Semoga bermanfaat.

mardia

http://drmaza.com/?p=12

Pejuang Perubahan Akan Dikenang

17 June, 2007 (03:57) | Artikel

    Sesungguhnya perjuangan mengajak supaya kita
melihat agama berasaskan dalil atau fakta bukan taklid
adalah perjuangan yang dipelopori oleh semua para
mujaddid (tokoh pembaharuan). Di tanah air kita, para
pejuang pembaharuanlah yang berusaha mengeluarkan
masyarakat melayu dari pelbagai khurafat dan tahyul
yang sebahagian menggunakan nama agama kepada akidah
yang bersih.

Dua bulan yang lepas, Prof. Diraja Ungku Aziz
mengirimkan saya sebuah buku yang amat mengagumkan.
Saya amat gembira dengan hadiah yang tidak ternilai
itu. Kata Pak Ungku, beliau telah membaca buku
tersebut berulang-ulang kali. Bukunya nipis sahaja.
Karya seorang tokoh melayu agung; Pendeta Za'ba.

Akibat tindakan golongan konservatif agama yang
menentang pembaharuan di Perak pada tahun 30-an maka
tulisan-tulisan Za'ba diharamkan dan buku tersebut
turut tidak dapat muncul pada hayat Za'ba. Dewan
Bahasa dan Pustaka (DBP) telah mengambil tanggungjawab
yang betul dengan mencetaknya walaupun setelah
ketiadaan Za'ba.

Buku yang Pak Ungku kirimkan itu bertajuk: Perangai
Bergantung Kepada Diri Sendiri.

Di muka hadapan buku tersebut diletakkan tajuk dan
gambar Za'ba. Di kulit belakangnya diletakkan
kata-kata beliau: "Tiap-tiap orang diwajibkan beramal
dan beribadat sendiri dengan usaha dan tenaganya tidak
pernah disuruh ia mengira dirinya itu mesti bergantung
kepada doa orang sahaja atau fidyah penebus yang
dibuatkan orang sahaja bagi mendapat kejayaan dan
keselamatannya di akhirat kelak! Tuhan tiada pernah
menyuruh kita mesti berharap kepada sedekah tahlil dan
bacaan-bacaan Qul Hua'llah dari orang apabila mati
kelak..."

Dengan melihat kepada tajuk dan dan petikan tersebut,
saya tertanya-tanya mengapakah Pak Ungku
mengirimkannya kepada saya. Ia mendesak saya segera
membaca buku berkenaan. Apabila saya baca saya dapati
buku tersebut sangat hebat.

Za'ba bukan sekadar seorang ilmuwan bahasa semata,
beliau juga seorang ilmuwan agama yang terbilang.
Namun sikap agama yang begitu konservatif pada era
beliau telah membunuh kewibawaan tokoh-tokoh yang
seumpama beliau.

Sebenarnya, Za'ba dalam buku berkenaan menceritakan
serta mengulas sikap orang melayu termasuk dalam hal
beragama. Sikap suka bergantung kepada orang dan suka
mengambil kesempatan atas nama agama.

Menurut Za'ba, cara beragama yang salah telah
melemahkan bangsa melayu. Sikap enggan menilai semula
apa yang menjadi kebiasaan yang kadangkala dikaitkan
dengan agama membentuk nilai diri yang enggan berubah
dan lemah. Antara kata-kata Za'ba dalam buku tersebut:
"Tuhan selalu mencela keras akan orang-orang yang
hanya mengikut dengan buta tuli sahaja apa yang
dikatakan orang atau apa yang biasa dibuat orang.

"Umpama mereka yang berdegil mengikut jalan nenek
moyang atau pendapat orang dahulu-dahulu dengan tiada
ditimbang lagi salah benarnya atas neraca timbangan
akal sendiri, bahkan tiada dikira walaupun berlawanan
dengan akal fikiran yang insaf dan bersalahan dengan
ilmu pengetahuan yang sah betulnya." (m.s 24).

Sikap bertaklid buta dalam pelbagai perkara terutama
hal agama melambatkan proses pembangunan minda. Maka
tidak hairan jika minda agama kita tidak mampu
bersaing dengan pembangunan fizikal yang dibuat.
Walaupun Za'ba menulis pada tahun 30-an, namun realiti
hari ini masih terasa kesegaran tulisan tersebut.

Kata Za'ba: "Demikianlah dicela Tuhan di dalam Quran
jika orang hanya mengikut apa-apa kebiasaan yang telah
teradat dari nenek moyang sahaja dengan tiada
diperiksa lagi betul atau tidak betulnya dan tiada
dijalankan akal fikiran dan pengetahuan sendiri
menguji benar salahnya. Kerana sesungguhnya perbuatan
demikian itulah yang dikatakan bertaklid buta.

"Bertaklid buta itu dikeji oleh agama dan oleh
sekalian orang berakal, kerana banyak mudaratnya dan
kuat kemungkinannya boleh membawa tersimpang kepada
jalan yang tiada betul dengan tiada kita perasan.
Tuhan dan Rasul-Nya tidak menyukai orang-orang
bertaklid buta kepada fikiran dan pendapat orang lain.

*Tertaklid
"Imam-imam Mujtahidun dahulukala tempat orang
tertaklid itu sendiri tidak pernah menggemarkan
orang-orang bertaklid buta sahaja kepadanya atau
memastikan orang sekalian menerima sahaja segala
fahamannya dan pendapatnya. Sebaliknya mereka sentiasa
menggalakkan murid-murid dan pengikut-pengikut mereka
supaya menyelidik sendiri, memeriksa dan menimbang
sendiri dengan teliti segala pendapat dan keputusan
yang telah mereka peroleh itu." (m.s. 25-26)

Sesungguhnya perjuangan mengajak supaya kita melihat
agama berasaskan dalil atau fakta bukan taklid adalah
perjuangan yang dipelopori oleh semua para mujaddid
(tokoh pembaharuan). Di tanah air kita, para pejuang
pembaharuanlah yang berusaha mengeluarkan masyarakat
melayu dari pelbagai khurafat dan tahyul yang
sebahagian menggunakan nama agama kepada akidah yang
bersih.

Mereka jugalah yang mengeluarkan wanita dari kuasa
paksaan bapa dalam perkahwinan, larangan wanita ke
pusat pengajian dan seumpamanya. Mereka juga yang
mengajak diubah amalan-amalan agama yang tidak
berasaskan dalil bahkan lebih bersifat 'bisnes cari
untung' seperti upah-mengupah ketika kematian.

Tol-tol kematian tersebut telah mengorbankan harta
benda anak yatim dan orang miskin. Apabila berlaku
kematian maka masyarakat berkumpul dan memakan harta
peninggalan si mati, bukan berfikir tentang masa depan
dan kebajikan kaum keluarganya. Ia sangat berbeza
dengan ajaran Islam yang menyebut: "Apabila datang
berita kematian Ja'far bin Abi Talib, Nabi s.a.w.
bersabda: Buatlah untuk keluarga Ja'far makanan kerana
telah datang perkara yang mengganggu urusan mereka.
(Hadis sahih riwayat Abu Daud, al-Tirmizi dan lain-
lain).

Tujuan para pejuang perubahan tidak lain, selain dari
ingin melihat kebajikan, kegemilangan umat dan
kemampuan mereka menghadapi cabaran zaman. Juga
memelihara pegangan umat sehingga jangan seakan
menganggap pandangan orang bergelar agama kesemuanya
mesti ditelan bulat-bulat tanpa dinilai dengan neraka
al-Quran dan al-sunah.

Tiada siapa pun yang maksum di kalangan umat melainkan
Muhammad bin Abdillah s.a.w. insan yang ditabalkan
menjadi rasul. Kata al-Imam Malik bin Anas: "Tiada
seorang pun selepas Nabi melainkan boleh diambil dan
ditolak pendapatnya kecuali Nabi." (Al-'Ajluni, Kasyf
al-Khafa, 2/119, Beirut: Dar Ihya al-Turath
al-'Arabi).

Kata Za'ba yang menyelusuri pegangan ini: "Sekalian
imam besar Islam zaman dahulu itu walau 'Imam-imam
Mujtahidun' pun dan walau bagaimanapun alimnya,
tidaklah pernah dikira sebagai orang yang maksum yakni
terpelihara daripada tersilap dan tersalah. Mereka
sendiri sentiasa sedar yang diri mereka tidak bersifat
maksum itu.

"Mereka bukannya nabi; jika nabi baharulah layak
dikira maksum pada apa-apa yang mereka katakan dari
Allah dalam hal agama. Sungguhlah sebagai ulama mereka
sekalian jadi waris kepada nabi-nabi; tetapi itu
tidaklah memestikan sifat maksum pada diri mereka dan
pada segala-gala pendapat fahaman mereka.

"Maka oleh sebab itu tidaklah pernah mereka mendakwa
sekalian pendapat dan fahaman yang telah mereka
keluarkan itu tentu betul sahaja dan mesti disetujui
oleh orang sekalian, atau semuanya tetap layak dan
sesuai kelak bagi segala hal dan zaman hingga
bila-bila pun. Bahkan jangankan mereka mendakwa
demikian, malahan sebaliknya mereka sendiri selalu
berkata: "Kalau ada apa-apa perkataan atau pendapatku
yang didapati oleh orang-orang kemudian bersalahan
atau berlawanan dengan hadis sahih Nabi s.a.w., maka
lemparkanlah ke tembok!"

"Apa lagilah jika sekiranya ada didapati bersalahan
dengan al-Quran! Mereka tiada suka orang mengikut
dengan taklid buta kepada apa-apa pendapat dan fahaman
mereka itu. Mereka selalu suruh uji dan timbang
sendiri barang apa-apa jua yang mereka katakan dalam
kitab-kitab karangan mereka: Jika didapati betul
bolehlah ikut; jika tidak betul atau tidak sesuai
lagi, buanglah atau baiki akan dia." (m.s 26)

Malangnya, golongan yang berkepentingan atas nama
agama pada setiap zaman mencemburui proses perubahan
dan pembaharuan berdasarkan al-Quran dan al-sunah.
Sedangkan umat memerlukannya. Lalu yang berkepentingan
menghasut sesetengah pihak agar menganggap proses
pembaharuan adalah sesuatu buruk dan patut ditentang.

Za'ba menjawab hal ini dengan tegas, katanya: "Kita
semuanya berkehendakkan baik dan tiada siapa yang
berkehendakkan jahat. Kita ingin hendak membaiki
segala hal-ehwal kita yang kekurangan, sama ada pada
perkara dunia dan pada perkara agama; hendak mengubah
segala sifat keadaan kita yang buruk atau kurang baik
ditukar dengan yang baik dan yang terlebih baik. Kita
hendak mengganti segala hal kita yang mundur dan
ketinggalan, ditukar dengan yang maju dan bertambah
elok mengikut kehendak zaman pada segala yang baik.

"Kita hendak mengganti segala jalan fikiran kita yang
kuno dan kolot dan segala kepercayaan atau pegangan
kita yang sudah lapuk dan reput, ditukar dengan
fikiran-fikiran baharu yang segar dan hidup dan dengan
kepercayaan yang dapat disaksikan benarnya melalui
ujian Quran bersendi akal dan ilmu pengetahuan. Kita
mahu pemulihan dan pembaharuan bukan hendak berkokok
pada jalan yang telah hanyut dari tujuan asalnya dan
bukan pula berdegil hendak menyimpan jalan fikiran
lama yang telah membeku jadi adat atau
kepercayaan-kepercayaan lama yang sudah berkulat dan
bercendawan!" (m.s 38)

Sunggguh pelik, seorang sarjana besar bangsa seperti
Za'ba diharamkan pemikiran dan tulisannya oleh
golongan agama yang sempit pada zamannya. Namun, apa
yang hendak dihairankan, tokoh agung Nusantara iaitu
Buya Hamka telah diharamkan berceramah di negeri
tertentu di Tanah Melayu ketika hayatnya. Hanya kerana
pandangan Hamka tidak dapat diterima oleh sesetengah
mufti Tanah Melayu. Sehingga Hamka menulis beberapa
sindiran yang amat tajam terhadap mufti-mufti di Tanah
Melayu.

*Semangat

Hal seperti inilah yang Za'ba sebutkan: "Maka hanyalah
pada zaman-zaman yang akhir semenjak beberapa ratus
tahun yang lalu ini sahaja orang-orang alim Islam
hampir-hampir semuanya di serata dunia tidak lagi
mempunyai semangat kesendirian kebolehan dan kelayakan
untuk berbuat seperti pelopor-pelopor mereka yang
dahulukala itu. Ya, jika dicari sangat sedikit boleh
didapati yang tahu dan boleh bersendiri, atau berani
bersendiri; melainkan di mana-mana pun akan didapati
mereka itu hanya biasa tertaklid sahaja dan kebanyakan
daripada itu pula ialah bertaklid buta!

"Malangnya jika ada siapa-siapa yang mencuba berbuat
seperti pakar-pakar Islam dahulukala itu - iaitu
melepaskan diri daripada kongkong taklid dan balik
kepada al-Quran dan hadis dengan kehendak-kehendak
zaman dan hal-hal keadaan yang telah berubah sekarang
- maka terus dilempar mereka akan dia dengan kata-kata
yang tidak selayaknya seperti sesat dan menyesatkan,
memandai-mandai, membawa bidaah, mengubah-ngubah
daripada jalan yang telah diatur oleh pakar-pakar
dahulukala itu (nenek moyang), tidak ada rupa hendak
melebih daripada orang dahulu-dahulu dan
berbagai-bagai lagi.

"Yang betulnya duduklah juga membeku di tempat yang
ada itu!! Mungkin juga kerana mereka sendiri tiada
upaya membuatnya maka mereka tiada suka kalau ada
orang lain pula dapat berbuat." ( (m.s 33).

Demikian nasib yang diterima oleh para pejuang
perubahan pada setiap zaman. Bacalah sejarah perjuang
Syed Syeikh al- Hadi, Mustafa Abdurrahman dan
lain-lain di Tanah Melayu. Namun mereka telah nekad
yang akhirnya melimpahkan kebaikan kepada generasi
kemudian. Dalam konteks yang lebih global, lihatlah
sumbangan perjuangan tajdid seperti Ibn Taimiyyah, Ibn
Qayyim, Rasyid Redha dan lain-lain. Walaupun
sebahagian besar mereka di'gam'kan pada zaman mereka,
namun nama mereka terus dikenang oleh generasi
kemudian. Bak kata pepatah 'Al- Baqa li al-Aslah'
iaitu berkekalan itu bagi yang terbaik. Pihak yang
men'gam'kan mereka telah pun dilupai namanya, namun
nama para pejuang terus dikenang. Lihat al-Imam Ahmad
yang dihukum dengan begitu rupa oleh kuasa agama pada
zamannya.

Hakim yang menghukum al-Imam Ahmad sekalipun megah
bersandarkan kedudukan pada masa itu telah dilupai
namanya oleh generasi kemudian, namun nama al-Imam
Ahmad dan pendiriannya terus dikenang dengan tinta
emas oleh sejarah.

Untuk itu saya selalu katakan sesuatu pemikiran
apabila dilontarkan ke dalam masyarakat, ia tidak
dapat dihapuskan lagi melainkan dengan pemikiran yang
lebih kukuh dan teguh. Paksaan tidak mungkin dapat
menghancurkan sesuatu pemikiran, kerana tempat
pemikiran adalah fikiran atau minda. Hanya yang boleh
mencabutnya keluar adalah hujah yang memaksa minda
akur dan menerimanya. Fahami hakikat ini.

Sesungguhnya jeritan dan bantahan atas emosi dan
sentimen tidak akan membuahkan hasil. Jawablah sesuatu
hujah itu dengan hujah, bukan dengan sentimen dan
emosi. Di samping wajib kita ingat hikayat melayu Hang
Nadim yang dibunuh kerana kepintaran ideanya dek
bimbangkan kepentingan diri janganlah diwatak di
pentas realiti kita.

Buku Za'ba ini baik untuk dibaca terutama bagi yang
kuat bercakap soal Islam di Malaysia mesti ikut 'orang
tua-tua Melayu'. Za'ba adalah tokoh sarjana melayu.
Seperti Pak Ungku menyarankan kepada saya. Menteri
Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim juga cuba
mengambil langkah memasyhurkan buku ini.

Saya sarankan anda membaca buku tersebut. Saya juga
berterima kasih kerana setiap tulisan saya dibaca oleh
ramai negarawan, menteri, tokoh-tokoh masyarakat dan
rakyat biasa yang memberikan semangat yang sangat
positif kepada saya. Walaupun segelintir yang kurang
senang, namun saya harap ia tetap akan dikenang.

Mardia and Mustaffa Artisan Bakery
Keeping Traditions Alive 
www.bakerette-cafe.com Our Bakery Website
==== HEALTH SECRETS (what your doctor isn't telling you)
English Website  http://www.doc-schnitzer.com
Did you already inform somebody today?


       
____________________________________________________________________________________
Take the Internet to Go: Yahoo!Go puts the Internet in your pocket: mail, news, 
photos & more. 
http://mobile.yahoo.com/go?refer=1GNXIC

--~--~---------~--~----~------------~-------~--~----~
=============================================================== 
Website: http://www.rantaunet.org 
=============================================================== 
UNTUK SELALU DIPERHATIKAN: 
- Hapus footer dan bagian yang tidak perlu, jika melakukan reply. 
- Posting email besar dari >200KB akan di banned, sampai yang bersangkutan 
menyampaikan komitmen akan mematuhi Tata Tertib yang berlaku. 
- Email attachment, DILARANG! Tawarkan kepada yang berminat dan kirim melalui 
jalur pribadi.
=============================================================== 
Berhenti (unsubscribe), kirim email kosong ke: [EMAIL PROTECTED] 

Webmail Mailing List dan Konfigurasi keanggotaan lihat di: 
http://groups.google.com/group/RantauNet/subscribe 
Dengan terlebih dahulu mendaftarkan email anda pada Google Account di: 
https://www.google.com/accounts/NewAccount 
===============================================================
-~----------~----~----~----~------~----~------~--~---

Kirim email ke