Siri Tafsir Maudhu'iyy
BANGSA YANG HILANG DI DUNIA:
PEMERIAN AL-QURAN TENTANG FAKTOR-FAKTORNYA
Tidak ada jaminan sesuatu bangsa dapat mengekalkan kuasa dan
kedaulatannya jika asasnya hanya kerana mereka adalah peribumi yang
menempati tanah pusaka nenek-moyang. Sudah banyak umat yang terusir
dari tanahair, malah tidak sedikit yang telah hilang di dunia. Yang
berhak mewarisi bumi pusaka tidak semestinya bumiputera, tetapi siapa
sahaja yang salih, layak (memiliki sejumlah sifat keunggulan menurut
piawai ketuhanan. Pewaris yang mendapat jaminan Tuhan adalah
Al-Salihun, iaitu mereka yang menggabungkan iman dengan amal salih.
Begitulah ketetapan Ilahi sejarah - kelmarin, kini dan kelak; "Dan
sesungguhnya telah Kami tulis di dalam Zabur sesudah (Kami tulis di
dalam) Lawh Al-Mahfuz, bahawasanya bumi ini dipusakai hamba-hambaKu
yang salih" (Al-Anbiya: 105).
Sejarah sebagai aktualisasi sunnatu'Llah yang tidak berubah
membuktikan hakikat bahawa unggul atau hancurnya sesuatu bangsa
tergantung pada perilaku moral serta tingkah dan olah mereka sendiri.
Penentu nasib sesuatu bangsa adalah kudrat dan iradat Tuhan Yang Maha
Berkuasa. Tuhanlah yang menyelamatkannya dan Tuhan jugalah yang
meghancurkan mereka dengan cara yang dikehendaki-Nya apabila kebejatan
mereka telah sampai ke puncaknya. Demikianlah yang terjadi kepada kaum
Lut, penduduk Madyan, kaum 'Ad, dan kaum Thamud, Firaun, Qarun dan
Haman.
Maka tiap-tiap (mereka itu) Kami siksa disebabkan dosanya, maka di
antara mereka ada yang Kami timpakan kepadanya hujan batu kerikil dan
di antara mereka ada yang ditimpa suara keras yang mengguruh, dan di
antara mereka ada yang Kami benamkan ke dalam bumi, dan di antara
mereka ada yang Kami tenggelamkan, dan Allah sekali-kali tidak hendak
menganiayai mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka
sendiri.
Al-Ankabut: 40
Demikianlah empat jenis contoh azab yang ditimpakan Allah ke atas
bangsa-bangsa yang tadinya "gagah perkasa" sehingga tiba-tiba, sekelip
mata hilang di dunia. Pembinasaan itu sekali-kali bukan penganiayaan
Tuhan ke atas manusia, tetapi akibat dosa-dosa kezaliman mereka
sendiri. Dengan kata lain, apabila mereka berleluasa melakukan
kekufuran dan kezaliman bererti mereka telah menzalimi diri sendiri,
menempah kehancuran diri. Demikianlah hakikatnya, dosa membawa binasa.
Apabila Tuhan mengatakan, "Maka tiap-tiap (mereka itu) Kami siksa
disebabkan dosa-dosanya..." maka dapatlah dibayangkan nasib bangsa
yang telah kehilangan kesedaran tentang dosa yang ditandai gejala
meluasnya budaya kesewenang-wenangan melakukan kezaliman, penipuan,
pembaziran, pembolotan dan pelbagai penjarahan lainnya.
Tentu ada sebabnya apabila Al-Quran berulang-ulang menegaskan hakikat
bahawa dosa membawa binasa seperti dalam ayat:
Apakah mereka tidak memperhatikan beberapa banyak generasi yang telah
Kami binasakan sebelum mereka, padahal (generasi itu) telah Kami
teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, iaitu keteguhan yang belum
pernah Kami berikan kepadamu, dan Kami curahkan hujan yang lebat atas
mereka dan Kami jadikan sungai-sungai yang mengalir di bawah mereka,
kemudian Kami binasakan mereka kerana dosa mereka sendiri dan Kami
ciptakan sesudah mereka generasi yang lain.
Al-An'am: 6
Demikianlah untuk kesekian kalinya Tuhan menyebutkan lagi, "....
kemudian Kami binasakan mereka, kerana dosa mereka sendiri ...".
Kekuatan dan kegagahan, kekuasaan dan kestabilan sama sekali bukan
jaminan untuk terus kekal dan unggul. Bagi Tuhan terlalu mudah
membinasakannya apabila Ia menghendakinya. Malah terlalu remeh di mata
dunia yang tidak pernah merasa kehilangan dengan ketiadaan mereka.
Hancurnya kaum 'Ad dan kaum Thamud, karamnya Firaun dan Haman.
Tenggelamnya Qarun ditelan bumi tidak pernah ditangisi sebagai suatu
tragedi. Satu bangsa boleh ada dan boleh tiada, satu generasi boleh
datang dan boleh pergi. Dunia tidak pernah rugi. Setiap yang pergi
akan segera ada pengganti yang lebih berkualiti.
Namun manusia selalu lupa apabila mendapat kuasa. Mereka lupa bahawa
kuasa adalah milik Allah. Dialah yang sebenarnya Malika 'l-mulk.
Manusia hanya pemegang amanah yang membawa implikasi ujian sama ada ia
mematuhi syarat dan mandat pemiliknya, atau ia mernperlakukannya
sebagai hak dan miliknya sendiri, lalu bertindak sewenang-wenang,
merajalela seolah-olah negara dan segala khazanahnya dia yang punya,
sementara seluruh rakyat adalah hamba dan abdinya.
Manusia yang terpedaya dengan kuasa itulah yang dibinasakan Tuhan
dengan cara-cara yang dikendaki-Nya: ada yang dihancurkan menerusi
bencana yang menimpa secara tiba-tiba ada yang dibinasakan dengan
adu-domba sesama mereka, ada yang dihabisi melalui proses yang memakan
masa seperti serangan wabak, kegawatan ekonomi, krisis alam sekitar
dan sebagainya lagi. Demikianlah hakikatnya, namun ramai manusia yang
tertipu apabila menyaksikan fenomenon yang rnernperlihatkan
seolah-olah pengkhianat yang banyak mendapat1 petualang yang yang
sentiasa menang, pembodek yang selalu naik. Segala gejala yang
disaksikan itu sebenarnya belum sampai kepada kesudahan. Ia adalah
permulaan atau pertengahan suatu perjalanan yang panjang, belum sampai
ke penghujungnya.
Kalimat dosa yang membawa binasa itu kadang-kadang bertukar ganti
dengan kalimat kezaliman. Maksudnya, Tuhan membinasakan sesuatu bangsa
apabila mereka berleluasa melakukan kezaliman seperti mendusta dan
rnenganiaya para rasul serta orang-orang yang beriman, mempersenda
ayat-ayat serta hukum-hakam Tuhan dan lain-lain yang dicakupi oleh
istilah zalim dalam erti luas (al-Qasas:59, al-Kahf:59).
Memang sudah menjadi sunnatu'Llah, generasi bangsa yang sudah tidak
dapat diharapkan lalu dibinasakan Allah, mereka segera digantikan oleh
generasi lain, yang benar-benar lain watak dan kualitinya seperti yang
disebut pada penghujung ayat 6 surah al-An'am tersebut (... dan Kami
ciptakan sesudah mereka generasi yang lain.). Penggantian generasi itu
berlaku kerana sebab-sebab tertentu, terutama apabila mereka telah
mengalami keadaan mabuk harta dan kehidupan dunia lalu nenjadi rakus,
bakhil dan mernentingkan diri. Hakikat inilah yang diungkapkan dalam
ayat-ayat:
Sesungguhnya kehidupan dunia itu tidak adalah permainan dan senda
gurau belaka. Dan jika kamu beriman dan bertaqwa, nescaya Dia berikan
pahala-pahala kamu dan tidaklah meminta harta-harta kamu.
Jikalau Dia meminta kepada kamu dan mendesak kamu, nescaya akan
bakhillah kamu dan akan diperlihatkanlah keburukan kamu.
Itulah kamu! Kamu semuanya! Telah diseru karnu untuk rnembelanjakan
hartamu pada jalan Allah. Maka setengah daripada karnu ada yang
bakhil. Maka barangsiapa yang bakhil, sesunqguhnya ia bakhil kepada
dirinya sendiri. Dan Allah adalah Maha Kaya, sedang kamu adalah sangat
faqir. Dan jika kamu berpaling, nescaya akan Dia gantikan karnu dengan
kaum yang lain dan mereka (yang lain itu) tidak akan sarna dengan
kamu.
Muhammad: 36-38.
Ayat-ayat petikan dan surah Muhammad di atas memberikan gambaran
tentang kehidupan yang tidak pernah serius, terlalu banyak sandiwara
yang serba pura-pura. Mereka yang tenggelarn dalarn pola kehidupan
seperti itulah yang diperingatkan agar rnenyedari bahawa hidup harus
diisi dengan iman dan taqwa, bukan sandiwara. Iman dan taqwa itulah
akhirnya yang akan memberi rnakna kehadirannya. Tetapi ia harus
dibuktikan dengan kesanggupan berkorban, membelanjakan harta pada
jalan Allah dengan penuh keinsafan bahawa segala harta kekayaan itu
sebenarnya bukan miliknya, tetapi milik Allah. Apabila sesuatu
generasi bangsa sudah membelakangkan sikap dan kesedaran tersebut,
tamatlah riwayat mereka, dan akan menyusullah generasi lain yang punya
sikap yang sihat dan persepsi yang benar. Dalarn kaitan ini Hamka
dalam Tafsir Al-Azharnya mengulas,
Akhirnya sebagai penutup ayat, atau penutup surat, Tuhan berfirman:
"Dan jika kamu berpaling", ertinya kamu berpaling kerana telah karnu
tinggalkan pendirian yang asli itu, iaitu mendahulukan kepentingan
bersama daripada kepentingan diri sendiri, mengingat bahawa manusia
sebagai peribadi tidak mempunyai apa-apa dan tidak dipunyai apa-apa,
kalau pendirian ini telah ditinggalkan, "nescaya Dia akan gantikan
kamu dengan kaum yang lain", kaum yang lain itu ialah yang sanggup
memegang teguh amanat Allah, yang sanggup mewarisi kekayaan itu; "Dan
mereka tidaklah akan menyerupai kamu.' (Hujung ayat 38)
Mereka pengganti itu ialah yang lebih mementingkan keperluan bersama
daripada kepentingan peribadi. Yang mendahulukan kekayaan negara
daripada kegemukan diri sendiri. Yang insaf bahawa negara ini adalah
amanat Allah yang diserahkan ke tangannya, bukan harta pusaka nenek
moyangnya yang akan dipeluk dipagut sampai mati.
Mereka itu pulalah yang akan menyambut tugas yang suci ini. Sesuai
dengan firman Tuhan pada ayat 105 surah Al-Anbiya', "Sesungguhnya bumi
akan rnewarisinya ialah hamba-harnba-Ku yang salih".
Kalau kesalihan tidak ada lagi, jangan hairan kalau hancur semua. Dan
sebelum hancur janganlah hairan jika Allah menyerahkannya kepada
tangan lain yang sanggup memimpinnya.
Isu penggantian suatu kaum dengan kaum yang lain itu disebut berulang
kali dalam al-Qur'an. Misalnya dalarn ayat 38 dan 39 surah al-Tawbah,
Tuhan memberikan amaran kepada mereka yang kehilangan ghairah
perjuangan, mereka yang rnulai mabuk dengan kesenangan hidup al-hayatu
'd-dunya, terpedaya dengan kehidupan dunia yang sementara dan tidak
seberapa, lupa dengan habuan ukhrawi yang berganda-ganda. Demikianlah
hakikatnya, kesenangan dan kemewahan duniawi dapat membunuh idealisme
dan melumpuhkan daya juang. Bangsa yang telah hanyut dalarn obsesi
kebendaan yang secara konsekuensial membawa kematian idealisme
perjuangan, adalah bangsa yang segera akan hilang di dunia. Ini bukan
gertak kosong, tetapi amaran Tuhan, "Jika kamu tidak berangkat untuk
berperang, nescaya Allah rnenyiksa kamu dengan siksa yang pedih dan
ditukarnya (kamu) dengan kaum yang lain,..."(al-Tawbah:39).
Kesimpulannya, nasib sesuatu bangsa sangat bergantung kepada kualiti
diri yang dicirikan oleh khidmat dan manfaat. Sesuatu bangsa layak
untuk terus hadir di dunia selama kehadirannya bermanfaat kepada
kemanusiaan sejagat. Hakikat inilah yang tersirat di sebalik ungkapan
simbolik, "...Adapun buih itu, akan hilang sebagai (bahan) yang tidak
ada harganya, adapun yang memberi manfaat kepada manusia, maka ia
tetap di bumi. Demikianlah Allah membuat perumpamaan-perumpamaan.
(a1-Ra'd: 17). Kalirnat al-zabad (buih) adalah simbol bangsa tanpa
kualiti, tanpa substance, tanpa isi. Yang ada hanya gelembong kosong
yang serba rapuh, sewaktu-waktu boleh pecah dan rnenghilang dari
dunia. Apalah yang dapat disumbangkan oleh buih, berapalah harga
segunung buih. Untuk terus hadir di pentas dunia, sesuatu bangsa harus
mampu menyumbang, harus punya mesej dan misi, idealisme dan iltizam.
Tetapi bangsa buih yang jiwa dan mindanya kosong melompong, hilang
arah dan tujuan, hanyut dilambung ombak, tidak akan punya masa depan
selain "hilang di dunia"
Source:
Artikel ABIM Malaysia
http://www.abim.org.my/http%3A//http%3A//http%3A//www.abim.org.my
--~--~---------~--~----~------------~-------~--~----~
===============================================================
Website: http://www.rantaunet.org
===============================================================
UNTUK SELALU DIPERHATIKAN:
- Hapus footer dan bagian yang tidak perlu, jika melakukan reply.
- Posting email besar dari >200KB akan di banned, sampai yang bersangkutan
menyampaikan komitmen akan mematuhi Tata Tertib yang berlaku.
- Email attachment, DILARANG! Tawarkan kepada yang berminat dan kirim melalui
jalur pribadi.
===============================================================
Berhenti (unsubscribe), kirim email kosong ke: [EMAIL PROTECTED]
Webmail Mailing List dan Konfigurasi keanggotaan lihat di:
http://groups.google.com/group/RantauNet/subscribe
Dengan terlebih dahulu mendaftarkan email anda pada Google Account di:
https://www.google.com/accounts/NewAccount
===============================================================
-~----------~----~----~----~------~----~------~--~---