kirim email ke